Tuesday, March 31, 2015

Istiadat Kurniaan Darjah dan Pingat Sempena Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar


Click Gambar untuk Imej Yang Lebih Besar


31 Mac 2015, Selasa :-

Semalam telah diadakan Istiadat Kurniaan Darjah dan Pingat sempena Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor ke-5 Era Johor Moden.  Seramai 83 individu telah terpilih untuk menerima darjah dan pingat sempena Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar seperti berikut :-

Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato' Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) yang membawa gelaran Dato'.
    • Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
    • Tunku Temenggong Johor Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim
    • Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (Bonda Tuanku)
    • Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim
    • Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim
    • Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim
    • Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar ibni Sultan Ibrahim.
    • Menteri Besar Johor Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin 
    • Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Rahim Ramli 
Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) yang membawa gelaran Dato'.
    • Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Dato' Ismail Karim 
    • Pegawai Kewangan Negeri Johor En Marsan Kassim.
Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.I.J).
    • Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Dato' Abdul Latiff Yusof
    • Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor Brig Jen (B) Dato' Ali Musa
    • Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) En Amran A. Rahman
Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (P.S.I II)
    • 69 orang Penerima
Turut serta dalam istiadat yang diadakan di Dewan Sigahsana Istana Besar Johor Baharu adalah YAM Enche’ Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (bonda Tuanku), YAB Menteri Besar Johor dan Isteri, YAM Tunku Besar Zabedah binti Almarhum Sultan Iskandar, YAM Tunku Kamariah binti Almarhum Sultan Iskandar dan suami, anakanda-anakanda Tuanku serta para jemputan khas.

Sumber :- Bernama / kemahkotaan.johor.gov.my / MBS 

Sunday, March 29, 2015

Tuanku Abdul Halim Berangkat Ke Singapura


29 Mac 2015, Ahad :-

Semalam 28 Mac 2015, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat ke Singapura untuk menghadiri Upacara Pengebumian Negara bekas Perdana Menteri Singapura Mendiang Lee Kuan Yew pada hari ini. Mendiang Lee Kuan Yew meninggal dunia pada hari Isnin, 23 Mac 2015 dalam usia 91 tahun.  Turut mengiringi Tuanku Abdul Halim adalah Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tuanku Abdul Halim dan rombongan berangkat tiba di Singapura pada jam 17:00hrs dan disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk Husni Zai Yaacob dan para pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Terdahulu pada sebelah paginya, Tuanku Abdul Halim telah berkenaan merasmikan Temasya Sukan Sungai sempena ulang tahun keputeraan Tuanku Sultan Kedah Ke-87 di Tanjung Chali, Alor Setar, Kedah.


Sumber :- Bernama

Friday, March 27, 2015

Kain Pelayang Diraja - Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar




27 Mac 2015, Jumaat :-

Tentunya ada diantara kita tertanya-tanya apakah kain panjang yang dipakai dibahu Tuanku Ibrahim dan Tuanku Raja Zarith Sofiah semasa Istadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 23 Mac 2015 yang lepas. Kain ini dinamakan Kain Pelayang Diraja.  Iannya dipakai dibahau DYMM Tuanku berdua hingga meleret kebelakang dan dijinjit (dipegang) oleh dua orang penjawat kecil lelaki untuk DYMM Sultan Johor dan dua orang penjawat kecil perempuan untuk DYMM Permaisuri Johor.

Kain Pelayang Diraja merupakan pakaian istiadat semasa Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. Kain Pelayang Diraja ini diperbuat daripada Kain Sutera Khas bewarna biru yang ditempah di London dengan dihiasi lakaran bermotif lada hitam dan gambir, Mahkota Kerajaan dan tulisan jawi bersulam benang emas yang membawa maksud Sultan Johor.

Kain Pelayang Diraja ini dipakai oleh DYMM Tuanku berdua semasa berada di Bilik Semayam sebelum kembali semula ke Dewan Singahsana untuk Istiadat Kemahkotaan.

