Monday, February 28, 2011

Poslaju .............. dan Ayie Datang Rumah

28.02.2011, Isnin - Hari nie Syah tak puasa sebab rasa tak berapa sihat. Ingatkan hendak cuti jer tetapi Syah gagahkan badan kerja coz kat rumah bukan ada sapa-sapa pun. Minggu lepas Syah jumpa tenant Syah dan minta dia sms address office dia untuk Syah hantar Agreement walau bagaimanapun sampai la nie tak ada sms dan Syah cari sendiri alamat dia pagi tadi dengan menelefon 103 untuk dapatkan no phone company dia dan call company dia untuk dapatkan alamatnya. Selepas tu Syah hantar dokumen tu menggunakan perkhidmatan Poslaju di TM pagi tadi dan Syah tunggu sampai petang mereka tak datang untuk collect duit lalu Syah turun ke -3 untuk buat bayaran. Rupa-rupanya ada extra charges. Harganya RM5.80 tetapi ada delivery charge RM5.00. Syah inform mengapa kena ada caj tu sebab Syah hantar sendri dan staf tu inform Syah memang ada caj tu walaupun Syah hantar sendiri dan sepatutnya mereka yang ambil sendiri daripada Syah. Lalu Syah ambil semula dokumen tu dan hendak hantar sendiri ke Pejabat Pos Besar, KL. Masa dalam LRT seorang posman call Syah bahawa dia sudah ada di office Syah hendak claim duit dan Syah kata Syah tak jadi hantar dan dia kata sudah buka bil kena bayar juga. Syah inform, Syah ada di poslaju Pejabat Pos Besar KL dan Syah tanya mengapa ada caj sebab dulu tak ada dan dia macam faham dan Syah letak phone. Nak caj apa dah lah Syah sendiri hantar kepada mereka dan nak caj pula. Apa-apa tah sebab tu Syah ambil semula dokumen tu. Actually pos laju tu untuk urusan rasmi TM dan dulu we all boleh hantar dokumen peribadi tetapi kena bayar sendiri tetapi hari nie dan......... dan......... ada caj lain pula, Pas tu service mereka lambat dan kami selalu katakan Poslambat bukan Poslaju.

Petang tadi approx jam 19:00hrs Syah tunggu kawan Syah, Ayie yang on the way ke Putrajaya dari kampungnya di Alor Star, Kedah. Ayie inform nak singgah rumah Syah dan dia minta Syah tunggu di Pekan Rawang dan Syah minta dia tunggu di KTM Rawang. Sampai rumah hampir Maghrib. Syah sempat buatkan Green Apple Celery Juice untuk Aie dan Syah. Selepas Insyak, Syah dan Ayie makan di kedai makan Taman depan Rawang Residence Syah. Syah belanja Ayie
Horlic Ice dan Nasi Goreng Ikan Masin manakala Syah makan horlic O Kosong dan Mee Goreng Sayur Basah. Ingatkan tak nak makan tapi akhirnya makan juga. Semuanya RM10.80. Selepas makan Ayie hantar Syah balik dan lepas tu dia bertolak ke Putrajaya. Dia kena balik cepat coz kunci rumahnya tertinggal di kampung dan terpaksa suruh housemate dia tunggu sampai dia balik dan jangan tidur dahulu.

Sultan Johor Terima D.K.N.S. dan Memandu Keratapi ke Negeri Sembilan


28.01.2011, Isnin - Tahniah diucapkan kepada Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim yang menerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan (D.K.N.S) daripada DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Istiadat penganugerahan dilaksanakan pagi tadi bermula jam 11:00hrs di Istana Besar Seri Menanti, Bandar diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan. Semalam, Sekali lagi baginda Sultan Johor membuat kejutan dengan memandu keratapi Ekspres Rakyat Singapura - KL Sentral dengan kapisiti 350 orang penumpang untuk ke Negeri Sembilan. Baginda dan rombongan yang teridiri daripada pegawai-pegawai Istana Johor serta Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Osman bertolak dari JB Sentral lebih kurang jam 09:15hrs dan tiba di KTM Seremban jam 14:24hrs. Baginda dan rombonga telah disambut oleh Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Muhriz, Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Hasan, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Razak Mansor, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mat Ali Hassan serta anggota Exco.

Gambar dari Berita Harian


Ini adalah merupakan kali ketiga baginda memandu lokomotif dengan gerabak penumpang semenjak mendapat lesen memandu lokomotif berkuasa tinggi pada bulan Julai 2010 lepas. Baginda memandu tren berkenaan dari JB Senteral hingga ke Stesyen Kluang dan berihat seketika. Dari Stesyen Kluang, baginda menaiki gerabak salun khas tren yang sama sebelum meneruskan perjalanan ke Seremban.

Sunday, February 27, 2011

Ke Midvalley

27.02.2011, Ahad - Jam 14:45hrs tadi Syah keluar rumah untuk ke Midvelly Megamall dengan menggunakan komuter. Syah naik komuter ke Seremban dari Rawang dan turun di Stesyen Komuter Midvalley dengan kadar bayaran RM3.80. Di Midvalley, Syah beli Sardine Puff , Air Mata Kucing dan Popiah Basah. Ingatkan hendak makan di foodcourt tetapi tak jadi dan Syah ke foodcourt untuk staff bersebelahan Big Apple Donute. Syah beli mee goreng cuma RM2.00 sahaja tapi kalau di food court tau-tau jer lah harganya. Selepas makan Syah jalan-jalan sekejap dan terus balik kerana sudah jam 18:00hrs. Syah berada di Midvalley cuma satu jam sahaja sebab hendak cepat balik kerana menggunakan public transport. Sampai Rawang Residence selepas Maghrib. Sampai rumah Syah tengok ada kotak mercun dan sampah sedikit jer kat sebelah pagar Syah, confirm anak jiran Syah main mercun. Syah buang kotak berkenaan dan sapu sampah mercun tu. Anak jiran tu tak ada kalau mereka ada hendak juga Syah inform supaya tak buat sampah. Lepas solat, Syah makan Popia dan Sardine Puff yang Syah beli tadi dengan Green Apple Celery Juice. Popia tu rasa macam nak basi tapi Syah makan jer, macam baru nak jadi basi dan kalau biar lama lagi mesti basi. Syah beli 2pcs RM5.50. Lepas tu Syah makan ubat dan vitamin. Antibiotik untuk tekak tu habis hari ini. Esok rasanya tak puasa kot, mungkin Khamis nanti Syah puasa.

Muzium Sultan Abu Bakar di Tutup Setahun

27.02.2011, Ahad - Semasa mendengar radio Johor tadi, Syah terdengar pengumuman bahawa Muzium Sultan Abu Bakar telah ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf. Muzium berkenaan akan ditutup selama setahun bermula 01.02.2011 lepas. Baru tahun lepas dalam bulan Disember Syah melawat Muzium berkenaan bersama-sama CD. Mungkin Tuanku Sultan inginkan pembaharuan kepada Muzium berkenaan yang terletak didalam Istana Besar Johor Baharu. Insyallah, Syah akan melawat muzium berkenaan tahun hadapan bila iannya dibuka untuk umum. Teringat Syah pada Muzium DiRaja Perak di Kuala Kangsar yang telah begitu lama ditutup atas alasan PENGUBAHSUAIAN. Nak juga menyaksikan pembaharuan bagaimana yang dilakukan oleh pihak terlibat.

Berkebun dan Mengosok Di Pagi Ahad

Lalang dan bunga kering yang Syah kumpulkan dan bila kering sepenuhnya baru Syah bakar nanti.

27.02.2011, Ahad - Sekarang jam 12:00hrs, Syah baru Habis mengosok baju dan seluar kerja since jam 09:00hrs. Lamakan ........... mana tak nya 3 minggu punya baju boleh pakai. Dua kali Syah bertukar tempat mengosok. Mula-mula di master bedroom tetapi streka tu macam ada problem ingatkan rosak, baru beli dua minggu lepas, rupanya soket ada problem dan terpaksa Syah bertukar ke bilik tetamu baru ok. Sebelum tu jam 07:45hrs, Syah sapu depan rumah dan kemaskan pokok bunga seberang jalan depan Rawang Residence Syah. Syah buangkan lalang dan bunga yang sudah kering. Adalah sejam Syah berkebun, katanya................ bolehlah kira exercise. Takut juga sakit pinggang tu tapi Syah buat pelan-pelan dan tak pula rasa sakit. Shukur Alhamdulilah. Pagi tadi Syah sudah mandi tetapi disebabkan berkebun tadi, Syah mandi sekali lagi untuk menghilangkan sebarang kekotoran atau serangga yang melekat dibadan. Masa mengosok macam-macam stesyen radio Syah buka termasuklah lagu-lagu cina. Habis mengosok Syah kemas dapur sedikit dan lepas tu buat Green Appkle Celery Juice. Kali nie Syah buat lebih sedikit iaitu dua biji epal dan agak manis pula mungkin terlebih gula. Actually Syah tak suka manis-manis nie.............. muka manis Syah suke ler. ..... Heheheheh. Sekarang Syah nak berehat sambil menonton TV. Jumpa lagi Semuaaaaaaaaaaaaaa.

Saturday, February 26, 2011

Sakit Pinggang dan Nan Tandori

26.02.2011, Sabtu - Petang nie Syah buat decision untuk ke Pekan Rawang nak makan. Jam 16:45hrs Syah solat tetapi terpaksa berhenti kerana kedengaran Azan dari surau. Syah ingatkan sudah masuk waktu. Waktu nak cepat nielah nak buang air besar. Selepas buang air besar, Syah cepat-cepat keluar rumah sebab nak kejar bas jam 17:00hrs. Shukur alhamdulillah semuanya sempat. Sampai pekan Rawang ingat hendak makan laksa tapi rasanya nak tukarlah menu hari nie. Sekali sekala jer............ tetiba teringin nak mamam Roti Nan dan Ayam Tandori. Dua restoran Syah pergi tetapi Naan Roti elek hari ini. Akhirnya Syah ke Restoran Ali Coner baru ada dan terus Syah order. Minum pula Barli Panas. Semuiannya RM9.80. Lepas makan, Syah ke Giant untuk beli Celery Stalk sebab stock kat rumah sudah habis dan yang tinggalpun dah rosak. Syah suka buat Green Apple and Celery juice yang boleh reducekan kolestrol kita. Bas ke Rawang Residence bertolak jam 17:30hrs dan Syah sampai rumah selepas Maghrib.

Pagi tadi masa buat kerja didepan rumah pinggang Syah sakit dan petang nie sekali lagi sakit bila Syah tundukkan badan untuk ambil duit siling yang jatuh di restoran masa makan tadi. Tiba-tiba tulang belakang dibahagian pinggang ke bawah rasa sakit. takut juga Syah, manalah tahu kena Slipped Disk ker, minta-minta jangan lah dan dijauhkanlah dari penyakit tu. Rasanya macam mencucuk dan macam bisa. kadangkala rasa sakit dibahagian pinggang kebawah sebelah kiri masa dalam bas tadi. Tak tahulah mungkin juga disebabkan Syah duduk lama dalam bas dari Rawang - KL ker hampir 1.5 hingga dua jam dengan keadaan tension jalan jem hampir setiap hari. Minta-minta oklah tu nanti sakitnya. Testis Syah masih juga sakit ada kalannya bila berlaku pergerakan - kadangkala sahaja. Belakang Syah juga sakit mungkin salah tidur agaknya atau duduk lama dalam bas. Ada-ada jer Syah nie kan. Takut juga coz Syah seorang-seorang dirumah dan kalau jadi apa-apa susah juga tapi Syah pasti Allah sentiasa melindungi Syah dan dihindarkan dari malapetaka.

