Wednesday, November 30, 2011

Makam Keluarga Diraja Kedah di Bukit Mertajam

30.11.2011, Rabu - Semalam Tunku Temenggong Kedah Tunku Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah menzairahi Makam Keluarga Diraja Kedah di Kampung Kota, Permatang Pasir, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dikawasan ini telah ditemui lapan buah Makam Keluarga Diraja Kedah dimana lima diantaranya mempunyai tanda. Diantaranya adalah Makam Putera Diraja Kedah ke-20, Tunku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah dan saudaranya, Tunku Ku Tam.

Mengikut catatan sejarah, Tunku Sulaiman menduduki Kampung Kota untuk mengasingkan diri daripada terlibat dalam krisis perebutan tahta Sultan Kedah ke-22 sekitar 1804 hingga 1845. Kampung ini juga menjadi tempat persembunyian Tunku Sulaiman dan kekandanya Sultan Ahmad Tajuddin apabila Kedah dilanggar oleh tentera ligor daripada kerajaan Siam pada 1821.

Menurut Pengarah Muzium Negeri Kedah, En Suhaidi Shukri yang bersama-sama rombongan dari Kedah dalam lawatan ini memaklukan bahawa pihaknya akan menjadikan kawasan permakaman ini sebagai pusat pelancungan bersejarah dan akan mengambil langkah segera bagi memastikan kawasan ini tidak lagi terbiar dan diabaikan. Menurut beliau lagi, pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Warisan Negara untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab menjaga dan memulihara makam berkenaan.


Nota : Info dari Kosmo

Breakfast With Firdus

30.11.2011, Rabu - Hari ini Syah cuti lagi dan berada di Kak Lang Residence @ Ampang. Pagi tadi Syah jalan kaki untuk bersenam bersama Firdaus dan kemudiannya kami breakfast dengan Firdaus @ Mamak Restaurant. Lepas breakfast kami cari kuih bawa balik. Pusing keliling cari kuih donat untuk Ku Chick semuanya tak ada tetapi akhirnya dapat juga kat satu gerai nie on thw way balik rumah. Dirumah Kak Lang Ella buat Mee Goreng. Malam tadi Razak dan Isterinya datang melawat Ku Chik yang baru lepas berkhatan. Haziq dan Papanya tak jadi hendak datang malam tadi. Insyallah esok Syah mula kerja.

Tuesday, November 29, 2011

Tuanku Mizan Serahkan Surat Cara Perlantikan kepada TYT Tun Abang Muhammad Salahuddin

29.11.2011, Selasa - Tahniah diucapkan kepada Yang DiPertua Negeri Sarawak Tuan Yang Terutama Tun Abang Muhammad Salahuddin yang telah dilantik semula sebagai Yang DiPertua Negeri Sarawak untuk tempoh dua tahun lagi mulai 05.12.2011. Satu Istiadat menyampaikan surat cara perlantikan telah diadakan di Istana Malawati, Putrajaya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut serta dalam istiadat ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Nota - Informasi dari Bernama

Ku Chik Selamat Berkhatan

29.11.2011, Selasa - Shukur Alhamdulillah jam 14:10hrs tadi Ku Chik telah disunatkan oleh Dr. Samad Kandar dari Kelinik Kita, Taman Watan, Ampang. Syah, Azam, Kak Lang Ella dan Firdaus sama-sama masuk temankan Ku Chik berkhatan. Adalah lebuh kurang 15 minit kami didalam bilik doktor. Ku Chik ok jer bersunat cuma sakit-sakit katanya sewaktu dibius, biasalah tu. Dia pada mulanya nampak cuak gak sedikit dan semasa dibius katanya ini bukan sakit digigit semut biasa tetapi katannya macam digigit semut gatal. Lolipop bapanya, Azam sentiasa standby kat tangan. Lepas sunat ambil ubat dan kami terus balik semula ke Kak Lang Residence. Sampai rumah Ku Chik diletakkan dalam kelambu khas yang Kak Lang Ella beli kat Kelantan. Macam oang Eskimo plak? Hehehehe..............

Tuanku Mizan DiRaikan Oleh PDRM

29.11.2011, Selasa - Malam tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenaan menghadiri Majlis Malam Menjunjung Kasih anjuran Polis Diraja Malaysia bertempat di Seri Kembangan. Turut serta adalah Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.








Nota :- Info dari Bernama

Tersalah Cukur

29.11.2011, Selasa - Hari ini Syah cuti dan Sekarang jam menunjukkan angka 12:25hrs dan Syah berada di Kak Lang Residence @ Taman Seri Bayu, Ampang kerana Ku Chik nak bersunat lepas Zohor nanti. Syah sampai approx jam 12:15hrs tadi dari Rawang. Ingatkan hendak belikan dia burger di McD masa di PWTC tadi tetapi awal pagi mereka jual breakfast set sahaja. Dari Rawang Syah turun Stesyen KTM Putra dan kemudiannya ambil LRT ke Ampang. Dari Ampang naik bas Metro 79 ke Taman Seri Bayu.


Pasal gambar nie nak share cerita sedikit dangan anda. Pagi tadi Syah bercukur dan entah macam mana pisau blade tu terguris kat leher Syah dan berdarah. Memanglah sakit dan Syah letakkan minyak gamat. Lepas tu darahnya masih keluar dan Syah tekap dengan kapas muka dan cuci semula dengan air panas. Sekarang dah ok dah tetapi kalau kena air memang dia akan rasa pedih. Nak buat macam mana dah nak kena kan?

Monday, November 28, 2011

Kak Lang & Haziq Serta Keluarga Datang Rawang Residence dan Sunat Ku Chick

28.11.2011, Isnin - Zohor tadi Kak Lang Ella dan keluarganya singgah ke Rawang Residence Syah. Sebenarnya mereka on the way balik ke rumah mereka di Ampang selepas bercuti panjang di kampung. Masa Kak Lang sampai sudah masuk waktu Zohor dan Azam ke surau manakala kami solat di rumah. Lepas solat kami borak-borak sebentar dan tiba-tiba Haziq dan Papanya sampai pula. Merekapun dari kampung juga. Borak-borak jap dan kami bertolak ke Pekan Rawang untuk lunch di D'Anjung Seafood.

Selesai makan Syah bayar RM55.00 semuanya dan apabila nak balik Kak Lang hulurkan RM 50.00 kat Syah dan Syah kata tak apa tetapi di suruh ambil juga. Haziq dan Papanya hantar Syah ke Rawang Residence semula walaupun pada awalnya Syah hendak balik naik bas dan tak payah nak menyusahkan mereka tetapi Papa Haziq, Nurul kata nak hantar Syah balik.

Gambar budak lelaki yang pakai baju biru nie adalah anak bongsu Kak Lang Ella Ahmad Izzat atau Syah panggil Ku Chick. Esok dia nak bersunat dan tadi nampak sugul jer sebab mak dia kata dia masih tak boleh bayangkan rasa sakit sunat macam digigit semut. Dia tanya Kak Lang dan Azam sunat tu sakit tak? Parentsnya jawap sakitnya macam digigit semut. Dia confuse macam mana rasa sakit gigitan semut tu sebab dia tak pernah digigit semut? Hehehehe....... ada-ada jer kan?