Sumber :- RTM / Jabatan Penerangan Johor

Saksikan Rakaman Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor Ke-5 Era Johor Moden




27 Mac 2015, Jumaat :-

Istiadat Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan  Johor ke-5 Era Johor Moden telah berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja Negeri Johor Darul Takzim pada 23 Mac 2015 di Istana Besar Johor Baharu di Johor Baharu, Johor. Merafak Sembah Ucap Tahniah kepada Tuanku Ibrahim dan Tuanku Raja Zarif Sofiah diatas Istiadat Kemahkotaan ini.

....... Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku .......

Semasa istiadat ini, Syah tiada di Semenanjung dan tidak dapat menyaksikan istiadat yang dipancarkan secara langsung ini dan tidak berkesempatan membuat entry berhubung Istiadat bersejarah ini.  Kepada yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan istiadat ini secara langsung pada hari berkenaan atau ingin melihat semula istiadat ini, Syah ingin berkongsi dengan anda semua siaran secara langsung Istiadat ini untuk kita saksikan bersama. Sila click link dibawah :-



Sumber :- RTM/Jabatan Penerangan Johor/YouTube

Thursday, March 19, 2015

Kad Jemputan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Pengiran Muda ‘Abdul Malik Dan Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah


19 Mac 2015 , Khamis :-

Inilah dia kad jemputan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan pasangannya Yang Mulia Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah. Majlis akan diadakan di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan pada hari Rabu malam Khamis bersamaan 08 April 2015 jam 19:30hrs.

Para jemputan perlu membawa kad jemputan ini untuk diimbas bagi mencatat kehadiran mereka di majlis berkenaan. Kad ini didatangkan dengan kod bar (bar code) untuk tujuan berkenaan.

Wednesday, March 18, 2015

Istana Kesuma Terbakar


18 Mac 2015, Rabu :-

Istana Kesuma yang sedang dalam proses pembaikan terbakar 40% dalam kejadian jam 02:00hrs pagi tadi.  Istana yang terletak di Jalan Tunku Bendahara, Taman Golf, Alor Setar, Kedah ini merupakan Istana Kelas A berkeluasan 80 kaki panjang dan 50 kaki lebar sedang dalam proses pengubahsuaian dan pendawaian semula semenjak bulan Januari 2015. 

Ketika kejadian tiada mangsa dilaporkan berada di dalam Istana berkenaan. Pihak bomba telah menerima aduan daripada orang ramai berhubung kebakaran ini kira-kira jam 02:10hrs dan bergesas ketempat kejadian  dan berjaya mengawal kebakaran pada jam 03:07hrs. Pihak Bomba sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca dan jumlah kerugian yang dialami.

Sumber :- Astro Awani.

Thursday, March 12, 2015

Persiapan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 90 Peratus Siap


12 Mac 2015, Khamis :-

Pengerusi Jawatankuasa Publisiti Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Md Jais Sarday dalam kenyataan akhbarnya di Dewan Jubli Intan semalam memaklumkan bahawa persiapan Istiadat berkenaan telah melebihi tahap 90% disiapkan. Persiapan yang dmaksudkan ini merangkumi urus setia, publisiti serta penyediaan pusat media kepada petugas tempatan dan antarabangsa.

Menurut beliau lagi :- 
  • Pusat media yang berlokasi di Dewan Jubli Intan mampu menampung kapisiti 100 orang dan akan menempatkan petugas membabitkan 20 media cetak tempatan, tujuh media elektronik dan 10 media asing termasuk National Geographic.
  • Pusat Media akan dikendalikan oleh Jabatan Penerangan Johor dan beberapa agensi berkaitan mulai 16 Mac ini.
  • Sekurang-kurangnya sembilan istiadat akan diadakan untuk Istiadat Kemahkotaan yang akan bermula 16 Mac 2015.
  • Tuanku Sultan Johor dan Permaisuri baginda dijangka berkenan menyertai perarakan kenderaan dari Istana Besar Johor Baharu ke Istana Bukit Serene sejauh 8.5 kilometer selepas Istiadat Kemahkotaan pada 23 Mac 2015. Adalah dianggarkan lebih 40,000 rakyat Johor daripada pelbagai kaum akan menyaksikan perarakan tersebut yang konsepnya menyerupai perarakan kenderaan semasa Kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail pada 1960.
  • Pelbagai acara lain turut diadakan antaranya pameran yang dikendalikan Arkib Negara Cawangan Johor di Pusat Konvensyen Persada di Johor Baharu serta daerah-daerah lain untuk memberi peluang kepada rakyat mengenali Kesultananan Johor dengan lebih dekat lagi.
  • Persembahan kebudayaan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Baharu akan diadakan mulai 23 hingga 28 Mac setiap malam pada jam  20:00 hrs (8 malam). DYMM Sultan Johor dijadualkan berangkat hadir menyaksikan acara kemuncak persembahan kebudayaan yang bertemakan 'Payung Mahkota, Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' pada 28 Mac 2015.

