31.08.2011, Rabu - Petang tadi Kak Long and family balik ke Ijok kerana esok dia akan ke Johor berjumpa dengan saudara Abang Tooha untuk menjemput mereka bagi majlis perkahwinan Hafis tahun depan sementara Razak, Azam, Haziq dan Mamat sibuk memancing ikan haruan untuk tambah menu BBQ malam nie. Hari nie kami buat BBQ Ayam, Sotong dan Ikan. Rahimah buat Nasi Goreng dan Mamat beli Ice Cream dan Roti. Seronok membakar dan makan ramai-ramai dihadapan Tangga Batu Kediaman Almarhum Nenda sementara kucing-kucing peliharaan Bonda Ejon berderet menunggu tulang ikan dan ayam.
Wednesday, August 31, 2011
Jalil dan Keluarga Datang Beraya @ Nenda Residence
31.08.2011, Rabu - Hari nie Syah bertolak daripada Ayahanda Residence lepas Zohor, Mamat fetch Syah dan semasa dirumah Ayahanda Kak Long call inform Uda Diah ada dirumah Nenda. Uda Diah merupakan bekas isteri Almarhum Ayahanda Saudara Syah, Almarhom Mon Al-Haj. Hasil perkongsian hidup dengan Almarhum mereka dikurniakan dengan seorang cahayamata lelaki yang dinamakan Abdul Jalil.
Jalil nie sebaya dengan my sister Intan dan Almarhum berpisah dengan Uda Diah sewaktu Jalil masih dalam kandungan lagi. Ialah dah tak ada jodoh namanya kan? Semasa kecil kami tak pernah berjumpa dengan Jalil tetapi setelah dewasa dan beristeri hubungan kami sekeluarga makin rapat. Sekarang Jalil sudah bertugas sebagai seorang pendidik di Bagan Datoh, Perak dan sudah beristeri dan dikurniakan dengan empat orang cahayamata buat masa ini iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki. Hari nie Jalil datang bersama keluarganya, ibu dan ibu mertua serta ibu saudara isterinya. Dari rumah nenda, Jalil dan keluarganya singgah ke rumah Ayahanda.
Kak Long tunjukkan gambar lama Mak Uda Diah dan Almarhum semasa mereka baru kahwin dan tiba-tiba Mak Uda Diah ambil gambar tu untuk simpanan dia. Alamak........... gambar tu sebenarnya Syah nak buat koleksi keluarga tetapi Kak Long tunjukkan pula kepada Uda Diah dan dia ambil. tak apa lah, its ok mungkin ada lagi dalam simpanan keluarga yang lain tetapi kalau tak ada nak buat macam mana kan....
Sultan Johor Saksikan Majlis Penyerahan Semula Loji Air di Gunung Pulai
31.08.2011, Rabu - Hari ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim berada di Loji Air Gunung Pulai untuk menyaksikan majlis penyerahan semula loji berkenaan oleh kerajaan Singapura kepada Johor setelah tamatnya perjanjian air Johor-Singapura yang ditandatangani pada tahun 1961. Selain daripada loji berkenaan, turut terlibat dalam penamatan perjanjian ini adalah Loji Air Skudai, Loji Air Gunung Pulai, Rumah Air Pam Pontian (Sg Pontian Kecil) dan Rumah Pam Tebrau.
Tuanku telah berkenan mencemar duli menyaksikan majlis menandatangani dokumen perjanjian pada majlis penyerahan dan penerimaan sempena tamatnya perjanjian ini yang dilaksanakan oleh Pengerusi PUB Singapura, Tan Gee Pau dan Setiausaha Kerajaan Johor, Dato' Obet Tawil.Turut mengiringi baginda pada majlis ini adalah Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman serta Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura Dr. Vivian Balakrishnan serta Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail. Terdahulu Tuanku dan rombongan telah melakukan lawatan disekitar loji berkenaan.
Breakfast @ Ayahanda Residence
Syah and Ayahanda
31.08.2011, Rabu - Pagi nie Syah masih lagi di Ayahanda Residence dan lepas Zohor nanti akan balik semula ke Rumah Pusaka Nenda syah kerana esok akan berangkat pulang semula ke Rawang Residence. Pagi nie my lill sister Intan masak Mee Goreng dan Nugget Goreng untuk breakfast disamping Nasi Impit dan Rendang Ayam. Encik pula buatkan Milo Panas dan kami breakfast sama-sama. Suami Intan tak ada dirumah kerana berada dirumah Ibubapanya yang terletak tak begitu jauh daripada rumah kami.
My Bonda Tiri which I call her "Encik" and my Lill Sister Intan Shafinaz
Tuanku Muhriz Tunaikan Solat Sunat Aidilfitri DiMasjid Diraja Tuanku Munawir
31.08.2011, Rabu - Semalam Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Kerabat Diraja telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Diraja Tuanku Munawir di Bandar Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan. Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hasan.
Gambar diatas diambil ketika baginda solat sunat tahyatul masjid sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Dari kiri sekali adalah putera kedua baginda YAM Tunku Zain Al-'Abidin, anakanda sulung baginda, YTM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin, Tuanku Muhriz dan disebelah baginda adalah Menteri Besar Negeri Sembilan. Gambar ini Syah ambil dari Bernama.
Selepas Solat Sunat Aidilfitri baginda sempat beramah mesra dengan para jemaah sebelum menuju ke Makam Diraja. Baginda dan Kerabat Diraja kemudiannya menghadiri majlis tahlil yang diadakan di perkarangan Makam Diraja Seri Menanti. Selepas majlis tahlil, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani serta kerabat diraja menziarahi makam Almarhum Tuanku Munawir dan Almarhumah Tunku Ampuan Durah.
1st Raya Di Ayahanda Residence
31 Ogos 2011, Selasa - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54 kepada Negara ku Tercinta dengan didahului ucapan salam 1 Malaysia dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kemerdekaan adalah kebebasan bagi kita semua. By the way Pagi nie baru dapat update blog kerana internet connection Celcom Broadband Syah tak berapa nak dapat kat sini.
Semalam 1st Raya Syah bertandang dan tidur di Ayahanda Residence Syah. Macam biasa hari raya memang ramai saudara mara datang. Actually Syah nak ikut Kak Lang, Kak Long dan Razak family ke Ayahanda Residence tetapi Syah minta mereka pergi dahulu dan Syah hendak pergi dengan Mamat. Apabila Syah lihat diluar rupa-rupanya mereka gunakan kereta Mamat dan terpaksalah Syah tunggu mereka balik baru Syah kerumah Ayahanda dengan Mamat. Semasa Syah dirumah Ayahanda 1st tetamu datang adalah keluarga Almarhum Ayahanda Saudara Syah Almarhum Mon Al-Haj dari Kajang.
Keluarga Almarhum beraya di Sungai Air Tawar iaitu rumah Mak Uda (isteri Almarhum) jadi bukan sahaja anak-anak Almarhum yang datang tetapi keluarga sebelah Mak Udapun datang sekali. Memang meriah dan terasa kegembiraan hari raya tu bila ramai-ramai macam nie. Selepas tu Keluarga Datin Paduka Norkailah pula datang. Datin Paduka memang selalu datang setiap tahun dan anak perempuannya tu merupakan anak angkat kepada Ayahanda manakala Datin Paduka dan Suaminya En Zainal merupakan kenalan Ayahanda.
Pada sebelah malamnya pula keluarga Pak Andak iaitu keluarga sebelah Encik iaitu Bonda Tiri Syah datang bertandang. Pak Andaknya sudah meninggal dunia tetapi isterinya masih ada dan dia datang bersama-sama anak-anaknya. Itu jerlah tetamu yang datang semasa Syah di Ayahaanda Residence. Syah sampai hampir waktu zohor dan sebelah paginya menurut Ayahanda ramai juga saudara mara sebelah Encik dan jiran datang bertandang.
Tuesday, August 30, 2011
Agong Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid Negara
Kelihatan Yang di-Pertuan Agong bersalaman dengan tetamu di Majlis Istana Terbuka sambil diperhatikan oleh anakanda baginda yang merupakan Pemangku Raja Terengganu, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - Gambar dari Bernama.
30.08.2011, Selasa - Hari ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Negara bersama-sama 15,000 jemaah lainnya. Turut mengiringi baginda adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri masing-masing disamping menteri kabinet dan para diplomat assing. Solat Sunat Aidilfitri hari ini telah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Selepas selesai Khutbah Aidilfitri, Tuanku Mizan telah beramah mesra dengan para jamaah lainnya sebelum berangkat pulang untuk Majlis Istana Terbuka di Istana Negara.
