01.08.2011, Isnin - Biasalah ......... mana ada dalam dunia nie semua orang suka apa yang kita buat even Nabi Muhammad S.A.W. pun menerima berbagai-bagai cubaan dan dugaan dalam menegakkan Syiar Islam. Inikan pula Syah nie hanya seorang manusia biasa jer. Dalam hidup nie kita tak boleh membahagiakan semua orang. Syah tak kisah apa yang orang hendak cakap pasal blog Syah kerana Syah tak hidup dengan cakap-cakap orang provided that Syah tak ganggu orang pun. Ini adalah satu komen dari pembaca blog yang Syah nak kongsi bersama :-
Guest: kita pun selalu follow blog dia..tp pelik, kenapa bila cerita buruk org, cerita pasal marah org, diluahkan kat sini, cerita pasal diri sendiri sudah l
Biar Syah terangkan, Blog Syah adalah mengenai cerita raja-raja dan kehidupan seharian Syah. Selain daripada kisah Raja-Raja, Syah tak menyibuk jaja cerita orang tak tentu pasal kalau iannya tak berkaitan dengan diri Syah. Memang blog nie untuk Syah meluahkan hati dan perasaan Syah. Mengapa salah ker sebab itu yang sebenarnya terjadi dan Syah nak berkongsi dengan kawan-kawan dan pembaca setia blog Syah. Jika ada orang buat pasal dengan Syah, Syah ceritalah begitu juga aktiviti Syah bersama -sama kawan dan keluarga juga Syah kongsi bersama dalam blog sebab benda tu terjadi pada Syah. Terpulang kepada Guest untuk menilainya.
Sebagai contohnya :- Hari tu Syah ada cerita Syah gaduh mulut dengan mak cik cleaner dan tak tegur sapa dengan dia selepas tu. Baru-baru nie Syah minta maaf dengan dia sebelum dia balik Indonesia. Itu adalah kisah benar yang berlaku dalam kehidupan seharian Syah dan bukan direka-reka. So Syah kongsilah dengan semua dalam blog nie. Begitulah cerita-cerita lainnya.
Tentu anda semua ada kawan baik dan anda selalu cerita apa yang berlaku atau meluahkan perasaan dengan kawan baik anda kan. So samalah fungsi blog nie tempat Syah meluahkan hati dan perasaan Syah untuk dikongsi bersama-sama pembaca setia tengkusyah.blogspot.com. Kepada Guess yang membuat komen nie, terima kasih tak terhingga atas keperihatinan anda dan Syah tak mampu membahagiakan semua orang. Kepada Guess sudi-sudikan ke blog Syah yer...
248 comments:
«Oldest ‹Older 401 – 248 of 248Post a Comment