Sultan Kedah Hadiri Tayangan DiRaja Filem Hikayat Merong Mahawangsa

26.02.2011, Sabtu - Malam tadi Sultan Negeri Kedah Darul Aman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Tayangan Diraja Hikayat Merong Mahawangsa atau The Chronicles of Merong Mahawangsa. Hikayat Merong Mahawangsa mengisahkan mengenai Merong Mahawangsa yang merupakan pengasas Kerajaan Negeri Kedah yang dikatakan dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Filem terbitan KRU Studios yang menelan kos perbelanjaan RM8 Juta ini akan ditayangkan kepada umum pada 10.03.2011 di Malaysia dan diperingkat antarabangsa dengan menggunakan 70% Bahasa Inggeris dan 30 Bahasa Melayu Klasik. Para pendokong wataknya terdiri daripada pelakon tempatan dan antarabangsa diantaranya Stephen Rahman Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Henrik Norman, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Dato' Rahim Razali, Nell Ng, Craig Fong, Keith Chong, Jehan Miskin, Cat Farish, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam, Cico, Vanidah Imran dan lain-lain. Semuga filem Melayu ini mendapat tempat bukan sahaja di Malaysia malah diperingkat antarabangsa. Marilah kita beramai-ramai penuhkan panggung dan menyokong industri filem tempatan kita sendiri. Jika filem barat boleh penuh panggung dengan orang Malaysia, mengapa tidak kita naikkan mertabat filem negara kita sendiri. Sama-samalah kita tunggu maklumbalas berhubung filem ini nanti. Mudah-mudahan iannya seperti yang dirancangkan. AMIN.

Biasiswa Atas Nama Prince William dan Kate Middletom

26.02.2011, Sabtu - Semalam, Universiti St. Andrews telah mengujudkan satu biasiswa yang dinamakan sempena pasangan diraja Prince William dan Kate Middleton. Biasiswa ini akan membiayai sehingga RM 350,000.00 (70,000.00 pound) dalam bentuk kos tusyen, penginapan dan kos sarahidup selama empat tahun untuk program ijazah dalam pelbagai bidang. Seorang pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan akan dipilih setiap tahun untuk biasiswa ini tanpa mengira dari mana negara asal mereka. Prince William dan Middleton pernah belajar bersama-sama di universiti ini dalam bidang Sejarah dan tinggal bersama disebuah rumah dibandar berkenaan. Walau bagaimanapun Prince William telah menukar subjek yang diambilnya dan menamatkan pengajian pada 2005 dalam bidang Geografi manakala Middleton dalam bidang Seni Sejarah.

Pengumuman itu dibuat sempena lawatan pasangan diraja tersebut ke universiti berkenaan untuk kempen mengutip derma sempena ulangtahun ke-600 Universiti St. Andrew. Biasiswa berkenaan adalah sebagai hadiah awal perkahwinan dan penghormatan kepada pasangan tersebut yang pernah belajar dan menjalin hubungan cinta di Universiti berkenaan. Ketibaan kedua pasangan diraja telah disambut oleh kira-kira 600 orang kakitangan dan pelajar universiti di kawasan bersejarah yang dikenali sebagai St Salvator Quadrangle.

Aktiviti Pagi Sabtu 26.02.2011

26.02.2011, Sabtu - Hari ini Syah terjaga jam 06:00hrs ingatkan jam 07:03hrs rupa-rupanya itu saluran Astro Chanel 703 di decoder Astro Syah. Selepas mandi Syah solat dan keluarkan baju yang Syah basuh malam tadi dan sidai didalam rumah di bilik TV untuk disidai di luar rumah supaya cepat kering. Minta-minta cuaca panas hari ini. Syah sidai kain dalam bilik TV bukan apa kerana nak jimat elektrik sedikit, bukan apa Syah tidur di bilik TV dan pasang kipas jadi supaya kain tu tak ronyok Syah bawa penyidai masuk dalam bilik TV dan sidai kain tu. Kipas tadi akan mengeringkan basuhan berkenaan dan tak perlu Syah letakkannya diruang tamu kerana kena guna dua kipas pula. Itulah salah satu cara berjimat cermat. Heheheheh bukan kedekut tau.............

Selepas sidai kain, Syah sapu depan rumah, basuh kereta dan car porch sekali serta kemaskan tanaman Syah. Sekarang jam 09:17 hrs Syah sedang berehat sementara menunggu ruang tamu yang Syah mop kering. Disebabkan banyak perabut Syah bahagikan kepada dua sessi iaitu ruang makan dan ruang tetamu. Sekarang Syah alihkan perabut dirauang makan dan mop. Bila kering Syah alihkan pula perabut ruang tamu ke bahagian ruang makan dan mop ruang tetamu. Cara ini lebih bersih dan teratur daripada Syah mop buat Syarat jer. Okalah sekarang nak cont........ kerja mengemas di ruangan tetamu dan lepas tu bilik bahagian atas pula. Almaklumlah dah berumur nie, bila buat kerja renyah (kerja berat) sedikit mulalah sakit badan dan belakang. Nak buat macam mana kerana itu normal, mana ada orang makin berumur makin muda kudratnya kan? Hati Muda, Muka Nampak Muda (Awet Muda) adalah tetapi Usia akan tetap bertambah ..............Hehehehhehe

Friday, February 25, 2011

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Berakhir Semalam

Gambar diambil dari Berita HarianSenarai Bertitik Tumpu Khas

25.02.2011, Jumaat - Semalam 24.02.2011 telah berakhir mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-223 yang berlangsung di Istana Negara bermula Rabu, 23.02.2011. Kelihatan Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus selaku Pengerusi mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini berangkat ke mesyuarat berkenaan.

Rasa Tak Sihat

25.02.2011, Jumaat - Semenjak petang tadi bila Syah bergerak ada kalanya testis Syah rasa sakit begitu juga bila Syah berdehem atau selepas buang air kecil kadangkala rasa sakit sekejap sahaja. Sekarang nie jam 22:01hrs dan rasa macam senakpun ada. Minta-minta tak jadi apa-apa yang seriuslah. Kepada anda semua, Doakan Syah sihat yer.

Banjir Kilat di Telekom Training Center

25.02.2011, Jumaat - Semalam berlaku banjir kilat di Pusat Latihan Telekam atau Telekom Training Center, Jalan Gurney Kiri, Kuala Lumpur berhampiran UTM Jalan Semarak. Kawasan ini dulu memang kawasan banjir semenjak Syah tinggal disini bersama Ayahanda sehingga 1994 sebelum Ayahanda pencen dan balik kampung. Kawasan ini telah didirikan tembok untuk menghindarkan kejadian banjir dan memang tak berlaku lagi bencana alam tu beberapa tahun kebelakangan ini. Dengarnya tembok berkenaan pecah dan hujan lebat petang Khamis di Kuala Lumpur menyebabkan kawasan ini tengelam seperti sebuah pulau. Gambar yang anda lihat sebenarnya adalah kawasan tempat letak kereta berhampiran Asrama Perempuan.

Mengikut mangsa, kejadian berlaku begitu cepat dan ada diantara mereka yang tidak sempat hendak mengalihkan kenderaan masing-masing. Kesihan Syah lihat pada mangsa-mangsa yang terlibat bak kata orang menangis tak berlagu. Bayangkan berapa kos baikpulih kenderaan mereka. Lagi mewah kereta lagi tinggi maintenancenya. Salah seorang anggota nie memang kesihan, kerana Mercedez Sport nya tengelam terus dalam banjir ini. Bayangkan berapa besar kerugian yang harus dia tanggung. walau bagaimanapun tak lama lagi TM akan beri bonus kepada kami semua dan bolelah sedikit sebanyak membantu mangsa-mangsa banjir ini. Kepada sahabat-sahabat yang terlibat Syah berharap agar anda semua tabah menghadapi dugaan ini.


Penamaan Calon DUN Kerdau

25.02.2011, Jumaat - Esok akan diadakan proses penaman calon bagi pilihanraya kecil DUN Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang bermula jam 09:00hrs. Kerusi DUN kepunyaan Barisan Nasional itu kosong berikutan kematian Dato' Zaharuddin Abu Kasim pada 12.02.2011 lepas. Para penyokong BN akan berkumpul di Dewan Temerloh manakala PKR pula akan berkumpul dibelakang Plaza Temerloh sebelum masing-masing berarak melalui laluan berbeza untuk menuju ke pusat penamaan calon. Lima jalan utama akan ditutup esok.

Parti Islam Semalaysia atau PAS meletakkan kotak derma sebagai Tabung Dana Pilihanraya Kecil DUN Kerdau di Masjid Negara hari ini. Gambar ini Syah ambil semasa hendak memasuki Masjid Negara untuk Solat Jumaat tengahari tadi.

Pihak polis menjangkakan seramai 10,000 orang penyokong setiap parti akan terlibat dalam perarakan esok. Bagi mereka yang berada di kawasan-kawasan "PANAS" DUN Kerdau seperti di Teluk Sanggang, Jengka 22, Jengka 23 dan Desa Murni, Syah berharap agar kita semua berhati-hati dan jangan sesekali gadaikan maruah, agama dan bangsa kita demi politik. Melayu tetap Melayu dan kita harus bersatu untuk menjadi satu bangsa dengan status Bumiputera yang dihormati didalam negara yang unik ini.

Solat Jumaat Di Masjid Negara - 25.02.2011

25.02.2011, Jumaat - Hari ini Syah Solat Jumaat di Masjid Negara. Macam biasa diluar Masjid Negara setiap Jumaat akan ada jualan seperti Pasar Malam bak kata orang Macam-Macam Ada. Untuk lunch tadi ingatkan hendak makan laksa tapi Syah tukar pula kepada Mee Rebus. Sedap juga Mee Rebusnya tapi kuahnya cair sedikit. Selepas makan Syah beli Air Kelapa dan Kacang Kuda Rebus kemudiannya ke toilet yang terletak diluar kawasan Masjid kalau kat dalam sure heboh............ Hehehe maksudnya penuh coz orang ramai dan kat luar tu berbayar. Selepas berwuduk Syah singgah sekejap ke Makam Pahlawan yang sudah berwajah baru. Ada pengubahsuaian dan bangunan makakam telah dicat semula. Selepas solat Syah beli Air Kelapa Laut dan 1 pcs of Popia Basah. Selepas makan Syah terus balik ke office semula dengan jalan kaki ke LRT Central Market melalui Pejabat Pos Besar Malaysia berhampiran Dayabumi.

Thursday, February 24, 2011

Balik Rawang Naik Komuter dan K ePasar Malam

24.02.2011, Khamis - Petang tadi Syah balik Rawang naik Komuter kerana hari hujan lebat takut jalan jem gila kalau guna bas. kalau sampai Rawang lewat nanti terlepas bas dan kalau nak minta Azrin tolong fetch Syah dia pula outstation ke Pahang petang tadi dan akan balik esok. Syah tak tunggu Shuttle Train ke Ipoh tetapi menggunakan Komuter kerana Komuter jalan dulu dan malas nak tunggu Shuttle yang bertolak jam 18:05hrs. Biasalah bila guna Komuter waktu Peak Hourse begini. Syah tersepit ditengah-tengah orang ramai yang bertolak antara satu sama lain yang hendak masuk train walaupun sudah penuh, endupnya macam ikan sardin dengan bau badan dan mulut orang yang kurang menyenangkan ditambah dengan warga-warga asing. Ada yang marah nak tampar muka orang pun ada. Itulah hakikatnya naik public transport di Malaysia nie. Syah sampai Rawang Residence hampir Maghrib dan selepas solat Syah ke Pasar Malam.