Solat Sunat Aidilfitri dan Kereta Pinjam Tak Tahu Nak Start
30.08.2011, Selasa - Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kepda pembaca Tengkusyah.blogspot.com. Syah mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf jika ada entry atau tulisan Syah menyinggung hati dan perasaan anda semua. Pagi nie Syah solat Aidilfitri di Masjid Sultan Hisamudin, Sabak Bernam Selangor bersama-sama Razak, Azam, Firdaus, Haziq, Hafis, Ku Chik. Macam biasalah orang ramai dan ada juga yang last minute bayar fitrah sebelum solat bermula. Syah tak pakai baju Melayu pun cuma Syah pakai t-shirt dan jeans sahaja sebab Syah tak bawa baju melayu kerana malas nak bawa banyak baju sebab naik bas. Pagi-pagi lagi syah dah bersiap dan salam semua orang exspecially Bonda Ejon. Makan sedikit sebelum bertolak ke Masjid untuk Solat Sunat Aidilfitri.
Yang lawaknya cerita nelah.............. Azam pinjam kereta Mamat untuk pergi solat dan Syah pula ikut Razak, kami pergi dua kereta. Masa nak balik kereta tak boleh start coz kereta Mamat nie ada security card yang kena touchkan card tu dulu baru boleh start injin. Mula-mula Azam start enjin dan tak tahu nak touch atau letak kad tu kat mana. Adalah 10 minit mencuba dan kami call Kak Long dan Kak Long inform macam mana nak buat still tak boleh juga. Hehehe lawak dipagi Raya plak kan? Akhir sekali kami matikan enjin dan touch ditempat yang kami cuba-cuba tu baru boleh start. Rupanya kena matikan enjin dahulu baru touch. Ada-ada jer kan? Huhuhuhu ................
Yang lawaknya cerita nelah.............. Azam pinjam kereta Mamat untuk pergi solat dan Syah pula ikut Razak, kami pergi dua kereta. Masa nak balik kereta tak boleh start coz kereta Mamat nie ada security card yang kena touchkan card tu dulu baru boleh start injin. Mula-mula Azam start enjin dan tak tahu nak touch atau letak kad tu kat mana. Adalah 10 minit mencuba dan kami call Kak Long dan Kak Long inform macam mana nak buat still tak boleh juga. Hehehe lawak dipagi Raya plak kan? Akhir sekali kami matikan enjin dan touch ditempat yang kami cuba-cuba tu baru boleh start. Rupanya kena matikan enjin dahulu baru touch. Ada-ada jer kan? Huhuhuhu ................
Monday, August 29, 2011
Buka Puasa @ Kampung
29.08.2011, Isnin - Hari nie Syah buka puasa kat kampung dan ini adalah sebahagian daripada family Syah dan ada yang tak sampai lagi. Dirumah nielah Syah dibesarkan oleh Nenda semenjak dari kecil lagi bersama-sama sepupu-sepupu Syah yang lainnya. Begitu juga Bonda Ejon dan Nenda Sadu yang sama-sama menjaga Syah bersama-sama kedua Nenda Syah. Sebab tu bila Syah mention Kakak, Abang atau Adik-Adik Syah ada orang confuse kerana Syah hanya ada seorang adik perempuan sahaja dan seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Sebenarnya yang Syah maksudkan abang, kakak atau adik-adik tu adalah my cousin sebab kami dibesarkan bersama dikampung oleh kedua nenda. Esok baru Syah tidur dirumah Ayahanda Syah. Menu hari ini Nasi Impit, Lemang, Rendang Ayam, Rendang Kerang, Kuih Muih dan Buah-Buahan. Makan Semua............
Ziarah Makam DiPetang Aidilfitri
29.08.2011, Isnin - Petang tadi Syah dan anak saudara Syah Haziq ke Tanah Perkuburan Islam batu 40 untuk ziarah makan nenda-nenda dan bonda saudara syah Memang menjadi kebiasaan Syah setiap tahun pada petang menjelang hari raya Syah akan ke makam nenda-nenda syah iaitu Almarhum Ahmad Al-Haj, Almarhumah-Almarhumah Maharum Al-Hajjah, Sadu Al-Hajjah dan Che Zan Al-Hajjah untuk mengantikan kain pelapik nesan dan membersihkan makam-makam berkenaan. Biasanya kalau Syah pergi petang hari raya, esoknya kalau ada kesempatan Syah akan datang semula kesini. Hari nie my brother, Razak yang hantar kami ke makam dan selepas selesai dia ambil kami semula. Balik dari makam Syah mandi dan penat betul rasanya badan-badan Syah walhal bukannya buat kerja berat kat makam tadi. Tahun nie mungkin Syah tak dapat ziarah makam bonda Syah di Tanah Perkuburan DiRaja Kampung Kota kerana waktu Syah singkat kat kampung, lagipun tahun nie Syah balik tak bawa kereta. Hanya doa sahajalah yang Syah dapat panjatkan untuk Almarhumah Bonda Soadah @ Sokdah Al-Hajjah.
Al-Fatihah kepada Ahmad Al-Haj, Almarhumah Maharum Al-Hajjah, Almarhumah Sadu Al-Hajjah, Che Zan Al-Hajjah dan Soadah @ Sokdah Al-Hajjah semuga Almarhum dan Almarhumah Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh. AMIN.
Balik Kampung dan Bas Ke Sabak Bernam Diberhentikan Perkhidmatannya
Syah Dalam Komuter Pagi Tadi dan Mintakan Seorang Penumpang Indonesian Ambilkan Syah Gambar Nie.
29.08.2011, Isnin - Hari nie Syah balik kampung naik public transport kerana plan nak balik dengan anak saudara Syah, Mamat tak kesampaian. Actually every year Syah balik dengan Mamat menggunakan kereta Syah tetapi tahun nie dia dah beli kereta sendiri jadi taklah bawa AEL Syah tue balik kampung. Pagi nie Syah keluar rumah jam 06:25hrs dan tunggu bas 06:30hrs. Dari Bandar Rawang, Syah ingat nak ke Pudu Sentral tetapi tak jadi sebab baru teringat Syah boleh naik bas ke Kuala Selangor dari Sungai Buluh. Syah sampai Sungai Buluh jam 07:20hrs dan on the way ke stesyen bas hari hujan renyai-renyai dan bas baru jer lepas.
So terpaksa tunggu next bas dan bas sampai jam 08:40hrs dengan tambang RM5.00. Dulu bas nie last stationnya Puduraya atau sekarang nama barunya Pudu Sentral tetapi bila Syah tanya tadi katanya bukan di Pudu Sentral lagi tetapi didepan Kota Raya. Syah sampai Kuala Selangor jam 10:00hrs dan terus ke toilet dan on the way tu jumpa driver bas Kelang dan Syah tanya mana toilet dan bas ke Sabak Bernam. Katanya bas ke Sabak Bernam tak ada cuma ke Tanjung Karang dan katanya cepat sedikit coz bas dah nak jalan.
Mak aiiii............ semua toiletnya penuh dengan najis, apalah mereka nie dan terpaksalah kencing juga sebab dah tak tahan sambil menahan nafas. Bilik air nie di tingkat 1 dan keluar bilik air jer Syah tengok driver tadi tu tahankan bas ke Tanjung Karang dan Syah dengar dia kata ada orang nak naik dan dia ke toilet sekejap dan bas tu tunggu Syah. Sebelum naik Syah ucap terima kasih pada uncle Indian tu. Tambang Kuala Selangor - Tanjung Karang cuma RM2.00. Shukur Alhamdulilah perjalanan hari nie Syah dapat duduk seorang-seorang kerana penumpang tak berapa ramai. Mungkin awal pagi atau orang dah balik awal-awal lagi ke kampung.
Sampai jer Tanjung Karang dan Syah tengok orang lain turun sebelum bas stand dan Syah tunggu hingga bas masuk ke bas stand, heran juga mengapa mereka turun. Sampai jer bas stand Syah tengok bas stand tu macam padang jarak padang terkukur tak ada mahluk seorang pun. Syah tanya driver bas, Bang bas ke Sabak Bernam kat mana yer. Abang tu jawab, Bas ke Sabak Bernam dah lama diberhentikan perkhidmatannya, dua bula lebih dah. Terkejut beruk Syah dengar dan tanya macam mana nak ke Sabak Bernam. Dia suruh Syah tunggu kat Masjid dan tahan jer bas yang lalu kat situ. Ya Allah rasa macam nak terduduk Syah dibuatnya.
Dari bas stand syah jalan kaki ke masjid kira-kira 600 meter dan tunggu macam orang bodoh kat situ dan terfikir macam mana Syah nak naik bas nie. Dalam hati berdoa kepada Allah supaya bantu Syah. Masa Syah tunggu bas tu semua orang lalu lalang tengok semacam kat Syah agaknya mereka pelik tengok Syah kat bas stop tu kot dengan beg sandang macam orang nak mengembara dan siap ada tongkat plak lagi tu walhal perkhidmatan bas dah diberhentikan. Heheheh... Dalam hati kata kalau jam 12:00hrs bas tak ada Syah naik teksi jer dan tak taulah berapa cajnya dengan jarak 48km itew.