Tadi dia tak makan pun cuma minum Teh Tarik. Petang tadi Kak Lang call dah sampai rumah dan mereka singgah supermarket beli Lolipop. Masa di Rawang Residence tadi Kak Lang inform Ku Chick hendak Lolipop dan inform Kak Lang masa sunat nanti dia nak bawa Lolipop tu sama dan jika dia rasa sakit dia akan jilat lolipop tu. Manalah dia dapat idea tu? Kata abangnya Firdaus, dia tengok cerita Upin dan Ipin dan masa Upin dan Ipin sunat mereka buat macam tu. Heheheh ............ terpengaruh dengan kartun rupanya anak saudara ku ini. Ahakssss.............

Lagi satu cerita pasal sunat nie tadi yang mengelikan hati Syah. Kak Lang inform anak kawanya pergi bersunat dan budak tu umur 14 tahun. Bila dia dan Ayahnya masuk bilik doktor sekejap sahaja sudah keluar. Mak dia tanya ayahnya mengapa keluar dan katanya doktor suruh balik rumah. Nak tahu mengapa doktor suruh balik ........................ sebab kata bapanya doktor suruh balik rumah cukur dahulu baru datang semula untuk bersunat? Nape ketawa....................... hehehehe

Tunku Intan Puteri Sultan Kedah Meminati Sukan Paintball

28.11.2011, Isnin - Salam pagi Isnin semua dan selamat bercuti sempena sambutan Maal Hijrah yang jatuh pada hari Ahad. So rezeki kita semua dapat cuti ganti hari ini dan banyak yang menfaatkan cuti panjang untuk pelbagai aktiviti bersama keluarga. Balik kampung, jalan-jalan atau bersukan. Bersukan? Mengapa tidak .......... kan bersukan ini digalakkan untuk kita jadi sihat. Bercakap mengenai sukan nie Syah nak berkongsi cerita serba sedikit mengenai minat baru sukan Puteri Tunggal KDYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman iaitu Tunku Panglima Besar Kedah Darul Aman, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah. Pada 10.11.2011 lepas, Syah terbaca di Utusan Malaysia mengenai minat baru Tunku Puteri terhadap suka Paintball ini.

Minat Tunku Puteri terhadap sukan ini berputik semenjak empat tahun lalu dimana Yayasan Sultanah Bahiyah telah menganjurkan sukan rakyat dan diantaranya adalah paintball yang merupakan sesuatu yang baru diperkenalkan kepada rakyat kedah. Setelah mencubanya Tunku Puteri jatuh hati terhadap sukan ini terutmanya dari segi kepantasan, kerjasama berkumpulan dan kecepatan membuat keputusan. Tambah Tunku Puteri lagi sukan ini tidak memerlukan tahap kemahiran yang tinggi dan permainan ini mengalakkan pemainnya menghormati diantara satu sama lain.

Sebagai seorang Puteri Raja yang meminati suka lasak, minat untuk bersukan sebenarnya telah dipupuk oleh kedua ayahanda dan bondanya semenjak beliau masih kecil lagi dan mengangap sukan merupakan salah satu elimen utama untuk mendispilinkan diri dan membina keyakinan diri. Tanbah Tunku Puteri lagi dengan kemudahan sukan yang ada sekarang ini telah memberi peluang kepada kaum wanita untuk bergiat cergas dalam bidang suka seawal usia yang muda.

Walaupun sibuk dengan tugas-tugas rasmi, Tunku Puteri akan memperuntukkan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk bermain paintball. Tambah Tunku Puteri lagi, sukan ini mempunyai elimen kesamarataan dimana lelaki dan wanita boleh membentuk kumpulan mereka sendiri dan pasukan wanita pula dibenarkan melawan pasukan lelaki. Tambah Tunku Puteri lagi sukan ini dapat membentuk semangat kerjasama berpasukan yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian masyarakat.

Teringat Syah dalam titah ucapan Tuanku Mizan semalam semasa sambutan Maal Hijrah dimana baginda menzahirkan kebimbangan baginda dengan keadaan sosialisasi masyarakat yang semakin menebal dengan sikap individualistik. Syah berharap dengan permasyhuran Tuanku Sultan Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada Disember ini akan memberi ruang kepada Tunku Puteri untuk menyumbang kearah merealisasikan matlamat negara maju 2020 melalui sukan paintball.

Sunday, November 27, 2011

Tuanku Mizan Sampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1433 Hijrah/ 2011 Masihi

27.11.2011, Ahad - Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan telah diadakan pada pagi tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dengan tema pada tahun ini "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Turut hadir pada majlis ini adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah disamping Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta isteri masing-masing. Sebanyak 122 kontijen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta menyertai perhimpunan ini yang melibatkan 4,500 penyertaan.

Kelihatan Tuanku Mizan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukur Husin. Beliau yang berusia 69 tahun menerima wang tunai RM100,000.00, plak, pingat dan sijil penghargaan daripada kerajaan Malaysia manakala RM10,000.00 lagi disumbangkan oleh Yayasan Ubaidi.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tema yang digunakan pada tahun ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan yang inginkan rakyat bersatu padu, bekerjasama serta saling memahami dan menerima antara satu sama lain atas dasar akidah dalam merealisasikan matlamat negara maju 2020. Dalam titahnya, Tuanku Mizan menzahirkan kebimbangan baginda dengan keadaan sosialisasi masyarakat yang semakin menebal dengan sikap individualistik walaupun baginda berpuashati dengan pencapaian ekonomi negara yang berkembang pesat seiring negara-negara membangun didunia.

Baginda berharap agar semangat kejiranan dan kekitaan dipupuk dikalangan masyarakat supaya rakyat boleh hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang. Tambah baginda lagi, sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya, kita harus memahami keperluan dan menghormati perbezaan antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, baginda mahukan agar umat Islam di Malaysia menjadi contoh terbaik dalam mengimplementasikan konsep sebenar persafahaman tanpa mengira kedudukan dan latarbelakang.

Nota :- Info dari Bernama

Tengku Panglima DiRaja Selangor Sampaikan Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor

27.11.2011, ahad - Semalam Tengku Panglima DiRaja Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj telah berkenaan menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri di Shah Alam, Selangor. Kelihatan beliau menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Selangor 1433 Hijrah/2011 Masihi kepada Datuk Ismail Khamus. Tengku Sulaiman juga telah menyampaikan beberapa anugerah lainnya seperti berikut :-
  • Anugerah Pertubuhan Dakwah Sukarela - Persatuan Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor
  • Tokoh Aktivis Masyarakat - En Jamaluddin Elias
  • Tokoh Keluarga Mithali - En Said Husin
  • Tokoh Saudara Kita - En Muhammad Chan Abdullah
Tahniah kepada semua penerima Anugerah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1433 Hijrah/2011 Masihi.

Nota - Info dari Bernama

Aktiviti Semalam - Dua Kali Makan Nasi Minyak

27.11.2011, Ahad - Apa khabar semua. Semalam Syah menghadiri dua majlis perkahwinan tetapi tak dapat hendak update gambar kerana notebook Syah ada problem. Hari tue Avira (antivirus) detect ada virus dan Syah tekan delete dan semenjak hari tu apa-apa sahaja yang menggunakan USB tak boleh baca. Nantilah bila free baru hantar kedai untuk selesaikan masalah nie tetapi tulah masalahnya Syah tak boleh upload gambar, Sedih......... Niepun Syah guna desktop Syah yang lembap tu dan nak uruskan empat gambar nie hampir 45 minit. Slow sangat tetapi daripada tak ada lebih ada kan? Hehehhe.

