Tuesday, July 31, 2012

Tuanku Muhammad V Menghadiri Istiadat Sambutan hari Pahlawan 2012

31.07.2012, Selasa - Pagi tadi Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang juga merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat menghadiri Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2012 yang diadakan di Dataran Merdeka.  Turut serta adalah Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Dalam majlis ini juga diadakan persembahan diantaranya pasukan tentera menentang komunis yang dipertontonkan kepada orang ramai dan para hadirin. Tuanku Muhammad V juga telah berkenan melakukan pemeriksaan barisan kawalan kehormat dalam Istiadat sambutan Hari Pahlawan ini.

Sumber :- Bernama

Buka Puasa @ Hj Sharin Low Seafood Restaurant

31.07.2012, Selasa - Semalam Syah belanja Muss dan Cd berbuka puasa di Hj Sharin Low Seafood Restaurant iaitu restoran halal yang menyediakan masakan Cina.  Restoran nie terletak di No.6, Jalan 8/23E, Taman Danau Kota off Jalan Genting Klang iaitu berhampiran KL Residence Syah.  Muss dan Cd booking menu dan tempat dulu sewaktu mereka balik dari kerja dan jam 19:10hrs baru kami keluar rumah.  On the way balik office tu Syah beli sedikit kuih,  my favourite  kuih sagu dan lepat pisang. Restoran nie ada menyediakan satu ruangan khas untuk para pengunjung menunaikan solat Maghrib dan Syah sempat solat sekejap selepas berbuka dan kemudiannya continue makan. Biasalah pelanggan sibuk berbuka dan kemudiannya nampak macam ada yang bergesas bangun untuk buat bayaran coz nak solat dirumah lah tu agaknya sebab tu mereka tak solat diruangan yang disediakan.

Menu malam tadi Seebass Fish, Baby Kailan Oyster Sauce, Mixed Vegitable, Barli Panas, Asam Boi Kasturi serta Sirap Bandung.  Syah dan Cd makan lauk tu sahaja tanpa nasi manakala Muss order  Kong Po Beef Rice.  Semuanya RM95.50 dan masa buat entry nie baru perasan ada ditulis plain rice dan patutlah mereka hantar nasi putih kat meja kami dan kami kata tak order.  Alamak rupanya diamasukkan caj nasi tu dalam bill Syah RM1.50. Tak apalah dah rezeki dia, biar jer lah kan?  Lepas makan kami balik ke KL Residence dan lepak sekejap sebelum ke surau.  Masa Syah ke surau, Cd fetch Haziq di LRT Melati kerana dia balik lewat dan kerja extra sehingga jam 20:00hrs.  Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry............. Selamat Berpuasa Semua.

Sultan Selangor Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Hulu Klang

31.07.2012, Selasa - Petang semalam Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat yang diadakan di Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang, Kuala Lumpur.  Dalam majlis ini baginda Sultan berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 512 orang penerima yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan fakir, miskin, anak yatim dan mualaf.  Kelihatan Tuanku Sultan masih lagi berada dalam keadaan sedih kerana kemangkatan adinda bongsu baginda, Allahyarhamah Tengku Puteri Aishah yang mangkat disisi baginda sendiri  akibat kanser di Pusat Perubatan Pantai awal pagi semalam dan dikebumikan pada sebelah tengahari semalam. Al-Fatihah semuga roh Allahyarhamah Tengku Puteri Aishah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber :- Bernama

Sultan Muhammad V Hadiri Majlis Sempena Sambutan Hari Pahlawan Di Masjid Negara

31.07.2012, Selasa - Petang semalam Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang juga merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Pahlawan 2012.  Majlis yang diadakan di Masji Negara ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri dan Datin Seri merupakan penaung Tabung Rayuan Hari Pahlawan. Turut serta adalah Menteri Pertahanan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badwi dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.  Majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat telah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Dato' Syaikh Haji Ismail bin Muhammad. Baginda dan rombongan kemudiannya berbuka puasa bersama para jemaah lainnya dan kemudiannya menunaikan Solat Maghrib, Insyak dan Terawih berjemaah.

Sumber : Bernama

Monday, July 30, 2012

Tengku Puteri Aishah, Adinda Sultan Selangor Mangkat

30.07.2012, Isnin - Inalillahi Wainailaihi Rojiun, Dukacita dimaklumkan bahawa adinda bongsu kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj iaitu Tengku Puteri Aishah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul  Aziz Shah Alhaj telah mangkat awal pagi tadi akibat kanser.  Allahyarhamah mangkat di Pusat Perubatan Pantai yang terletak berhampiran office Syah di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Allahyarhamah yang baru berusia 56 tahun itu mangkat disisi Sultan Selangor dan anggota keluarganya pada jam 12:15hrs.  Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja di Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang dan dimakamkan tengahari tadi kira-kira jam 12:45hrs di Makam Diraja Selangor, Shah Alam dengan penuh adat istiadat Diraja negeri Selangor.  Allahyarhamah merupakan adik beradik satu ibu dengan Tuanku Sultan Selangor.  

Al-Fatihah .............. Semuga Roh Allahyarhamah Tengku Puteri Aishah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Tengku Puteri Aishah semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber :- Istana Mastika/Bernama

Sunday, July 29, 2012

Tuanku Muhriz Sampaikan Sumbangan Peribadi Kepada Rejimen Semboyan Diraja

29.07.2012, Ahad - Malam tadi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Rejimen Semboyan Diraja (RSD) yang diadakan di Kuala Lumpur.  Dalam majlis ini, baginda telah menyampaikan derma peribadi baginda bagi mengisi Tabung Rayuan Hari Pahlawan.

Kelihatan Pengerusi Kor RSD , Mejar-Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan dan isteri menyematkan bunga raya didada Tuanku berdua selepas baginda menyampaikan sumbangan berkenaan.  Majlis diadakan di Wisma Perwira, Kem Batu Kentonmen, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur . Tuanku Muhriz merupakan Kolonel Yang Di Pertua Rejimen Semboyan Diraja.

Sumbangan :- Bernama

Raja Muda Perak hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Hakim-Hakim, Badan Beruniform dan Penguatkuasa Undang-Undang

29.07.2012, Ahad - Malam tadi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berangkat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Hakim-Hakim, Badan Beruniform dan Penguatkuasa Undang-Undang.  Majlis diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.  Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin.