Tiba-tiba pada jam 11:20hrs Syah nampak bas dan Syah tahan jer tanpa melihat bas tu hendak kemana. Bila bas berhenti Syah tebalkan muka dan tanya boleh pergi Sabak Bernam dan pemandu tu kata boleh. Syah duduk di seat depan sekali dan duduk seorang-seorang lagi kerana orang tak ramai. Heran plak hari nie orang tak ramai macam tahun-tahun lepas. Syah nak bayar pemandu tu kata duduk dulu dan Syah ingatkan free ker tetapi kemudian di kata bayarannya RM7.00 dan tiada tiket, rupa-rupanya bas tu Bas Sabak Bernam Express yang merupakan bas express KL-Sabak Bernam-Teluk Intan. jam 12:10hrs Syah sampai Sabak Bernam.
Sampai jer Syah terus beli kain untuk batu nisan marhum keluarga Syah dan tanya pekerja kedai tu mengenai bas dan dia kata memang menyusahkan sekarang. katanya dia hendak ke Sungai Besar pun susah kerana tambang teksi jer RM15.00 dan pergi balik RM30.00. By the way pusat pentadbiran Sabak Bernam adalah di Sungai Besar dan pejabat-pejabat kerajaan semuanya disana. Kata kakak tu mereka berhentikan perkhidmatan bas kerana tak mendapat sambutan dan tak menguntungkan. Rasanya kerajaan negeri Selangor harus campurtangan dalam perkara ini kerana ini menyusahkan rakyat. Bagi yang banyak duit bolehlah naik teksi tetapi bagi golongan yang kurang mampu memang menyusahkan tetapi terpaksa lah bayar jika mahu berurussan dengan pejabat-pejabat kerajaan.
Sekarang nie musim perayaan lagilah menyusahkan dan menghadkan pergerakan orang ramai untuk bertandang kerumah sanak saudara. Tak semua orang di Sabak Bernam nie "orang berada" semuanya. Harap-harap kerajaan negeri dapat uruskan perkara ini secepat mungkin demi kebajikan rakyat. On the way balik ke Rumah Marhum Nenda, Syah jumpa my sister Intan dan suaminya Am, sedang tukar tayar kereta. Syah kirim salam pada Ayahanda dan Bonda Encik serta cakap kat Intan esok Syah tidur rumah Ayahanda.
Ok sekejap lagi Syah akan ke Makam keluarga untuk bersihkan makam dan minta razak hantarkan Syah. Ok sehingga berjumpa lagi dilain entry.....................
Sunday, August 28, 2011
Lupa Songkok dan Balik Kampung Naik Bas
28.08.2011, Ahad - Ini adalah Picture di Wall Facebook Syah - Prince Maharum Bugis Syah dan gambar nie diambil awal pagi tadi oleh my brother Muss sebelum Syah bertolak dari KL Residence ke Rawang Residence. Actually Syah hendak letak gambar Syah pakai baju melayu dan songkok untuk picture wall tu tetapi rupa-rupanya songkok Syah tertinggal kat KL Residence, So Syah gunakanlah sahaja gambar nie. Esok Syah balik kampung dan ikut jadual Syah follow Mamat, anak saudara balik tetapi since Jumaat nak call dia tak dapat dan tadi Syah call Bonda dia dan kata Mamat baru balik ke KL. Dan Syah malas nak pening kepala lalu inform my sister bagitau anaknya esok Syah balik sendiri naik bas. Buka Syah merajuk tapi memang Syah nak balik sendir.
Banyak offer nak ambil Syah even Kak Long nak suruh anak keduanya Hafiz ambil Syah, Razak pun nak ambil Syah even Kak Lang Ella invite dia ikut balik esok melalui FB tetapi Syah malas nak susahkan orang dan Syah balik naik bas jer esok. Salah Syah sendiri ada kereta tetapi tak boleh bawa, dulu Mamat tak ada kereta bolehlah Syah minta dia tolong bawa kereta Syah balik kampung tetapi sekarang dia dah ada kereta sendiri. Tak perlah sendiri yang seksa diri sendiri kena lah tanggung sendiri. Syahpun tak tahu mengapa puasa dan Raya tahun nie Syah tak rasa happy dan perasaan Syah rimas semenjak sebelum puasa lagi. Esok terpaksalah bawa baju sedikit jer sebab naik bas mana nak bawa tongkat lagi untuk my sister.... heheheh ada-ada jer kan? Lawak betoi...
Kalau ikautkan Syah, berat hati nak balik kampung tetapi apa pula kata orang tua Syah seperti Ayahanda dan Bonda Tiri serta Bonda Ejon ......... jadi Syah paksa diri untuk balik juga seperti biasa apa boleh buat ada kalanya kita tak boleh ikutkan perasaan kita kerana kita kena juga jaga hati orang-orang yang sayangkan kita. Esok pagi Syah akan balik naik bas dan Syah tak pasti sebab sekarang puduraya kan dah berubah entah ada ker tak lagi bas yang Syah nak naik nanti tetapi tak per boleh tanya information counter. Tadi call Haziq dua kali kat kamapung sebab dia selalu balik naik bas tetapi tak jawab dan bondanya call Syah petang tadi tetapi Syah tak cakappun pasal benda nie.
Doakan perjalanan Syah selamat dan Kepada anda semua, Syah doakan agar perjalanan anda dan keluarga serta orang tersayang dilindungi Allah hendaknya AMIN.
Buka Puasa Ke-28
28.08.2011, Ahad - Selamat berbuka puasa kepada semua dan lagi dua hari dah nak Raya dan cepatnya masa berlalu dan tak macam dulu-dulu masa Syah remaja, sebulan lama betul rasanya nak habis kan?. Buka puasa apa hari nie anda semua dan Syah macam biasa masak jer apa yang ada dalam peti sejuk tu kasi habis sebab esok dah nak balik kampung. Tu kat atas tu menu Syah hari nie tetapi nampak tak kain kuning tu, baru lepas tukar lapik meja daripada kain songket dan Syah cover dengan plastik supaya tak kotor bila terkena makanan.
Berbalik pada menu petang tadi, Syah masak Cucur Bawang Bilis, Mee Sup Sayur, Brocoli Rebus, Tahu Sumbat, Kurma dan Kiwi Kering (Dried Kiwi) manakala minuman pula Mineral Water. Ada sedikit jer balance bahan mentah dalam peti sejuk dan rasanya ok lah kot kalau balik nanti benda tu tak elok tak per sebab tak banyak sangat ballancenya pun. Ok lah ... sehingga berjumpa lagi di entry seterusnya, Tungguuuuuu.....................
Raja Puan Muda Perlis Dilantik Semula Sebagai Pro Canselor UniMAP
28.08.2011, Ahad - Universiti Malaysia Perlis atau UniMAP dalam kenyataannya rasminya hari ini memaklumkan bahawa Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil akan dilantik semula sebagai Pro Canselor UniMAP. Perlantikan semula ini berkuatkuasa mulai 13.12.2011 sehingga 12.12.2016 untuk tempoh lima tahun lagi. Perlantikan semula ini telah dicadangkan oleh Senat Universiti dan diperakukan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta mendapat perkenan Raja Muda Perlis yang juga merupakan Canselor UniMAP. Menurut Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Husin, Pro Canselor akan memegang jawatan berkenaan selama tempoh yang diperkenankan oleh Canselor. Menurut beliau lagi Pro Canselor berperanan mewakili Canselor mempengerusikan Istiadat Konvokesyen atau menghadiri mana-mana majlis rasmi atas jemputan universiti.
Tahniah Syah ucapkan kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil diatas perlantikan semula sebagai Pro Canselor UniMAP.
Mentang-Mentanglah Komuter Tak Sibuk
28.08.2011, Ahad - Amboi-amboi............. mentang-mentang penumpang dah tak ramai dan komuter lengang sebab orang dah balik kampung cuti raya kami yang naik komuter nie macam dalam syurga rasanya sebab tak perlu bertolak-tolak dan berhimpit untuk dapatkan tempat duduk. Gambar nie Syah ambil pagi tadi sewaktu dalam perjalanan balik ke Rawang Residence daripada KL Sentral. Bukan main relax lagi member kita nie dan rasanya warga Indonnesia. Siap bersila panggung lagi atas kerusi sambil menikmati pemandangan diluar tingkap komuter. Manakala lelaki dibelakang tu pula dengan santainya mencabut janggut. Kalu hari-hari biasa mimpi lah wey dapat buat macam nie. Banyak orang-orang yang Syah kenal selalu tanya mengapa suka ambil gambar dan inilah salah satu sebab Syah ambil gambar kerana kita boleh berkongsi cerita dan pengalaman melalui gambar-gambar yang Syah ambil dan bukan tujuannya untuk memalukan orang.