Sumber : Bernama / MBS

Sunday, March 8, 2015

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Ke-5 - Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri


Mahkota Kerajaan


Mahkota Permaisuri

08 Mac 2015, Ahad :-

Insyallah pada tanggal 23 Mac 2015 bersamaan 02 Jamadilakhir 1436H akan berlangsung Istiadat Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor ke-5 dalam sejarah Johor Moden. Istiadat Kemahkotaan akan berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja Johor di Istana Besar Johor Baharu. Istiadat Kemahkotaan akan bermula seawal 16 Mac ini dengan Istiadat Meletak Kerja yang akan diadakan di Tugu Peringatan Istana Besar Johor Baharu serta diikuti dengan Istiadat lainnya. Sambutan dijangka berlansung selama tiga bulan. 

Dalam Istiadat Kemahkotaan pada 23 Mac 2015 ini nanti, dua buah Mahkota akan digunakan untuk Istiadat berkenaan iaitu :-
      1. Mahkota Kerajaan 
      2. Mahkota Permaisuri
Mahkota Kerajaan

Mahkota ini merupakan ilham daripada Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sultan Johor 1 dalam sejarah Johor Moden. Mahkota ini telah ditempah di London pada tahun 1886 daripada Syarikat J.W. Benson yang terkenal sebagai sebuah syarikat yang membuat barang kemas diraja Brtish. Mahkota sebarat 1.6 kilogram dengan rekabentuk oriental iaitu mengikut kebudayaan timur ini diperbuat daripada logam yang berharga bertatahkan batu permata yang berbeza ukuran dan bentuk, antaranya enam biji berlian besar, tiga biji batu delima merah, empat batu zamrud besar, dan empat biji batu nilam biru besar. Balang mahkota sahaja mengandungi 1,450 biji berlian kecil. Bulan dan bintang bersalut dengan berpuluh berlian kecil yang bergemelapan.

Mahkota Permaisuri

Mahkota Permaisuri merupakan mahkota yang digunakan oleh suri kepada Tuanku Sultan dan bentuknya agak kecil sedikit daripada Mahkota Kerajaan. Mahkota ini telah diubah dan diperbaiki oleh Almarhum Sultan Ibrahim (Sultan Johor Ke-2) pada tahun 1925 dengan mengadakan lima biji berlian besar 18 karat setiap satu. Almarhum Sultan Ibrahim  juga telah menambah alat kebesaran ini dengan mengadakan seutas rantai atau kalung yang mengandungi 671 butir berlian dan sebuah tiara diperbuat daripada emas putih bertatahkan berlian.


Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim, Sultan Johor Pertama dalam Sejarah Johor Moden.



Gambar atas dan bawah adalah Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor Ke-2 dalam Sejarah Johor Moden.



Kedua-dua Mahkota ini hanya digunakan dalam dua istiadat sahaja dengan titah perkenan raja iaitu Istiadat Kemahkotaan dan Kemangkatan. Alat kebesaran ini akan disimpan sebaik sahaja istiadat berkenaan selesai.

Semasa Istiadat Kemahkotaan, Mufti Johor akan meletakkan Mahkota Kerajaan keatas jemala (kepala) Tuanku Sultan dan Mahkota Permaisuri keatas jemala (kepala) Permaisuri Tuanku Sultan diikuti bacaan doa kesyukuran.