Syah minta tolong Muss hantar Syah ke Majlis Perkahwinan Nik Nur Amalina, Member Syah di Menjalara. Seawal jam 08:00hrs Syah bertolak dari Rawang Residence dan singgah sekejap ke Houze di Jalan Tuanku Abdul Rahman sementara menunggu appointment jumpa Muss jam 11:30hrs di LRT Melati. Syah lewat 10 minit dan kami bertolak ke Menjalara. Sampai lebih kurang jam 12:30hrs kerana pusing-pusing cari tempat tak jumpa. Nik Nur Amalina atau kami panggil Nik nie merupakan Kerabat Diraja Kelantan sebelah bondanya. Syah tunggu Nik bersanding baru syah balik.

Dari Menjalara kami ke Segambut dan masalah lagi kerana tak tahu tempat dan Muss gunakan peta pada Galaxy Tabnya. Pening kepala dan manalah Syah tahu baca peta kat Galaxy Tab dia tu. Akhirnya singgah Petronas Station dan Mus tanya arah jalan, lepas tu dia ke toilet sekejap. Cari-punya cari akhirnya dapat juga jumpa rumah pengantin. Majlis ini adalah majlis perkahwinan anak kepada Classmate Muss. Nampak happy jer Muss jumpa classmate lama dia. Alamak makan besar kami semalam dua kali makan nasi minyak.

Inilah kawan-kawan sekelas Muss semasa di Teluk Intan dahulu. Dengarnya dalam bulan depan mereka akan mengadakan gathering di Sime Darby Park tak silap Syah. Dari Segambut Syah ke Setapak temankan Muss ke Singheng sebab dia nak survey aircond untuk ruang tamunya. Lepas tu Cd SMS katanya minta Muss cepat coz nak lawat anak Kak Ngah di Ampang Puteri. Muss hantar Syah ke LRT Melati coz Syah hendak balik ke Rawang. Syah sampai Rawang Residence jam 20:00hrs.

Saturday, November 26, 2011

Aktiviti Hari Ini

26.11.2011, Sabtu - hari Nie Syah and Muss menghadiri dua majlis kenduri kahwin. Nanti sat lagi Syah storey yer coz ada problem nak download gambar............... tunggu

Sultan Pahang Terima Anugerah Pemimpin Unggul

26.11.2011, Sabtu - Hari ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Majlis Bekas Wakil Rakyat atau Mubarak telah menganugerahkan Anugerah Pemimpin Unggul kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Majlis penyampaian anugerah ini diadakan di Kuantan, Pahang. Turut serta dalam majlis ini adalah DYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Datuk Seri Syarizad Abdul Jalil dan Pengerusi Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Baginda bertitah, seorang pemimpin yang bertanggungjawab adalah yang tidak hanya sekadar melaungkan janji-janji kosong kepada rakyat tetapi mesti mengotakan apa yang dijanji. Tambah baginda lagi pemilihan pemimpin hendaklah dipilih dengan teliti dan menepati ciri-ciri kepimpinan unggul serta berpandangan jauh, berwibawa dan mempunyai keperibadian terpuji. Meurut baginda, Pemimpin harus mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri. Pemimpin juga harus perlu mengawal, mengurus, mentadbir, dan membuat keputusan cemerlang serta dapat mencorakkan dasar dan polisi sediada untuk kemajuan dan kemakmuran negara.

Baginda juga turut memberi pujian kepada kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang baginda sifatkan sebagai pembantu kepada golongan wanita dalam pelbagai aspek terutamanya kebajikan. Kejayaan ini dapat dilihat melalui penyertaan golongan wanita dalam pelbagai ajensi kerajaan dan swasta. Tambah baginda lagi, penghargaan harus diberikan kepada pemimpin wanita yang memperjuangkan pembangunan kaum wanita sebagai motivasi kepada mereka meneruskan perjuangan tanpa mengira kaum dan agama.

Merafak Sembah Ucap Tahniah Kepada Tuanku Sultan Pahang diatas Anugerah ini. Dirgahayu Tuanku Patik.

Nota : - Info dari Bernama

Tuanku Mizan Hadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat

26.11.2011, Sabtu - Malam ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Maal Hijrah. Kelihatan Tuanku Mizan dan tetamu sedang membaca Yasin selepas menunaikan Solat Maghrib berjemaah. Majlis diadakan di Masjid Negara.

Turut mengiringi baginda adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badwi.

Nota : Info dari Bernama

Friday, November 25, 2011

Sultan Perak Lancarkan Syiling Ulangtahun ke-50 WWF

25.11.2011, Jumaat - Hari ini Paduka Seri Sultan Perak DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shan Ghafarullahul-lah telah berkenaan merasmikan pelancaran syiling ulang tahun ke-50 World Wildlife Fund (WWF). Majlis diadakan di Sasana Kijang Bank Negara. Turut serta dalam majlis ini adalah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Pengarah Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr. Dionysius Sharma.

Nota : Info dari Bernama

Sultan Selangor Menghadiri Majlis Perasmian dan Pengisytiharan Bangunan Baru Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

25.11.2011, Jumaat - Hari ini Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan menghadiri Majlis Perasmian dan Pengisytiharan Bangunan Baru Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di Persiaran Masjid, Seksyen 5, Shah Alam, Selangor. Dalam majlis ini baginda telah menandatangani plak Perasmian dan kemudiannya mengetuk tukul simbolik Perasmian serta Pengisytiharan Bangunan Baru Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ini.

Nota : Informasi dari Bernama

Lambang Kerabat DiRaja Perak RIS

25.11.2011, Jumaat - Tadi Syah Solat Jumaat di Masjid Negara dan masa hendak balik Syah nampak sebuah kereta Proton Satria Neo bewarna hitam di parking lot berhampiran kawasan Masjid Negara. Rupa-rupanya lambang Negeri Perak dan tertulis Keluarga Diraja. Ini maknanya mereka adalah Kerabat DiRaja Perak. Pernah tak anda melihat lambang seperti ini dan tertulis RIS. Apakah maksud RIS itu?.

Untuk pengetahuan anda semua RIS membawa maksud Raja Idris Syah iaitu merujuk kepada Almarhum Sultan Perak ke-33 iaitu Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah [Marhum Affifullah] ibni Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah. Lambang yang tertulis RIS hanyalah digunakan oleh kaum keluarga Almarhum Sultan Idris sahaja iaitu Sultan Perak sebelum KDYMM Tuanku Azlan Shah.

Yakin Boleh .. Heheheh

25.11.2011, Jumaat - Salam Jumaat Semua dan apa khabar hari nie anda semua. Nie bukan breakfast Syah tetapi juadah buka puasa Syah semalam. Syah beli semuanya di pasar malam @ Rawang Residence Syah, ada Mee Goreng, Sate, Nasi Impit, Putu Piring dan Cincau Soyabean. Malam tadi terperanjat Syah kebetulan hendak ke ruang tamu nampak macam ada benda hitam. Rupa-rupanya ada katak masuk rumah dan agaknya berapa lama katak tu dalam ruang tamu Syah itu Syah tak pasti. Mungkin dia masuk dah lama sebab Syah suka buka pintu bila berada dirumah.

Penat jugalah menghalaunya dan melawan plak tu tetapi the show must go on dan katak tu apa-apapun perlu dikeluarkan. Akhirnya keluar gak katak tu Syah tolak dengan penyapu dan kayu. Memang degil dia dan melawan. Syah sebenarnya agak geli dengan haiwan-haiwan seumpama ini tetapi kenalah buat juga sebab apa-apapun kat dalam dunia nie jika kita kata tidak benda mudahpun kita tak akan boleh buat. So kena yakinkan diri "aku boleh buat" Insyallah seberat mana masalah/kerja tu kita akan dapat laksanakan dengan jayanya. Contohnya Syahlah, Syah tinggal berseorangan dirumah dan apa-apa yang berlaku Syah kena buat sendiri. Hendak tak nak Syah kena buat semua benda sorang-sorang, so Syah selalu kata pada diri Syah " Aku Boleh Buat" ............... Insyallah, Allah akan bantu kita.