Hari nie makan lebih sedikit coz banyak pilihan. Syah beli Laksa dan Murtabak Ayam. Pada mulanya ingat nak mamam Ayam Goreng Uncle Bob tetapi memandangkan kolestrolnya tinggi Syah pendamkan jer hasrat tu. Sebelum balik Syah beli kuaci, ingatkan hendak beli air tahu tapi teringat stock Soyaben masih banyak dirumah. Tiba jer dirumah Syah hidangkan makanan tu sebelum menjamu selera. Makan Semua. ............. Sekarang jam 22:53hrs dan Syah hendak baring sambil menonton TV dan mesti tertidur punya..............Jumpa lagi di lain Entry. Have a nice dream.

Driver Bas Balik Semula

24.02.2011, Khamis - Shukur alhamdulillah driver bas biasa yang bawa kami semua ke Pekan Rawang sudah mula bertugas semula. Bas nie dinamakan Bas Tabung dan tiada konduktor tapi brother tu sentiasa bawa seorang perempuan dan Syah katakan sebagai isterinya bersama sebagai konduktor dan cepatlah sikit kami sampai ke Bandar Rawang kerana dia ada konduktor. Cut the cycle time, mana taknya jika tiada konduktor bas akan berhenti sehingga habis kutip duit penumpang dan kasi tiket baru jalan. Tapi jika ada konduktor bas hanya ambil penumpang dan terus jalan. Itulah yang Syah maksudkan cut the cycle time tadi tu. Perjalanan lagi cepat dan kurang terganggu.
Ada beberapa version pasal drive nie menghilangkan diri :
  1. Aunty jual nasi lemak dekat bus stop Rawang Residence inform Syah driver tu sakit pinggang dan balik kampung untuk berubat.
  2. Ada Indian girls yang baik dengan isteri driver bus tu inform Syah, mereka balik kampung kerana ada majlis perkahwinan adik mereka di Pulau Pinang.
  3. Ada driver ganti inform Syah " Dia balik kampung dan macam dia seorang jer ada kampung" Heheheh funny kan?

Syah rasa....... jawapan yang betul dia cuti kerana ada kenduri kahwin. Sya lihat jari Isterinya penuh dengan inai. Betullah jawapan No. 2 diatas. Tapi siapa yang kahwin tak tahulah. lama juga mereka cuti iaitu lebih 10 hari. Syah nampak isterinya macam cantik pula pagi nie. Atau entah-entah mereka yang baru kahwin, itu Syah tak tahulah. Hehehehhehehe.

Artikel Cita-Cita Tunku Shahrul Anuar dalam Berita Harian Segmen Varsiti

24.02.2011, Khamis - Pagi tadi semasa dalam bus, one of my FB Friend, Shah Basree SMS Syah inform berhubung artikel mengenai beliau dalam Berita Harian bagi segmen Varsiti. Syah cuba cari artikel tu dalam E-Browse tapi tak jumpa dan Syah turun ke MyNews.Com untuk melihat rencana berkenaan. Disini Syah cut & paste artikel berkenaan untuk dikongasi bersama anda semua. By the way Syah Basree nie merupakan Kerabat DiRaja Kedah dan sekarang menetap di Kuala Lumpur. Sesiapa yang ingin berkenalan dengan dia boleh add di FB : Tunku Shah atau ke Fan Page beliau di Syah Basree Fan Page.


Headline: Cita-cita Tunku Shahrul Anuar
Publication: Berita Harian
Date of publication: Feb 24, 2011
Section heading: Varsiti
Page number: 003
Byline / Author: Oleh Mohd Azrone Sarabatin


PARASIT dianggap kurang berbahaya berbanding virus dan bakteria sehingga ramai yang tidak menyedari bahaya penyakit dalam bidang Perubatan Tropika itu di Malaysia pada masa depan. Ini menyebabkan tidak ramai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan memilih pengkhususan parasitologi berikutan kurang kesedaran terhadap kesan penyakit berkenaan.Fenomena ini mendorong Tunku Shahrul Anuar Tunku Ahmad Basri mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang perubatan dengan pengkhususan Parasitologi Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor mulai tahun lalu dan dijangka menamatkannya pada 2013.


Beliau yang bercita-cita menjadi Pakar Parasitologi yakin penyakit berkaitan parasit akan menjadi isu besar dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang sama seperti virus dan bakteria. "Ini jangkaan saya berdasarkan penyelidikan saintifik penyakit berkenaan dalam tempoh beberapa bulan selepas mengikuti pengajian peringkat PhD dalam bidang parasitologi di UKM," katanya kepada Varsiti di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Tunku Shahrul Anuar atau nama penanya, Syah Basree ialah lulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Kesihatan (Bioperubatan) di UKM pada 2007. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan Dengan Kepujian dari Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur pada 2005. Di sebalik bercita-cita tinggi menjadi Pakar Parasitologi, beliau juga meminati bidang kesenian meliputi tarian moden dan tradisi, nyanyian, penciptaan lagu, pidato, sajak, berbalas pantun, perbahasan serta pidato.


Anak kedua daripada tiga beradik itu mula meminati bidang berkenaan sejak di bangku sekolah menengah termasuk penyertaan dalam acara deklamasi sajak, berbalas pantun, perbahasan dan pidato bahasa Inggeris. Beliau turut aktif dalam kegiatan kesenian dengan mula berjinak-jinak menceburi bidang seni suara dengan lagu sulung beliau berjudul `Andai Itu Takdir Mu' ciptaan Omar K dan Zain-Almohdzar serta lirik oleh Sulu Sarawak dipilih sebagai antara runut bunyi (OST) untuk drama Asmara terbitan TV3 (Slot Lestary).


"Saya akan meneruskan hobi dalam bidang seni selepas menamatkan pengajian dan ia bukan halangan biarpun ketika itu saya sudah bergelar Pakar Parasitologi," katanya. Pengalaman Tunku Shahrul Anuar dalam bidang seni ialah membuat persembahan sempena majlis Makan Malam UM, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Management & Science University (MSU). Beliau juga pernah menyandang gelaran juara, naib juara, tempat ketiga dan persembahan terbaik pertandingan nyanyian peringkat universiti, peserta nyanyian pop band, nyanyian asli, penari boria dan penari tarian tradisional pertandingan festival seni UM selama tiga tahun pada 2002, 2003 dan 2010 serta pernah membuat persembahan kebudayaan pada Festival Sayang-Sayang Selat di Riau, Indonesia.


Anak muda bercita-cita besar itu juga aktif kegiatan sukarela di kampus dengan menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Malam Penghargaan, Malam Puisi dan Pesta Hari Terbuka Dayasari UM. Personaliti kali ini juga ialah ahli perniagaan yang memiliki dua syarikat iaitu Syarikat Syah Basree Entertainment dan Peneraju D'Royal Foundation yang giat menjalankan kerja kebajikan.


BIODATA TUNKU SHAHRUL ANUAR TUNKU AHMAD BASRI

Umur: 28 tahun

Asal: Alor Star, Kedah

Bilangan Dalam Keluarga: Anak kedua daripada tiga adik-beradik

Bangsa: Berdarah Campuran Melayu-Siam (bapa) dan Baba Nyonya-Cina (ibu)

Cita-cita: Pakar Parasitologi

Pengajian:
  1. Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan Dengan Kepujian di UM (2002 hingga 2005)
  2. Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Bioperubatan) di UKM pada 2006 hingga 20073
  3. Sedang mengikuti pengajian peringkat PhD di Fakulti Perubatan UKM dengan pengkhususan Parasitologi Perubatan mulai 2010.

Pengalaman Kerja:
  1. Pensyarah di Fakulti Kesihatan dan Sains Kemanusiaan MSU, Shah Alam (2007-2008)
  2. Pensyarah di Fakulti Sains Kesihatan UTM (2008-2009)
  3. Penyelidik Perubatan
  4. Fasilitator dan Penceramah Motivasi bagi pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda di UiTM.

Idola:
  1. Prof Dr Muhaya Mohamad (Pakar Optalmologis, penceramah motivasi dan pengacara program)
  2. Allahyarham Datuk Sudirman Arshad (peguam dan penyanyi)
  3. Aznil Nawawi (pengacara televisyen dan penyampai radio)

Persatuan:
  1. Ahli Persatuan Parasitologi dan Perubatan Tropika Malaysia
  2. Ahli Alumni UM, UKM, Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau ANSARA, Sultan Abdul Hamid Old Collegian Association (SAHOCA) dan Biohealth
  3. Ahli Medical Laboratory (MELTECH)

Anugerah:
  1. Personaliti Terbaik Untuk Pensyarah Lelaki Fakulti Kesihatan dan Sains Kemanusiaan MSU pada 2008
  2. Tahfifah Bintang Harapan Kreatif Dayasari UM (2002)
  3. Anugerah Salleh Khir (1999)
  4. Anugerah Sultan Abdul Hamid Old Collegian Association (SAHOCA) pada 1999

Wednesday, February 23, 2011

Letihnya Badan Syah

23.02.2011, Rabu - Sekarang jam 21:23hrs dan Syah baru sampai ke Rawang Residence jam 21:05hrs tadi. Dari KL naik bas ke Rawang jam 18:00hrs dan sampai Rawang jam 19:55hrs. jalan taklah jem sangat tapi bas pula dipandu lambat. Badan Syah sebenarnya sakit-sakit exspecially dibahagian belakang dan tengkuk kerana malam tadi tidur atas kerusi kayu jati di KL Residence kerana bilik Syah penuh dengan barang-barang kayu jati yang Muss baru beli dan cermin kayu jati Syah yang tak tahu bila akan dibawa ke Rawang kerana tak muat diangkut dengan kereta. Barang-barang Muss diletak dalam bilik Syah sementara menunggu kerja-kerja ubahsuai rumah siap. Bas pula, Syah salah duduk kerana duduk ditempat yang kerusinya sempit dan memang tak selesa langsung dan rasa tersepit. Masa naik LRT ke CM pula ada announcement mengatakan train bergerak lambat kerana kesesakan di track hadapan. Apa-apa jer lah janji sampai tapi taklah lambat sangat LRT petang tadi. Bolelah...............

Menu As Usual, Ahaks ................. What To Do Beb........ Hentam Sahajalah.

Sampai sahaja dirumah, Syah terus buat Green Apple Cellary Juice dan makan Red Dregon Fruit. Malas nak masak dan hari nie tak makanpun Syah cuma makan roti Gardenia Toasterm dan kuaci dioffice tadi. Tak selera mungkin sakit tekak dan demam kot. Nak beli makanan di bandar tadi takut pula ketinggalan bas ke Rawang Residence. Last bus 20:30hrs dan memandangkan driver bas sering bertukar jadi Syah takut time lari nanti. Selepas makan buah dan minum, Syah ambil ubat yang Dr. Faridah beri pagi tadi. Oklah GTG coz syah nak mandi dan Solat Insyak dan jamak Maghrib. Jumpa lagi. Daa......................

