Thursday, January 31, 2013

Her Royal Highness Princess Catharina-Amalia

31 Januari 2013, Khamis :-

Sekarang ini dunia sibuk memperkatakan mengenai berita berhubung keputusan Her Majesty Queen Beatrix of The Netherlands untuk turun dari tahta dan memberi laluan kepada Putera Mahkota untuk menjadi Raja Belanda. Syahpun sedang sibuk membaca dan mencari maklumat berhubung perkara ini. Hari ini Syah hendak berkongsi maklumat dengan anda mengenai Her Royal Highness Princess Catharina-Amalia of the Netherlands yang akan menjadi pewaris pertama tahta Belanda selepas nendanya baginda Queen Beatrix turun tahta pada 30 April depan.  Princes Catharina-Amalia atau nama sebenarnya Catharina-Amalia Beatrix Camen Victoria diputerikan pada 07 Disember 2003 di Bornovo Hospital di The Hague, Belanda merupakan puteri sulung kepada Crown Prince Willem atau Willem-Alexander, Prince of Orange dan Princess Maxima of the Netherlands. Istiadat pengbaptism untuk puteri raja ini diadakan pada  12 Jun 2004 oleh Reverend Carel ter Linden di St. Jacob’s Church di The Hague. Beliau memasuki alam persekolahan pada  10 Disember 2007 di Bloemcamp School, Wassenaar. Selepas Crown Prince Willem naik tahta sebagai Raja Belanda, Princess Catharina-Amalia yang berusia hampir 10 tahun ini akan bergelar Princess of Orange iaitu gelaran untuk pewaris pertama tahta Belanda. Sistem pengganti Raja di Belanda adalah diwarisi oleh anak sulung Raja tanpa mengira jantina mereka.

Sumber :- Hello Daily News / Wikipedia 

Wednesday, January 30, 2013

Teks Ucapan Baginda Queen Beatrix Berhubung Pengumuman Turun Tahta Baginda



30 Januari 2013, Rabu :-

Ini adalah text ucapan Baginda Queen Beatrix of Netherlands pada petang Isnin, 28 Januari 2013 yang disiarkan keseluruh Belanda melalui siaran TV dan Radio berhubung pengumuman turun tahta baginda yang telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.

As you all know, in a few days from now I hope to celebrate my 75th birthday. I am thankful to be able to do so in good health. At the end of this year, we will commemorate the fact that our country became a monarchy 200 years ago, an event which heralded a new era in our history. 


The two events together have brought me to the decision to abdicate this year. It seems to me the time is ripe to take this step, which I have been contemplating for some years now.


I have always considered it a special privilege to have spent a large portion of my life in the service of our country and in fulfilling the task of monarch. Prince Claus, for many years, was my great support.

This wonderful task has never given me anything but great satisfaction. It has been inspiring to have been involved with the lives of people, to share their grief and to experience moments of joy and national pride. I have met with the same warmth and sympathy from the people in the Caribbean parts of our kingdom. 


I do not abdicate, therefore, because the task has become an onerous one, but because I am convinced the responsibility for our country should now be placed in the hands of a new generation. 

It is with a feeling of the highest confidence that on the 30th of April I will hand over the crown to my son, the prince of Orange. He and princess Máxima are fully prepared for their future task. They will serve the country devotedly, keep it according to the constitution and use their many talents to make the monarchy their own.

I feel heartened in the knowledge that my abdication does not mean I will have to say goodbye to you. I hope to meet many of you again in the future. I am deeply grateful for your faith in me during the many wonderful years I have been privileged enough to be your queen.

This is an unofficial translation

Sumber :- DutchNews.nl

Queen Beatrix of The Netherlands Akan Turun Tahta


30 Januari 2012, Rabu :-

Terperanjat Syah bila mendengar berita bahawa Queen Beatrix of The Netherlands akan turun tahta dan memberi laluan kepada Putera Sulung baginda, Crown Prince Willem-Alexander sebagai pengganti baginda. Baru minggu lepas baginda dan rombongan diraja Belanda berada di negara Brunei Darussalam untuk lawatan rasmi negara selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Januari 2013. Pengumuman dibuat oleh baginda Queen Beatrix melalui siaran TV dan Radio ke seluruh Belanda pada petang Isnin bersamaan 28.01.2013 iaitu tiga hari sebelum sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke 75 esok. Dalam kenyataannya, baginda Queen Beatrix akan menyerahkan tahtanya kepada Crown Prince Willem-Alexander pada 30 April depan. Baginda merupakan Raja Belanda yang paling lama berada diatas tahta iaitu selama 33 tahun selepas menggantikan Bonda Baginda, Mendiang Queen Juliana yang juga turun tahta pada 1980. Nampak gayanya Baginda Queen Beatrix mengikut jejak langkah mendiang bonda baginda yang turun tahta sebelum kemangkatan.   

 Sumber :- The Gurdian / Wikipedia / Royalty.nu

Tuesday, January 29, 2013

Tuanku Ibrahim Selar Pihak Yang Memburukkan Pihak Polis

29 Januari 2013, Selasa :- 

Hari ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan merasmikan ibu Pejabat Polis Kulaijaya. Turut mengiringi Tuanku Ibrahim adalah isteri baginda, Duli yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah,Tunku Mahkota Johor DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor YAM Tunku Idris Iskandar dan YAM Tunku Tun Aminah.  Dalam titah baginda, Tuanku Ibrahim  membidas tindakan sesetengah pihak yang menggangap Polis Diraja Malaysia tidak boleh dipercayai sebagai tidak masuk akal dan melampau. Tambah baginda lagi, ada penjenayah yang meninggalkan negara kerana takut berhadapan dengan tindakan undang-undang dan kemudiannya membuat tomahan dan memburukkan negara sendiri.

Diantara titah baginda :-

"Tindakan itu hanya akan dilakukan penjenayah yang bersalah sahaja dengan memutar belit fakta selain menyalahkan undang-undang bagi mengelak diri mereka daripada dihukum".