Sumber :- Bernama

Saturday, July 28, 2012

Buka Puasa Sakan Hari Ini

28.07.2012, Sabtu - Haaaaaa ..... mentang-mentang Sabtu Syah tak kerja dan banyak masa untuk menyediakan juadah berbuka puasa nampak gayanya hari ini.  Nielah juadahnya -  Bayam & Fishball Masak Air, Kacang Rebus, Papaya, Oat, Air Suam, Soya Cincau, Air Zam-Zam,  Kurma Sumbat Almond, Tin dan Kismis,dan Sup Ayam & Sayur.  Pagi tadi Syah ke Pekan Rawang beli keperluan dapur termasuk Mineral Water.  Balik dari Pekan terus basu AEL dan kemudiannya buat preparation untuk masak petang nanti.  Lepas siapkan bahan-bahan Syah kemas belakang rumah dan kemudiannya  rehat sekejap.  Hampir jam 18;00hrs syah mula sediakan persiapan untuk berbuka puasa.

Sekarang sudah jam 20;09hrs dan Syah baru lepas makan.  Biasanya Syah berbuka dengan minum dan makan kurma dulu dan terus Solat Maghrib.  Lepas solat baru Syah makan dan bila Azan Insyak baru Syah bertolak ke Surau yang tak berapa jauh dari Rawang Residence Syah.  Ada masanya sedih juga buka puasa seorang-seorang tetapi apa-apapun hidup perlu diteruskan. Lagipun Syah memang suka seorang-seorang tetapi ada masanya rasa sunyi juga, itu Syah tak dapat nafikan. Sebenarnya Syah Seronok di Rawang nie cuma jika Syah sakit dan jika terjadi sesuatu tak ada orang dirumah macam beberapa minggu lepas Syah terpaksa panggil teksi untuk ke kelinik pada waktu malam dan perkara seperti ini merungsingkan keluarga Syah exspecially Ayahanda Syah. Tiap-tiap malam dia buatkan Solat Hajat untuk Syah supaya Syah sihat. Terima kasih 'Abah'. ..............Bulan puasa nie, Syah habiskan masa ke Surau untuk Solat Insyak dan Solat Sunat Terawikh,  Malam nie ada taskirah dan malam semalampun ada juga taskirah.  Oklah Syah sehingga berjumpa lagi dilain Entry ............... 

Friday, July 27, 2012

Sultan dan Raja Muda Selangor Hadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Hari Pahlawan



27.07.012, Jumaat - Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (berbaju kuning) telah berkenan menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Pahlawan yang diadakan  di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.  Turut serta mengiringi Tuanku Sultan dan Raja Muda dalam majlis ini adalah Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.  

Sumber :- Bernama

Sultan Brunei Rasmikan Masjid Pengiran Abdul 'Malik

27.07.2012, Jumaat - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan merasmikan Masjid Pengiran Muda Abdul 'Malik di Kampong Tungku Katok dan menunaikan Solat Jumaat pertama di masjid berkenaan.  Khutbah jumaat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Hj Mohiddin, Timbalan Mufti Kerajaan Brunei.  Sebelum berangkat pulang Tuanku Sultan telah beramah mesra dan bersalaman dengan para jemaah lainnya.

Sumber : Jabatan Penerangan Brunei

Thursday, July 26, 2012

Aktiviti Harian Syah Dibulan Puasa

26.07.2012, Khamis - Sekejap masa berlalu dan sudah hendak masuk enam hari kita berpuasa hari ini, Insyallah. Lately Syah memang tak dapat hendak update blog awal pagi dan waktu lunch seperti selalu kerana sibuk dengan tugas dipejabat.  Masa bulan puasa nie kami start kerja jam 08:00hrs dan balik jam 16:30hrs.  So pagi memang tak sempat nak update blog dan waktu rehat tengahari Syah buat kerja. Balik pula walaupun awal kena tunggu jam lima baru Syah keluar sebab hendak solat Asar dahulu dan terkejar-kejar ke KL Sentral untuk ambil komuter ke Rawang kerana minggu ini Syah berada di Rawang Residence. Kalau tak solat takut nanti bila balik rumah lupa sebab sibuk hendak memasak.

Sampai Rawang Insyallah dapat naik bas jam 18:30hrs dan sampai rumah jam 18:55hrs kecuali macam hari Selasa lepas train meragam dan Syah lambat balik rumah dan dah terlepas bas dan terpaksa naik teksi.  Sampai rumah Syah akan memasak dan kalau tak sempat Syah akan beli kuih dan buat Tuna Sandwich dan kalau ada masa Syah akan buat Sup Sayur biasa Syah itew................hehehehehe.  Apa-apapun Kurma dan Air Zam-Zam memang Syah standby dalam balang beserta Almond, Kismis, Apricot  dan buah Tin.  Biasanya Syah akan minum dan makan kurma dahulu dan kemudiannya solat Maghrib dan lepas tu baru Syah makan.  Makan sambil tengok TV dan kemudiannya mandi jika tak sempat mandi before buka puasa. 

Lepas tu tunggu Azan Insyak dan Syah akan ke Surau untuk solat Insyak dan Terawikh. Balik semula ke rumah biasanya hampir jam 10:30hrs dan memang letih.  Biasanya Syah akan menonton TV sampai tertidur.  Jika ada masa Syah akan update blog, jika letih sangat Syah akan baring dan menonton.  Biasanya lepas balik Terawikh Syah akan makan balance juadah berbuka puasa Syah. So memang jadual Syah ketat dalam bulan puasa nie dan maaf yer kurang entry dari Syah sebagai buahtanggan untuk anda semua.  Ok lah yer...sehingga berjumpa lagi dilain Entry.

Sultan Selangor Hadiri Majlis Berbuka Puasa, Perasmian Masjid dan Sumbangan Hari Raya

26.07.2012, Khamis - Malam tadi Sultan Selangor, Duli Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul  Aziz Shah Alhaj telah berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat dan penyampaian sumbangan Hari Raya serta Perasmian Masjid Kampung Pulau Meranti di Puchong, Selangor. Seramai 230 orang asnaf fakir dan miskin, 125 orang mualaf dan 136 anak-anak yatim menerima sumbangan berkenaan malam tadi daripada Tuanku Sultan Selangor. Dalam titahnya, baginda mahukan rakyat Selangor terutamanya yang berugama Islam bersatu padu dengan semangat persaudaraan yang kukuh dengan mengetepikan ideologi dan fahaman politik mereka yang berbeza.  