Ke Kelinik Zariff Kerana Sakit Tekak

23.02.2011, Selasa - Kan dua tiga hari nie Syah ada inform yang tekak Syah rasa sakit. Salah Syah juaga kerana masa dinner birthday Muss hari Jumaat lepas Syah makan kacang dan ada kacang yang pahit tersangkut di tekak Syah. Syah cuba buangkan dengan berkumur-kumur dan muntah tapi rasa pahit tu still ada. Lalu Syah korek anak tekak Syah dengan tangan dan waktu tu kuku Syah panjang. Still rasa pahit tu ada lagi lalu Syah berus bahagian dalam tekak Syah yang terasa pahit tu. Disebabkan perbuatan Syah tu tekak Syah rasa sakit seperti ada ulser. Doktor kata tekak Syah ada ulser disebabkan luka Syah jolok anak tekak dengan tangan dan berus gigi bahagia berkenaan. Disebabkan ulse nie juga Syah rasa macam hendak demam. Dr Faridah beri Syah ubat untuk gargle (kumur-kumur), ubat sapu untuk ulser, antibiotik dan ubat demam. Dr Faridah inform Syah yang sesetengah orang akan rasa lidahnya lain kesan ubat antibiotik tu rasa besi kat lidah (tak tahulah rasa besi macam mana). Dia pesan Syah kalau ada rasa tu, awak jangan berus pula lidah awak nanti lain pula jadinya sambil ketawa. Selepas ambil ubat Syah balik semula kepejabat.Antibiotik tu kena makan selama lima hari, satu pagi dan satu malam.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke - 223 Bermula Hari Ini 23.02.2011

23.02.2011, Rabu - Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-223 bermula hari ini selama dua hari di Istana Negara dan akan berakhir pada 24.02.2011. Mesyuarat dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh semua DYMM Raja-Raja Melayu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri serta diiringi Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing kecuali Terengganu diwakili oleh Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah manakala pengiring TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak pula diwakili oleh Wakil Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
  • Terdahulu diadakan Mesyuarat Pre-Council sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang Ke-223 di Istana Negara, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur pada hari Selasa 22.02.2011.

  • Pada 21.02.2011 telah diadakan Majlis Perjumpaan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-223. Majlis perjumpaan ini berlangsung di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di No. 482, Jalan Bukit Petaling, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur.

Tuanku Muhriz Dianugerahkan "Head of State Medal"

23.02.2011, Rabu - Tahniah Syah ucapkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir kerana dianugerahkan Pingat "Head of State Medal" dari Lion Club International. Anugerah ini disampaikan sendiri oleh Prisident Lion Club International, Mr. Sid Scruggs dalam satu istiadat ringkas pada 22.01.2011 di Istana Besar Seri Menanti, Bandar Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan. Turut serta dalam istiadat ini adalah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, DYMM Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud. Penganugerahan ini adalah merupakan penghargaan Lion Club International terhadap keperihatinan baginda dalam aktiviti amal dan sosial serta sokongan baginda terhadap aktiviti kebajikan Lion Club di Negeri Sembilan. Pingat ini juga sebagai penghargaan terhadap jasa dan bakti baginda kepada masyarakat dan menglibatan secara langsung baginda dalam aktiviti amal dan kemasyarakatan sehingga hari ini.

Tuesday, February 22, 2011

Inkues Kematian Bekas Pengawal Istana Negeri Kelantan

22.02.2011, Selasa - Semalam, saksi ke 32 iaitu Mohd Rusdee Hassan @ Thopearoh memberi keterangan didalam prosiding inkues mencari punca kematian pengawal Istana Diraja Kelantan, Allahyarham Ramli Mohamad. Rusdee atau lebih dikenali sebagai Chef Dee telah membuat penafian yang beliau terlibat dalam pembunuhan ini dihadapan Korner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat. Chef Dee berusia 46 tahun merupakan bekas tukang masak Mantan Tengku Temenggong Kelantan yang merupakan adinda Sultan Muhammad Ke-V, Tengku Muhammad Fakhry Petra. Beliau menafikan terlibat dengan pembunuhan ini dan memaklumkan semasa kejadian beliau bersama keluarga dan kawan-kawannya Isterinya bercuti di Bukit Merah Lake Town Resort, Taiping, Perak mulai 30.04.2010 hingga 02 Mei 2010. Chef Dee mengaku ada meminjam sebuah motosikal daripada seorang pekerja am Istana Mahkota sebelum percutian tersebut dan memulangkannya pada 02.05.2011.

Chef Dee memaklumkan bahawa dia merasa bahawa keluarga Allahyarham berasa marah terhadap beliau berdasarkan kepada kejadian-kejadian pelik yang menimpa isterinya yang bertugas sebagai guru di Kampung Allahyarham seperti tayar keretanya dipecahkan. Chef Dee memaklumkan bahawa dia mengetahui berita kemalangan itu melalui seorang tukang masak istana bernama Kak Hawa dan melalui berita di TV. Chef Dee mengenali Allahyarham semasa beliau bertugas di Hotel Royal Guest House iaitu sebelum beliau menjadi tukang masak Tengku Fakhry. Prosiding Inkues ini akan disambung semula pada 30.03.2011.

Entry Syah berhubung Allahyarham :

Bunuh Tikus Pagi-Pagi Buta

22.02.2011, Selasa - Malam tadi semasa hendak ambil pakaian kerja Syah di Masterbed Room ditingkat atas Syah tercium bau busuk dalam bilik dan bau tu lama-lama hilang. Seram sejuk jugalah sampai tegak bulu roma Syah, maklumlah bilik tu dah lama Syah tak tidur coz Syah lebih suka tidur di bilik bawah yang Syah convert jadi bilik menonton. Masa balik petang semalam kat luar rumah pula Syah terhidu macam ada bau bangkai binatang mati pula. Pagi tadi semua itu terjawap apabila Syah sedang buang air kecil, terperanjat Syah sebab nampak ada benda hitam bergerak dalam bilik air diaras bawah Rawang Residence. Rupa-rupanya tikus dan Syah terus berlari ke ruang tamu untuk mengambil spray nyamuk dan tikus tu pula follow Syah - macam dia kejar Syah hingga ke ruang tamu dan menyorok dibelakang Showcase cabinet. Syah buka semua pintu, pintu kayu dan kaca dengan harapan bila Syah spray dia akan keluar. Walau bagaimanapun dia tak keluar rumah malah hendak naik ke tingkat atas lalu Syah ambil batang paip plastik dan pukul tikus tu hingga mati. Syah memang geli dengan tikus nie tetapi terpaksa cekalkan hati, kalau Syah tak buat siapa lagi nak tolong kan? Memang niat nak halau keluar tapi keadaan tak mengizinkan sebelum dia naik kearas atas dan menyorok lagi susah Syah nanti. So kena bunuh juga dan biasalah tikus nie bahaya sedikit terutama air kencingnya. Lepas tikus tu mati Syah letakkan dalam plastik sampah untuk dibuang dan mop semula lantai yang ada kesan darah tikus. Ingatkan lambat pergi kerja kerana nak uruskan tikus nie tadi. Syah bangun jam 05:00hrs dan pagi nie macam tak mahu buang air besar pula seperti kebiasaannya. Jam sudah 06:50hrs dan Syah cepat-cepat bersiap dan sempat buang air besar lagi yang pada mulanya tak mau tadi. Azan subuh sahaja Syah sudah siap dan terus solat dan bergesas keluar rumah kerana jam 06:30hrs bas ke Bandar Rawang akan sampai. Andainya tikus tu lari keatas rumah tadi, Syah terpaksa uruskan juga hari ini supaya tak berlaku perkara yang tidak diingini dirumah Syah coz malam nie Syah ada di KL Residence kerana ada sedikit perbincangan dengan Muss. dua tahun lepas .............. macam nie juga, bila Syah balik Syah lihat Mini Library Syah bertarabur, rupa-rupanya ada tikus besar, sebesar anak kucing umur tujuh bulan, besarkan dan Syah terpaksa beranikan diri untuk bunuh tikus tu. bayangkanlah waktu macam mana tapi harus cekalkan hati dan beranikan diri. Area Rawang Residence nie memang banyak tikus exspecially jika ada rumah kosong. Tak tahu macam mana tikus tu boleh masuk mungkin sewaktu Syah balik KL Residence Sabtu lepas kot?

Monday, February 21, 2011

Sultan Johor Pandu Keratapi Sekali Lagi Untuk Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke 223

21.02.2010, Isnin - Sekali lagi hari ini DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar memandu keretapi daripada Johor ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan berlangsung pada 22.02.2011. Semasa ditemu bual oleh pihak TV3 dalam Buletin Utama, Syah dengar baginda memaklumkan bahawa baginda amat risau memandangkan terdapat 350 orang penumpang yang dibawanya. Baginda tidak risau jika terjadi sesuatu terhadapnya tetapi baginda amat bimbang tentang keselamatan penumpang yang dibawanya. Baginda bershukur telah selamat memandu keratapi api berkenaan ke KL Sentral.

Baginda dan rombongan yang terdiri daripada pegawai-pegawai Istana Johor bertolak dari JB Sentral jam 09:15hrs menuju ke KL Sentral dengan berhenti disetiap perhentian biasa keretapi berkenaan iaitu sebanyak 13 perhentian. Para penumpang sebenarnya tidak mengetahui bahawa Sultan Johor yang memandu sendiri Keratapi penumpang Ekspres Rakyat ini. Hari ini merupakan kali kedua baginda memandu lokomotif dengan gerabak penumpang selepas menerima lesen memandu lokomotif berkuasa tinggi sempena Program Kembara Mahkota Johor pada 26-28.07.2010. Keretapi berkenaan sampai di KL Sentral jam 16:50hrs, baginda dan rombongan telah disambut oleh Isteri baginda DYMM Raja Zarith dan dua orang putera baginda iaitu Tunku Abdul Jalil dan Tunku Abu Bakar. Semasa di KL Sentral, baginda dibawa melawat perkhidmatan train elektrik ETS yang memberi perkhidmatan perjalanan dari Seremban -Kuala Lumpur-Ipoh.

Buka Puasa @ Rawang Residence

21.02.2011, Isnin - Hari ini Syah keluar awal dari office kerana ada urusan KWSP. Syah sampai Rawang jam 17:45hrs. Dari bus stand terus ke kedai makan untuk tapow Laksa. Sampai sahaja di bas stop ke Rawang Residence bas sudah ada tetapi masih ada tempat kosong. Sampai rumah hampir 18:30hrs dan masa menuju ke rumah Syah jumpa Bak sedang berkebun depan rumahnya dan dia sempat tanya hendak buah limau tak dan Syah kata tak pe. Sampai rumah sempat sapu bahagian depan. Syah perasan Keluarga India yang baru pindah sebelah rumah Syah tu dah kosongkan rumahnya. Rupanya dia pindah sekejap dirumah sebelah sementara mendapat rumah baru di Kuala Garing. katannya dia pindah sebab rumah tu tandasnya tersumbat, air kecil dan ada anai-anai. Dia minta owner baiki tetapi mereka tidak mahu. Tapi menurut jiran sebelah rumahnya (yang dia menumpang sekarang) tuan rumah yang minta mereka keluar pada tarikh 20.11.2011. Tak tahu mana satu cerita yang betul.
Selepas Solat Asar Syah rebus broccoli untuk buka puasa. Broccoli nie Syah beli lama dah tapi tak ada masa nak masaknya dan ada part yang telah rosak dan bewarna kuning. Menu buka puasa hari ini Laksa, Broccoli Rebus, Dragon Fruit dan Horlic O. Masa Azan Maghrib Syah sedang mandi. Lepas tu Syah minum dulu dan solat Maghrib. Selepas solat baru Syah makan. Hemmmm Kenyang Nyeeeee..........

Kenderaan Rasmi Raja Perlis

21.02.2011, Isnin - Petang semalam sewaktu di KLCC mata Syah terpukau pada sebuah kenderaan mewah Bentley bewarna putih yang menjalar di hadapan KLCC. Syah lihat disebelahnya ada kenderaan pengiring polis. Sah kenderaan mewah ini kepunyaan seorang Sultan kerana menggunakan plate warna kuning. Tiada tulisan cuma lambang Diraja sahaja dan setelah Syah amati betul-betul lambang pada kenderaan berkenaan, Ianya adalah Lambang Diraja Negeri Perlis Indera Kayangan. Tak pasti samada DYMM Tuanku Syed Sirajuddin atau Tuanku Fauziah yang menggunakan kenderaan berkenaan.