Semalam Di KL Residence
Syah pagi nie di KL Residence dan bukannya hendak balik kampung tetapi Syah ambil baju-baju Syah untuk dibawa balik ke Rawang Residence. Muss hantar ke Melati LRT Station jam 07:00hrs pagi tadi.
28.08.2011, Ahad - Semalam Syah tidur di KL Residence sebab petang tu Syah ke New York Midvalley kerana ada appointment dengan May Wan jam 16:30hrs dan habis jam 19:25hrs dan ada perbincangan sekejap dan lebih kurang 19:45 baru habis. Selepas urusan selesai Syah ke Midvalley beli buah dan mineral water sebelum bergerak ke surau di Jasco. Syah beli buah campur RM3.50 satu bekas tetapi kebanyakan buahnya tawar gila tak tahu nape dan betiknya muda plak tu cuma tembikai susu dan anggur jer yang ok. Syah solat Maghrib , qada Asar dan tunggu Insyak baru Syah bergerak balik ke KL. Ramainya orang masa Maghrib tu dan terpaksa beratur panjang untuk masuk surau. Syah tunggu shuttle bus sambil makan buah yang dibeli tadi dan sampai LRT Taman Melati jam 22:00hrs dan Syah singgah di Restoran Citarasa Cengkih untuk buka puasa dengan Milo O Panas dan Meehoon Tomyam.
Selepas makan Syah balik ke KL Residence dan Muss serta Cd dah masuk tidur, kemudiannya Muss keluar tanya khabar Syah. Syah sempat main-main sekejap dengan Hamster, Noami dan Blakie. Hamster nampak kurus dan tanya Muss nape kucing tu kurus dan kata Muss makanan dia dah habis. Rumahpun nampak gelap dan Muss kata nak jimat elektrik ialah sekarang tarif bayaran elektrik kan dah naik. Syah juga pinjam broadband Muss untuk bawa balik ke kampung kerana dirumah Ayahanda tak ada streamyx cuma dirumah Bonda Ejon jer ada. Pagi tadi masa Syah bangun Muss kata kalau nak gerak inform sebab dia nak hantar walaupun pada awalnya Syah kata tak perlu sebab syah boleh jalan sendiri tetapi dianak hantar juga dan syah ikut jer. By the way thanx Muss.
Sebelum keluar sempat jumpa Hamster, Noami dan Blakie kecuali Cd yang Muss kata tidur, tak tahu lah.............. Dari LRT Melati Syah turun di KL Sentral dan nasib baik masuk jer KTM train pun sampai. Shukur alhamdulillah dan dari KTM Rawang Syah naik kereta sapu sebab malas nak naik bas sebab bawa tiga buah beg. Senang naik kereta sapu mereka caj RM10.00. Sampai rumah Syah kemas sedikit pokok-pokok depan rumah sambil panaskan AEL dan Basuh baju. Semenjak malam tadi Syah call Mamat tak dapat-dapat lalu Syah call Kak Long inform Mamat Syah balik kampung sendiri naik bas. Ayahandapun ada call tadi tanyakan khabar. Ok lah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry.
Saturday, August 27, 2011
Semburan Serangga Bulanan
Shah dari Dedalu Emas Enterprise Memeriksa Anai-Anai Dalam Stor Syah @ Rawang Residence
27.08.2011, Sabtu - Hari nie Shah dari Dadalu Emas Enterprise datang untuk periksa anai-anai dalam stor Syah tu dan katanya sudah tak ada lagi dan dia ambil semula alat umpan X-Term tu dan inform jika masa Syah kemas nanti kalau ada jumpa lagi anai-anai bagitau dia dan dia akan buat treatment tanpa caj. Tapi katanya mengikut inspection yang dia buat memang tak ada anai-anai lagi. Actually memang dia datang hari nie untuk buat inspection tetapi semalam dia SMS Syah nak buat semburan serangga atau tidak dan Syah kat bolehlah. Appointment katanya jam 07:30hrs tetapi dia datang hampir jam 08:15hrs. Syah complain dan minta dia buat semburan atas tabletop Syah kerana bila Syah letak makanan mesti ada semut selama nie dia buat semburan tak ada pula semut tetapi last maintenance bulan lepas ada semut plak. Macam biasa Caj untuk Maintenance Semburan Serangga adalah RM70.00.
Sebentar lagi Syah hendak ke KL kerana ada appointment di New York Midvalley coz dah lama tak kesana kerana busy. Mungkin lepas buka puasa nanti Syah balik ke KL Residence sekejap dan balik semula ke Rawang Residence esok. Syah balik kampung hari Isnin dan tunggu Mamat fetch Syah dan tak confirm lagi dengan dia jam berapa? Ok ....sehingga berjumpa lagi dilain Entry.
Prince Joachim of Denmark Bakal Menimang Cahayamata Baru
Prince Joachim dan Princess Marie sewaktu kelahiran Prince Henrik
27.08.2011, Sabtu - Pada 24 Ogos 2011 lepas Istana Amalienborg telah mengeluarkan kenyataan mengenai kehamilan Her Royal Highness Princess Marie of Denmark iaitu isteri kepada His Royal Highness Prince Joachim of Denmark. Beliau dijangka akan melahirkan anak keduanya itu pada Januari 2012 di Rigshospitalet (Copenhagen Univerisity Hospital), Copenhagen. Princess Marie memputerakan anakanda sulungnya His Highness Prince Henrik Carl Joachim Alain pada 04.05.2009. Suaminya Prince Joachim merupakan putera kedua kepada Her Majesty Queen Margrethe, Queen of Denmark dan His Royal Highness Prince Consort of Denmark, Prince Henrik.
Walau bagaimanapun bayi yang akan lahir ini merupakan anakanda keempat Prince Joachim kerana beliau mempunyai dua orang lagi putera hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama bekas isterinya Wanita Kelahiran HongKong, Her Excellency Alexandra, Countess of Frederiksborg iaitu His Highness Prince Nikolai William Alexander Frederik yang diputerakan pada 28.08.1999 dan His Highness Prince Felix Henrik Valdemar Christian diputerakan pada 22.07.2002. Pasangan ini mengumumkan perpisahan mereka pada 16.09.2004 dan kemudiannya bercerai pada 08.04.2005 Penceraian ini merupakan penceraian pertama dalam keluarga diraja Denmark semenjak 1846. Semenjak 01.10.2004, Alexandra telah dibayar elaun sarahidup sebanyak USD 330,000.00 setahun.
Sebagai bekas kerabat diraja Denmark, beliau menggunakan gelaran Her Highness Princess Alexandra of Denmark dan kemudiannya Baginda Queen telah menganugerahkannya gelaran Countess of Frederiksborg pada 30.06.2005. Walau bagaimanapun beliau telah berkahwin semula dengan Martin Jørgensen on 3 March 2007 dan dengan perkahwinan ini beliau terpaksa mengugurkan gelaran Puteri (Princess) dan hanya dibenar menggunakan gelaran Her Excelecny Alexandra, Countess of Frederiksborg sahaja. Manakala bekas suaminya Prince Joachim telah berkahwin semula dengan seorang wanita kelahiran Perancis, Marie Cavallier pada 24.05.2008 dan tarikh ini dipilih sempena tarik ulangtahun ke-73 perkahwinan Datuknya mendiang King Frederik IX dan Queen Ingrid. majlis perkahwinan diadakan di Møgeltønder Church dan dengan perkahwinan ini Marie menggunakan gelaran Her Royal Highness Princess Marie of Denmark.
Friday, August 26, 2011
Solat Jumaat dan Melawat Makan Pahlawan
26.08.2011, Jumaat - Hari nie Syah solat Jumaat di Masjid Negara dan macam biasa singgah ke Makam Pahlawan untuk sedekahkan Alfatihah kepada Penghuni Makam Pahlawan. Gambar diatas adalah Makam Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein, bekas Perdana Menteri Malaysia kedua yang menghembuskan nafas terakhirnya di London akibat Lukemia pada 14.01.1976. Anak jati Pahang dari Keturunan Bangsawan Bugis ini dilahirkan pada 11.03.1922. Allahyarham juga merupakan bapa kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang amat kita kasihi. Selepas pemergiannya, Allahyarham di kenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia dan legasi Allahyarham dalam dunia politik disambung oleh anaknya sebagai PM Malaysia ke-6.
Alfatihan buat anak bugis ini, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk Hussin, Semuga Roh Allahyarham Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. Amin.
Semasa dimakam Syah terjumpa dua orang pelawat lelaki anak beranak dari negara India dan dia tanya Syah dalam bahasa inggeris - ini makam Sultan ker dan Syah jawab bukan, ini adalah makam Perdana Menteri Malaysia kedua. Anaknya bertanya Syah boleh ker ambil gambar dalam dewan solat dan Syah beritahu dia sepengatahuan Syah boleh. Sempat Syah suruh dia ambilkan gambar Syah di Makam Allahyarham Tun Abdul Razak, tu dia gambar diatas tu kalau tak alamat ambil gambar sorang-sorang jer lah jawabnya. Lepas tu Syah pun beredar masuk ke dewan solat dan tak nampak pula mereka.