Thursday, November 24, 2011

Jumpa Anak Saudara Syah

24.11.2011, Khamis - Jam 14:00hrs tadi anak saudara Syah datang jumpa Syah di Menara TM kerana ada urusan mengenai insurance kereta dia dan saman jalanraya. Syah jumpa dia sekejap di Lobi Menara TM. Hari ini Syah puasa sunat Khamis dan tak tahu nak berbuka apa hari ini.

Pagi tadi call Kak Lang Ella dan dia maklumkan anak Sulong dia tak berapa sihat dan Syah suruh dia bawa Firdaus ke kelinik dan lepas ke kelinik dia call Syah dan informed everything ok. Anak bongsu dia Ku Chik nak bersunat Selasa nie. Call Kak Long tanya perkembangan renovation rumah dia dan dia informed as scheduled. Call kampung cakap dengan Ayahanda, Bonda Ejon dan Kak Engah.

Bonda Ejon informed anaknya Razak baru sahaja balik ke Bangi selepas Zohor tadi, sebab dia balik kampung hantar Bonda Ejon ke Hospital untuk regular check-up. Shukur Alhamdulillah, Everything ok semuanya hari ini. Terima Kasih Ya Allah.

Sultan Selangor Rasmikan Bangunan Baru IPK Selangor dan IPD Shah ALam

24.11.2011, Khamis - Semalam Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah berkenaan merasmikan bangunan baru Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Dalam titahnya, baginda melahirkan rasa dukacita baginda terhadap segelintir masyarakat di negeri Selangor yang suka mengkritik dan mencaci polis yang menjalankan tugas dan tanggungjawap mereka. Baginda menyeru agar rakyat Selangor menyokong tugas-tugas Polis , mematuhi undang-undang dan bekerjasama dengan pihak polis. Titah baginda lagi, pihak Polis seharusnya menjaga barang bukti kes supaya tidak hilang atau rosak supaya orang yang bersalah tidak terlepas dari menerima hukuman.

Baginda juga meminta agar pihak Polis menjalankan amanah yang diberikan dengan tulus ikhlas dan bersikap adil dan saksama dalam menangani sesuatu kes tanpa mengira bangsa dan kedudukan mereka dalam masyarakat. Titah baginda lagi, anggota polis hendaklah menjalankan tugas mengikut undang-undang yang ditetapkan dan tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Nota : Info dari Berita Harian

Tuanku Mizan Selamat Pulang Ke Malaysia

24.11.2011, Khamis - Shukur Alhamdulillah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin serta rombongan telah selamat tiba di Malaysia pagi ini daripada lawatan khas ke pusat saintifik di benua Antartika. Pesawat yang membawa baginda mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja di Subang jam 6.05 pagi.

Keberangkatan pulang baginda disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad serta pegawai-pegawai Istana Negara.Lawatan khas itu adalah bersempena kesertaan Malaysia ke atas Triti Antartik 1959 pada 31 Oktober lalu dan lawatan baginda terutamanya ke Pangkalan Scott yang merupakan sebuah fasiliti penyelidikan kendalian New Zeland di Antartika dilihat dapat memperkukuhkan kerjasama penyelidikan saintifik Antartika antara Malaysia dan New Zealand di samping mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara.

Kelihatan Tuanku Mizan melintasi kawalan kehormat setempat Rejimen Askar Melayu Diraja sejurus turun daripada pesawat.

Nota : Info dari Bernama/Berita Harian Online

Wednesday, November 23, 2011

Tuanku Mizan dan Ikan Naga Di Antartika

23.11.2011, Rabu - Hari ini Tuanku Mizan dan rombongan telah berangkat pulang dari Antartika melalui Lapangan Ais Pegasus untuk ke Christchurch. Baginda berangkat menaiki pesawat Tentera Udara Amerika, Hercules C130 yang dipandu oleh Mejar Paul Bernasconi pada jam 11:30hrs waktu tempatan. Perjalanan dijadualkan mengambil masa selama lapan jam.

Terdahulu Tuanku Mizan telah melawat Pusat Penyelidikan New Zealand di Antartika dan baginda dikatakan begitu tertarik dengan Ikan Naga sehingga baginda sendiri mengambil gambar ikan berkenaan. Ikan ini mempunyai gigi yang unik iaitu bengkok seperti cangkuk yang akan mencengkan dan mengengam mangsanya dengan sempurna hingga tidak boleh melepaskan diri lagi. Baginda juga telah berangkat ke Memorial Laksamana Pertama Richard Evelyn Byrd di Pengkalan McMurdo, Antartika dan telah diberikan penerangan oleh Pengurus Sistem Operasi dan Logistik Yayasan Sains Kebangsaan, Paul Sheppard.

Nota : Info dari Bernama

Raja Nazrin Terima Mengadap Ahli-Ahli Persatuan Darul Ridzuan

23.11.2011, Rabu - Semalam DYTM Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menerima mengadap ahli-ahli Persatuan Darul Ridzuan. Majlis diadakan di Istana Changkat, Kuala Lumpur. Dalam majlis ini Tuanku menyampaikan amatatnya supaya persatuan ini sentiasa menjaga kebajikan anak Perak yang berada di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Kelihattan Tuanku memperkatakan sesuatu kepada Presiden Persatuan Darul Ridzuan, Tan Sri Megat Najmuddin Khas. Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Timbalan Presidennya Datuk Seri Jalaluddin A Rahim dan Naib Presiden Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta ahli-ahli lainnya.

Nota ; Info dari Berita Harian

Urgent Leave

23.11.2011, Rabu - Salam semua just nak inform hari nie Syah Cuti Segera dan sudah apply melalui online pada boss Syah, Dik Noor. Syah cuti kerana Cuti Rehat masih banyak lagi dan tahun depan boleh carry foward hanya dua hari sahaja kecuali dapat kelulusan dengan alasan yang kukuh dan disokong oleh boss. Lagipun Syah rasa macam tak sihat sedikit dan lebih baik Syah rehat dirumah dan habiskan DVD Beyond The Realm of Conscience.

Tuanku Mizan Melawat Kabin Scott

23.11.2011, Rabu - Semalam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenan melawat Kabin Scott, Cape Evans, Antartika. Baginda dan rombongan sempat melihat sebahagian daripada artifak didalam Kabin Scott. Captain Robert Falcon Scott merupakan pegawai tentera laut diraja Britain dan merupakan seorang peneroka yang telah meneroka Benua Antartika sebanyak dua kali. Beliau meninggal dunia pada 29.03.1912 di Ross Ice Shelf, Antartika dalam usia 43 tahun selepas melakukan expedisinya yang kedua setelah mengalami kepenatan, kelaparan dan kesejukan melampau. Setelah kematiannya beliau menjadi Ikon Pahlawan British sehingga hari ini.

Nota : Info dari Bernama/Wikipedia

Tuesday, November 22, 2011

Hari Keputeraan Sultan Johor

Merafak Sembah
Menjunjung Kasih dan Setinggi-Tinggi Tahniah
Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-53
Sultan dan Yang di-Pertuan Bagi Negeri Johor Darul Takzim
dan
Jajahan Takluknaya
DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
DIRGAHAYU TUANKU PATIK
Dengan Segala Hormat Takzimnya
Yang Berdatang Sembah
Sahiyar Shaari Al-Haj
Maharum Bugis Syah

Mee Rebus Lunch Hari Ini Tetapi ...............