"Manusia berlidah biawak seperti ini adalah pengkhianat kepada negara.  Jika mereka berkata benar, buktikanlah kebenarannya dan jangan terus menjadi pengecut, ibarat melontar batu sembunyi tangan".

Titah baginda lagi, Malaysia adalah negara berdaulat dan mempunyai undang-undang yang digubal rapi serta semua tindakan yang diambil pihak berkuasa mengikut peruntukan yang ditetapkan. Tambah baginda lagi, latihan dan ilmu pengetahuan yang diberi kepada anggota polis semasa menjalani latihan sudah cukup untuk mereka menguatkuasakan undang-undang. Tuanku Ibrahim telah memberi pujian kepada Polis Johor yang telah berjaya meningkatkan tahap keselamatan di Johor serta memberi pertimbangan terhadap sensitiviti masyarakat serta kepentingan ekonomi. 

Sumber :- Bernama

Tuanku Abdul Halim Hadiri Istiadat Konvokesyen Khas dan Majlis Perasmian Kampus Induk KUIN

29 Januari 2013, Selasa :- 

Hari ini Kebwah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Konvokesyen Khas dan Perasmian Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN).  Majlis yang diadakan di Kuala  Ketil, Baling ini turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun. Dalam Majlis yang sama juga, Tuanku Abdul Halim telah berkenaan menyerahkan surat pengisytiharaan Pro-Canselor Perama KUIN kepada adinda baginda dan juga merupakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman,Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Datuk Dr Afiffudin Omar yang merupakan bekas Timbalan Menteri Kewangan telah dilantik sebagai Pro Canselor II KUIN.  Tuanku Abdul Halim yang juga merupakan Canselor KUIN dalam titah baginda menzahirkan ucapan syabas serta tahniah kepada kedua-dua Pro Canselor yang baru dilanik itu. Diantara titah baginda :-

"Sesunguhnya ilmu dan pengetahuan mereka merupakan khazanah yang tak terilai, khasnya kepada masyarakat negeri ini."

"Beta berharap mereka akan sentiasa bersedia meneroka perkongsian ilmu dengan para ilmuan Insaniah (KUIN) dalam membimbing para pelajar dan masyarakat ke arah membentuk masyarakat berilmu dan bertaqwa.

Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak yang turut hadir dalam majlis ini memaklumkan bahawa Kuala Ketil dipilih sebagai lokasi kampus induk KUIN kerana mahukan  Kuala Ketil menjadi sebuah bandar raya satelit bagi daerah Kulim, Bandar Baharu, Baling dan Sungai Petani.

Sumber :- Bernama

Senarai Susunan Kekananan Duli Yang Teramat Mulia Raja-Raja /Tengku-Tengku Mahkota/Yang DiPertuan Muda

29 Januari 2013, Selasa :-


Hari nie Syah emergency leave dan terfikir dari semalam untuk berkongsi maklumat kepada anda semua berhubung susunan kekananan Pewaris Tahta bagi negeri-negeri beraja di Malaysia.  Mereka ini merupakan pewaris pertama kesultanan negeri masing-masing dan sesetengah negeri mempunyai geleran yang berbeza seperti Raja Muda, Tengku Mahkota ataupun Yang Dipertua Muda. Susunan Kekanan atau taraf tinggi kedudukan mereka di peringkat Persekutuan adalah seperti berikut :-

Tengku Mahkota Pahang 
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, D.K., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K. (Terengganu), D.K. (Johor), S.P.M.J., P.A.T.
(Dilantik pada 1hb. Januari 1975)
Diputerakan pada 30.07.1959 berusia 54 tahun

Raja Muda Kedah Darul Aman
Duli Yang Teramat Mulia Tunku Haji Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah, D.K., D.K.H., D.K. (Terengganu), D.K. (Selangor), S.P.M.K., S.P.C.M., S.P.M.J., D.A. (Sarawak), P.S.B.  
(Dilantik pada 28hb. November 1981) 
Diputerakan pada 24.09.1929 Berusia 84 tahun.

Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.K.II (Selangor), S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P. (Perlis), Ph.D (Harvard).
(Dilantik pada 15hb. April 1987)
Diputerakan pada 27.11.1956 dan berusia 57 tahun

Raja Muda Perlis
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, D.K., S.P.M.P., P.A.T. 
(Dilantik pada 1hb. Ogos 2000)
Diputerakan pada 30.12.1967 berusia 46 tahun

Raja Muda Selangor
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K. 
(Dilantik pada 03hb. Mei 2002)
Diputerakan pada 12.12.1990 berusia 23 tahun dan masih bujang.

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, D.K.R.,D.K., S.S.M.Z. 
(Dilantik pada 12hb. Januari 2006) 
Diputerakan pada 11.03.1998 berusia 15 tahun dan masih bujang.

Tunku Mahkota Johor
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim 
(Dilantik pada 23hb. Januari 2010)
Diputerakan pada 30.06.1984 berusia 29 tahun dan masih bujang.

Tengku Mahkota Kelantan
Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, D.K., S.P.M.K.  
(Dilantik pada 18hb. Oktober 2010)
Diputerakan pada 20.06.1974 berusia 39 tahun dan masih bujang.


Tentunya anda semua tertanya-tanya dimanakah pewaris tahta bagi Negeri Sembilan Darul Khusus.  Untuk pengetahuan semua pewaris tahta di Negeri Sembilan agak unik sedikit daripada negeri-negeri yang lain dimana tiada gelaran untuk Raja Muda/Putera Mahkota bagi Negeri Sembilan.  Pewaris tahta adalah "Putera Yang Empat"  dimana pengganti Yang DiPertuan Besar hanya akan dipilih dan ditentukan oleh Undang Yang Empat  selepas kemangkatan Yang DiPertuan Besar di kalangan "Putera Yang Empat" itu sahaja. Buat masa ini 'Putera Yang Empat" adalah :-
  1. YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz
  2. YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
  3. YAM Tunku Muda Serting Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
  4. YAM Tunku Panglima Besar Tunku Dato' Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuannku Ja'afar
Kesemua mereka diatas adalah pewaris tahta Negeri Sembilan Darul Khusus tetapi tidak menggunakan sebarang gelaran seperti Raja Muda, Tengku Mahkota ataupun Yang DiPertuan Muda.  Jika Yang DiPertuan Besar tiada dalam negeri dalam jangkamasa panjang, Pemangku Raja akan dipilih daripada "Putera Yang Empat" ini.