Baginda mahukan agar umat Islam menumpukan sepenuh perhatian kepada amal ibadat dan mengeratkan perpaduan diantara satu sama lain pada bila-bila masa terutamanya di bulan yang mulia ini supaya Islam dipandang tinggi dan dihormati oleh penganut-penganut agama lain. Baginda juga berharap agar ahli-ahli jawatankuasa masjid di seluruh negeri Selangor agar ikhlas dan bersih hati dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan bagi memakmurkan masjid dan mengutamakan kepentingan masyarakat serta agama Islam.  Turut hadir dalam majlis ini adalah Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber :- Bernama

Tuesday, July 24, 2012

Raja Muda Perlis Lancarkan Kempen Kesedaran Kesihatan

24.07.2012, Selasa - Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah melancarkan Kempen Kesedaran Kesihatan di Istana Arau sempena Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Istana Berkenaan malam tadi.  Sebagai simbolik perasmian, Baginda dan isteri, Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama-sama memasukkan sampah kedalam tong sampah. 



Sumber :- Bernama

Istana Iskandariah Adakan Majlis Berbuka Puasa

24.07.2012, Selasa - Malam tadi sempena puasa hari yang ketiga, Istana Iskandariah telah mengadakan jamuan berbuka puasa bertempat di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk tetamu-tetamu jemputan khas. Program dimulai dengan  Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Majlis Makan Malam, Solat Insyak dan Terawikh Berjemaah. Menu berbuka puasa adalah Buah Kurma, Bubur Lambuk, Karipap dan Cucur Badak.  Manakala minuman pula Sirap Cincau, Teh, Kopi dan Air Mineral.

Selepas Solat Maghrib diadakan jamuan majlis makan malam dengan menu Nasi Putih Basmathi, Nasi Beryani Mehdi, Chutney Tomato, Ayam Mehdi, Kari Ikan Bawal, Daging Masak Kicap, Sambal Tumis Ikan Masin dan Acar Rampai manakala pencuci mulut pula Walnut Brownies dan  Agar-Agar Lapis.  Minuman pula Sirap Limau, Teh Tarik dan Air Mineral.

Sumber :- Raja Nur Janah / Tengku Soraya.

Monday, July 23, 2012

Tak Sihat dan Juada Buka Puasa Hari Ini


23.07.2012, Isnin - Salam semua dan apa khabar dan bagaimana persediaan berbuka puasa hari ini dan Syah baru sahaja selesai menyediakan juadah buka puasa hari ini.  Inilah juadah buka puasa Syah iaitu Pindang Sayur, Tuna Sandwich, Kurma Sampan (Syah sumbatkan dengan hirisan Buah Tin, Almond, Kismis dan Apricot).  Sebenarnya hari ini Syah MC kerana sakit macam biasa iaitu masalah buang air kecil dan rasa sakit dibahagian testis dan bahagian sulit Syah.  Syah balik jam 10:30hrs tadi setelah siapkan sedikit kerja dan informed my boss, Dek Noor. Jumpa doktor jam 08:00hrs pagi tadi tadi dan macam biasa doktor dah memang ada rekod Syah dan katanya mungkin disebabkan masalah Epididymis yang Syah hadapi.  Pemeriksaan air kencing clear tak ada infection dan rasa sakit katanya disebabkan ada keradangan dibahagian epododymis.  Macam biasa dia bagi ubat tahan sakit dan Syah perlu ambil ubat tu kerana selain daripada tahan sakit iannya juga boleh kurangkan keradangan.  Penyakit nie memang tak ada ubat tertentu cuma antibiotik dan tahan sakit sahaja dan iannya boleh terjadi pada bila-bila masa.Nak buat macam mana kan?

Latelynya Syah informed doktor sakit tu kadang kala terasa di bahagian testis selain bahagian sulit Syah terutama bila buang air besar atau kecil dan ada juga keadaan dimana bila Syah melakukan pergerakan dibahagian testis dan alat sulit Syah ada rasa sakit yang sama juga.  Doktor kata itu juga disebabkan oleh epididymis Syah. Syah dapat tahu masalah epididymis nie semasa masuk hospital kat Sentosa beberapa tahun lepas selepas buat scan dan lately sakit tu datang semula.  Minta-minta Syah tabah dengan dugaan nie. Sekarang nie puasa lagilah Syah kurang minum dan ini juga menyebabkan keadaan ini boleh berlaku.  Tetapi takkan kita tak nak puasakan? Puasa tetap puasa dan ubat tu akan makan selepas berbuka. Sakit nya datang sekali sekala dan ada masanya Syah akan rasa pedih, ada kalanya gatal dan ada kalanya nilu, lepas tu sakitnya hilang dan ada masanya rasa hendak menangis Syah dibuatnya. Dr informed Syah tadi sakit macam nie memang ada terjadi tetapi tak semua orang akan mengalaminya.  Tak apalah sudah nasib Syah dan reda sahajalah mungkin ada hikmah disebaliknya.  Mungkin Syah akan ke Pakar juga untuk buat pemeriksaan lagi manalah tahu sakit lain pula ker kan?  Insyallahlah lepas Raya nanti jika keadaan Syah masih macam nie juga.


Sunday, July 22, 2012

Sultan Johor Melawat Pasar Ramadan Pekan Air Baloi

22.07.2012, Ahad - Petang tadi Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli melawat Pasar Ramadan di Pekan Air Baloi, Pontian petang tadi.    Kehadiran baginda telah mendapat perhatian ramai daripada para pengunjung pasar Ramadan berkenaan. Tuanku  Sultan Johor memang terkenal dengan kemesraannya kepada rakyat dan sebab itulah baginda begitu dekat dihati rakyat Johor dan sentiasa mendapat sokongan padu dari rakyat Johor. Satu contoh terbaik bagi seorang Raja yang  berjiwa Rakyat.  Dirgahayu Tuanku Patik. 