22.11.2011, Selasa - Hari nie lunch kat area Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Syah makan di Capitol Cafe berhadapan Sogo. Kat cafe nie ada beberapa gerai dan cafe ni style lama dan masih menggunakan cawan tembikar cina dulu-dulu tue. Ingatkan hendak makan Nasi Padang tetapi tukar plan kerana tak mahu makan nasi. So Syah makan Mee Rebus dan Barli Panas. Nak jadi cerita bila dah makan baru Syah perasaan telur itu ada bahagian yang terbelah dan didalamnya dah ada kulat warna hitam. Contohnya gambar kat bawah tu yang warna hitam dihujung hirisan telur tu adalah kulat. Alamak Syah sempayt buang telur tu tetapi ada yang sudah termakan. Nasiblah kalau sakit perut, minta-minta yang Syah makan tu tak ada kulat.

Terus Syah complain dan minta mereka ganti yang baru. Masa hendak bayar Syah inform tauke kedai tu lain kali minta gerai tu pereksa makanan mereka dahulu sebelum dihidangkan. Tauke tu panggil mamak gerai tu dan tanya mengap boleh jadi macam ini dan dia senyum. Sebelum beredar, Syah inform mamak tu lain kali periksa you punya makanan sebab kita regular customer dan ini beri imej tak elok pada Capitol Cafe.

Tuanku Mizan Terserempak Anjing Laut Weddeel

22.11.2011, Selasa - Semalam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin (dua dari kanan) dan rombongan yang berada di benua Antartika telah bertembung dengan seekor Anjing Laut Weddeel yang sedang bersantai ditepi laut McMurdo Sound. Baginda dan rombongan sedang dalam perjalanan dengan berjalan kaki selama dua jam dengan menyusuri laut McMurdo Sound sambil meredah celehan rekahan bongkah ais untuk menuju ke Kabin Scott.

Gambar ini diambil pada jam 20:00hrs dan keadaan cuaca memang cerah kerana cuaca dibenua Antartika memang begini yang dipanggil "hari dengan matahari tengah malam" (day of the midnight sun). Keadaan ini menyebabkan aktiviti saintifik dapat dilakukan 24jam sehari. Marilah kita mendoakan semuga Tuanku Mizan dan rombongan dilindingi Allah hendaknya. Amin.

Nota : Info dari Bernama

Nasi Goreng USA Milo Panas Juadah Buka Puasa Semalam

22.11.2011, Selasa - Malam tadi Syah berbuka Puasa di Lambaian Seafood didepan KTM Rawang. Fikir punya fikir Syah makan Nasi Goreng USA sebab semuanya ada disitu, ada nasi, telur dan daging masak merah. Minuman pula Milo Panas. Sebelum tu Syah jalan-jalan kat Pekan Rawang sekejap dan sempat beli DVD cerita lama Hindustan Razia Sultan mengenai anak perempuan Sultan diangkat menggantikan Ayahandanya sebagai Sultan.

Syah ke Lambaian Seafood 5 minit sebelum jam 07:00hrs. Lepas minum Syah makan ubat dahulu sementara menunggu makanan sampai. Hampir jam 19:20hrs Syah beredar ke bas stop untuk balik ke Rawang Residence.

Monday, November 21, 2011

Tuanku Mizan Bergerak ke Antartika

21.11.2011, Isnin - Kelihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Datuk Sri Dr. Maximus Ongkili dalam ruang kokpit C-17 Globe Master. Pagi tadi Tuanku Mizan dan rombongan telah menaiki penerbangan khas Tentera Udara Amerika C-17 - Globe Master untuk ke Benua Antartika. Tuanku dan rombongan selamat mendarat di Lapangan Ais Pegasus jam 13:00hrs waktu Malaysia. Lapangan Ais Pegagus merupakan sebuah lapangan terbang yang dibina diatas ais di Benua Antartika.

Turut mengiringi Tuanku Mizan dan rombongan dari Malaysia adalah Ketua Eksekutif Antartika New Zealand, Lou Sanson. Selain daripada itu, penerbangan ini juga disertai oleh 70 orang petugas lain terdiri daripada para penyelidik dan saintis antarabangsa yang akan melakukan penyelidikan disekitar benua tersebut. Tuanku Mizan sempat beremah mesra dengan mereka sewaktu dalam penerbangan ini. Keberangkatan tiba baginda dan rombongan disambut oleh Penyelia Perkhidmatan Antartika, David Washer.

Nota : Info dari Bernama

Sultan Kedah Lancarkan Buku The Ruler of Malaysia

21.11.2011, Isnin - Hari ini KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenaan merasmikan buku The Ruler of Malaysia, Jilid 16, The Encyclopedia of Malaysia. Turut hadir sama dalam majlis perasmian ini adalah Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Editorial buku tersebut. Majlis perasmian diadakan di Hotel Crown Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail lebih kurang jam 10:00hrs.

Nota :- Info dari Bernama

Tak Sihat Rasanya Pagi Nie

21.11.2011, Ahad - Pagi tadi tak silap Syah Azrin datang hantar kereta jam satu lebih rasanya sebab tak tengok jam dan masa tu Syah sedang menonton DVD Cerita Raja-Raja Cina dan lepas tu Syah sambung menontonm dan sedar-sedar je sudah jam 05:45hrs dan TV yang tengok Syah. Ini adalah salah satu sebab yang menyumbang kepada kenaikan kadar bayaran bil elektrik Syah, Salah sendiri lah tu sebab tak berjimat cermat dan membazir. Bila dah lewat, apa lagi macam lipas kudunglah semuanya kena dibuat dengan segera - buang air besar, mandi dan solat. Timing bas lari hari nie dan rupa-rupanya driver ganti, patutlah ............ dan brother nie bawa bas macam laju dan bergoyang rasanya menyebabkan kepala Syah tiba-tiba rasa sakit. Selian daripada tu sebab tidur lewatpun adalah penyebab utamanya kot? Heheheheh.......

Dalam baspun sama sakit kepala Syah rasa berdenyut, begitu juga dengan mata Syah rasa letih sangat dan bila memandang ada masanya macam nak pitam sedikit - dari mata membawa ke kepala rasa tak selesa. Tak larat rasanya, ingatkan hendak berbuka tetapi fikir balik Syah teruskan jer lah puasa sunat Isnin hari nie. Jap lagi hendak hantar dokumen bayaran ke Annexe 2 coz esok account closing. Hari nie Syah naik Bas Metro ke Kuala Lumpur dan turun area Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk ambil LRT ke Kerinchi. Dalam bas mulanya tak dapat duduk tetapi nampak seat belakang tu boleh duduk 5 orang tetapi ada 4 orang yang duduk sebab badan mereka semuanya besar lalu Syah pergi ketempat tu dan mereka bagi Syah duduk, Berhimpit dan sempit tetapi bolehlah dan bershukur kerana waktu tu sedang sakit kepala kan?.

Ok lah yer, Syah nak sambung tugas semula. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry dan mohon doakan agar Syah sihat yer dan Syah juga doakan agar anda semua berada dalam keadaan kesihatan yang memuaskan. Amin.