Syah pun lupa nak tanya samada dia Islam atau tidak sebab orang bukan Islam boleh melawat ke kompaun Masjid negara tetapi dalam Dewan Solat Utama mereka tidak dibenarkan masuk kerana Syah lihat siap ada signboard "Only For Muslim" dipintu masuk Dewan Solat Utama tu. Lepas solat Syah terus balik ke pejabat dan tak larat nak tinjau-tinjau jualan Ramadhan diluar Masjid tue.
Buka Puasa Ke-26
26.08.2011, Jumaat - Sampai jer pekan Rawang tadi ingat hendak ke Pasar Ramadhan tetapi fikir balik tak jadi kerana bahan mentah banyak lagi dirumah dan nanti nak balik kampung membazir pula. So nielah juadah buka puasa Syah petang nie tadi. Syah buat Tahu Sumbat yang Syah sumbat dengan daun salad jer dan Roti Telur, dua-dua menu nie Syah makan dengan cili Sos. Syah juga beli nenas dua bungkus dan buat Air Nenas. Akhir sekali Syah buat Meehon Sup Sayur tetapi hari nie Syah gunakan serbuk Sup Sayur dan tambahkan fish ball. Hemmmm sedap juga serbuk tu, 1st time cuba hari nie. Makna Semua ................
Nak Balik Jugak
26.08.2011, Jumaat- Tadi Syah solat Jumaat di Masjid Negara dan sekarang hampir jam 15:00hrs dan banyak kawan-kawan sudah balik ........... tak boleh jadi nie nak balik jugaklah..........heheheheh ... nanti malam Syah update blog ok, chow Chin Chowwwwwwwww...............
Komuter Lengang
26.08.2011, Jumaat - Hari nie lega rasanya naik train sebab orang tak ramai seperti biasa. Aman dunia nie rasa nya dan taklah kedengaran suara orang memaki hamun orang lain sebab tak puas hati ditolak oleh penumpang yang hendak masuk. Keadaan sebegini hanya berlaku apabila tiba musim perayaan jer dimana ramai orang yang bekerja di KL bercuti atau sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Tak kiralah Melayu ker Cina ker India ker semuanya mengambil kesempatan bercuti panjang sempena musim perayaan nie. Kalaulah hari-hari macam nie kan best tetapi jika kita perhatikan sebenarnya perkara ini berlaku kerana komuter tak ikut jadual yang ditentukan bukan macam LRT. Jadi orang yang menunggu makin lama makin ramailah jawapannya dan berlakunya kesesakan yang melampau terutamanya diwaktu puncak.
Lihat sahajalah gambar diatas sekali tu, Syah ambil di Stesyen KTM KL Sentral pagi tadi dan nampak lengang kerana ramai yang telah bercuti manakala gambar ini pula adalah kawasan menunggu Keratapi yang penuh dengan penumpang yang sedang menunggu ketibaan keretapi untuk ke distinasi masing-masing.
Lihat sahajalah gambar diatas sekali tu, Syah ambil di Stesyen KTM KL Sentral pagi tadi dan nampak lengang kerana ramai yang telah bercuti manakala gambar ini pula adalah kawasan menunggu Keratapi yang penuh dengan penumpang yang sedang menunggu ketibaan keretapi untuk ke distinasi masing-masing.
Thursday, August 25, 2011
Buka Puasa ke-25 @ Rawang Residence
25.08.2011, Khamis - Hemmmmm tak lama lagi dah nak Raya kejap jer pejam, celik, pejam, celik dah nak hampir sebulan kita berpuasa. Balik rumah tadi Syah terus ke pasar malam dan macam biasa tak banyak makanan orang jual bulan puasa nie tak seperti sebelum bulan puasa mungkin mereka niaga di pasar Ramadhan kot? Mula-mula Syah beli air Soya RM1.80 dan ingat hendak beli Mee Goreng kecil (macam meggi) kat gerai biasa tu tetapi dah ada orang borong sebab Syah nampak tinggal tray jer. Siaplah beli sampai satu loyang tu.
Ingatkan nak beli Young Tau Foo tetapi balik semula kegerai tadi dan beli Mee Goreng RM2.00 tetapi dalam hati kata banyaknya minyak masa dia goreng mee tu sebab nampak berkilat. Lepas beli dua barang tu Syah terus balik kerana jam sudah hampir 19:15hrs. Masa Syah hendak buka pintu gate tak semena-mena bungkusan mee goreng Syah jatuh dalam longkang. So Syah ambil dan buang jer Mee tu, tak pe tak ada rezeki nak makan mee tu hari nie. Masuk rumah Syah terus buat Mee Sua Tom Yam Sayur kerana bahan-bahan tu jer ada dalam peti sejuk dan kena dihabiskan secepat mungkin kerana nak balik kampung, nanti busuk sayuran tu.
Tak payahlah tunjukkan ropanya macam mana yer sebab benda tu selalu dibuat dan di kongsi di blog nie. Selain daripada tu Syah buat sandwich - Toasted Tuna and Fried Egg with Low Fat Cheese. Hari nie sandwichnya Syah tambahkan telur mata dan cheese selain daripada tuna dan sayuran.. Sedap cubalah untuk buka puasa anda. Betik balance semalam tu habis Syah makan tetapi agak muda sedikit rupanya, apalah depa nie jual benda macam tu kat orang di bulan yang mulia nie. Syah juga makan kurma dan dried kiwi.
Ok lah sekarang jam 00:38hrs dan Syah hendak jemur kain yang baru siap dibasuh oleh cik mesin Itew..........................
Kad Hari Raya Tunku Zain
25.08.2011, Khamis - Shukur Alhamdulillah Petang tadi Syah dapat Kad Ucapan Selamat Hari Raya daripada YAM Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz. Actually tahun nie Syah busy dengan kerja dan tak sempat hendak hantar Kad Ucapan Selamat Hari Raya kepada Sultan-Sultan termasuk Sultan Brunei dan KErabatnya seperti tahun-tahun lepas. Insyallah Syah akan balas kad YTM Tunku Esok.
OKU Mangkat Dilanggar Kereta
25.08.2011, Khamis - Seorang lelaki OKU, Raja Aris bin Raja Mat berusia 54 tahun mangkat petang tadi akibat dilanggar oleh sebuah kereta ketika Almarhum dalam perjalanan ke Pasar Ramadhan untuk membelikan makanan ayahandanya yang sedang uzur. Menurut penduduk setempat memang menjadi rutin seharian Almarhum dari Kampung Kubur, Kuala Terengganu membelikan juadah berbuka puasa untuk ayahandanya. Almarhum mangkat ditempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tuanku Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat. Almarhum telah dilanggar oleh sebuah kereta Myvi pelajar UiTM Perlis yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk bercuti sempena Hari Raya. Pemandu mengaku berada dalam keadaan mengantuk dan telah terbabas kebahu jalan lalu melanggar mangsa. Kereta berkenaan kini ditahan di IPD Terengganu.
Al-Fatihah kepada Almarhum Raja Aris bin Raja Mat Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. Amin.
Rambut Raya
25.08.2011, Khamis - Semalam selepas balik dari Fisio Syah memang busy menguruskan masalah payment untuk Program SL1M dan TM Got Tallent kerana peserta dari Indonesia claim tak dapat duit yang dia menangi. Manakala budak-budak Program SL1M ada 18 orang tak dapat payment kerana masalah akaun mereka sendiri. Pening kepala dibuatnya dan terpaksa diuruskan secepat mungkin sebab dah nak cuti Raya nie ditambah dengan akaun closing lagi dan TM pula bermula hari Isnin nie 29.09.2011 sampai Jumaat 04.09.2011 kami semua dikehendaki bercuti yang dinamakan Cuti 1TM, Semua pejabat ditutup dan Nak tak nak semua kena cuti kecuali bahagian-bahagian yang berurusan dengan pelanggan. Tahun lepas pihak pengurusan tolak siap-siap cuti kami dalam sistem tetapi tahun nie arahan cuti 1TM dikeluarkan tetapi kami semua kena apply juga cuti tu dan tidak ditolak secara automatik seperti tahun lepas.