Sumber : Kesultanan Johor FB

Puasa Hari Nie dan Gambar Lama



22.07.2012, Ahad - Pejam celik pejam celik sudah hampir dua hari kita berpuaasa.  Bagaimana puasa anda semua hari ini.  Semalam Syah berbuka puasa dengan Mee Soohon Sayur, Bayam masak Air, Kurma Badam, Buah Tin dan Aprikot kering. Papaya dan minuman pula Air Madu Panas campur Organic Fibre. Macam biasa sudah dua hari Syah Solat Terawikh di Surau @ Rawang Residence Syah.  Cuma semalam selepas berbuka Syah buang air kecil dan testis Syah rasa sakit  macam biasa tu mungkin kurang minum tetapi selepas Solat Terawikh Syah minum banyak air dan sakitnya berkurang dan kemudian hilang.  Petang nie ada terasa sedikit selepas buang air kecul dan ada masanya sakit tu datang bila Syah bergerak sedikit. tak apalah tu minta-minta oklah nanti tu. Hidung Syah macam sakit dan tersumbat manakala kelenjar bawah ketiak Syah sakit (bengkak) tetapi hari nie semakin kurang sakitnya.  Ada-ada sahaja kan? Dulupun memang selalu macam nie.

Pagi tadi Syah macam biasa kemas rumah dan cat bahagian depan rumah yang buat pengubahsuaian semula hari tu.  baru ada masa nak buat, lagipun coz dah nak raya. Buka FB tadi dan Kak Lang Ella upload gambar lama Syah masa muda-muda di Kediaman nenda Syah di Sabak Bernam.  Gambar nie semasa sambutan hari Raya dan disebelah tu My Brother Muss.hehehehe masih kurus lagi dia dan ditengah tu anak saudara Syah Mamat dan dibelakang tu Azmi my cousin.  Lama gambar nie dan Mamatpun dah umur 30an.  Actually tadi ingatkan hendak buat air barli tetapi Syah leka hngga air barli tu jadi kering dan hangus kuali Syah.  Alamak, malas nak buat semula dan terpaksa buang kuali yang dah rentung tu.  Juadah buka puasa hari nie ingat hendak buat Mee Sup Sayur macam biasa tu.  Hari nie my brother Muss outstation dan Insyallah minggu depan Syah balik KL Semula sebab ingat hendak puasa dan Solat Terawikh  seminggu di Rawang Residence..  Oklah semua ........... hingga berjumpa lagi dan Selamat Berbuka Puasa.  


Bubur Lambok Agong Kampung Baru Jadi Ikon Pelancongan

22.07.2012, Ahad - Semalam Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen telah merasmikan pelancaran Bazar Ramadan 2012 di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Sempena pelancaran ini, bubur lambuk yang terkenal di Kampung Baru terutamanya bila menjelang bulan Puasa telah dijadikan Ikon Pelancungan dan dikenali sebagai Bubur Lambuk Agong Kampung Baru. Sebanyak 100 periuk bubur lambuk Agong Kampung Baru telah diagihkan kepada para pengunjung. .  Kelihatan Datuk Seri Dr Yen Yen mengacau Bubur Lambuk Agung Kampung Baru bersama-sama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib (kanan) sebagai simbolik pelancaran Bazar Ramadan 2012. Menurut Datuk Seri Dr Yen Yen, Bazar Ramadan merupakan platform bagi Malaysia mempromosikan makanan dan minuman rakyat tempatan yang berbilang bangsa dan budaya kepada pelancung asing.

Sumber :- Bernama

Sultan Brunei Ziarahi Jenazah Allahyarham Kapten Udara Mohd Ismail

22.07.2012, Ahad - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Kapten Udara Mohd Ismail bin Dato Seri Setia Haji Samid yang merupakan salah seorang mangsa kemalangan helicopter Bell 212 yang meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Ulu Beliat. Turut serta menziarahi jenazah adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda mahkota Pengiran Musa Haji Al-Muhtadee Billah.


Al-Fatihah ...... Semuga Roh Allahyarham Kapten Udara Mohd Ismail bin Dato Seri Setia Haji Samad ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber :- Brunei Information Department

Saturday, July 21, 2012

Datuk Seri Najib Bersahur Bersama Keluarga dan Anak-Anak Yatim

21.07.2012, sabtu - Awal pagi tadi Anak Bugis Seorang nie dan merupakan Perdana Menteri Malaysia yang amat kita sayangi Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan anak lelakinya Nor Ashaman Razak telah meluangkan masa bersahur bersama-sama anak-anak yatim Rumah Penyayang Tun Abdul Razak dikediaman beliau di Pekan, Pahang.  Diantara menu sahur mereka adalah Gulai Tempoyak Ikan Patin, Daging Masak Lemak Cili Api, Ayam dan Sotong Masak Merah, Kurma serta Buah-Buahan.

Sumber :- Bernama

Sultan Johor Beri Pengampunan Kepada Banduan Sempena 01 Ramadhan

21.07.2012, Sabtu - Sempena 01 Ramadan hari ini, Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan memberi pengampunan kepada lapan orang banduan.  Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato' Obet Tawil  dalam kenyataannya pada hari Rabu lepas memaklumkan bahawa Tuanku Sultan turut berkenan meringankan hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara terhadap empat banduan. Menurut Dato' Obet, dengan titah pengampunan ini diharap mereka yang terlibat dapat menggunakan peluang kedua yang diberikan ini untuk memanfaatkan diri sendiri, keluarga, masyarakat serta negara dan membuktikan yang mereka benar-benar insaf, telah pulih dan layak bersama masyarakat.


Gambar menunjukkan Pengarah Penjara Pokok Sena, Zawari Abd Rahman memberi nasihat hari ini kepada dua banduan dari indonesia Mansur Tahir (50 tahun) dan Salleh @ Mon Moin (43 tahun) yang mendapat pengampunan daripada Sultan Johor.  Kedua-dua mereka akan dibebaskan esok setelah proses dokumentasi mereka dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Konsulat Indonesia di Pulau Pinang selesai. Selain daripada Penjara Pokok Sena, banduan lain yang terlibat berada di Penjara Kajang dan Kluang.

Sumber :- Utusan Online / Bernama

Putera Mahkota Romania Sampaikan Darjah Kebesaran Romania Kepada Sultan Sir Ibrahim

21.07.2012, Sabtu - Tahukah anda bahawa Crown Prince Carol yang merupakan Putera Mahkota Romania (kemudiannya bergelar Raja Carol II) telah belayar dari Romania ke Johor pada 16.07.1920  untuk menyampaikan darjah kebesaran Romania, Order of the Crown of Romania kepada Sultan Johor, Duli Yang maha Mulia Sultan Sir Ibrahim. Majlis penyampian darjah kebesaran ini diadakan di Bukit Timbalan, Johor Baharu, Johor.  Dalam majlis ini juga Tunku Mahkota Tunku Ismail telah dianugerahkan Order of the Star of Romania.