My Boss Call Awal Pagi

21.02.2011, Isnin - Syah bertolak dari KL Residence jam 06:30hrs dan sampai office approx 07:15hrs. On the way ke office phone Syah berbunyi dan ingatkan Muss, Kak Lang Ella atau Ayahanda call tetapi My Boss, Dik Nor yang telefon rupanya. Nak masuk office kad Syah tak boleh dibaca so kena tekan intercom, untuk ada orang di office, kalau tak menunggulah diluar jawapnya. By the way berbalik kepada cerita My Boss tadi, dia inform tak masuk kerja hari nie dan tanya mengenai bil Celcom xxx yang akan disekat jika payment tidak dibuat. Sampai office Syah call Dik Nor semula dan inform dia bahawa bil Jan 2011 berkenaan telah diakru, walau bagaimanapun pihak kami tidak menerima Bil Celcom berkenaan daripada xxx. Inilah masalahnya handle top management, sepatutnya mereka serahkan bil berkenaan kepada kami untuk dibuat bayaran tetapi bil tak diserahkan dan bila talian disekat tau-tau jer lah siapa jadi mangsa. Heheheheh........... inilah kerja namanya kalau tak ada masalah itu bukan kerja, betul tak?. Untuk mengatasi masalah seperti ini Dik Nor terpaksa bayarkan dahulu dengan duit dia sendiri dan akan diclaim semula.

Selepas 10 minit Syah call Celcom untuk checking bill phone berkenaan. Menurut mereka bil Jan 2011 telah dibayar. Baru Syah teringat memanglah dah bayar Dik Nor yang bayar sekejap tadi. Menurut Celcom bayaran dibuat pagi ini melalui online banking CIMB. Walau bagaimanapun bil Februari telah dikeluarkan dan Syah perlu akru pula payment nie sebelum 25.02.2011. Syah call semula Dik Nor dan dia inform bil tu ada pada Kak Rose. Inipun masalah juga diantara Syah dan Kak Rose, kadangkala buat kerja yang sama. Syah check seorang lagi top management bil dan yang ini pun belum bayar lagi. Syah tak terima apa-apa bil daripada pejabat beliau, pihak Celcom inform bil Februari telah keluar berjumlah RM600++ dan sure jika tak bayar Jan bill nombor tu akan disekat dan kami juga yang akan menguruskannya. Kalau RM800++ siapa nak dulukan duit sebanyak tu yek? Heheheheh............ Masalah...Masalah...... tetapi kena di selesaikan juga. Itulah salah satu masalah dalam tugas-tugas kami di Financial Controller & Business Support kerana ada banyak lagi problem yang besar daripada kes nie.

Sunday, February 20, 2011

Petang Ahad di Sg Wang, Pavi dan KLCC

Syah @ Rasa Food Court KLCC,Macam Biasa Special Meehon Soup di Noodles

20.02.2011, Ahad - Selepas solat Zohor tadi Syah keluar untuk ke Sungai Wang. Dari LRT Melati syah turun di KLCC Station. Rasa lapar dan Syah beli Walnut Bread dan makan sambil jalan dan rasa nak muntah pula. Hehehehhe........... Dari KLCC Syah keluar ikut pintu belakang dan jalan kaki hungga ke Pavilion. Dari Pavi, Syah ke SNIPS Salon Sungai WangPlaza untuk beli H2O Mud, minyak rambut dari Korea. Harganya RM60.00 tetpi dapat diskaun 10% coz Syah members Snips. Mud nie boleh tahan tiga bulan dan gunakan sedikit sahaja sebesar duit sepuluh sen. Syah sempat pusing-pusing Sg Wang Plaza dan tak silap macam ada pertandingan tarian agaknya, Rasa haus dan Syah singgah di Kedai Minuman Each A Cup untuk beli Green Apple Ice Blanded dan hari ini ada offer jika tambah perls 2 scope hanya RM1.00 dan Syah ambil offer itew. Semuannya RM4.50. Dari Sg Wang Syah ke Pavi semula dan singgah untuk solat Asar di Surau yang terletak di Aras 5. Ramai juga jemaah yang bersolat tetapi suraunya kecil sahaja tidak seperti surau di KLCC. Dari Pavi Syah jalan kaki semula ke KLCC. Di KLCC Syah singgah ke Kinokuniya sebelum makan Meehon Soup Special Syah di Noodles, Rasa Food Court. Harga Meehon RM6.50. Syah tak order air kerana ada stock mineral water dalam beg dan lagipun meehon tu kan berkuah. Dari KLCC sudah hampir jam 19:00hrs dan Syah bergerak ke LRT Station. Di KLCC Syah sempat nampak kereta Raja Perlis/Raja Muda Perlis dan polis pengiring park diluar KLCC. Kereta Benalty warna putih dengan lambang Diraja Perlis bewarna emas. Syah sampai KL Residence sudah masuk waktu Maghrib. Cd belikan Syah Prosperity Burger dan Syah tak makan burger tu dan tunggu malam nanti untuk sahur coz esok puasa sunat. Oklah jumpa lagi dilain entry.

Sultan Kedah Rasmi Masjid Al-Khalidiah, Sungai Petani, Kedah

20.02.2011, Ahad - Semalam 19.02.2011, Sultan Negeri Kedah Darulaman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Dalam titahnya, baginda berharap agar masyarakat memunafaatkan sepenuhnya fungsi masjid sebagai tempat ibadah dan mengukuhkan hubungan silaturahim dan bukannya dijadikan tempat bercakaran diantara satu sama lain. Masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh Pasangan Penyanyi Nombor Satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Suamunya Datuk K @ Khalid Md Jiwa dibawah Yayasan Nurjiwa. Masjid ini dibina pada 2009 dan siap pada akhir tahun lalu dengan kos pembinaan berjumlah RM1.7 Juta diatas tapak Masjid lama yang dibina pada tahun 1986. Selepa perasmian diadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat. Hari perasmian masjid ini adalah bersamaan dengan tarikh lahir Datuk K. Sebenarnya impian membina sebuah masjid adalah cita-cita Datuk K semenjak dari kecil lagi dan beliau berasa bangga hasratnya itu telah tercapai.

Hiba Tengok Kucing Tu

20.02.2011, Ahad - Sewaktu Syah on the way ke Pasar Tani tadi terjumpa seekor kucing dan dua anaknya dilorong kaki lima sebuah kedai. Rasanya Cina kedai tu punya kucing kot sebab Syah tengok ada kotak dan makanan kucing kat depan kedai tu. Dari jauh tengok kucing tu sebahagian bulunya bewarna kuning begitu juga dengan anak-anaknya. Kucing tu nampak macam tak sihat dan baring dengan anaknya depan tangga naik ke kedai bahagian atas. Ada beberapa orang yang hendak naik ke atas tak nampak kucing tu dan terpijak sedikit. Kucing tu tengok jer orang tu. Masa balik ke rumah jumpa lagi kucing tu dan nampak macam ada najisnya kat tepi dia. Mungkin kucing tu tak boleh jalan kot dan ada masalah masa hendak beranak, sebab tu cina kedai tu letakkan Iodin. Tak tahu apa masalahnya dan Syah hiba sangat tengok kuciong tu. Tapi Syah tak mampu nak tolong dia cuma simpati dan berdoa agar Allah selamatkan kucing tu. Itu sahaja yang mampu Syah buat.

Syah tak bawa kamera tadi, kalau tidak boleh Syah tunjukkan keadaan kucing tu. Sebenarnya Syah rasa hiba sebab teringat kucing Syah semasa di Country Homes, Si Gemuk yang mati di Animal Medical Center kerana Kanser dan dia juga tak boleh berjalan dan hanya mengesot sahaja. Teringat juga kepada Almarhumah Bonda Syah yang mangkat sewaktu memputerakan adinda Syah dan kedua-duanya dijemput Mengadap Yang MAHA ESA. Waktu tu usia Syah dibawah satu tahun dan Syah tak pernah ingat siapa bonda Syah cuma tengok gambarnya sahaja. Syah pula selepas tu dibesar dan dididik oleh Kedua Nenda sebelah Ayahanda Syah dengan penuh kasih sayang dan kemewahan, iaitu Al-Marhum Ahmad Al-Haj dan Al-Marhumah Maharum Al-Hajjah yang Syah panggil Mak. Kalau ibunya kucing tu mati, siapa nak jaga anaknya tu, kesiannya............... Semuga Allah selamat dan sembuhkan ibu kucing tu. AMIN.

Dipasar Tani tadi Syah nampak ada buah Dragon Fruit, terus Syah beli dengan harga RM10.00 untuk 5 biji, 2 pcs of popiah basah RM1.00 dan beli Soya Bean RM1.50. Susah nak dapat dragon fruit kat Pasar Tani Danau Kota tapi hari nie ada pula. Kat office Jumaat lepas, Syah pesan Dragon Fruit RM10.00 dengan Uncle jual buah dan hari Isnin nanti dia bawakan. On the way balik KL Residence, Syah singah kedai Mamak makan Urtabam dan Horlic O semuanya RM3.40.

Kesihatan Syah

20.02.2011, Ahad - Hari Nie rasa tak sihat sedikit kerana :-
  1. Sembelit dan tak buang air besar semenjak semalam
  2. Sakit tekak
  3. Mata rasa sakit (kadangkala)
  4. Rasa sakit (masa-masa tertentu) di Testis Syah

Sembelit : Semenjak semalam Syah tak buang air besar. Ini mesti masalah sembelit. Takut juga sebab pengalaman sebelum nie kalau sembelit memang rasa nak menangis kalau buang air besar kerana terpaksa meneran dan iannya tak mahu keluar dan Syah akan rasa sakit dibahagian berkenaan. Shukur Alhamdulilah pagi nie Syah buang air besar dan taklah susah sangat macam biasa.

Sakit Tekak : Semasa makan di Flaming Steamboat malam Jumaat lepas, Syah makan sedikit kacang goreng ABC dan rasa melekat kat anak tekak dan rasa pahit tu sampai pagi semalam, So Syah masa Syah berus gigi Syah berus bahagian dalam mulut berhampiran anak tekak dan rasa tu masih ada. Syah korek dengan tangan bahagian anak tekak sebelah kiri dan buat macam kita nak keluarkan kahak. Tengahari tu rasa pahit tu sudah hilang. Tapi since malam tadi tekak Syah sakit mungkin terluka kot dan rasanya macam orang kena ulser. Mungkin terkena berus gigi atau kuku Syah yang agak panjang. Oklah tu nanti

Mata : Syah ada masalah dry eye. Pagi tadi mata rasa kering dan Syah cuci muka dan kenakan air pada mata. Masa solat subuh tadi ada rasa berdenyut atau rasa mata ditekan sedikit disebelah kiri Syah. Dulupun ada rasa macam nie tapi akan hilang dan ok semula. kadangkala kelopak mata atas atau bawah Syah bergerak (vibrate) Dr kata itu aktiviti otot dikawasan tu dan biasanya akan hilang sendiri. Memangpun dia hilang sendiri tanpa kita sedari. Tapi kadangkala iannya berulang kembali.

Testis : Semenjak minggu lepas kadangkala bila Syah buat sedikit pergerakan akan rasa sakit dibahagian Testis Syah. Tak tahulah mungkin tersalah tidur atau epididymis Syah bengkak lagi ker. Pagi tadi ada rasa sakit sedikit semasa buang air besar dan masa Syah bergerak (ada masanya bukan setiap masa). Sakitnya macam dulu tu tapi sedikit sahaja rasa sakit di testis hingga peha kiri, sekejap jer sakitnya. Kadangkala tu terasa dibahagian perut kiri sebelah ari-ari. Sakit nie kadangkala ok tapi akan berulang tak kira masa. Tapi tak apalah ok lah tu nanti dan Syah sentiasa berdoa agar diberikan kesihatan yang baik.