Memang busy tetapi The Show Must Go On........Masa lunch Syah lari sekejap ke KL Sentral untuk gunting rambut. Rambut Rayalah kiranya nie lagipun member-member complain pasal rambut Syah kerana mungkin lebih suka tengkok style biasa Syah tu. Sekarang dah panjang dan Syah sikat ada masanya belah tepi atau kebelakang jer macam gambar masa buat fisio kat bawah tu. Syah gunting rambut kat tempat biasa di E-Go Hair & Beauty Salon KL Sentral. Tukang guntingnya Syah memang dah biasa tetapi yang cucui rambut tu tak tahu kenapa, meleleh syampoo kat baju mungkin kerana cair sangat kot dan bila cuci rambut, telinga hampir masuk air. Gunting rambut kat sinie taklah mahal sangat dan semalam dicaj RM38.00. Kalau kat kampung lagi murah lah tapi tak pe lah senang gunting kat sini jer. Pernah gunting macam nie cuma RM8.00 jer kat kampung. Oklah sehingga berjumpa lagi dilain entry ...................... Happy Shopping Everybody. Hehheheheeeeeeee
Fisioterapi dan Buka Puasa
25.08.2011, Khamis - Malam tadi Syah tak sempat nak update blog kerana letih sangat rasanya dan terus tertidur dan bangun-bangun jer jam sudah menunjukkan pukul empat pagi dan terus Syah makan ubat dan ambil sebiji kurma dan mineral water. Nie nak cite pasal semalam, pagi semalam Syah ke kelinik untuk buat fisio dan minggu nie Syah buat sekali jer. Lelaki disebelah Syah tu Bun, fisio Syah orang Kedah, very nice person and helpfull. Ada masanya peha Syah rasa lenguh dan bila naik tangga atau mencangkung terasa sakit dibahagian lutut. Tapi kalau compare dari dahulu banyak perubahannya dan semakin sembuh. Minta-minta sembuh sepenuhnya. Sekarang nie nak jogging atau exercise naik tangga seperti yang SYah biasa buat tu terpaksa dilupakan untuk sementara waktu.
Nielah menu buka puasa Syah petang semalam. Syah masak sendiri dan jam 20:00hrs baru Syah siap masak dan makan. Sampai rumah hampir jam 19:00hrs dan Syah terus ke kedai runcit beli tahu dan kemudiannya start masak. Berhenti untuk solat Maghrib selepas waktu berbuka dan sambung semula masak. Semalam Syah buat Meehon Tomyam Sayur dan Tahu Sumbat yang Syah buat sendiri. Tahu tu Syah goreng dan belah dua dan sumbatkan daun salat yang Syah hiris halus-halus dan taburkan cili Sos sebab tu ada bahan-bahan yang ada, hehehhehe. Biasalah masakan orang bujang, simple jer.
Selain daripada tu macam biasa buah kurma dan kiwi kering serta buang anggur balance hari tu dan sepotong betik. Actually betik Syah beli dua potong tapi satu lagi tu tak habis dan Syah simpan untuk buka puasa petang nanti.
Wednesday, August 24, 2011
Lelaki Menyamar dan Menipu Orang Ramai Sebagai Peguam Istana Negara DiTangkap Polis
24.08.2011, Rabu - Pihak Polis telah menahan reman seorang lelaki mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana menipu. Suspek telah memperdayakan seramai 45 individu yang melibatkan kerugian sebanyak RM200,000.00 semenjak awal tahun ini. Suspek berusia 28 tahun dan berasal dari Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor menyamar sebagai Peguam Istana Negara dengan menggunakan nama Tengku Razali atau Tengku Shahrizwan. Suspek ditangkap selepas seorang wanita berusia 44 tahun membuat laporan polis berhubung penipuan ini.
Mangsa telah didatangi oleh suspek di kedai makannya di Taman Wahyu, Jalan Ipoh dengan memperkenalkan dirinya sebagai kerabat diraja yang bertugas sebagai Peguam Istana Negara dan menawarkan peluang untuk membekalkan makanan ke Istana Negara. Mangsa telah bersetuju dan beliau telah mengikuti suspek keesokan harinya untuk ke Istana Negara dengan menaiki kereta Proton Perdana. Sampai sahaja dihadapan pintu gerbang Istana Negara, Suspek memaklumkan beberapa peraturan untuk memasuki Istana yang mana salah satunya tidak boleh memakai barang kemas. Percaya dengan kata-kata suspek, mangsa telah menyerahkan barang kemasnya yang bernilai RM7,000.00 untuk disimpan oleh suspek.
Suspek meminta agar mangsa keluar dahulu kerana dia hendak mencari tempat untuk meletak kenderaan. Setelah wanita itu turun dari kenderaan suspek telah melarikan diri bersama barang kemas mangsa. Mangsa telah membuat laporan polis. Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Assistan Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, suspek telah ditangkap di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada jam 14:00hrs hari Khamis minggu lepas setelah enam hari menerima laporan Mangsa. Semasa ditangkap pihak polis menjumpai 15 tangkal dalam tulisan jawi dan rumi pada kertas putih termasuk pada beberapa helai wang kertas dibadan suspek.
Sahur Dengan Sandwich
24.08.2011, Rabu - Nielah sahur hari nie tetapi Syah makan awal approx jam duabelas malam sebab kalau nak makan jam 05:00hrs alamat tak masuklah sebab tak boleh makan pagi-pagi buta kecuali betul-betul perut keroncong. Macam biasa syah buat Toasted Tuna sandwich yang Syah makan dengan buah anggur, dried kiwi dan buah kurma. Anda semua sahur apa har nie ...........?
Tuesday, August 23, 2011
Satu Lagi Perkahwinan Diraja Tahun Nie Diantara Prince George Friedrich dan Princess Sophie
Prince of Prussia dan Princess of Isenburg mengumumkan pertunangan mereka pada 21.01.2011 lepas
24.08.2011, Rabu - Georg Friedrich Prinz von Preußen atau His Imperial and Royal Highness the Prince of Prussia, Prince George Friedrich akan melangsungkan perkahwinannya dalam usia 35 tahun pada 27.08.2011 akan datang. Beliau merupakan Ketua Empayer Keluarga Diraja Hohenzollern yang merupakan sebuah Empayar Beraja yang pernah memerintah Jerman dan Purssia yang telah digulingkan pada 1918. Beliau merupakan cicit kepada His Imperial and Royal Majesty Wilhelm 11, Maharaja Jerman dan Raja Prussia yang terakhir. Pasangannya adalah Princess Sophie of Isenburg daripada keluarga aristokrat Zaman pertengahan Jerman. Sophie yang berusia 29 tahun merupakan puteri kepada Prince of Isenburg, Franz-Alexander dan Countess Christine von Saurma-Jeltsch.
Mengikut jadual, sehari sebelum istiadat pernikahan dilaksanakan, kedua-dua pasangan pengantin akan menjadi tuan rumah kepada Konsert Tahunan Yayasan Princess Kira of Purssian yang akan diadakan di Konzerthaus Berlin. Kebiasaannya konsert ini diadakan Istana Hohenzollern tetapi memandangkan hari tersebut merupakan hari teristemewa kedua mempelainianya telah ditukarkan ke lokasi lain untuk memuatkan lebih ramai tetamu. Dianggarkan seramai 1500 orang akan menghadiri konsert ini yang bertemakan 950 year House of Hohenzollern.
Pada keesokan harinya pula akan diadakan Istiadat Perkahwinan Diraja yang akan berlangsung di Friedenskirche atau Church Of Peace dengan disaksikan oleh seramai 700 para jemputan serta 70 orang wartawan dari dalam dan luar negara yang membuat liputan berhubung majlis ini. Para jemputan terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan jerman dan seluruh dunia. Pada majlis ini Princess Sophie akam mengenakan Tiara Pusaka Dinasti Hohenzollern serta Veil, walau bagaimanapun gaun pengantin masih lagi dirahsiakan dan menjadi tanda tanya.
Buka Puasa Dengan Mee Sua Tomyam Sayur Sahaja Harine
23.08.2011, Selasa - Nileah juadah buka puasa Syah arine, Mee Sua Tomyam Sayur. Nie jer yang sempat Syah masak kerana lewat sampai rumah. Sampai KTM Rawang jam 18:00hrs tetapi Syah tak ambil bas jam 18:30hrs kerana nak ke Giant beli keperluan dapur yang dah habis. So Syah ambil bas jam 19:30hrs dan berbuka dengan minum air soyabean sahaja dan malas nak beli makanan lain coz dah beli barang-barang dapur untuk masak kalau tak nanti banyak balance coz minggu depan dah balik kampung alamat busuklah stock sayuran tu.
Syah sampai Rawang Residence jam 20:00hrs dan terus Syah solat Maghrib. Lepas tu ingat hendak masak Meehon Tomyam tetapi memikirkan nak celur meehon lagi nanti lambat so Syah gantikan dengan Mee Sua dan dalam Tomyam tu Syah masukkan Bracoli, Tahu, Putik jagung, Tomato dan Cendawan. Syah makan jam 20:30hrs. Sebeluim tu makan supplement untuk lutut. Habis 5 pcs of Penut Candy atau Kacang Tumbuk Syah makan sebab lapar dan kalau lapo lagi Syah buat sandwich jer nanti........
