Saturday, September 3, 2016

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Bertemu Jodoh Dengan Norashikin



03 September 2016, Sabtu :-

Shukur Alhamdulillah akhirnya Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mengakhiri zaman solo baginda dengan Norashikin Abdul Rahman. Tuanku Sultan Selangor dan Norashikin diijabkabulkan dalam satu majlis yang sederhana di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Kelang pada 31 Ogos 2016. Istiadat akad nikah disempurnakan oleh Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato' Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid.

Ini merupakan perkahwinan ketiga baginda dan kedua bagi Norashikin.  Hasil perkahwinan terdahulu, baginda yang kini berusia 70 tahun dikurniakan dengan seorang putera dan dua puteri manakala Norashikin mempunyai dua orang cahayamata.

Norashikin Abdul Rahman dilahirkan di Kuala Lumpur 45 tahun yang lalu merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik.  Beliau sebelum ini bertugas sebagai Penyampai Berita RTM TV1 dan pernah menerima anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).




Sumber : Carian Internet