Pagi nie Syah rasa macam nak demam mungkin disebabkan sakit-sakit kat atas tu. Apa-apapun hidup harus diteruskan selagi kita bernyawa. Syah sentiasa berdoa selepas solat agar disembuhkan segala kesakitan Syah. Shukur Alhamdulilah Allah sentiasa melindungi Syah. Sekejap lagi nak ke Pasar Tani Danau Kota berhampiran KL Residence Syah. Pagi tadi Kak Lang Ella call dan Muss & Cd belum balik lagi dari rumah Zul.

Saturday, February 19, 2011

Aktiviti Sabtu


19.02.2011, Sabtu - Pagi tadi Syah basuh pakaian dan sidai diluar. Muss pula ke rumah orang kahwin di Negeri Sembilan manakala CD keluar bekerja dan Syah tinggal seorang dirumah. Syah tak boleh keluar sebab kena tunggu hingga baju kering dan kalau ditinggalkan takut hujan nanti. Jam 16:00hrs baru Syah keluar selepas selesai angkat baju dijemuran. Dari KL Residence Syah jalan kaki ke Plaza Idaman kerana hendak gunting dan cuci rambut di Design Saloon. Gunting dan cuci RM25.00 sahaja. Selepas siap rambut, Syah kek Kedai Gunting Mamak dalam kawasan Plaza Idaman juga untuk bercukur dan trim Gotee Syah. mamak tu Caj RM6.00. Tadi tengahari mendung tapi bila keluar rumah panas terik. Memang cuaca tak menentu sekarang ini.

Dari Medan Idaman, Syah naik Bas Metro ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk ke Pasar Malam. Syah turun depan Soga dan ingatkan hendak makan mee rebus di Restoran Capitol tapi tak ada pula gerai mamak tu hari nie. Mungkin tutup atau dah tak niaga lagi. Gerai yang lain ada pula. Syah terus ke Pasar Malam tetapi Syah ke Semua House dulu untuk jalan-jalan. Selepas jalan-jalan, Syah cari gerai Laksa di Pasar Malam yang Syah belum pernah makan iaitu di sebelah Semua House. Memang gerai nie antara yang best laksannya dan jika Syah kesini lagi minggu depan, Syah akan makan disini lagi sebab kebanyakan gerai yang jual laksa, kuahnya cair sangat dan tak sedap. Harganya RM3.50. Syah minum Air Mata Kucing dan Kelapa disamping Syah beli kuih. Dari Pasar malam Syah terus balik ke rumah menaiki LRT dan sampai jam 20:00hrs. Syah naik teksi ke KL Residence coz malas nak jalan kaki sebab dah malam.

Bonda Tiri Sultan Brunei Mangkat

19.02.2011, Khamis - Semalam KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat menunaikan solat Jenazah dan mengangkat keranda Allahyarhamah Pengiran Hajah Siti Salhah Binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman di kediaman Allahyarhamah di Baitul Atirah di Kampung Beribi, Gadong. Almarhumah berusia 74 tahun, mangkat pada Pagi Jumaat 18.02.2011 di Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Batu Satu, Bandar Seri Begawan. Solat Jenazah telah diimamkan Pehin Dato Iman Dato Paduka Seri Ustaz Haji Awang Haji Hamid Bin Bakal.

Al-Fatihah Kepada Allahyarhamah Pengiran Hajah Siti Salhah binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman. Semuga Roh Allahyarhamah DiTempatkan Bersama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. AMIN

Allahyarhamah adalah Bonda Tiri kepada Baginda Sultan dan merupakan Isteri ketiga Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin III. Turut mengiringi Baginda Sultan adalah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna serta kerabat-kerabat diraja yang lain.

Gelaran Diraja DYMM Raja Zarith Sofiah bt Almarhum Sultan Idris Shah

DYMM Raja Zarith Sofiah binti Al-Marhum Sultan Idris Shah

Untuk pengetahuan anda semua dan diri Syah sendiri, Gelaran Diraja bagi DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah adalah :-

  • Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith

Gelaran ini hendaklah digunakan didalam semua ucapan dan persuratan dan dibahasakan sebagai Tuanku.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Setiausaha Jumaah DiRaja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli atas titah perintah DYMM Sultan Johor dalam satu sidang akhbar pada 17.02.2011 lepas.

Sambutan Hari Ulangtahun Ke-50 My Brother, Muss

To My Dearest Brother Muss, Syah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Ke-50 Tahun Semuga Dipanjangkan Umur dan Dimurahkan Rezeki serta Diberikan Kesihatan Yang Baik Dan Berjaya Dalam Hidup. AMIN.

19.02.2011, Sabtu - Semalam My Brother, Muss mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahirnya Yang Ke-50 Tahun di Flaming Steamboat, Platinum Walk, Danau Kota, Setapak. Majlis bermula dari jam 19:30hrs hingga 23:30hrs kerana mereka tutup jam 00:00hrs. Makan buffet disini memang berbaloi dengan lebih kurang 150 pilihan makanan steamboat disamping ada hot drikks, soft-drinks, chocolate fountain, marshmellows, cookies, ABC, buah-buahan dan pelbagai perasa ice-cream. Cd sponsor Chocolate Moist Cake untuk majlis ini. Harga yang mereka caj agak murah iaitu RM23.80++. Yang hadir malam nie adalah Keluarga Kak Long Fadilah dan Kak Ngah Faziah. Semuannya seramai 26 orang. Flaming Steamboat juga menerima tempahan untuk mengadakan pelbagai majlis seperti Annual Dinner, Birthday Pary dan seumpamanya.

Sebahagian daripada tetamu pada mImbang Penuhalam semalam, Zul, Kak Ngah Faziah, Diba, Muss, Abang Amin, Hafiz dan Artikah.

Belikan Hadia Hari Lahir Muss

19.02.2011, Sabtu - Semalam Syah tak Solat Jumaat kerana ke Plaza Low Yatt dan Syah hanya Solat Zohor sahaja apabila segala urusan selesai. Syah ke Low Yat untuk belikan birthday present untuk my Brother Muss. Kebetulan malamnya tu akan diadakan Birthday Celebration dia di Flaming Steamboat, Platinum Walk, Danau Kota berhampiran KL Residence kami. Tak tahu nak belikan apa untuk dia tahun nie dan tahun lepas Syah belikan dia jam tangan. Tiba-tiba Syah teringat, lately Muss selalu download something daripada internet dan dia selalu gunakan External Hard Disk kepunyaan Syah. Jadi Syah ada idea nak belikan dia Transend External Hard Disk 500 MB dan Cover untuk External Hard Disk tu. Syah tak bungkupun kedua-dua item tu tetapi Syah letakkan dalam paper beg yang Syah beli di KL Sentral. Kebetulan terjumpa Papaer Beg bertuli Happy Birthday.

Friday, February 18, 2011

Ke Country Homes Jumpa Tenant


17.02.2011, Khamis - Malam semalam Syah inform Azrin untuk tolong bawa Syah ke Country Homes kerana Syah hendak berjumpa dengan tenant Syah, Aini. Pagi tadi pula, Syah call Aini buat appointment malam nie dan dia kata ok. Jam 20:30hrs Syah dan Azrin bertolak ke Country Homes. On the way ke Country Homes, Syah call Aini. Sampai di Country Homes Aini serahkan Kontrak Rumah dan Surat Akuan Terima Kunci kepada Syah dan Syah pula serahkan kunci gate belakang. Syah minta alamat pejabat dia tetapi katanya akan sms Syah sebab tak berapa pasti alamatnya, ialah tak sampai sebulanpun dia kerja disitu. Syah minta alamaynya untuk kirimkan Perjanjian Sewa Rumah yang akan distamp natnti. Selepas selesai urusan dengan Aini Syah ke Bandar Rawang belanja Azrin makan di Bangi Kopitiam. Malam nie Syah makan Tahu Bakar dan Barli Cincau Ice manakala Azrin Volcano Tea Ice dan Mee Kari Special. Semuanya RM 16.91. Selepas makan kami bersembang sekejap dan lepas tu balik rumah. Sampai rumah sahaja hujan pun turun. Sekarang jam 01:02hrs dan Syah nak tidur coz esok jam 05:00hrs kena bangun untuk ketempat kerja.

Thursday, February 17, 2011

Gelaran Baru Sultanah Nora dan Sultanah Zanariah

Sultanah Zanariah Iskandar kini bergelar YAM Tunku Puan Zanariah Iskandar

17.02.2011, Khamis - Dengan Titah Perintah Sultan Johor Darul Takzim, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Gelaran Diraja bagi Bonda Tiri Baginda, Sultanah Zanariah Iskandar telah digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah Iskandar dan hendaklah dibahasakan sebagai TUNKU PUAN atau TUNKU sahaja dan bukannya TUANKU. Tunku Puan merupakan permaisuri kepada Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Ke-4 Era Moden.


Sultanah Nora Ismail kini bergelar YAM Tunku Puan Nora Ismail

Begitu juga dengan Gelaran Diraja Nenda Tiri Baginda iaitu Sultanah Nora Ismail telah digantikan kepada Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail dan hendaklah dibahasakan sebagai TUNKU PUAN atau TUNKU sahaja dan bukannya TUANKU. Tunku Puan merupakan permaisuri kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Ke-3 Era Moden.

Bonda Tiri dan Nenda Tiri Tuanku Sultan Johor iaitu YAM Tengku Puan Zanariah Iskandar dan YAM Tunku Puan Nora Ismail merupakan adik beradik iaitu puteri kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Ahmad Panglima Raja dari Kesultanan Kelantan Darul Naim. YBM Tengku Ahmad Panglima Raja adalah individu yang memahkotakan DYMM Sultan Ismail Petra sebagai Al-Sultan Kelantan pada hari pertabalan baginda pada tanggal 30.08.1980. 

Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar, Almarhum tidak pernah menggantikan gelaran Sultanah yang digunapakai oleh bonda tiri Baginda iaitu Tunku Puan Nora Ismail (Sultanah Nora Ismail). Tidak diketahui mengapa gelaran kepada kedua-dua individu ini diganti semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, walau bagaimanapun DYMM Sultan Ibrahim sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Johor Darul Takzim dan Tanah Jajahannya mempunyai kuasa dalam perkara ini dan kita harus menghormati akur atas segala keputusan Baginda.

Kenyataan berhubung perkara ini telah dikeluarkan oleh Pihak Istana Johor melalui Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli hari ini.

Sultan Johor Mansuhkan JP

17.02.2011, Khamis - Hari ini Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memutuskan untuk memansuhkan jawatan dan kuasa JP atau Jaksa Pendamai bagi Negeri Johor berkuat kuasa serta merta. Selepas ini tidak akan ada tauliah untuk JP di Johor. Alasan pemansuhan ini adalah kerana kuasa Jaksa Pendamai adalah menyamai Majistret Kelas 2 dan iannya tidak lagi relevan buat masa ini di Johor. Mengikut rekod, semenjak iannya ditauliahkan semenjak 1948 sehinggan 1980, seramai 55 individu telah menerimanya dan hanya empat sahaja yang masih hidup hingga hari ini.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli memaklumkan bahawa penerima JP di Johor kebanyakannya adalah terdiri daripada Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri yang menjalankan tugas sebagai JP kerana kekurangan Majistret sebelum ini. Pada waktu ini bilangan Majistret disetiap daerah di Johor adalah mencukupi. Sehubungan dengan itu tugas-tugas JP adalah tidak relevant lagi buat masa ini. Penganugerahan JP selaras dengan Peruntukan Seksyen 98 Akta Mahkamah Rendah 1948 dan penerima hanya boleh mengendalikan kes-kes kecil dengan jumlah kompaun tidak melebihi RM300.00 sahaja.