Di Kedah sekarang Pemangku Raja adalah Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah dan bukannya Raja Muda Kedah kerana, Raja Mudah Kedah tidak sihat disebabkan faktor usia.   KDYMM Sultan Kedah kini bertahta sebagai Ketua Negara buat kali keduanya dengan gelaran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka tugas-tugas Pemangku Raja dijalankan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman yang terdiri daripada adinda-adinda dan anakanda Tuanku Abdul Halim sendiri seperti berikut :-
  1. Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah
  2. Tunku Temenggong Kedah Yang Teramat Mulia Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
  3. Tunku Laksamana Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah
  4. Tunku Panglima Besar Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah
Semasa Tuanku Abdul Halim dilantik buat pertama kalinya sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-5 untuk tempoh lima tahun bermula 21.09.1970 hingga 20.09.1975, Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Haji Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Pemangku Raja tetapi selepas dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 untuk kali keduanya bermula 13.12.2011 untuk tempoh lima tahun akan datang, tugas-tugas Pemangku Raja dijalankan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman yang di Pengerusikan oleh Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Semuga dengan perkongsian ini, kita semua dapat menambah pengetahuan dan mengenali secara ringkas pewaris-pewaris tahta Raja-Raja Melayu.  

Sumber :- MBS Mini Royal Library / Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu / Wikipedia

Monday, January 28, 2013

YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani

28 Januari 2013, Isnin :- 

Ini adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Akazul Khairi Waddien merupakan puteri tunggal Almarhumah Tengku Ampuan Raihani binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor) bersama Sultan Brunei, Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin  ibni Almarhum Sultan Muhammad Jamalul 'Alam II.  Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani sekarang menetap di Brunei dan berkahwin dengan sepupunya Tengku Pengiran bin Tengku Abdul Aziz.  Selepas kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin, Tengku Ampuan Raihani bersama Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani telah menetap di Kuching, Sarawak untuk beberapa ketika sebelum berangkat pulang dan menetap di negeri kelahirannya iaitu Selangor Darul Ehsan. 

Nama sebenar Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani yang diberikan oleh Ayahandanya adalah Pengiran Anak Puteri Niswanil Ehsanil Burniah.  Menurut Tengku Pengiran, Burniah itu merujuk kepada perkataan "Borneo" yang satu ketika dahulu merupakan sebahagian dari jajahan negara Brunei Darussalam.  Nama Nor Ehsani pula digunakan semenjak beliau menetap agak lama di Selangor bersama bondanya selepas kemangkatan Sultan Ahmad Tajudin sebelum beliau dan suami menetap semula di Brunei. Pengiran Anak Hajah Noor Ehsani dan keluarganya menetap di Kampung Sungai Hanching, Jalan Muara, Brunei. Di Brunei, Pengiran Anak Hajah Nor Ehsani sering terlibat dalam majlis-majlis rasmi di Brunei dengan mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.  Pengiran Anak Puteri Hajah Noor Ehasani sekarang berusia  77 tahun.

Berkenaan nama suami Pengiran Anak Hajah Nor Ehsani  iaitu Tengku Pengiran tentu ramai yang berasa hairan mengapa ada perkataan Tengku dan ada Pengiran pula.  Mereka sebenarnya adalah sepupu dan merupakan cucunda Sultan Selangor, Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah.  Semasa rombongan Diraja Brunei sampai di Selangor untuk Majlis Istiadat Perkahwinan diantara Sultan Ahmad Tajuddin dan Tengku Ampuan Raihani pada tahun 1934, isteri Tengku Tengku Abdul Aziz iaitu Tunku Mardiah yang merupakan puteri kepada Sultan Kedah telah melahirkan seorang putera di Kedah.  Perkara ini telah disembahkan kepada Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah untuk mendapatkan perkenan baginda  memberikan nama kepada putera berkenaan.  Disebabkan kebanyakan dari ahli rombongan diraja Brunei terdiri daripada Pengiran-Pengiran, baginda telah menggunakan nama Pengiran itu untuk cucunda baginda makan dinamakan putera itu Tengku Pengiran bin Tengku Abdul Aziz.  

Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditanggan Allah, Putera kecil yang diberi nama Tengku Pengiran akhirnya bertemu jodoh dengan Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani dan menjadi menantu kepada Sultan Brunei.  Semasa ingin mendaftar kad pengenalan ketika menetap di Brunei, pihak pendaftaran keliru dengan nama beliau, Tengku Pengiran dan beliau telah ditanya ............. Pengiran apa?  Jabatan Pendaftaran tidak tahu  sebenarnya Pengiran itu adalah nama beliau bukan gelaran.  Untuk mengelakkan kekeliruan di Brunei, nama beliau telah didaftarkan dengan meletakkan sekali nama ayahanda beliau  menjadi  Tengku Pengiran Abdul Aziz bin Tengku Orang Kaya Menteri Abdul Aziz Shah. Beliau dikenali sebagai Tengku Pengiran Abdul Aziz bukan Tengku Pengiran.

Entry Syah terdahulu mengenai Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2011/01/ytm-paduka-seri-pengiran-anak-puteri.html

Sumber :- Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin 1924-1950 / Naneng

Sunday, January 27, 2013

Pengiran Anak Sarah Sertai Larian Amal Cycle and Run "Charity For Nancy"

27 Januari 2013 :-

Semalam Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman dan putera sulungnya, Pengiran Muda 'Abdul Muntakim telah berkenan bersama-sama menyertai larian amal Cycle and Run "Charity For Nancy" yang diadakan di Stadium Hassanal Bolkiah, Barakas, Brunei Darussalam. Larian ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dengan kerjasama Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk mengutip dana bagi membantu Tea Ai Seng atau Nancy bagi membayai kos perubatan beliau. Nancy menjalani pembedahan di Sarawak setelah mengalami kecederaan sewaktu bertugas dengan  menggunakan perbelanjaan sendiri dan bantuan daripada guru-guru dan pelajar sekolah Chung Hua.  Walau bagaimanapun beberapa minggu kemudian, beliau menghadapi komplikasi dimana kakinya kebas dan kehilangan deria rasa pada bahagian berkenaan. 

Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan menjali pembedahan di Jerudong Park Medical Center dan masih dalam rawatan lagi.    JBS dan PSK telah merancang mengadakan pelbagai aktiviti berkebajikan bertujuan mengutip dan mengumpul dana bagi membantu meringankan kos perubatan Nancy terutamanya semasa mendapat rawatan di Sarawak yang masih tertunggak. Nancy merupakan seorang atlet kebangsaan Brunei dan menyumbang dua pingat gansa untuk Brunei dalam sukan SEA 1999.  Tahniah diucapkan diatas keperihatinan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dalam menjayakan larian amal ini dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelita Brunei

Pameran Busana Kerabat Diraja Sempena Sambutan Ke-60 Pertabalan Baginda Queen Elizabeth II

27 Januari 2013 :-

Pada Bulan Julai ini, Buckingham Palace akan merayakan sambutan sempena 60 tahun Pertabalan Her Majesty Queen Elizabeth II.  Sambutan akan diadakan selama empat hari bertempat di Buckingham Palace, London. Salah satu daripada program sambutan ini adalah pameran mengenai busana yang digunakan oleh keluarga diraja semasa istiadat berkenaan yang berlangsung di Westminster Abbey pada 02 June 1953. Menurut Kurator pameran ini, Caroline de Guitant (dalam gambar disebelah) bahan yang dipamirkan adalah merupakan pakaian, uniform dan jubah yang digunakan oleh kerabat diraja yang kanan termasuklah baju kemaja sutera bewarna cream dan seluar dari kain bulu yang dipakai oleh HRH Prince of Wales, Prince Charles dan baju sutera dan lace bewarna cream yang digayakan oleh HRH The Princess Royal, Princess Anne yang ketika itu masing-masing berusia empat dan dua tahun. Busana berkenaan telah direka khas untuk istiadat pertabalan baginda Queen Elizabeth II oleh Miss Hudson yang merupakan seorang pereka terkenal pakaian kanak-kana ketika itu.

Persiapan sedang giat dijalankan untuk pameran yang akan berlangsung pada musim panas ini nanti.Jika anda ingin melihat dari dekat jubah dari Norman Hartnell sepanjang 21 kaki yang dipakai oleh Baginda Queen Elizabeth II semasa pertabalan baginda bolehlah tempah tiket kapalterbang samada yang murah atau yang mahal mulai sekarang kerana pameran ini akan diadakan bermula 27 Julai hingga 29 September 2013.  Sambil bercuti sempena  musim panas di London bolehlah singgah ke Buckingham Palace pada Julai hingga September untuk melihat pameran ini nanti. Tetapi Syah tak pasti samada pameran ini dikenakan caj atau tidak.





Sumber :- Telegraph / The Huffington Post

Pedang Cura Simanja Kini dan Mengapa Melayu Dilarang Derhaka Kepada Sultan

27 Januari 2013, Ahad :-


Alat-alat kebesaran diraja negeri Perak Darul Ridzuan merupakan peralatan yang paling unggul dan amat dihormati kerana usianya yang menjangkau ratusan tahun dan digunakan didalam istiadat pertabalan sesorang Sultan Perak Darul Ridzuan. Kesultanan Melayu Perak diasaskan 485 tahun lalu dan semenjak itu, peralatan berkenaan telah ada malah sebahagian daripadanya berusia lebih lama lagi terutamanya peralatan yang diwarisi dari Kesultanan Melayu Melaka. Ada juga sesetengah daripada peralatan ini digunakan oleh Sultan dan Raja Perempuan/Raja Pemaisuri dalam sesetengah istiadat atau upacara kebesaran diraja yang lain selain dari Pertabalan. Pedang Cura Simanja Kini, Rantai Bunga Niyur, Pontoh Bernaga, Pontoh Ular Lidi dan Cop Halilintar merupakan sebahagian alat kebesaran yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka daripada Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah.

Manakala alat-alat kebesaran yang lain seperti Puan Naga Taru, Puan Bujur (tepak sireh emas), Keris Warisan Bermata Emas dan Keris Taming Sari merupakan alat kebesaran negeri yang turut dibawa oleh Sultan Perak Pertama Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I semasa pertabalan baginda pada 1528. Baginda merupakan putera kepada Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah.  Walau bagaimanapun dikatakan terdapat beberapa peralatan asal yang telah hilang dalam peredaran zaman.  Ada beberapa alat lagi ditambah sebagai alat kebesaran dari masa kesemasa seperti Lembing Kerajaan (16), Payung Kerajaan (16) dan Payung Diraja (2).

Hari ini Syah hendak berkongsi maklumat dengan anda mengenai Pedang Cura Simanja Kini. Mengikut sumber lisan, Pedang Cura Simanja Kini adalah kepunyaan Nila Utama atau Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana atau disebut sebagai Sang Sapurba yang merupakan Raja Palembang dari Bukit Siguntang Mahameru, Palembang.  Pedang ini juga telah menyelamatkan Minangkabau dari keganasan ular Saktimuna apabila Sang Sapurba mengarahkan Permasku Mambang menggunakan pedang ini untuk membunuh ular Saktimuna. Pedang Cura Simanja Kini telah diwarisi oleh putera Sang Sapurba iaitu Sang Nila Utama atau Parameswara   dan dipakai oleh Parameswara ketika ditabalkan sebagai Maharaja Melaka pertama  bergelar Sultan Iskandar Shah pada tahun 1400.  Bermula dari sini, Pedang Cura Simanja Kini menjadi perkakas Kerajaan Melaka sehinggalah kejatuhannya pada 1511. Pedang ini kemudiannya diwarisi oleh putera Sultan Melaka Terakhir iaitu Raja Muzaffar ibni Sultan Mahmud Shah yang kemudiannya bergelar Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak Pertama yang memerintah pada tahun 1528 hingga 1549.