Sumber :- Kesultanan Johor FB

Sultan Brunei Tunaikan Solat Jumaat Di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit

21.07.2012, Sabtu - Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim kilanas. Turut mengiringi adalah dua orang putera baginda, iaitu  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Brunei disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Sebelum berangkat masuk ke dewan solat utama, Tuanku Sultan Brunei   bersalaman dengan para jemaah yang sedang menunggu keberangkatan tiba baginda. Khutbah Jumaat disampaikan oleh Yang Behormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim manakala Solat Jumaat dipimpin oleh Yang Behormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seria Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Sumber :- Brunei Information Department

Friday, July 20, 2012

Esok Puasa 21.07.2012

20.07.2012, Jumaat - Esok 21.07.2012 bersamaan hari Sabtu, kita semua akan mula berpuasa dan Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua pembaca setia tengkusyah blogspot. Syah menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan Syah kepada anda semua ketika menulis dalam blog ini.  Syah berharap agar amalan dan ibadah yang kita akan lakukan disepanjang bulan yang mulia ini akan diberkati Allah SWT.

Seperti biasa setiap tahun, malam tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad mengumumkan tarikh berpuasa melalui kaca TV keseluruh Malaysia. So jangan lupa Solat Terawih akan bermula malam ini dan subuh nanti merupakan sahur pertama kita dan jangan lupa berniat untuk puasa :- 

Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardu syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala.

Heheheh.....................Ok semua Selamat Berpuasa Yer ................................

Thursday, July 19, 2012

DYMM Raja Zarith Sofiah Rasmikan Bengkel Khas Untuk Wanita Orang Asli

19.07.2012, Pada 07 Julai lepas, Isteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor,  Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan mencemar duli merasmikan Bengkel Khas Untuk Wanita Orang Asli Tentang Cara Melindungi Diri Daripada HIV & Keganasan yang diadakan di KSL Resort, Johor Bahru, Johor. Dalam majlis ini DYMM Raja Zarith Sofiah turut menyampaikan titah baginda kepada para peserta bengkel. Selepas selesai bengkel sebelum makan tengahari, Tuanku sempat beramah mesra dengan para peserta yang menghadiri bengkel ini.

Sumber : Raja Zarith Idris FB


Cenderahati Untuk Tetamu Khas di Majlis Sambutan Hari Keputeraan Sultan Brunei Ke-66

19.07.2012, Khamis - Inilah dia cenderahati kepada para jemputan khas sempena Hari Keputeraan Ke-66, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.  Cenderahati ini diberikan kepada tetamu yang menghadiri Istiadat Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam yang berlangsung pada pagi 15.06.2012 lepas di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Diantara barangan pemberian baginda Sultan adalah Senaskah Al-Quran Digital, Butang Baju Melayu, Cufflink dan Brooch yang diletakkan dalam kotak khas bewarna kuning.

Sumber :- Naning

Wednesday, July 18, 2012

Kesihatan King Bhumibol Beransur Baik

18.07.2012, Rabu - Keadaan kesihatan Raja Thailand, King Bhumibol Adulyadej dilaporkan beransur pulih daripada masalah kesihatan yang dihadapinya pada Malam Khamis lepas.  Baginda yang berusia 84 tahun dan merupakan seorang raja yang paling lama berada diatas tahta didunia mengalami masalah "subdural bleeding" (pendarahan dalam ruangan diantara otak dan kulit kepala) dan Intermittent twitching hand. Setelah mendapat rawatan, degupan jantung dan tekanan darah baginda telah kembali normal dan doktor meminta agar baginda berehat dan menanguhkan kesemua aktiviti rasmi baginda. Disebabkan masalah ini, baginda terpaksa membatalkan lawatan rasmi baginda ke daerah Ratchaburi yang dijadualkan berlangsung pada Ahad lepas. Beribu-ribu orang datang ke Hospital Siriraj yang menjadi tempat persemayaman baginda semenjak 2009 lagi untuk mendoakan agar baginda cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.  Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawarta telah memberikan ros bewarna pink kepada baginda dan mengucapkan agar baginda cepat sembuh.

Tunku Temenggong Kedah Sampaikan Watikah Pentauliahan Pegawai-Pegawai Palapes

18.07.2012, Rabu - Semalam Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong  Kedah  Tunku Tan Sri Dato' Seri Diraja Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga merupakan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah berkenan menyampaikan watikah pentauliahan kepada pegawai-pegawai  Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau singkatannya PALAPES.  Seramai 1,284 pegawai kadet dari 15 Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam pasukan Simpanan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Majlis diadakan di Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintuk, Kedah.

Sumber :- Bernama

Tuesday, July 17, 2012

Aktiviti Hari Ini

17.07.2012, Selasa - Salam dan apa khabar semua dan Syah harap anda semua sihat hendaknya dan berbahagia disamping keluarga dan orang tersayang. Sekarang nie Syah busy sangat dengan kerja exspecially Jumaat nie last day submission for payment. So tak dapat hendak update blog seperti selalunya waktu pagi atau lunch.  Gambar wanita kat sebelah Syah nie adalah my ex colleague and also my best friend Kak Hasmah or I used to call her Kak Has. Dialah kawan dan dialah orang yang selalu Syah bergaduh tetapi biasalah dah kawan baik, so tak ambil hatipun dan kalau ambil hatipun mungkin seminit dua jew lepas tu kami ok balik,  Heheheh macam tulah kami dulu. Dah lama tak jumpa since she move to Shah Alam except dia selalu call Syah bertanya khabar Syah sebab dia tahu Syah tak sihat.  Hari ini beruntung dapat jumpa Kak Has di KL Towers dalam Majlis Perpisahan untuk Puan Zuraida.  Sempatlah bersembang dan bertanya khabar.  

Selepas lunch Syah balik semula ke office bersama Abang Talib, Saiful, Kak Rose, Kak Roselina dan Arlina.Balik terus sambung kerja dan solat.  Petang tadi sebelum balik sempat berlari sekejap ke Bahagian Akaun kerana ada urgent payment yang pihak kami perlukan cek bagi tujuan ini.  Untunglah staff bahagian akaun tu boleh membantu Syah dan tak berkira sangat. Terima kasih semua.

Balik tadi Syah ke Amcorp Mall ambilkan piring hitam Mus yang dia hantar hari tu untuk dicuci.  Disebabkan office Syah dekat dengan Amcorp Mall dia minta Syah ambilkan. Dari Amcorp Mall Syah balik terus ke KL Residence dan singgah pasar malam berhampiran LRT Melati untuk belikan my brother Young Tau Foo and for me Apam Balik and Kismis. Sampai rumah Solat Maghrib dan kemudiannya makan apam balik tu sebelum ambil ubat Syah.Ok lah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry ........... Penat rasanya Syah hari ini.