Tengku Mohd. Haikal Afify Dapat Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu

17.02.2011, Khamis - Penderitaan adik Tengku Mohd. Haikal Afify bin Tengku Mohamad atau lebih mesra di panggil adik Haikal (6 tahun) yang mengidap sakit buah pinggang yang dikenali sebagai Sindrom Nefrotik telah mendapat simpati Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ahmad Said. Berita ini diketahui oleh pihak YAB MB melalui akhbar Kosmo keluaran 15.02.2011. Semalam, 16.02.2011, YAB telah menemui adik Haikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu. YAB memaklumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju menangung kos rawatan adik Haikal yang diambil daripada dana Tabung Penyakit Kronik (TPK) bagi meringankan beban keluarga adik Haikal. Tambah YAB lagi, kerajaan negeri juga akan merujukkan kes ini ke Hospital Pakar dengan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri. Segala kos rawatan susulan adik Haikal akan ditanggung memandangkan penyakit ini tidak boleh dibedah untuk sembuh tetapi memerlukan rawatan susulan sehingga ianya kembali normal. Penyakit yang dihidapi oleh adik Haikal ini merupakan sejenis penyakit buah pinggang peringkat glomerular yang menyebabkan kehilangan protin yang banyak menerusi pembuangan air kecil. Iannya juga akan menyebabkan pengumpulan air dalam badan, penurunan paras protein seperti albumin dalam darah manakala paras lemak pula akan meningkat, menyebabkan darah membeku sehingga pengidapnya mudah dijangkati penyakit. Menurut bondanya, Apabila penyakit ini menyerang, perut adik Haikal akan membuncit dan anggota badannya akan membengkak.
Adik Haikal bersama Ayahandanya, Tengku Muhamad bin Tengku Sulung di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.- Gambar dari Kosmo.


Keluarga Tengku Mohd. Haikal Afify bin Tengku Muhamad merupakan keluarga miskin yang menetap di Kampung Durian Mas, Manir, Terengganu dan telah diberikan rumah bantuan melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin oleh kerajaan negeri Terengganu. Ayahandanya, Tengku Mohamad Tengku Sulung (49 tahun) tidak bekerja dan menghidapi penyakit saraf serta mengalami masalah penglihatan. Tengku Mohamad menerima bantuan RM200.00 sebulan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat. Mereka dikurniakan dengan tujuh orang anak, tiga daripadanya telah meninggal dunia dan dua orang pula sudah berkahwin dan mengikut suami masing-masing. Untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga, bonda adik Haikal, Mek Salmah binti Abdul Rahman (41 tahun) terpaksa bekerja sebagai Pengawal Keselamatan. Kepada anda semua, inlah lumrah kehidupan yang perlu dilalui oleh sebahagian daripada kita. Bukan bermakna jika ada gelaran Tengku, semuanya akan hidup kaya raya dan dilimpahi dengan kemewahan. Keturunan Tengku juga adalah manusia biasa tak lari dari sebarang cubaan dan dugaan didunia yang fana ini.

Dinner @ Azrin Residence

Bak @ Uncle Ahmad, Ayah Azrin

17.02.2011, Khamis - Malam tadi Syah ingat hendak masak tapi rasa tak sihat dan malas nak masak. Semasa menonton berita, Azrin call dan invite Syah dinner kat rumah dia coz Arip buat western food. Ada Mushroom Soup dan Steak. Syah inform kalau sudah siap nanti call. Bila dia call Syah pun ke rumah Azrin yang lat 7 buah rumah sahaja dari rumah Syah. Syah makan 1/2 daripada steak tu sebab tengah diet dan Mushroom soup tu habis satu mangkuk. Lepas tu Arip keluarkan dessert lagi - Agar-Agar Cocktail bersos Milo (Nama yang Syah beri sendiri coz lupa nak tanya mereka namanya).Heheheheh............... Selepas makan lepak sekejap menonton TV baru Syah balik semula ke rumah Syah. Thanks Azrin, Arip, Bak dan Acik atas hidangan istemewa yang membuka selera tue.

Klik link dibawah untuk gambar-gambar dinner @ Azrin Residence :-

http://www.facebook.com/?ref=home#!/album.php?aid=89613&id=1635014501

Penat Kejar Bas

17.02.2011, Khamis - Hari ini Syah tak puasa sunat sebab malam tadi rasa macam kurang sihat. Pagi tadi selepas solat subuh Syah keluar rumah jam 06:20hrs dan masa hendak kunci gate nampak bas dari jauh lagi. Terus Syah berlari 100 meter sampai hujung jalan dan bas tupun berhenti. Driver bas tu tanya Syah biasa jalan pukul berapa dan Syah kata 06:30hrs. Adalah 10 minit bas tu berhenti dan baru jalan jam 06:30hrs dan dalam hati Syah kata tak berbaloi Syah lari 100 meter tadi. Hehehheeh......... Adalah seorang Aci tu tanya driver nape tak jalan dan dia terus jawab bukan awak seorang jer mau cepat pergi kerja, orang lain sudah biasa tunggu jam 06:30hrs. Tak pasal-pasal Aci tu kena marah, Aci tu memang friendly tapi dia berlawak salah orang pulak hari nie. heheheh sian aci tu. Sepanjang jalan Aci tu diam jer kalau tak dialah yang paling peramah. Hari ini Syah naik komuter ke KL dan sampai office before 08:30am.

Wednesday, February 16, 2011

Prince Harry Menjadi Best Man Perkahwinan Abangnya

17.02.2011, Rabu - Clarence House dalam kenyataan akhbarnya pada hari Isnin lepas (14.02.2011) memaklumkan bahawa Prince Harry telah dipilih sebagai pengapit (Best Man) bagi perkahwinan abangnya Prince William pada 29 April ini di Westminister Abbey manakala Philippa @ Pipa, adik kepada Kate Middleton pula dipilih sebagai ketua pengapit perempuan (Maid of Honor). Terdapat sedikit kelainan dalam perkahwinan Prince William dimana beliau memilih seorang Best Man sahaja. Keadaan ini telah mengubah tradisi perkahwinan kerabat diraja Britain yang sebelum ini dimana pengantin lelaki mempunyai dua pengapit.

Tak Sihat

16.02.2011, Rabu - Pagi tadi badan Syah rasa macam tak sihat dan Syah tak kerja hari ini. Syah sms my boss, Dik Nor inform dia yang Syah tak datang kerja coz tak sihat. Baru mandi approx jam 08:00hrs tadi dan Syah sempat panaskan Ael sekejap. lately banyak nyamuk pula @ Rawang Residence Syah. Jiran-jiranpun ada inform nyamuk banyak sekarang. Hari tu masa blackout Syah buka tingkap dan bila bangun habis merah-merah badan Syah kena gigit nyamuk, sampai hari ini ada lagi kesannya. Mata Syah pula macam ada yang tak kena, mungkin masalah mata kering dan dah letakkan ubat titik, kadangkala rasa macam lain pula macam ada benda putih bergerak dibawah mata (kadang-kadang jer). Ada-ada jer kan? Syah sebenarnya ada silau, rabun jauh dan dekat tetapi tak suka pakai cermin mata kecuali jika pandangan rasa lain baru Syah pakai.
  • Dulu Syah pernah kena Demam Denggi tetapi tak taklah serious sangat. Syah kena tu tahun 1990an di KL Residence. Masa kena Denggi, Syah stay seorang di KL Residence dan Parents Syah pula stay di PLT Jalan Gurney, My brother Muss pula outstation. Petang tu Syah rasa pening dan muntah-muntah dioffice. Esok paginya Syah demam dan tak larat nak bangun. Dua hari Syah tak bangun dan tak inform office kerana tak larat nak bangun. Syah lihat badan Syah ada kesan merah dan Syah ingatkan warna comforter yang Syah gunakan tu turun. On the 2nd day baru Syah tersedar dan boleh bangun. Tiba-tiba pintu diketuk dan Syah lihat Ayahanda dan kawan-kaannya datang. Dia cari Syah sebab tak dapat dihubungi dua hari. Ayahanda bawa Syah ke HKL dan doktor confirmkan Syah mengidap denggi tapi tak perlu masuk wad tetapi kena datang hari-hari periksa darah. Doktor inform jika gosok gigi dan gusi Syah berdarah terus datang hospital. Agaknya kalau 1st day Syah ke hospital tentu kena tahan. Insyallah lepas tu Syah ok. Takut juga sebab sekarang nie banyak kes denggi kan? Ada orang kata kalau kena kali kedua lagi teruk? Minta-minta jauhkan lah dari Denggi.

Tuesday, February 15, 2011

YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Dilantik Canselor Baru Unisel

15.02.2011, Selasa - Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada salah seorang kerabat diraja Selangor yang telah dilantik sebagai Canselor baru Universiti Industri Selangor atau Unisel. Perlantikan YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad bin Raja Tun Uda sebagai Canselor Unisel yang baru telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu sidang akhbar di Shah Alam semalam 14.02.2011. Menurut Dr Halimah, perlantikan Cansoler Unisel dibuat bukan dari kalangan orang politik adalah untuk menunjukkan bahawa mereka tidak mahu mempolitikkan sistem pendidikan di Selangor dan menyahut saranan penuntut-penuntut Unisel sendiri yang tidak mahukan Canselor mereka dari kalangan orang politik. Perlantikan YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad berkuatkuasa mulai 21.02.2011 bagi menggantikan Datin Seri Rosmah Mansor yang telah tamat tempoh lantikannya pada 05.02.2011 lepas.

YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad bin Almarhum Raja Tun Uda

YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad merupakan putera ke-10 Mantan TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pertama mulai 31.08.1957 hingga 30.08.1967 iaitu Almarhum Raja Tun Uda bin Almarhum Raja Muhammad. Almarhum Raja Tun Uda juga merupakan kerabat diraja Selangor dan mengikut salah silahnya, Raja Tun Uda bin Raja Muhammad bin Raja Usman bin Raja Omar bin Raja Hasan bin Raja Muda Nala ibni Almarhum Sultan Salehuddin, Sultan Selangor Pertama. Bonda YM Tan Sri Dato Seri Arshad merupakan Isteri ketiga Almarhum Raja Tun Uda iaitu YAM Tengku Nor Saadah binti Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor Ke-5. YM Tan Sri Dato Seri Arshad juga merupakan bapa saudara kepada Political Blogger Raja Petra Kamaruddin. YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad berkahwin dengan Tunku Yusni Tunku Muhammad dan dikurniakan dengan seorang putera dan tiga orang puteri. YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad merupakan :-

  • Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad
  • Pengarah Khazanah Nasional
  • Pengarah Sime Darby Berhad
  • Anggota Panel Kajian Semula Percukaian
  • Pengarag Pro-Canselor Unisel
  • Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor
  • Anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • Felo Institut Akauntant Bertauliah England dan Wales

Sultan Brunei Berangkat Ke Perhimpunan Perarakan Maulud Nabi (Maulidur Rasul)

15.02.2011, Selasa - Kelihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama kaum kerabat diraja dan rakyat berarak sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2011. Tema sambutan pada tahun ini adalah Membina Sahsiah Dengan Ajaran Rasulullah. Malam tadi baginda menyampaikan titah perutusan Sambutan Maulidur Rasul melalui RTB keseluruh Brunei Darussalam.

Dalam acara kemuncak pada hari ini, Baginda Sultan, Kaum Kerabat Diraja, Para Pembesar Negara dan Rakyat telah berarak mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 4.3 kilometer bermula dari Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Perarakan ini disertai oleh 139 buah pasukan yang melibatkan lebih kurang 20,574 orang peserta.