Dalam Istiadat Pertabalan Sultan Perak, Pawang Diraja akan mempersembahkan Pedang Cura Simanja Kini kepada baginda Sultan dan baginda akan menyambut dan menghunus Pedang Cura Simanja Kini lalu mengucupnya. Kemudiannya Pedang Cura Simanja Kini di sandang kebahu baginda Sultan.  Kaedah ini dikatakan menyerupai perbuatan yang dilakukan oleh Sang Sapurba ketika baginda berwaad dengan Demang Lebar Daun, iaitu mengakui setia dan berikrar memainkan peranan sebagai Raja dan Rakyaat Melayu hingga keanak cucu dan keturunan mereka iaitu kita semua sebagai orang Melayu hingga hari ini.

Mengikut Sejarah Melayu perjanjian berkenan adalah seperti berikut :-

Maka titah Sang Sapurba, 'Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu' Maka sembah Demang Selebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan menjadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan ; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosapun, janganlah difadhihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak'.

Maka titah Sang Sapurba, 'Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba.' Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?' Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.'

Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Baiklah, Tuanku.  Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah.' 

Maka titah Sang Sapurba, 'Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.'

Maka bagindapun bersumpah-sumpahan barangsiapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya keatas.Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Mereka ; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadhihatkan dengan kata-kata yang jahat.  Jikalau  ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa.  Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya.

Itulah serba sedikit yang boleh Syah kongsi bersama anda mengenai Pedang Cura Simanja Kini dan mengapa sebenarnya kita sebagai orang Melayu dilarang menderhaka kepada Sultan dan seorang Sultan pula harus berlaku adil dan saksama kepada rakyatnya.  Dari sinilah datangnya ungkapan Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Di Sanggah.  Daulat Tuanku ............ Dirgahayu Tuan Patik.

Sumber :- Cempaka Sari / Sejarah Melayu / Biografi Bergambar DYMM Sultan Azlan Shah

Friday, January 25, 2013

Pertabalan Dato' Kelana Petra, Mohd Kassim bin Dato' Mandika Hj Abdul Rahman Sebagai Undang Luak Sungai Ujong

Pada hari ini 25.01.1951, Dato' Kelana Petra ke-9, Yang Teramat Mulia  Mohd Kassim bin Dato' Mandika Hj. Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Undang Luak Sungai Ujong menggantikan Allahyarham Dato' Kelana Dato' Ma'amor bin Kassim. Istiadat pertabalan diadakan di Balai Undang, Ampangan, Negeri Sembilan. Pengistiharaan Dato' Kelana Petra  sebagai Undang dibuat oleh oleh Dato' Shahbandar pada 27 Mac 1946 selepas kemangkatan Allahyarham Dato' Kelana Dato' Ma'amor Kassim. Istiadat pertabalan Undang dimulai dengan tembakan sembilan das meriam. Seterusnya istiadat bersiram telah dimulakan oleh Dato' Batin dari Ulu Beranang dan Jenang diikuti pula oleh Dato' Mandika, Dato' Seri Maharaja Diraja dan lain-lain ahli waris. Istiadat diteruskan apabila Dato' Syahbandar mengisytiharkan pekerjaan kerajaan dan meriwayatkan riwayat hidup Undang yang baru. Dato' Laksamana dan Dato' Panglima Besar kemudiannya mengisytiharkan istiadat mengadap yang didahului oleh Dato' Mandika dan 25 orang Dato'-Dato' yang lain, Kadi-kadi termasuk Naib-naib Kadi, Penghulu, Buapak-buapak, dan waris-waris yang lain. Istiadat ini adalah mengikut aturannya telah ditentukan dan bacaan doa telah menamatkan istiadat.

Yang Teramat Mulia dilahirkan pada 13.10.1904 di Kampung Panti, Seremban dan mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Panti sebelum menyambung pengajian beliau ke Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) setelah tamat darjah 4 pada tahun 1916. Semasa di MCKK  Yang Teramat Mulia  bergiat aktif dalam bidang sukan terutamanya bola sepak dan tenis. Selepas tamat darjah 9, Yang Teramat Mulia memegang jawatan sebagai kerani di Pejabat Elektrik Seremban. Yang Teramat Mulia kemudiannya bertugas di Pejabat Tanah Seremban selama 8 tahun dan akhirnya menjawat jawatan kerani kewangan di Pejabat Besar Elektrik di Kuala Lumpur. Semasa bertugas di Seremban, Yang Teramat Mulia bergiat cergas dalam Persekutuan Persidangan Belia dan pernah menjadi Setiausaha dan Bendahari dalam persekutuan tersebut.

Yang Teramat Mulia mangkat pada 23.10.1983 dalam usia 79 tahun dan meninggalkan lima orang cahayamata.  Terdapat sedikit krisis selepas kemangkatan Yang Teramat Mulia untuk pengganti Undang Luak Sungai Ujong yang baru hingga sekarang. Setelah dua tahun Undang Luak Sungai Ujong tiada pengganti, pada 08.03.1986 Raja Abdul Rahim Raja Abdul Razak dari Rumpun Bayu diistiharkan oleh anak warisnya sebagai Dato' Kelana Petra ke-10.  Pada 02.07.1987 pula seorang warga adat dari Rumpun Dusun, Lenggeng diistiharkan oleh warisnya sebagai Dato' Petra ke-10 dan mengangap perlantikan Raja Abdul Rahim tidak sah.  Dewan Keadilan Negeri yang bertanggungjawab mengesahkan perlantikan semua Undang tidak mengeluarkan sebarang persetujuan berhubung kedua-dua perlantikan individu berkenaan sebagai Undang Luak Sungai Ujong yang baru. Dewan ini dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta dianggotai oleh kesemua Undang yang empat bersama Tunku Besar Tampin dan Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai ex-officio.  Dewan ini tidak ada kuasa melantik Undang tetapi mempunyai kuasa merestui dan mengesahkan perlantikan Undang yang dibuat oleh Tua Waris Hulu, Tua Waris Hilir dan Waris Nan Tuo.