Istiadat Kemahkotaan Almarhum Tuanku Ismail sebagai Sultan Johor ke-3 dalam sejarah Johor Moden pada 10 Februari 1960. Kelihatan Mufti Johor ketika itu meletakkan Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri ke jemala (kepala) Almarhum Tuanku Ismail dan Almarhumah Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad 


Kali terakhir Mahkota ini digunakan untuk Istiadat Kemahkotaan adalah kira-kira 55 tahun lalu sewaktu Istiadat Kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail yang merupakan nenda kepada Tuanku Sultan Ibrahim pada 10 Februari 1960. Apabila Almarhum Sultan Ismail mangkat pada 10 May 1981, Almarhum Sultan Iskandar iaitu ayahanda kepada Tuanku Sultan Ibrahim menggantikan ayahanda baginda sebagai Sultan Johor ke-4 dalam Sejarah Johor Moden dan tiada Istiadat Kemahkotan sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar. Apabila Almarhum Sultan Iskandar mangkat pada 22 Januari 2010, Tuanku Sultan Ibrahim menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-5 dalam sejarah Johor Moden.



Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor ke-4 dalam Sejarah Johor Moden. Almarhum juga merupakan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-8 untuk tempoh lima tahun bermula 26 April 1984 hingga 25 April 1989.



Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor ke-5 dalam sejarah Johor Moden

........... Dirgahayu Tuanku..........

Sumber :- Bernama/Kemahkotaan.johor.gov.my/Utusan.com.my/Wikipedia/MBS

Saturday, March 7, 2015

Sultan Johor Dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN)



07 Mac 2015, Sabtu :-

Pada 02 Mac 2015 Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadap Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Baharu, Johor bagi menyampaikan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada DYMM Tuanku Sultan Johor.

Darjah kebesaran ini merupakan kurniaan  daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah manakala Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mewakali KDYMM Tuanku Abdul Halim untuk menyampaikan darjah kebesaran berkenaan kepada DYMM Tuanku Ibrahim.

Turut serta dalam majlis ini adalah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Sumber : Bernama

Wednesday, March 4, 2015

Yang Mulia Dato' Seri Raja Abdul Aziz Raja Salim Mangkat



04 Mac 2015, Rabu :-

Inalilahi wainalilahi rojiun........ Yang Mulia Dato' Seri Raja Abdul Aziz Raja Salim telah mangkat dalam usia 78 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada hari ini jam 01:15 pagi. Allahyarham merupakan menantu kepada Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu. Jenazah telah diterbangkan ke Kuala Terengganu petang tadi dan diletakkan di Istana Maziah sebelum dimakamkan selepas Solat Asar di Makam Diraja Terengganu di dalam kawasan Masjid Abidin (Masjid Negeri). 

Allahyarham yang merupakan bekas Akauntan Negara dan juga Ahli Lembaga Pengarah K&K Kenanga Holding meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Seri Tengku Ramlah Azizah binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan sepasang cahayamata Dato' Seri Tengku Azmil Zahruddin dan Tengku Azrina.

............ Al-Fatihah ............


Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Yang Mulia Dato' Seri Raja Abdul Aziz Raja Salim semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Sumber :- Bernama / gamuda.listedcompany.com

Pengiran Aminan Dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Paratrooper ATM




04 Mac 2015, Rabu :-

Tahniah diucapkan kepada Brigadier Jen Pengiran Datuk Paduka Aminan Pengiran Mahmud, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) kerana dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Paratrooper Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Panglima Tentera Darat Malaysia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor telah menyempurnakan penganugerahan ini yang berlangsung di dataran Kementerian Pertahanan Malaysia di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Penganugerahan beret dan sayap yang menjadi kebanggaan 10 Briged Para ini merupakan penghormatan dan pengiktirafan briged berkenaan kepada individu, pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan sama ada di dalam atau luar negara.

Brigadier Jen Pengiran Datuk Paduka Aminan berada di Malaysia untuk lawatan rasmi bagi mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara TDDB dan ATM. Pada hari ini juga, beliau telah membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain di Kementeraian Pertahanan Malaysia

Sumber : Bernama