Tuanku Abdul Halim Sampaikan Surat Cara Perlantikan Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, SPRM

17.07.2012, Selasa - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menyampaikan surat cara perlantikan Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)  kepada Anggota Parlimen Kangar, Yang Berhormat Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad. Majlis diadakan di Istana Negara ini juga turut dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohammed. Tahniah kepada YB Dato' Seri diatas perlantikan ini

Sumber :- Bernama

Monday, July 16, 2012

Ulangthun Keputeraan ke-59 Tuanku Hajah Haminah

16.07.2012, Isnin - Tanggal 15 Julai bukan sahaja merupakan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-66 tetapi juga merupakan ulang tahun keputeraan ke-59 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun. Tuanku Hajah Haminah diputerikan pada 15.07.1975 di Bagan Serai, Perak. Tuanku berkahwin ketika berusia 22 tahun dengan Tuanku Abdul Halim pada 25.12.1975 beberapa bulan selepas Tuanku Abdul Halim menamatkan tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 (21.09.1965-20.09.1970).  


Selepas berkahwin, Tuanku Hajah Haminah menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia Cik Puan dan kemudiannya menggunakan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun selepas ditabalkan sebagai Sultanah Kedah pada 09.01.2004 di Balairong Seri Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah dengan penuh adat istiadat Diraja Negeri Kedah Darul Aman. Tuanku Hajah Haminah menggunakan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong  ke-14 selepas Tuanku Abdul Halim dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13.12.2011 dan ditabalkan pada 11 April 2012 lepas.

Sempena ulangtahun keputeraan Tuanku Hajah Haminah, pada malam Sabtu lepas satu sambutan berkembar ulang tahun Tuanku Hajah Haminah dan ulang tahun pertama Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah telah diadakan. Turut serta dalam majlis ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Ulang Tahun Pertama YAYSH 2012, Datuk Mohamad Tajudin Bakar.

Sumber :- Bernama/Wikipedia

Keputeraan Sultan Brunei Disambut Meriah


16.07.2012, Isnin - Majlis sambutan sempena Hari Keputeraan  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang  ke-66 tahun semalam disambut dengan meriah dan penuh dengan warna warni.  Majlis pagi semalam dimulai dengan Majlis Istiadat Perbarisan Kehormat yang diadakan di Taman Sir Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Bagawan.


Kemudiannya Tuanku Sultan menghadiri Istiadat Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Istana Nurul Iman. Dalam istiadat ini Tuanku juga menyampaikan titah baginda sempena sambutan ulang tahun baginda. Dalam istiadat ini juga, baginda telah menganugerahkan Bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia (The Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei) 1st Class: SPMB yang membawa gelaran Dato Seri Paduka kepada Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Musa Haji Aman. 


Selepas Istiadat Pengurniaan Bintang Kebesaran, Sultan Brunei dan Raja Isteri telah berkenan menerima mengadap tetamu-tetamu dari negara luar sempena Hari Keputeraan baginda yang diadakan di Istana Nurul Iman.  Kelihatan baginda berdua menerima mengadap Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Seri Utama Dr. Abdul Taib bin Mahmud dan isteri  YAB Puan Sri Raghad Kurdi Taib.


Pada sebelah malamnya pula diadakan Majlis Santapan Negara yang dihadiri oleh tetamu-tetamu negara, jemputan khas serta kerabat Diraja.  Terdahulu sebelum majlis ini bermula telah diadakan majlis menerima mengadap sebelum santapan negara bermula. Memang jadual Tuanku Sultan Brunei begitu padat semalam sempena Hari Kepteraan baginda Yang ke-66. Syah mengambil kesempatan ini merafak sembah mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-66 tahun kepada Tuanku Sultan Brunei semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.  Dirgahayu Tuan Patik.


Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Sunday, July 15, 2012

Tak Dapat Update Blog dan Masalah Sembelit


15.07.2012, Ahad - Salam dan apa khabar semua.  Maaf tak dapat buat entry weekend nie coz Syah busy sedikit dan buat kerja office di rumah.  Dah seminggu SAP System Syah tak boleh guna sebab ada masalah ekoran daripada restructure bahagian kami dan Jumaat lepas baru ok dan Syah terpaksa bawa balik dokumen-dokumen berkenaan untuk buat kerja dar rumah dan tak perlu kepajabat.  Biasalah bila buat kerja kat rumah diselang seli dengan buat "kerja rumah" seperti mengemas dan memasak.  Hari nie my sister Intan dan hubbynya Am datang ke Rawang Residence dan Syah buatkan Nasi Goreng Ikan Bilis, Paprik Seafood dan Air Nenas Blanded.  Semuanya Syah buat sendiri.  Intan pula bawa kuih.  Intan dan Am datang kerana hantar bateri kereta Syah dan kebetulan tayar AEL kempis dan Am periksa tadi dan didapati ada dua paku kat tayar tu dan dia bawa tayar tu ke Selayang untuk tampal "ulat" hehehehehe................ So AEL kena pakai tayar spare sekarang nie.  Lepas Maghrib tadi Intan hantar Syah balik ke KL Residence.Sekarang jam 23:20hrs dan sekejap nanti syah hendak titun ............ Good night and have a sweet dream.


Update :- Pagi Isnin 16.07.2012 - By the way semenjak dua tiga hari nie Syah kena sembelit yang agak teruk.  Nak buang air besarpun dia tersekat dan Syah kena hati-hati supaya tidak meneran kerana baru lepas operation. Pagi tadi masa buang air kecil sakit biasa kat testis tu terasa dan mungkin ada connection dengan sembelit yang tak boleh keluar tu, agaknya lah. Sampai Syah tak tahu nak buat apa dan akhirnya Syah azan perlahan-lahan kat dalam bilik air baru boleh keluar.  Nampak pelik azan dalam toilet tetapi itu sahajalah yang Syah mampu buat sambil berdoa pada Allah.  Permakanan Syah jaga dengan banyak makan sayur dan buah cuma lately ada masanya agak kurang minum air.  Macam manalah bulan puasa nanti.  Sekarang nie ada rasa sakit sedikit. Anda ada cara tak untuk mengatasi masalah Syah nie.  Kalau ada kongsi yer?