Sunday, November 20, 2011

Ke Pekan Rawang

20.11.2011, Ahad - Petang tadi approx jam 15:00hrs Syah ke Pekan Rawang dan terfikir-fikir nak makan apa dan akhirnya buat decision untuk makan Nasi Putih, Ikan Kembung Masak Pedas, Tom Yam Ayam dan Milo Ice di D'Anjung Seafood dengan caj RM18.00. Lepas tu solat Asar di Surau kat Pekan Rawang sebelum jalan-jalan dan ambil bas jam 18:30hrs ke Rawang Residence.

Sampai Rawang Residence sebelum Maghrib dan lihat banyak kereta coz saudara Chong datang ada kenduri katanya dan Jiran Indian sebelah Chong tu pula adalah dekat empat biji kereta rosak yang dia akan baiki. Tak perlah tetapi mereka tak ganggu tempat Syah dan terima kasih kerana Allah makbulkan doa Syah supaya menjaga kawasan rumah Syah. Itu jer lah aktiviti petang nie dan kejap lagi nak tunggu waktu Insyak dan lepas tu mandi. Jumpa lagi yer dilain Entry ..............

Beyond The Realm of Conscience

20.11.2011, Ahad - pagi nie Syah menonton DVD kisah mengenai komuniti didalam Istana Diraja China pada zaman dahulu. Suka Duka, Hasad Dengki dan Perebutan Kuasa Didalam Istana yang melibatkan Maharaja, maharani, Gundik-Gundik dan Pekerja Istana. Baru tengok Disk Pertama eposod 1-4 dan ada 7 Disk semuanya dengan 33 episod. Bila hendak habis agaknya tue yer? Cerita nie merupakan cerita bersiri di TV. Inilah kehidupan sebenarnya di Istana dan ianya tidaklah seindah mata memandang.

Kehidupan didalamnya penuh dengan duri dan ranjau dan jika silap langkah maut akan menunggu mereka tak kira siapapun. Salah sedikit sahaja dihukum supaya dijadikan iktibar kepada yang lain. Mana-mana pekerja istana yang bersalah, mayat mereka dibakar dan abunya dimasukkan dalam perigi khas dan tiada batu nisan untuk mereka. Sehingga begitu sekali hukumannya. Maharani Balu pula berdendam dengan gundik-gundik raja dan anak-anak raja yang beribukan gundik, Maharaja yang baru membelakang dan menjatuhkan gundik-gundik raja (bonda tiri Maharaja) dan anak-anak mereka. Macam-macam tetapi kalau hendak difikirkan hingga sekarang perkara seperti ini ada berlaku di Istana-Istana seluruh dunia. Bukan sahaja Istana tetapi dalam kehidupan kitapun ianya berlaku dalam keluarga atau di tempat kerja kita. Mangkuk Ayun kaki bodek.......Kroni .......... ada dimana-mana sahaja.

Syah beli DVD nie di Speedy dengan harga RM59.90. Seronk tengok jalan cerita dia dan prop yang mereka gunakan. Memang gah Maharaja Cina dan komuniti didalamnya serta Istana mereka cukup mewah pada zaman itu dan secara tidak langsung mengambarkan status dan kemajuan temadun mereka dirantau ini. patutlah dalam Sejarah Melayupun dikatakan Sultan Melaka menitahkan Hang Tuah mengadap Maharaja Cina untuk memperisterikan Puteri Hang Li Po. Secara tidak langsung, perkahwinan ini mengeratkan lagi perhubungan dua hala diantara Melaka dengan kuasa besar itu.

Tuanku Mizan Saksikan Upacara Sambutan Selamat Datang Secara Adat Kaum Moari

20.11.2011, Ahad - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan rombongan telah selamat sampai ke New Zeland hari ini. Setibanya baginda dan rombongan di lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch, Tuanku Mizan dan rombongan dari Malaysia telah di berikan sambutan selamat datang secara adat kaum Moari. Kelihatan Tuanku Mizan mencemar duli menyaksikan ucapan selamat datang secara adat kaum Moari di iTe Whatumanawa Maotitangoa Rehuai yang merupakan sebuah rumah adat Moari. Upacara ini dilakukan oleh Ketua kaum Moari Henare Rakiihia Tau (dua dari kiri)

Nota ; Informasi dari Bernama

Terima Kasih Viewer tengkusyah.blogspot.com dan Selamat Pagi Ahad

20.11.2011, Ahad - Assalammualaikum dan Selamat Pagi kepada semua pembaca tengkusyah.blogspot.com. Syah berharap agar cuti hari minggu ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk bersama-sama keluarga dan insan tersayang terutamanya kepada yang telah berkeluarga sempena musim cuti sekolah ini. Shukur Alhamdulillah juga kerana Follower blog ini sudah mencampai angka 100 dalam minggu lepas, mungkin jumlah itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan blog-blog lain tetapi Syah tetap bershukur kerana pembaca blog Syah begitu menggalakkan dari hari ke sehari. Berdasarkan Stastik Penjung, terdapat average 150 pembaca sehari dan ada masanya mencapai angka 500 - 600 viewer bergantung kepada Entry yang Syah buat terutamanya semasa kemangkatan YMM Raja Perempuan Muzwin Perak dan Twitter Tunku Mahkota Johor manakala padi hari cuti, Pengunjung agak berkurangan kerana mungkin mereka menghabiskan masa terluang dengan pelbagai aktivit keluarga/kawan-kawan.

Pagi nie tak banyak aktiviti Syah cuma sapu dan basuh depan rumah dan angkat kain untuk disidai kat luar rumah kerana semalam Syah jemur dalam rumah kerana kan pagi-pagi lagi Syah ke Kuala Lumpur. Malam tadi Azrin sewa AEL untuk angkut pelamin pelanggan dia dan dia tinggalkan RM35.00 atas meja Syah, ditolak RM15 duit makan hari tu. Biasanya dia bagi Syah RM50.00. Malam nanti baru AEL balik rumah. Sekali lagi Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucpkan jutaan terima kasih tulus ikhlas dari hati Syah kepada semua Viewer yang sudi singgah ke blog Syah ini. Syah amat menghargai sokongan anda semua terhadap blog Syah. Ok lah semua .............. sehingga berjumpa lagi di lain Entry.......

Saturday, November 19, 2011

Tuanku Mizan Berangkat Ke Antartika

19.11.2011, Sabtu - Hari ini Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berangkat ke Benua Antartika untuk lawatan kerja selama empat hari. Baginda berlepas ke Antartika melalui Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang. Syah doakan agar perjalanan Tuanku Mizan dan rombongan Selamat pergi dan kembali semula ke Malaysia serta dipermudahkan segala urusan Tuanku dan rombongan dari Malaysia.

Baginda diiringi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Pengerusi Bertindak Antartika Akademi Sains Malaysia (ASM) Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor dan Fello ASM Prof Datuk Azizan Abu Samah. Tuanku Mizan dijadualkan melawat Pengkalan Scott yang merupakan sebuah fasiliti penyelidikan yang dikendalikan oleh New Zealand di Antartika.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataannya pada Khamis lepas memaklumkan bahawa Lawatan kerja ini sempena penyertaan Malaysia pada 31.10.2011 lepas dalam Triti Antartik 1959. Minat negara kita dalam eksplorasi sains di Antartika bermula apabila Malaysia dan Antigua & Barbuda mengutarakan isu Antartika pada Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Penglibatan Malaysia di benua Antartika bermula pada 19.11.1997 apabila Jemaah Menteri meluluskan penyertaan Malaysia untuk membuat penyelidikan di Antartika.