Sultan Kedah Bertitah Supaya Golongan Asnaf Miskin Berusaha Memajukan Diri Sendiri
23.08.2011, Selasa - Semalam Sultan Kedah telah merasmikan Pusat Haemodialisis Zakat Kedah dan Pusat Kemahiran Jahitan Zakat bertempat di Menara Zakat, Alor Star, Kedah. Tuanku juga telah berkenan mengagihkan zakat kepada golongan asnaf miskin yang telah dikenalpasti. Semalam juga baginda telah menyempurnakan penyerahan zakat kepada Kolej Universiti Insaniah (RM1.1 juta), Sekolah Menengah (Arab) Yayasan Khairah, Baling (RM500,000.00), Pusat Pendidikan Al-Islah, Sungai Petani (RM300,000.00) dan Sekolah Akademi Islam Abdullah Suboh, Sungai Petani (RM139,000.00)
Dalam titahnya baginda memaklumkan bahawa Zakat merupakan tunjang dalam pembangunan ekonomi dan taraf hidup masyarakat sesebuah Negara dimana ianya akan dapat membantu golongan asnaf menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Walau bagaimanapun, baginda mahukan golongan asnaf miskin berusaha memajukan diri sendiri serta keluarga dan seterusnya menjadi pembayar zakat pula dimasa hadapan.
Baginda juga menyarankan agar syarikat-syarikat korporat diberi inisiatif perlepasan cukai bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih terhadap bayaran zakat. Semalam juga baginda telah menerima pembayaran zakat daripada Syarikat Air Darul Aman (sada) sebanyak RM600,000.00,
Dalam titahnya baginda memaklumkan bahawa Zakat merupakan tunjang dalam pembangunan ekonomi dan taraf hidup masyarakat sesebuah Negara dimana ianya akan dapat membantu golongan asnaf menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Walau bagaimanapun, baginda mahukan golongan asnaf miskin berusaha memajukan diri sendiri serta keluarga dan seterusnya menjadi pembayar zakat pula dimasa hadapan.
Baginda juga menyarankan agar syarikat-syarikat korporat diberi inisiatif perlepasan cukai bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih terhadap bayaran zakat. Semalam juga baginda telah menerima pembayaran zakat daripada Syarikat Air Darul Aman (sada) sebanyak RM600,000.00,
Monday, August 22, 2011
Buka Puasa Ke-22
22.08.2011, Isnin - Hari nie buka puasa di Rawang Residence lagi dan sampai KTM Rawang jam 18:25hrs dan terus ke stesyen bas dan bas dah ada. Alamat berdirilah jawapnya, tak pe lah yang penting dapat balik buka puasa on time. Sampai rumah Syah masak Mee Sua Sayur, Bracoli Rebus dan Roti Telur tetapi bukan roti telur Mamak tu tapi roti yang Syah masak dengan telur dadar. Macam biasa mineral water, buah kurma dan buah kiwi kering serta buah pula anggur balance semalam dan ada lagi dalam peti ice untuk esok plak. Itew je menu hari nie simple dan jimat sket............... hehehehhe Makan Semua
Sultan Selangor Terima Bayaran Zakat Daripada Ariyani Textile Sdn Bhd
Sultan Selangor Menerima Mock Cheque Daripada Pengarah Urusan Jakel Silk House - Gambar dari Bernama.
22.08.2011, Isnin - Semalam Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenaan menerima bayaran zakat daripada Mohamed Faroz Mohamed, Pengarah Urusan Jakel Silk House bagi anak syarikatnya Ariyani Textile Sdn Bhd berjumlah RM180,164 .00. Penyerahan Zakat berkenaan berlangsung selepas majlis berbuka puasa di Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang, Selangor.
Raja Muda Perlis Minta Masyarakat Selidik Pusat Tuisyen Sebelum Menghantar Anak Mereka Belajar di Pusat berkenaan.
22.09.2011, Isnin - Semalam Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa Jabatan Pelajaran Perlis yang diadakan di Komplek Warisan, Kangar, Perlis. Tuanku yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam titahnya menyarankan agar ibu bapa menyelidiki latarbelakang sesebuah pusat tuisyen sebelum menghantar anak mereka belajar bagi mengelakkan tiada agenda tersembunyi yang menimbulkan masalah atau kecurigaan agama.
Kenyataan ini berikutan insiden sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang didakwa menyebarkan agam Kristian kepada pelajar termasuk pelajar yang beragam Islam yang menimba ilmu di tempat itu. Turut mengiringi Tuanku adalah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Yazid Mat serta Pengarah Pelajaran Perlis, Don Kasa.
Perjalanan Ke Tempat Kerja
Syah dalam Komuter Pagi Nie. Malam Tadi Tiba-Tiba Rasa Nak Cukur Misai serta Gottee dan Tinggalkan Janggut Jer, macam orang-orang beriman jer......... Heheheheh
22.08.2011, Isnin - Hari nie Syah keluar rumah macam biasa lima minit sebelum jam 06:30hrs. Masa tunggu bas sempat sembang dengan kakak Indian jiran Azrin yang jual nasi lemak dan Syah tanya jual nasi lemak ke sekarang dan dia kata yer. Katanya syarikat tempat dia kerja tu dah nak tutup so dia jual nasi lemak jer, lagipun masa kerja dulupun dia jual nasi lemak bawa ke tempat kerja dia. Bau macam sedap jer dan kita tak boleh makan sebab dia yang buat kan....... Sampai KTM Rawang komuter baru sampai dan Syah berlari masuk stesyen dan since malam tadi peha Syah rasa sakit ototnya, nie mesti ada connection dengan lutu Syah, biasalah ......... adoi !!!!!!!!
Hari nie Syah dapat train yang seatnya dua-dua dan selesa lah rasanya dan Syah duduk tepi tingkap sebelah belakang sekali. Cuma bila orang ramai mereka letak tangan atas seat dekat kepala Syah dan rasa tak selesa. Biasalah, namapun naik public transport kan. Train mulanya berjalan lancar cuma bila sampai Segambut dia berhenti agak lama. Syah dengar ada annoucement dari pemandu minta penumpang tutupkan pintu bahagian belakang sekali. Lepas tu Syah nampak dia ke belakang buat inspection dan balik semula ke kepala komuter dan keluar balik bawa peraltan pertukangan. Tak tahu buat apa, betulkan pintu tu kot.
Adalah 5-10 minit berhenti baru jalan semula. Sampai LRT Kerinci Syah upload Touch & Go card guna mesin tu, RM10.00 jer sebab tak berani nak letak banyak-banyak takut nanti ada masalah susah wooooooo. Sampai office hampir jam 08:30hrs kira lambatlah tu sebab bulan puasa masuk kerja jam 08:00hrs. Manalah Syah nak sempat sampai coz dari Rawang Residence Syah naik bas tetapi kalau ada orang hantar mungkin cepatlah tapi nak buek cam mano.........................
Sunday, August 21, 2011
Artikel Mengenai Tengku Ismail Su Dalam NST Hari Ini - Princely Passion For Woven Heritage
21.08.2011, Ahad - Hari nie artikel mengenai Almarhum Tengku Ismail Tengku Su keluar diakhbar The News Straits Times. Klick gambar diatas untuk membaca artikel nie.
Buka Puasa ke 21 @ Rawang Residence
21.08.2011, Ahad - Salam semua dan apa khabar. Dah berbuka Puasa ..... tentu dah buka puasakan?. Haaaa......... nielah menu Syah hari nie di Rawang Residence. Today tak ke Pekan Rawang kerana rasa malas nak keluar dan cuaca panas tak hujanpun arie nie dan kepala Syah sakit sedikit tetapi dah ok dah sekarang. Syah buat Instant Mushroom Soup, Cucur Bawang Ikan Bilis, Tahu Goreng, Buah Anggur dan buat lagi Toasted Tuna Sandwich sebab nak habiskan roti yang expired 25 Ogos nanti.. Tak habispun Syah makan semua benda nie masa berbuka tadi dan bolehlah makan ulang-ulang sampai sahur nanti. Nielah menu orang bujang simple dan ala kadar jer janji perut kenyang kan? Heheheheh............
Sepanjang Hari Di Rumah
21.08.2011, Ahad - Dari pagi tadi Syah tak kemana hanya dirumah sahaja. Nak kata boring tak juga sebab facebook dan blog jadi teman dan tak sedar masa berlalu. Sekarang jam 18:01hrs dan Syah baru siapkan bahan-bahan untuk berbuka puasa. Syah nak buat Cucur Bawang ikan bilis, Sup Cendawan dan Sandwich. Hari nie tak ke Pekan Rawang kerana rasa malas sedikit nak keluar. Tulah rasanya juadah buka puasa hari nie, tak pe lah makan jer apa yang ada. Sebenarnya kepala Syah rasa sakit sedikit dan sekarang beransur ok. Jam 18:45hrs nanti baru Syah mula nak masak apa yang patut. Ok ........... anda semua bagaimana ............mesti ada temujanji buka puasa dihari minggu nie kan........selamat berbuka dan bergembira disamping keluarga atau orang tersayang.