Yang Teramat Mulia Dato' Mubarak Dohak, Undang Luak Sungai Ujong.

Disebabkan tiada restu dan pengesahan daripada Dewan Keadilan Negeri berhubung perlantikan kedua-dua individu berkenaan sebagai Undang Luak Sungai Ujong kerana perlantikan mereka tidak mengikut adat yang sah, maka satu kata muafakat telah dibuat oleh tiga waris tua berkenaan berhubung isu ini.  Akhirnya ketiga-tiga Waris Tua Berkenaan telah memilih Yang Teramat Mulia Dato' Mubarak bin Tahak @ Dohak sebagai Dato' Kelana Petra ke-10 iaitu Undang Luak Sungai Ujong yang baru pada 29.12.1993.  Sepatutnya pengganti Undang yang baru harus dibuat selepas kemangkatan penyandangnya.  Sehingga hari ini masih ada lagi yang tidak berpuashati berhubung perlantikan Yang Teramat Mulia Dato' Haji Mubarak sebagai Undang Luak Sungai Ujong.

Sumber :- Arkib Negara / Royalark / Chegubard

Thursday, January 24, 2013

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2013

Tuanku Abdul Halim telah berkenan mencemar duli menyampaikan Anugerah Perdana Maulidur Rasaul kepada Datuk Seri Anis Abot. 

24 Januari 2013, Khamis :-

Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun 1434H di Masjid Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya. "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah telah dipilih sebagai tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2013. Turut serta dalam majlis ini adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badwi.

Majlis hari ini didahului dengan perarakan 13,000 peserta sejauh 1.7 kilometer yang terdiri daripada 74 kontijen kerajaan, 30 kontijen badan berkanun, lapan badan beruniform, 21 kontijen swasta, lima kontijen institusi pengajian tinggi serta 12 kontijen sekolah. Perarakan pada tahun ini juga turut disertai oleh kumpulan motosikal berkuasa tinggi, Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Perbadanan Putrajaya serta pasukan bot air.


Pada majlis hari ini, Tuanku Abdul Halim telah berkenan menyampaikan Anugerah Perdana Maulidur Rasaul kepada Datuk Seri Anis Abot.  Datuk Seri Anis Abot merupakan bekas Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan juga merupakan bekas Mufti Sarawak. Anugerah Maulidur Rasul telah diberikan kepada pelajar kurang upaya Khairunnisaq Khairuddin yang merupakan pelajar cemerlang Peperiksaan Menengah Rendah atau PMR dari SMK Bandar Mas, Johor. Selain daripada itu, Anugerah Maulidur Rasul juga diberikan kepada Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim, Datuk Nooh Gadut, Muhammad Fitri Abdullah, Che Wan Alias Che Wan Abdullah, Tan Sri Mohd Zaman Khan, Mohd Bakir Mansor dan Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Dalam titah baginda, Tuanku Abdul Halim menekankan bahawa perpaduan akan dapat dicapai dan kecemerlangan akan menjadi kenyataan sekiranya pendekatan wasatiyyah dihayati sepenuhnya.  Tuanku Abdul Halim juga menyeru agar rakyat bersama-sama mengekal dan mengukuhkan perpaduan untuk membina kekuatan bagi memajukan agama, bangsa dan negara. Tambah Tuanku Abdul Halim lagi, sirah Rasulallah juga menunjukkan bahawa kepelbagaian dalam masyarakat samada dari segi keturunan, pegangan ugama, budaya dan bahasa, bukanlah satu masalah dan penghalang kepada perpaduan asalkan kesederhanaan atau pun pendekatan wasatiyyah itu dijadikan amalan dalam kehidupan.

Tambah baginda lagi "Marilah kita sama-sama menjayakan setiap usaha pembaharuan dan perubahan dengan menggunakan acuan Islam sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad S.A.W. iaitu dengan penuh kesederhanaan dan berimbang"

Sumber :- Bernama 

Sultan Brunei Hadiri Majlis Sambutan dan Perarakan Maulud Nabi S.A.W

24 Januari 2013, Khamis :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah berkenan menghadiri Majlis Sambutan dan Perarakan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. peringkat Negara bagi Daerah Brunei Muara pagi tadi.  Majlis diadakan di Taman Sultan Omar Ali Saiffuddien dan aktiviti berarak dilakukan oleh baginda  dengan  mengelilingi Bandar Seri Bagawan.  Tema sambutan pada tahun ini adalah "Rasulallah Tauladan Sepanjang Zaman".Turut serta dalam majlis ini adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah serta kerabat-kerabat diraja lainnya.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Tuanku Muhriz Sertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan

24 Januari 2012, Khamis :- 

Hari ini Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Seremban. Turut mengiringi baginda berdua adalah Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato' Seri Mohamad Hassan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Kelihatan baginda berdua menyertai perarakan mengelilingi Bandar Seremban sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan pagi tadi. 

Dalam program ini seramai 20,000 orang telah mengambil bahagian  yang terdiri daripada 82 kontijen yang mewakali pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan sekolah. Dalam tihat baginda, Tuanku Muhriz memaklumkan bahawa bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu "Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah" baginda berkeyakinan persefahaman dan perpaduan dalam kalangan umat Islam boleh dicapai melalui penghayatan ke atas perinsip wasatiyyah yang terkandung didalam ajaran Islam yang suci. 

Sumber :- Bernama

Sultan Johor Ketuai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor

24 Januari 2013, Khamis :-

Pagi ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berada di Segamat, Johor untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor.  Kelihatan Tuanku Ibrahim mengetuai perarakan Maulidur Rasul menuju ke Masjid Besar Daerah Segamat. Turut serta adalah Menteri Besar Johor, YAB Dato' Abdul Ghani Othman.










Manakala Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pula berada di Masjid Jamek Bandar Kluang untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kluang.









Tunku Panglima Johor, Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman pula berada Masjid Bandar Putra, Kulaijaya untuk Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Kulaijaya.