Akademi Sains Malaysia kemudiannya menubuhkan satu badan petugas dibawah MARP atau Program Penyelidikan Antartika Kebangsaan untuk menarik minat saintis Malaysia terhadap perkembangan penyelidikan di Antartika. Hasilnya para saintis Malaysia telah memulakan penyelidikan di Antartika pada tahun 1999. Sehingga tahun lepas sebanyak 66 ekspedisi telah dilakukan oleh kira-kira 60 penyelidik dari tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Sebanyak 24 projek penyelidikan dalam bidang sains dan biologi dan sains fizikal sedang dijalankan oleh saintis Malaysia dibawah seliaan MARP.

Lawatan Tuanku Mizan ke Pengkalan Scott, Antartika ini adalah untuk memperkukuhkan kerjasama penyelidikan saintifik Antartika diantara Malaysia dan New Zealand disamping memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah sedia terjalin diantara Malaysia - New Zealand.

MOSTI juga memaklumkan, satu proses selari sedang dibuat bagi mengubal satu akta baru bagi memenuhi obligasi dibawah Triti Antartika ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara Pihak Perunding Triti Antartik. Pengubalan akta ini dibuat oleh satu kumpulan kerja yang diketuai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Draft Akta ini dijangka dimuktamadkan untuk dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

Nota : Info dari Bernama dan mStar Online

Jumpa Muss di Celcom Jalan Ampang

19.11.2011, Sabtu - Pagi nie Syah jumpa Muss kat Celcom Jalan Ampang kerana dia nak upgrade facilities handphone dia. Phone dia atas nama Syah tu yang Syah kena ada juga. Sekarang jam 10:53hrs dan Syah di Celcom. Urusan dah selesai dan update blog guna galaxytab Muss dan terhegeh-hegeh Syah guna benda nle. So nak inform semua Syah tak dapat update blog hari nie coz nak jalan-jalan hari nie dan malam nanti baru Syah balik ke Rawang. Ialah dah alang-alang keluarkan? Hehehehe.. Ok hingga berjumpa lagi di lain entry.

Update : Sekarang jam 11:50hrs dan kami berada di Semuahouse Jalan Tuanku Abdul Rahman nak lunch jap. Sayangnya Syah try to upload pic dalam blog nie using galaxytab Muss tapi tak boleh lah. *.Akhirnya gambar nie diupload pada 21.11.02011.
Update : Sekarang jam 21:15hrs dan Syah baru sahaja sampai ke Rawang Residence dan upload gambar di Celcom pagi tadi. Ok lah ...... Syah hendak mandi dan solat baru update blog sebentar lagi.

Friday, November 18, 2011

Syah Mimpi Berjumpa Sultan Brunei

18.11.2011, Jumaat - Mimpi jumpa Sultan Brunei.? hehehe........... Naik terperanjat Syah pagi tadi sebelum bangun tidur jam 05:45hrs dan Syah terlewat bangun 45minit hari nie. Sebelum tu Syah bermimpi macam jumpa Sultan Brunie dan salam dengan baginda dan sempat bersembang sekejap. Lepas tu Syah macam confuse betul ker Sultan Brunei nie.............. Best gak kalau betul-betul dapat bersua muka dengan Kedawah Duli Tuanku Sultan Brunei... Kan?

Lepas tu ada lagi mimpi dan dalam mimpi nie Syah macam dalam satu bangunan yang panjang dan tiba-tiba macam gempa dan bangunan jadi senget kebawah. Tetapi bila Syah tengok sekali lagi rasanya walaupun rasa macam bangunan tu senget mualnya tadi tetapi kedudukan bangunan tu tetap macam biasa tak sengetpun. Ada-ada jer kan selingan pagi sebelum bangun tidur.

Bangun jer Syah terus mandi dan tak ketoilet kerana awal pagi lagi Syah dan sakit perut dan ceret beret. Lepas mandi solat dan bersiap tanpa pakai wax kat rambut kerana tak sempat, so hari nie rambut tak terpacak. Dah Siap ............. terus keluar rumah dan bas lewat sedikit daripada biasa. Hari nie Syah naik komuter tetapi komuter jam 07:00 ke Bangi dan macam biasa dibatalkan dan terpaksa tunggu next train. Pagi nie mengantuk giler dan untung dapat duduk. Sampai KL Sentral Syah kejutkan passanger sebelah Syah yang Syiok tidur sebab Syah selalu tengok dia turun KL Sentral dan tu kejutkan dia tu supaya tak terlepas stesyen.

King Albert II Selamat Menjalani Pembedahan Kecil di Hidung Baginda

18.11.2011, Jumaat - Istana Diraja Belgium dalam kenyataannya memaklumkan Raja Belgium HM King Albert II yang berusia 77 tahun telah selamat menjalani pembedahan kecil dibahagian hidung baginda pagi Khamis (semalam). Pembedahan dilakukan untuk rawatan basocellular epithelioma di "Cliniques Universitaires Saint-Luc" Brussels kerana epithelioma (sejenis ketumbuhan) yang tumbuh dibahagian berhampiran hidung baginda telah menghalang baginda daripada bernafas dengan selesa melalui hidung. Pembedahan ini telah berjaya dan baginda dilaporkan kembali ke Istana pada hari ini.

Sakit Perut

18.11.2011, Jumaat - Sekarang jam 00:36hrs dan Syah belum tidur lagi walaupun badan letih ssangat. Tiba-tiba jer perut Syah memulas dan bila ke toilet ceret birit lah pula............... Alamak ada ada jer. Petang tadi makan 2 ketul kuih Kak Rosnah bagi lebih meeting pagi katanya dan dalam bas makan kacang goreng. Syah jarang dinner lately nie tetapi malam tadi Syah makan rangka ayam goreng, laksa dan Soya bean cincau beli kat pasar malam. Tak tahulah apa yang Syah salah makan nie?

Thursday, November 17, 2011

Duchess of Cambridge Dilaporkan Hamil

17.11.2011, Khamis - Terdapat Khabar angin melaporkan bahawa isteri Prince William, Duchess of Cambridge telah mengandung enam minggu anak sulung mereka. Palace Insider yang selalu melaporkan mengenai cerita-cerita hangat berhubung kerabat diraja dalam laporannya memaklumkan Kate benar-benar telah mengandung dan telah membuat persiapan bagi kelahiran anak pertama mereka. Menurut Palace insider Kate telah menyediakan bukan seorang jururawat untuk bayinya tetapi tiga orang yang masing-masing akan ditempatkan di kediaman-kediaman mereka di Nottingham Cottage, sebuah kediaman di Wales dan Kensington Palace yang sedang dalam proses pengubahsuaian.

walaupun kehamilan masih lagi diperingkat awal, pasangan ini dikatankan telah menyediakan nama-nama yang sesuai bagi anak mereka yang merupakan bakal pewaris tahta England. Nama-Nama seperti Edward, Philip dan Michael merupakan pilihan utama mereka kerana nama-nama itu sesuai untuk seorang Raja England. Dengan pengubalan undang-undang berhubung pewaris tahta baru-baru ini, anak sulung Prince William tak kira apa jantinanya akan secara automatik menjadi bakal Raja/Ratu England.

Prince William dikatakan berharap untuk menimang seorang cahayamata perempuan, Prince William juga tahu bahawa Ayahandanya Prince Charles juga mengidamkan seorang cucu perempuan. Manakala Kate akan mengikut apa sahaja kehendak suaminya kerana ia tahu itu adalah yang terbaik untuk Prince William.