Keberangkatan tiba Sultan Brunei dan Kerabat Diraja ke Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien telah disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, YB Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1432 Hijrah. Majlis didahului dengan bacaan al-fatihan secara beramai-ramai oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Kemudiannya, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti upacara junjung ziarah dan ramah mesra oleh Sultan Brunei dengan Ketua-Ketua Pasukan yang mengambil bahagian. Majlis diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban oleh Pasukan Dikir Kementerian Kesihatan dan tembakan meriam sebanyak 21 das kedengaran diudara apabila ayat "Ya Habibi" dilaungkan. Bacaan doa selamat telah dibacakan oleh YB Pehin Mufti Kerajaan. Sebelum perarakan dimulakan, YB Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Yahya bin Haji Ibrahim telah mengepalai bacaan Selawat sebanyak 3 kali.

Perbarisan ini bermotifkan pertandingan yang di nilai menerusi lima kategori iaitu Penyertaan Perbarisan, Pakaian, Cogan Kata dan Salawat.

Raja Isteri Terima Mengadap Dato' Nik Faizah


15.02.2011, Selasa - Semalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan menerima mengadap ahli sahabat kumpulan kerja Asia Pasifik WAGGGS Malaysia, Dato' Nik Faizah Nik Mustapha di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Kehadiran beliau ke Brunei adalah atas jemputan Persatuan pandu Puteri Brunei Darussalam. Dato' Nik Faizah akan berucap dalam satu majlis forum kesukarelawan yang dianjurkan oleh Persatuan berkenaan sempena ulang tahun persatuan yang ke 60.

Tuanku Mizan Hadir Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2011

15.02.2011, Selasa - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainaln Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmod Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahiran telah berkenan menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Tema sambutan Maulidur rasul pada tahun ini adalah 1 Malaysia 1 Ummah. Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri Malaysia dan Isteri, Timbalan Perdana Menteri dan Isteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Dalam program sambutah Maulidur Rasul pada tahun ini, seramai 114 kontijen telah mengambil bahagian yang terdiri daripada kontijen kerajaan, badan berkanun, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan sekolah dengan jumlah 10,315 orang peserta. Para peserta berarak sejauh 2.4km bermula dari Dataran Putra hingga Qiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dalam titah baginda, baginda menekankan pentingnya untuk memupuk perpaduan dikalangan umat Islam khususnya dan Masyarakat amnya. Sikap perkauman yang sempit haruslah dihindarkan sebelum iannya membarah dalam masyarakat untuk memasti perpaduan diantara kaum. Baginda berharap agar masyarakat dapat membina negara dengan nilai kasih sayang dan persefahaman serta jangan sesekali mengadaikan perpaduan dan keharmonian demi untuk mencari keuntungan yang sementara. Titah baginda lagi, dengan adanya sambutan seperti ini, ianya memberi makna tersendiri kepada seluruh umat islam dan membuktikan kecintaan umat islam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. serta masyarakat dapat menghayati sejarah dan perjuangan Rasulallah menegakkan syiar Islam. Baginda mengambil contoh nilai-nilai murni dalam keperibadian dan kepimpinan Rasulallah yang boleh dijadikan panduan dalam menyatukan umat manusia dan ianya pasti berjaya dilaksanakan jika semua pihak melakukannya dengan penuh keikhlasan.

Lunch dengan Sup Cendawan Segera


15.02.2011, Selasa - Untuk lunch hari ini Syah buat Vono Instant Mushroom Original Flavour yang Syah makan dengan roti Gardenia Breakthru. Minuman pula Syah buat Ice Blanded Apple and Celery. Senang sahaja sediakan sup segera nie. Syah cuma panaskan air keudian masukkan serbuk sup segera cendawan tu dan kacau hingga sebati supaya tidak berketul. Juice tu pula ambil sebiji apple hijau dan 1/2 batang celery, masukkan dalam blander dengan air dan ice secukupnya dan apa lagi petik jer suis tu hingga bahan-bahan tadi jadi juice. kalau suk manis letakkan gula jika tidak biarkan sahaja begitu. Biasalah dah hidup berseorang makanpun kalau nak cepat buat yang simple sahaja.

Sheikh Humaid Terima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kehormat Daripada Sultan Pahang

Gambar dari Berita Harian
15.02.2011, Selasa - Semalam Sultan Pahang yang juga merupakan Ketua Perlembagaan UIAM, KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mencemar duli menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kehormat Pengurusan Perniagaan (Pembangunan Modal Insan) kepada Ahli Majlis Pemerintah Tertinggi Raja-Raja Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Humaid Rashid Al-Nuaimi yang juga merupakan Raja Pemerintah Ajman. Majlis diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sheikh Humaid merupakan penerima ke 24 Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kehormat ini dan ianya diangerahkan kepada baginda berdasarkan sumbangan dan jasa baginda terhadap pembangunan umah dan dunia Islam di negaranya dan diperingkat antarabangsa.

Diantara sumbanga baginda adalah :-

  • Menubuhkan Program Tabung Perkahwinan pada 1992 bagi membantu golongan muda Ajman yang ingin berkahwin tetapi tidak berkemampuan. Memberi pinjaman peribadi tanpa faedah kepada 300 orang rakyatnya yang ingin berkahwin bagi mengelakkan perlakuan maksiat.

  • Pada 1984 menubuhkan Pertubuhan Rayuan Kemanusiaan dengan baginda sendiri sebagai penaung dan menggunakan sumber kewangan baginda sendiri. Pertubuhan ini memberi bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada penduduk miskin di UAE, Afrika, Asia dan Eropah. Pertubuhan ini juga membina masjid, hospital, perigi, sekolah, pusat pemulihan disamping menyokong kegiatan pertanian serta memberi bantuan makanan dan perlindungan kepada mereka yang memerlukannya.

Dalam majlis yang berasingan di UIAM, Sheikh Humaid juga telah berkenan menyampaikan pingat penghargaan kepada Presiden UIAM, Datuk Mohd Sidek Hassan, Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid dan Dekan Strategi Korporat & Jaminan Kualiti UIAM, Prof Dr Abdul Aziz Berghout.

Aktiviti Hari Cuti

15.02.2011, Selasa - Hari ini Cuti Maulidur Rasul dan pagi tadi Syah sempat kemas sedikit rumah dan bersihkan meja konsol dan sebahagian perabut dengan Minyak Kayu Murni. Pagi nie Syah breakfast dengan Susu Omega dan Gardenia Toastem Raisin Oatmeal sebelum mengambil Vitmin E dan Minyak Ikan. Sekarang jam 12:35hrs dan sambil mentenet Syah menonton rancangan keagamaan di TV sempena maulidur Rasul.

Maulidur Rasul

Dibahagian tengah adalah Makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masji Nabawi, Madinah Al-Munawarah. Disebelah kanan dan kira adalah makam para sahabat iaitu Umar dan Abu Bakar As Siddiq. Masih segar lagi ingatan Syah semasa Ziarah ke Makam ini bersama Almarhum Nenda Ahmad Al-Haj dan Almarhumah Bonda Che Zan Al-Hajjah beserta Kak Ngah Normah dan Bonda Ejon sekitar 1990an. Gambar ini Syah ambil daripada Internet. Insyallah satu hari nanti Syah akan sampai juga kesini untuk kali keduannya ............... Insyallah dengan izin Yang Maha ESA.

15.02.2011, Selasa - Hari ini merupakan cuti umum satu Malaysia sempena Maulidur Rasul. Apa itu Maulidur Rasul ? Maulidur Rasul merupakan perkataan bahasa arab yang membawa maksud KELAHIRAN RASUL. Maknanya hari ini adalah Hari Keputeraan Junjungan Kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Baginda diputerakan pada Subuh Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Tahun Gajah diambil sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah menyerang Kota Ka'abah. Ayahanda Baginda adalah Abdullah bin Abdul Mutalib dari Bani Hashim manakala bonda baginda bernama Aminah binti Wahab.

  • Ayahandanya mangkat sewaktu baginda dalam kandungan lagi.

  • Sewaktu berusia 5 tahun telah datang dua malaikat membedah dada baginda untuk membersihkan diri baginda.

  • Bonda baginda meninggal dunia sewaktu baginda berusia 6 tahun. Baginda telah diasuh oleh Barakah Al-Habsyiyyah atau Ummu Aiman yang merupakan hamba Ayahanda Rasulallah. Kehidupan baginda ditanggung oleh datuknya Abdul Mutalib. Ibu Susuan Baginda pula adalah Thuwaibah (hamba Abu Lahab) dan Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah.

  • Datuknya meninggal dunia sewaktu baginda berusia 9 tahun dan selepas itu baginda dibesarkan oleh bapa saudaranya Abu Talib.

  • Dalam usia 9 tahun dan ada setengahnya meriwayatkan 12 tahun, baginda mengikut bapa saudara baginda bermusafir untuk berniaga di negeri Syam. Sewaktu di Syam mereka telah didatangi seorang Pendita Nasrani bernama Buhaira memaklumkan kepada Abu Talib mengenai kenabian baginda setelah memeriksa baginda dengan teliti.

  • Dalam usia 20tahun dan ada menyatakan 15 tahun, baginda terlibat dalam peperangan Fijar. Baginda juga telah menyaksikan Perjanjian Al-Fudhui yang merupakan perjanjian membantu orang-orang yang dizalami di Mekah.

  • Dalam usia 25 tahun, baginda bermusafir ke Syam buat kali kedua atas urusan perniagaan dengan Siti Khatijah dan hambanya Maisarah (hamba lelaki). Ayahanda-ayahanda saudara baginda termasuk Abu Talib telah berjumpa dengan bapa saudara Khatijah, Amru bin Asad untuk meminang Khatijah bagi pihak baginda. Baginda berkahwin dengan Khatijah yang waktu itu berusia 40 tahun dengan mas kahwin 500 dirham.

  • Dalam usia 35 tahun baginda telah ke Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah dan membinanya semula bersama penduduk dan pembesar Mekah. Baginda telah diberi kepercayaan untuk meletakkan Hajarul Aswad ditempatnya sekarang.

  • Dalam usia 40 tahun, baginda menerima Wahyu Pertama di Gua Hira dan diangkat menjadi Nabi Umat Islam yang terakhir. Disinilah bermulanya hidup baginda sebagai Rasul terakhir yang penuh dengan dugaan dan cabaran bagi memertabatkan Agama Islam itu sendiri. Baginda Berdakwah secara bersembunyi selama 3 tahun dan selepas itu mendapat petunjuk dari Allah untuk menyebarkan Islam secara terbuka. Pelbagai tekanan dan penindasan dilakukan kepada golongan yang menyokong baginda. Baginda pernah ditawarkan dengan kuasa, harta benda dan wanita tetapi tidak pernah runtuh Iman baginda untuk menyebarkan Syiar Islam hingga Islam itu tersebar ke seluruh dunia.

  • Dalam Usia 53 tahun, baginda berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq

  • Baginda Wafat dalam usia 63 tahun di Madinah Al-Munawarah pada 12 Rabiul Awal 11 Hijrah bersamaan 08 Jun 632M dan dimakamkan di dalam Kawasan Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarah.

Tapak rumah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dikenali sebagai Maulid Nabi, terletak berhampiran Mas'a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali. Sekarang tempat ini telah didirikan bangunan dua tingkat dan dijadikan Perpustakaan yang dikenali sebagai Maktabah Makkah Al-Mukarramah. Kebanyakan koleksi bacaan disini merupakan buku-buku dan kitab-kitab agama Islam.


Di negara kita, kebiasaannya kita akan menyambut Maulidur Rasul dengan mengadakan pelbagai majlis/acara seperti perarakan, ceramah dan seumpanya. Kita akan mendapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala jika kita mengadakan atau menghadiri sebarang majlis Maulidur Rasul. Marilah kita beramai-ramai menyokong sebarang aktiviti keagamaan sempena maulidur Rasul ini ditempat atau kawasan perumahan kita.

Riwayat Al-Sajary daripada Anas menyatakan Rasulallah s.a.w. bersabda "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."