Sumber : Kesultanan Johor/Muhd Saiful 

Queen Beatrix Berangkat Pulang ke Belanda Dari Lawatan Rasmi Ke Brunei

24 Januari 2013, Khamis :-

Semalam Her Majesty Queen Beatrix of The Netherlands telah mengakhiri lawatan rasmi tiga hari baginda ke Negara Brunei Darussalam bermula 21.01.2013 lepas. Baginda Queen Beatrix dan rombongan diraja berangkat pulang dengan pesawat khas diraja melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Barakas. Turut mengucapkan selamat jalan kepada baginda Queen Beatrix dan rombongan diraja adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. Brunei menjalani hubungan diplomatik dengan Belanda pada tahun 1984 dan buat masa ini Brunei mempunyai "non-resident ambassador" ke Belanda yang berpengkalan di Belgium manakala Belanda mempunyai "non-resident ambassador" ke Brunei yang berpengkalan di Singapura. 

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Wednesday, January 23, 2013

Queen Beatrix Anjurkan Majlis Malam Penghargaan di Brunei Darussalam

23 Januari 2013, Rabu :- 

 Sempena lawatan rasmi Queen Beatrix of The Netherlands ke Negara Brunei Darussalam, baginda Queen telah menganjurkan Majlis Malam Penghargaan bertempat di Dewan Konsert Empire Theatre di The Empire Hotel Country Club. Turut serta dalam majlis yang diadakan malam tadi adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja dan dif-dif kehormat. Sesi photografi telah diadakan sebelum para tetamu masuk berangkat ke dewan konsert. 

 Majlis dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua buah negara yang diiringi oleh Pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei. Kemudiannya para hadirin dihiburkan dengan persembahan istemewa daripada kumpulan muzik terkemuka Belanda, The Calefax Reed Quintet yang dianggotai oleh lima orang pemuzik menggunakan peralatan seperti klarinet, saxophone, bassoon dan english horn. Majlis diteruskan dengan persembahan Pancaragam Polis Diraja Brunei (PDB) dan pasukan kior dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab sebagai undangan khas. Paling istemewa apabila The Calefax Reed Quintet dan pasukan kior mempersembahkan lagu tradisional Brunei "Dang Mengalai".

Sumber :- Pelitabrunei / Jabatan Penerangan Brunei Darussalam

Tuesday, January 22, 2013

Queen Beatrix Diraikan Sultan Brunei Dalam Majlis Persantapan Diraja

22 Januari 2013, Selasa :- 

Sempena lawatan rasmi Her Majesty Queen Beatrix of The Netherland ke Negara Brunei Darussalam selama tiga hari bermula semalam, Satu majlis Persantapan Diraja untuk meraikan baginda Queen dan rombongan Diraja telah diadakan malam tadi di Istana Nurul Iman oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Turut mengiringi Sultan Brunei dalam majlis ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat-kerabat diraja. Sebelum majlis bermula, Mufti Kerajaan, YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah membacakan doa.

Pada sebelah petangnya pula, baginda Queen Beatrix dan rombongan diraja telah berkenan berangkat menyusuri Sungai Brunei dan meninjau keindahan Kampung Air yang terkenal di Brunei dan telah wujud semenjak dari dahulu lagi.  Turut mengiringi baginda Queen Beatrix adalah YTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. Terdahulu, keberangkatan tiba baginda Queen Beatrix ke Dermaga Diraja Bandar Seri Bagawan (dahulunya dikenali sebagai Brunei Waterfront) disambut oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman. Keberangkatan tiba baginda Queen dan rombongan telah disambut dengan pukulan hadrah oleh penuntut-penuntut sekolah di Dermaga berkenaan.

Dalam lawatan ke Kampung Air ini, baginda Queen telah berkenan berangkat ke rumah Penghulu Mukim Tamoi, Pengarah Haji Mokti bin Md. Salleh di Kampung Tamoi Ujong dan sempat menyaksikan persembahan muzik tradisional serta menikmati kuih-muih tempatan. Baginda Queen Beatrix dan rombongan dibawa menyusuri Kampung Air menggunakan 'Pontoon' iaitu sejenis kenderaan air.

Sumber :- Pelitabrunei

Monday, January 21, 2013

Datin Tunku Marina Kini Begelar Dato'

21 Januari 2013 :-

Isnin Tahniah diucapkan kepada Yang Teramat Mulia Datin Tunku Marina Binti Tunku Anuar yang telah dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato'. YTM Dato' Tunku Marina menerima darjah kebesaran berkenaan pada Ahad lepas, 20.01.2013 dalam Istiadat Pengurniaan Bintang dan Darjah Kebesaran sempena Sambutan Hari Keputeaan Sultan Kedah yang ke 85 di Balairong Seri Istana Anak Bukit Alor Setar, Kedah. Darjah kebesaran bekenaan disampaikan sendiri oleh Ayahanda YTM Dato' Tunku Marina iaitu Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah. YTM Dato' Tunku Marina bekhidmat dengan Nestle New Zeland di Auckland. Tahniah diucapkan kepada YTM Dato' Tunku Marina diatas anugerah ini.

Queen Beatrix Melawat Brunei Darussalam

21 Januari 2013, Isnin :- 

Her Majesty Queen Beatrix dari Belanda telah selamat tiba ke Negara Brunei Darussalam pagi tadi untuk lawatan rasmi negara selama tiga hari bermula hari ini. Keberangkatan tiba baginda Queen Beatrix di Lapangan Terbang Antarabangsa Barakas, Bandar Seri Bagawan disambut oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.






Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Sunday, January 20, 2013

Tunku Anuar Sempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah Sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-85

20 Januari 2013, Ahad :- 

Sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-85 hari ini, satu Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah telah diadakan di Balairong Seri Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Istiadat ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah,Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai wakil kepada Tuanku Abdul Halim. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukriz Tun Dr Mahathir yang menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (DHMS) yang membawa gelaran Dato' Paduka telah mendahului senarai 87 penerima dalam istiadat pagi tadi.

Jumlah penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85 adalah seperti berikut :-
  1. 2 orang menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (DHMS) membawa gelaran Dato' Paduka.
  2. 5 orang menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah membawa gelaran Dato' Wira.
  3. 3 orang menerima Darjah Gemilang Mahkota Kedah (DGMK) membawa gelaran Dato'.
  4. 60 orang menerima Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) membawa gelaran Dato'.
  5. 17 orang menerima Jaksa Pendamai.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85. 