Jika berita kehamilan ini benar-benar terjadi ianya merupakan suatu yang diinginkan oleh pasangan Duke and Duchess of Cambridge yang meletakkan isu anak ini sebagai keutamaan dalam perhubungan mereka sebagai suami isteri. Kate juga dikatakan selalu berasa gementar setiap kali baginda Queen Elizabeth II mengutarakan isu berhubung anak ini secara tidak langsung kepada beliau kerana baginda terlalu ingin melihat seorang cicit yang bakal menjadi Raja/Ratu England dalam usianya yang semakin lanjut.

Lega Selesai Dah Masalah Notebook

17.11.2011, Khamis - Perghhh.......... Shukur Alhamdulillah semuanya sudah selesai sekarang. Syah dah dapat semula Cable Cord Syah tetapi dia bagi yang baru sebab yang Syah punya tu sudah entah kemana. Mula-mulanya dia macam confuse dan kata dia dah bagi Syah dan Syah kata kalau dah bagi macam mana wayar yang satu lagi nie ada. So dia bagi Syah dan katannya ini baru punya. Kalau nak fikirkan Syah lagi bengang kerana yang ori dah tak ada tetapi tak mengapalah yang penting boleh digunakan. Syah siap test lagi supaya bila balik nanti tal jadi perkara yang tidak diingin lagi berlaku.

Selepas ambil barang tu Syah pusing-pusing Digital Mall sat dan beli Notebook Cooler Pad dengan harga RM29.00 dapat RM26.00. Yang ada di Rawang Residence tu dah rosak. Lepas tu terus ke Masjid Bulat Section 14 untuk lunch kerana Masjid tu ada gerai makanan didalamnya. Syah makan Nasi Putih, Daging Salai Lemak Cili Api, Kentang Goreng dan Sotong Sambal Tumis serta Pegaga dan dicaj RM7.00 .... bolehlah tahan harganya murah sedikit. Syah tak order minuman coz ada mineral water dalam beg.

Kat sini ambil makanan dan bayar dahulu baru makan. Lepas makan Syah sempat bertanya khabar Kakak Penjual tu sebab dia berniaga kat sini lama dah since 1990an lagi dan waktu itu Syah dan Muss tinggal di Sea Park. Gerai nie buka tiap-tiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Ada kalanya bila hari Jumaat Syah selalu gak datang sini solat Jumaat dan lunch sekali. Masa tu Syah bertugas di Wisma Telekom dan datang sini naik bas mini no. 38 atau 39 tak silap Syah. Kat sebelah pintu pagar masjid ada orang jual Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan didalamnya ada lagi kedai-kedai kecil. Lepas makan Syah jalan kaki ke LRT Asia Jaya dan masa datang tadi Syah naik bas rapid dari LRT Asia Jaya.

On the way beli air jambu batu special RM2.00 kat tepi jalan. Cuaca panaslah pula dua tiga hari nie. Penat dan letih serta sakit sedikit kaki Syah dan Syah tak puasa hari nie. Kalau anda hendak merasa masakan ala-ala kampung yang sedap nie sudi-sudikan bertandang ke gerai ini didalam kawasan Masjid Bulat Seksyen 14 Petaling Jaya. Nama sebenarnya adalah Masjid Tun Abdul Aziz tak silap Syah dan orang dikawasan ini memanggilnya Masjid Bulat kerana bentuk masjid ini bulat bukanya empat segi seperti masjid-masjid lain di Malaysia. Oklah yer sehingga berjumpa lagi dilain Entry.

Masalah Notebook Lagi

17.11.2011, Khamis - Ahlan Wa Sahlan .............. tak tahulah mengapa dua tiga hari nie ada jer masalah berhubung internet dan notebook Syah. Kan semalam Syah inform Syah reformat semula Notebook Syah di My Computer System di Digital Mall, Ok lah tu dan gembira rasanya coz internet dah boleh pakai masa testing kat office. Walau bagaimanapun bila nak update blog, bateri dah nak habis dan Syah cari wire cable Syah dan Alamak........MaMa Mia....... mereka salah bagi cord kat Syah.

Tertukar dengan desktop wire cord mana nak masuk. Ada-ada jer lah halangannya. Syah call kedai tu malam tadi dan inform perkara nie dan Lunch time nanti Syah nak kekedai tu semula ambil benda tu. Ada-ada jer kan ................ Malam tadi wireless tak boleh guna dan Syah setting modem semula menggunakan Notebook yang dah nak habis bateri tu. Untung sempat dan wifi boleh guna dah tapi tak boleh buat apa-apa coz Notebook battery dah habis. Gambar nie Syah ambil semalam sewaktu mereka betulkan notebook Syah semalam. Lelaki nielah yang Syah call malam tadi dan dia kata kata "Sorry Boss" pada Syah malam tadi kerana salah bagi wire cord tu. So far service mereka bagus.

Wednesday, November 16, 2011

Syah Tersalah Turun Bas Stop

16.11.2011, Rabu - Ini cerita petang semalam dan berlaku pada Syah.......... Nak Marh pun ada, Nak Gelak pun ada. Semalam Syah beli Meehon Goreng dan makan dalam bas dan lepas tu terlelap. Bila bas berhenti dan Syah terjaga dan tiba-tiba Syah jadi mamai dan confuse. Syah rasa macam bas dah sampai pekan Rawang lalu Syah turun sebab suasana bas stop tu sama macam perhentian bas Bandar Rawang.

Bila turun rupa-rupanya Syah turun di Selayang area Warta Lama. Mak aiii......... nak naik balik rasa malu la pulak, sebab mesti berdiri dan orang akan rasa pelik melihat Syah nanti. Tadi buakan main sedap lagi tidur dan berdengkur (agaknya) tetiba salah turun pulak. Terpaksa tunggu next bas dalam hujan renyai-renyai daripada menanggung malu. Hehhehehe

Walaupun terpaksa berhimpit dan berdiri naik jugalah bas tu dah nasib badan. 1st time benda nie jadi pada Syah, Lawak kan? Heheheheh .............. apa-apapun sempat sampai sebelum 20:30hrs ke Bandar Rawang dan dapat naik last bas ke Rawang Residence. Gambar diatas tu adalah keadaan dalam 2nd bas yang Syah naik malam semalam.

Raja Muda Perak Hadiri Majlis Santapan Tengahari Rejimen Askar Jurutera DiRaja Senggra Perhubungan

16.11.2011, Rabu - Semalam Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenaan menghadiri Majlis Santapan Tengahari Rejimen Askar Jurutera DiRaja Senggara Perhubungan. Dalam majlis ini, Tuanku yang juga merupakan komander Pemerintah Rejimen itu telah berkenan memakaikan pangkat Leftenan Kolonel kepada Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Azman Muhammad.

Rejimen Askar Jurutera DiRaja Senggara Perhubungan terbahagi kepada empat cabang iaitu :-
  1. Pasukan Pakar Pengendalian Pelabuhan (RAJD ke-40)
  2. Pakar Pengendalian Kereta Api (RAJD ke-50)
  3. Pakar Pengendalian Bekalan Air (RAJD ke-60)
  4. Pakar Pengendalian Bekalan Elektrik (RAJD ke-70)
Pasukan ini sebenarnya ditubuhkan pada tahun 1964 di Kuala Lumpur dan ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang awam. Pada awalnya pasukan ini dikenali sebagai Headquarters Federation Engineers (line of communication) tetapi ditukar setahun kemudiannya kepada Markas Jurutera Malaysia. Pasukan ini memainkan peranan penting mengikut bidang masing-masing jika berlaku darurat di Malaysia bagi menjaga keselamatan dan kepentingan awam.

Nota : Info dari Bernama/Utusan Malaysia