Friday, July 13, 2012

Sultan Brunei Rasmikan Masjid Ash-Shaliheen

13.07.2012, Jumaat - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairil Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan merasmikan Masjid Ash-Shaliheen.  Keberangkatan tiba Tuanku dan Putera-Putera serta Kerabat Diraja disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei dan baginda kelihatan bersalaman dengan para jemaah lainnya. Kemudiannya Tuanku telah berkenan menandatangani plak perasmian dan pembukaan Masjid Ash-Shaliheen.  Solat Jumaat diimamkan oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Sebelum berangkat pulang Tuanku dan rombongan telah bersalaman dan beramah mesra dengan para Jemaah. 

Sumber :- Kementerian Penerangan Brunei

Thursday, July 12, 2012

Putera Mahkota Thailand Beli Barangan Antik Bernilai Lebih 10,000.00 Pound

12.07.2012, Khamis - The Telegraph pada 08.07.2012 melaporkan seorang pembekal barang-barang antik di kawasan luar bandar di Hampshir terperanjat setelah menerima kunjungan mengejut daripada Putera Mahkota Thailand beserta 30 orang pengiring kekedainya. Prince Maha Vajiralongkorn dan isterinya Princess Consort Srirasmi melihat-lihat barangan antik dikedai berkenaan dan akhirnya telah membeli 300 barangan antik yang diperbuat daripada china bone dengan harga melebihi 10,000.00 pound. Semasa rombongan Putera Mahkota berada dikedai berkenaan, tuanpunya kedai Mr. Mahoney telah menutup kedainya kepada orang awam bagi memberi laluan kepada Putera Mahkota dan rombongan memilih barang yang mereka kehendaki. Putera Mahkota yang berusia 59 tahun itu berangkat ke London pada 20.06.2012 lepas dengan menggunakan jet peribadi baginda untuk bercuti.

Sumber :- The Telegraph

Pagi Ini

12.07.2012, Khamis - Salam dan Selamat Pagi kepada semua dan apa khabar anda hari ini dan Syah harap agar anda semua dalam keadaan yang sihat dan memuaskan. Sekejap sahaja sudah hari Khamis dan tak lama lagi kita semua akan mula berpuasa dan mengisi bulan Ramadhan yang mulia itu dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan duniawi. Beberapa minggu kebelakangan ini Syah sampai awal ke pejabat selepas jam 07:30hrs kerana stay di KL Residence dan jika Syah di Rawang Residence hampir 08:30hrs baru Syah sampai office.  


Walau bagaimanapun tak kira di Rawang atau Kuala Lumpur, Syah tetap bangun seawal jam 05:00hrs dan keluar rumah jam 06:30hrs.  Di Rawang jam 06:30hrs tu adalah masa bas lalu di Rawang Residence Syah.  Sampai tadi Syah terus ke food court beli Horlic O Panas untuk breakfast yang Syah tambah dengan fibre dan oat untuk makan ubat.  Oklah semua sekarang hampir jam 08:30hrs dan Syah undur diri dahulu untuk bertugas.  Sehngga berjumpa lagi dilain Entry. Hadiahkan Senyuman manis anda kepada semua orang ............

Perlantikan Tuanku Abdul Halim Sebagai Yang di-Pertuan Agong Untuk Kali Kedua Tercatat Didalalm Edisi Terbaru Malaysian Book of Records (Edisi Ke-8)

12.07.2012. Khamis - Sempena ulang tahun ke-17 Malaysian Book of Records (MBR), satu majlis pelancaran MBR edisi terbarunya iaitu edisi kelapan telah dilancarkan malam tadi yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz. Turut serta dalam majlis MBR Night of   Achivers ini adalah Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badwi sebagai tetamu kehormat dan pengasas MBR, Datuk Danny Ooi.  


Perlantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 buat kali keduanya merupakan salah satu kandungan utama dalam keluaran edisi terbaru ini. Merafak sembah tahniah kepada Tuanku Abdul Halim atas pencapaian yang baginda perolehi sehingga diabadikan dalam MBR edisi ke-8 ini.  Buku ini diterbitkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris dengan lebih daripada 4000 rekod dan pencapaian oleh warga Malaysia.

Dicatatkan juga dalam MBR, budak lelaki paling rendah adalah Kama Mirezzanail Kama Rezmie dengan ketinggian 56sm manakala pemain bolasepak Mohd Safee Mohd Sali pula sebagai pemain bolasepak yang mendapat bayaran paling tinggi.

Sumber :- Bernama

Allahyarhamah Tunku Molek Zaharah

12.07.2012, Khamis - Ketiga-tiga budak perempuan dalam gambar ini merupakan puteri-puteri  kepada Allahyarham YAM Tunku Arif Bendahara Johor, Tunku Abu Bakar iaitu anakanda kepada  Almarhum Sultan Sir Ibrahim dan isteri kedua baginda Almarhumah Sultanah Ruqaiya. Gambar ini diambil pada tahun 1931 sewaktu pertabalan Sultanah Helen sebagai Sultanah Johor.  Dari kiri adalah Tunku Molek Zaharah, Tunku Manis Fatimah  dan Tunku Chantek Maimunah. Hasil perkongsian hidup Tunku Abu Bakar dengan satu-satunya isteri beliau, Ungku Fatimah bt Ungku Ahmad telah dikurniakan dengan tujuh orang puteri dan seorang putera tunggal iaitu Tunku Sulaiman yang berkahwin dengan puteri sulung Raja Perlis iaitu YAM Tengku Puteri Utama Perlis Dato Seri DiRaja Sharifah Salwa binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.  


Tunku Molek mangkat ketika berusia 17 tahun pada 01.03.1939 kerana serangan Demam Typhoid atau juga dikenali sebagai Penyakit Taun.  Berita kemangkatan Allahyarhamah Tunku Molek telah dimuatkan dalam akhbar ketika itu.    Tunku Molek merupakan pelajar pintar di Johor Baharu Convent School dan telah memperolehi  keputusan cemerlang dalam peperiksaan Cambridge Junior Examination sebelum kemangkatannya. Jenazah Allahyarhamah Tunku Molek dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu, Johor.