Sumber :- Bernama

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim - Tarikh Hari Lahir Sebenar Tuanku Abdul Halim Bukan 20 Januari 2013

20 Januari 2013, Ahad :- 

Hari ini merupakan cuti umum di negeri Kedah sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-85 tahun. Walau bagaimanapun tarikh ini merupakan tarikh rasmi Hari Keputeraan Tuanku bukan tarikh lahir sebenar baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhubbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah. Jika ikut tahun sudah 86 tahun tetapi sambutan hari keputeraan tahun ini adalah disebut yang ke-85 tahun. So anda semua jangan kelirulah ya. Tuanku Abdul Halim ini sebenarnya telah kehilangan bonda tersayang ketika berusia lebih kurang enam tahun tiga bulan kerana bonda baginda, Allahyarhamah Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud mangkat dalam satu kemalangan jalanraya di Alor Setar, Kedah pada 10.03.1934. Ketika itu Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Badlishah bergelar Raja Muda Kedah. Allahyarhamah Tunku Sofiah melahirkan enam orang cahayamata hasil perkongsian hidup Allahyarhamah selama 10 tahun dengan suami tercinta Tunku Badlishah (Sultan Badlishah). Gambar diatas adalah gambar Tuanku Abdul Halim Bersama Adinda baginda, Raja Muda Kedah Darul Aman, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Comel sangat baginda berdua semasa kecil. Gambar ini diambil ketika Allahyarhamah Tunku Sofiah masih hidup lagi.

Hampir tujuh bulan kemudian, Tunku Badlishah (Sultan Badlishah) berkahwin dengan kerabat Diraja Terengganu iaitu Tengku Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 31.10.1935. Tengku Asma merupakan adinda kepada Bekas Sultan Terengganu semasa pemerintahan Jepun yang telah digulingkan oleh British iaitu Almarhum Tengku Ali dan Bonda Saudara kepada DYMM Raja Perempuan Perlis, DYMM Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid. DYTM Tunku Haji Abdul Malik merupakan satu-satunya adinda lelaki satu bonda dengan Tuanku Abdul Halim yang masih hidup. Lain-lain adinda lelaki Tuanku Abdul Halim yang dilantik sebagai Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah sekarang ini adalah anakanda kepada Almarhumah Sultanah Asma bukannya Allahyarhamah Tunku Sofiah. 

Sumber :- Koleksi Peribadi MBS

Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-85 Tahun

D A U L A T    T U A N K U
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah 


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Sultan Negeri Kedah Darul Aman
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV
dan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultanah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun 

Sultanah Negeri Kedah Darul Aman
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Sempena

ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN KE 85 TAHUN
Pada
20 Januari 2013 bersamaan 08 Rabiulawal 1434H
Semoga ALLAH S.W.T.  Memberkati Pemerintahan Tuanku

Salam Takzim Daripada

Prince Maharum Bugis Syah
MAHARUM BUGIS SYAH

Saturday, January 19, 2013

Tuanku Abdul Halim Berangkat Ke Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet

19 Januari 2013 :-

Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Graduan Kolej Tentera Darat dan Pegawai Kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris I.  Majlis diadakan di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan.  Dalam majlis ini seramai 55 orang pegawai kadet Graduan Kolej Tentera Darat dan 10 pegawai kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris I telah berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan menyertai perbarisan.  

Kelihatan Tuanku Abdul Halim menyampaikan Pedang Kehormat kepada Pegawai Rendah Kanan Mohd Faris Mohd Noor yang menerima anugerah Terbaik  Keseluruhan Pegawai Kadet Graduan Kolej Tentera Darat manakala Pegawai Kadet Graduan Mohd Noorkhalis Syafique Kamal Abdul Rasid menerima pedang kehormat untuk anugerah Terbaik Keseluruhan Pegawai Kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris I.

Anugerah Akademil Terbaik pula telah diberikan kepada Pegawai Kadet Graduan Aleziana Caroline anak Castelo dari Pegawai Kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris I manakala   bagi Pegawai Kadet Graduan Kolej Tentera Darat diberikan kepada Pegawai Rendah Muda Asyroff Zakaria 

Sumber :- Bernama

Tuanku Abdul Halim Kurniakan Suratcara Perlantikan Anggota LPPR dan JKMR

19 Januari 2013, Sabtu - 


Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menerima mengadap anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR)  di Istana Negara.  Dalam majlis ini juga, Tuanku Abdul Halim telah berkenan mengurniakan suratcara perlantikan kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahin sebagai anggota LPPR dan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff sebagai anggota JKMR.  Perlantikan Tunku Abdul Aziz sebagai anggota LPPR berkuatkuasa 14 September 2012 hingga 25 Februari 2015 manakala perlantikan Mohd Yusmadi sebagai anggota JKMR berkuatkuasa mulai 24 Februari 2012 hingga 25 Februari 2015.

Tunku Abdul Aziz yang merupakan kerabat diraja Kedah merupakan anggota Dewan Rakyat kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang dari PKR dan bekas Presiden dan Pengasas Transparency International Malaysia (TI-M) serta timbalan pengerusi Transparency International (TI).  Perlantikan ini telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan peruntukan Seksyen 14(2) Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.  Turut serta dalam majlis ini adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaafar dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Shukri Abdull.

LPPR berfungsi menasihati SPRM tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia, menasihati suruhanjaya tentang dasar dan strategi suruhanjaya dalam usahanya membenteras rasuah, menerima dan meneliti cadangan daripada suruhanjaya ke arah perjalanan cekap dan berkesan suruhanjaya, meneliti keperluan sumber suruhanjaya untuk memastikan keberkesanannya serta meneliti laporan tahunan suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada JKMR. Manakala JKMR berfungsi menasihati perdana Menteri berhubung apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia, memeriksa laporan tahunan suruhanjaya serta mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan suruhanjaya dan ulasan LPPR.

Sumber :- Bernama