Al-Fatihah, Semuga Rohnya Allahyarhamah Tunku Molek Zabedah bt Tunku Abu Bakar Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. Amin



Wednesday, July 11, 2012

Busy Hari Nie Dengan Kerja

11.07.2012, Rabu - Salam dan apa khabar semua dan Syah minta maaf kerana tak dapat hendak update blog hari ini kerana terlalu sibuk dengan kerja dan ada target yang perlu disiapkan by tomorrow.  Masa lunch yang sepatutnya Syah gunakan untuk update blog tak dapat digunakan seperti biasa kerana Syah terpaksa buat kerja dan hingga sekarang masih lagi tak lunch kerana tak ada selera, cuma Syah makan buah sahaja sebiji serta biskut dan pagi tadi Horlic Panas dan Oat serta fibre. Oklah Syah gtg nak Solat Maghrib dan kemudiannya sambung kerja semula........Jumpa Lagi Yer .....................

Tuesday, July 10, 2012

Majlis Tahlil Sempena 100 Hari Kemangkatan Allahyarham Raja Dato' Seri Ashman Shah

10.07.2012, Selasa - Pada Sabtu lepas bersamaan 07.07.2012 telah diadakan Majlis Tahlil sempena 100 hari kemangkatan Allahyarham Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.  Majlis diadakan di Balai Rongseri lama tingkat 3, Istana Iskandariah, Bukit Chandan di Bandar Diraja Kuala Kangsar.  Majlis dimulai dengan bacaan Yasin selepas Solat Maghrib manakala jamuan makan diadakan selepas Solat Insyak dan kemudiannya diadakan maulid iaitu berzikir sambil berkasidah.  

Turut serta dalam majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta putera tunggal Allahyarham Raja Ashman, Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah.

Sumber : Legacy Yusuf Ekram

Sultan Azlan Rasmikan Kompleks IPD Taiping

10.07.2012, Selasa - Semalam Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah berkenan menyempurnakan perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.  Kompleks seluas 17 ekar  yang dibina pada 12.04.2007 dan siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada 25.06.2012 ini bernilai RM88.5 Juta. Turut berangkat dalam majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun binti Mohd Ali, Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah.

Turut serta mengiringi Tuanku Berdua adalah Menteri Besar Perak  Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong dan  Ketua Polis Perak Dato' Mohd. Shukri Dahlan.  Dalam titahnya Tuanku Azlan Shah menekankan bahawa pasukan Polis kelas pertama akan sentiasa dihormati sehingga menyebabkan tidak akan  ada pihak yang berani memberikan sogokan.kepada anggota polis.  Diantara titah baginda  :-
  • "PDRM hendaklah mengelak daripada terheret dalam klasifikasi polis di negara ketiga dengan pelbagai imej negatif"
  • "Tidak dihormati malah dipersendakan, dilihat bergelumang dengan amalan rasuah, menindas yang lemah dan memejamkan mata kepada kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah terutama oleh kumpulan elit dalam masyarakat."
  • "Ia mungkin bermula dengan toleransi terhadap kesalahan trafik atau penyeludupan seguni beras, tetapi amalan toleransi demikian memberikan imej ketidaktegasan menguatkuasakan undang-undang,"
Titah baginda lagi, tindakan  negatif anggota polis yang tidak bertanggungjawab akan membawa kepada berlakunya porak-peranda didalam negara termasuk berluasanya kegiatan jenayah, penyeludupan, rasuah, judi, pelacurandan rompakan.

Sumber :- Utusan Malaysia

Happy Birthday Tun Dr Mahathir Mohamad

10.07.2012, Selasa - 


"Happy Birthday To You, Happy Birthday To You, Happy Birthday  to Tun Dr Mahathir Mohamad, Happy Birthday To You."  


Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran Mantan Perdana Menteri yang amat kita kasihi dan hormati iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun diputerakan pada 10.07.1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Star, Kedah.  Beliau merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik dari pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.  Tarikh pendaftaran kelahiran Tun sebenarnya adalah 10.12.1925 kerana ibubapa Tun mendaftarkan tarikh lahir kesemua anaknya pada bulan Disember  atas alasan memudahkan urusan pendaftaran persekolahan anak-anaknya. Tarikh lahir sebenar Tun adalah pada hari ini 10.07.1925.

Tun merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan paling lama berada dalam kerajaan sebagai Perdana Menteri bermula 16.07.1981 hingga 31.10.2003 dan sempat berkhidmat dengan enam orang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Syah mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Ke-87 kepada Tun semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.  Syah sebenarnya selalu terserempak dengan Tun di Masjid Negara sewaktu Solat Jumaat.  Jika anda ingin melihat dan bersalaman dengan Tun datanglah bersolat Jumaat di Masjid Negara, Insyallah Tun selalu solat Jumaat disini.

Monday, July 9, 2012

Jam Tangan Dah Jumpa Balik dan Dinner Malam Nie

09.07.2012, Isnin - Shukur Alhamdulillah jam tangan kesayangan Syah dah jumpa balik. Pagi tadi Syah tanya office mate samada mereka ada nampak jam tangan Syah.  Mereka kata Jumaat hari tu Nash, one of our colleague ada tanya mereka mengenai jam tangan yang dia jumpa.  Hari nie Nash cuti sakit pula dan Syah jumpa secretary Dr. Zainal, Azlina untuk tanyakan mengenai jam tu sebab Syah call Nash tak angkat.  Syah call Suzana jiran  office Syah yang berada di sayap utara tetapi kata mereka tak ada orang yang jumpa jam, lagipun pada Jumaat lepas kebanyakan staff ada progrm team building dan Syah cal kalau dia tahu pasal jam nie dan katanya esok dia tanyakan.  Tak lama kemudian Azlina call minta daang office Dr. Zainal untuk ambil jam Syah yang Nash simpan kat bilik stor mereka. Pagi tadi Syah jumpa duit RM100 lebih bertabur atas lantai office.  Syah bagi kat owner meja yang Syah jumpa duit tu dan katanya bukan dia punya dan dia buat announcement siapa ada hilang duit.

Malam nie pula Cd belanja Syah, Muss dan Haziq dinner di Haji Sharin Low Restoran, Taman Seri Gombak.  Lepas Maghrib kami bertolak ke Restoran masakan Cina yang dimiliki oleh Haji Sharin Low.  Actually cawangan kat KL Residence Syah pun ada tetapi Cd nak belanja kat sini kerana katanya kat sini sedap sedikit masakannya.  Kena Caj RM 190lebih.  By the way terima kasih Cd kerana belanja kami malam ini. Oklah semua Syah hendak beradu dan selamat malam semua semuga dibuai mimpi yang indah.