Sultan Brunei Tunaikan Solat Insyak dan Terawikh di Masjid Raja ISteri Pengiran Anak Saleha
21.08.2011, Ahad - Pada 19.08.2011 lepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menunaikan sembahyang Fardu Isyak dan Sunat Terawih berjemaah di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kg.Perpindahan Rimba, Gadong. Turut berangkat sama adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.
Al-fatihah Kepada Almarhum Sultan-Sultan Selangor
21.08.2011, Ahad - Bukti sejarah telah menunjukkan bahawa dalam kurun ke-17 masihi, terdapat ramai orang Bugis yang berasal dari Sulawesi mendiami pantai laut Selangor terutamanya di Klang dan Kuala Selangor. Pada kurun ke-18 masihi pula, merupakan permulaan sejarah beraja Negeri Selangor apabila raja-raja bugis lima bersaudara dari makasar berangkat ke kepulauan Melayu. Pada tahun 1722 Bugis Lima bersaudara ini telah menolong Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah untuk mendapatkan semula kerajaan Johor-Riau daripada kekuasaan Raja Kecil, Siak. Daripada kemenangan ini telah menaikkan martabat dan populariti orang Bugis di Nusantara, khasnya Tanah Melayu. Selepas kejayaan ini juga didapati orang-orang Bugis berulang alik dari Riau ke Selangor malah Daeng Perani dan Daeng Chelak telah berkahwin dengan keluarga diraja Bugis yang menetap di Selangor.
Semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Riau pada 1756, Raja Lumu iaitu Putera Yamtuan Muda (II) Daeng Chelak dari Selangor telah dirajakan di Selangor pada 1765 dengan gelaran Sultan Salehuddin. Baginda juga di gelar Tuanku Raja Selangor atau Raja Selangor. Bermula dari sinilah keturunan baginda memerintah negeri Selangor hingga ke hari ini iaitu Sultan Selangor Kelapan iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Al-Fatihah kepada Almarhum-Almarhum Sultan yang memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan Semuga Roh Baginda ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin.
Almarhum Sultan Salahuddin ibni Yamtuan Muda (II) Daeng Chelak (1765 - 1770) Sultan Selangor Pertama
Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Salahuddin (1770 - 1826) Sultan Selangor Kedua
Sultan Muhammad ibni Sultan Ibrahim (1770 - 1826) Sultan Selangor Ketiga
Sultan Sir Abdul Samad ibni Raja Abdullah (1826 - 1898) Sultan Selangor Keempat
Almarhum Sultan Sir Alaaeddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Musa - Sultan Selangor Kelima yang memerintah dari tahun 1898 - 1938. Almarhum Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor Keenam yang memerintah pada 1939 - 1942 dan diturunkan tahta sewaktu pemerintahan Tentera Jepun di Malaya dan naik tahta semula 1945 - 1960. Almarhum mangkat sewaktu menjadi Seri Paduka baginda yang di-Pertuan Agong ke-2 pada 01.09.1960.
Almarhum Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah ibni Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah yang memerintah sewaktu pemerintahan Jepun di Tanah Melayu 1942 - 1945. Almarhum turun tahta selepas British mengambil alih semula Tanah Melayu daripada Jepun. Almarhum merupakan Raja Muda Selangor tetapi terpaksa dilucutkan jawatannya kerana baginda Anti British dan digantikan oleh adindanya Tengku Hishamuddin (Kemudiannya Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj) sebagai Raja Muda Selangor. mangkat pada 08.11.1955 di Kuala Lumpur. Almarhum tidak meninggalkan sebarang zuriat.
Keluarga Diraja Sweden
21.08.2011, Ahad - Hari nie Syah hendak memperkenalkan secara ringkas kepada anda semua kerabat diraja Sweden. Disebelah kiri sekali adalah HRHPrincess Madeleine, HM King Carl XVI Gustaf, HM Queen Silvia, HRH Prince Carl Philip dan HRH Crown Princess Victoria. Baginda berdua mengumumkan pertunangan mereka pada 12.03.1976 dan berkahwin tiga bulan kemudiannya di Stockholm Cathedral pada 19.06.1976. Ada yang menyatakan jika mereka berkahwin semasa pemerintahan datuknya mendiang King Gustaf VI Adolf, Baginda akan kehilangan status sebagai pewaris tahta Sewden. Ini adalah kerana prinsip Mendiang yang mempercayai bahawa keturunan raja-raja hanya berhak berkahwin dengan mereka yang mempunyai darah Raja sahaja. Hasil daripada perkongsian hidup ini, baginda dikurniakan dengan seorang putera dan dua puteri iaiatu HRH Crown Princess Victoria yang dilahirkan pada 14.07.1977, HRH Prince Carl Philip dilahirkan pada 13.05.1979 dan akhir sekali HRH Princess Madeleine yang dilahirkan pada 10.06.1982.
Prince Carl Philip dilahirkan sebagai Putera Mahkota, walau bagaimanapun setelah tujuh bulan kelahiran beliau iaitu pada 31.12.1979 undang-undang telah digubal bagi membolehkan anak sulung baginda iaitu kekanda (kakak) Prince Carl Philip menjadi Puteri Mahkota Sweden iaitu sebagai pewaris tahta pertama Sweden. Pada 01.01.1980 Prince Carl Philip telah dianugerahkan gelaran baru iaitu HRH Prince Carl Philip, Duke of Varmland. Crown Princess Victoria pula telah berkahwin dengan Daniel Westling yang merupakan lelaki kebanyakan (rakyat biasa) pada 19.06.2010 dan kemudiannya mendapat gelaran Prince Daniel. Pada 17.08.2011 lepas pihak Istana mengumumkan berita baik mengenai kehamilan Crown Princess Victoria dan berita baik ini sememangnya ditungu-tunggu oleh rakyat Sweden.
HM King Carl XVI Gustaf diputerakan di Haga Palace, Solna, Stockholm dan merupakan satu-satunya anak lelaki bungsu Prince Gustaf Adolf dan Princess Sibylla yang terdiri daripada lima orang adik beradik. Ayahandanya mangkat dalam kemalangan kapalterbang pada 26.07.1947 di Copenhagen Airport sewaktu baginda berusia sembilan bulan dan merupakan pewaris kedua tahta Sweden. Baginda menjadi Raja Sweden menggantikan Mendiang Datuknya King Gustaf VI Adolf pada 15.09.1973 selepas kemangkatan datunya dan ditabalkan pada 19.09.1973 di Istana Diraja Stockholm.
Saturday, August 20, 2011
Sultan Selangor Rasmikan Masjid dan Beri Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim
Tuanku Sultan Selangor berkenaan menyampaikan Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim - Gambar dari Bernama
20.08.2011, Sabtu - Hari ini Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berkenan merasmikan Masjid At-Taqwa di Desa Subang Permai, Shah Alam. Selangor. Masjid ini dibina pada 1997 diatas tanah seluas 1.04 hektar dengan kos RM2 juta. Selepas majlis perasmian, Tuanku Sultan telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
Dalam ucapan perasmiannya, baginda bertitah agar Masjid tidak dijadikan sebagai tempat untuk berpolitik kerana ianya akan memecah-belahkan perpaduan ummah dan memusnahkan kemajuan negeri yang dikecapi selama ini. Baginda juga berharap agar jawatankuasa masjid merancang pelbagai program yang melibatkan seluruh kariah dari pelbagai lapisan usia dan status. Sektor korporat juga disarankan agar menyumbang melalui tanggungjawab sosial mereka bagi menaiktarafkan kehidupan masyarakat di Selangor.
Buka Puasa Hari Ke-20 Syah dan Resipinya Sekali
20.08.2011, Sabtu - Hari nie Syah masak untuk berbuka puasa. Jam 15:00hrs tadi Syah ke Pekan Rawang beli keperluan dapur dan balik jam 17;00hrs. Selepas solat Asar Syah terus sediakan makanan. Nie nak kongsi resipinya sekali. Ala masak biasa-biasa jer. Ini adalah Toasted Wholemil Sandwich With Tuna and Low Fat Cheese. Senang jer nak buatnya benda nie.
Bahan-Bahannya 4 Keping Roti Gandum Penuh, Tomato, Salad, Low Salt Soft Majerine, Low Fat Cheese dan Tuna Mayo serta Chachos. Mula-mula bakar roti tu dalam Toaster ikut style masing-masing.... nak hitam legam pun boleh atau biasa-biasa sajer pun ok. Suka hati Che' Nooooooooooo. Bila sudah siap keluarkan dan sapu majerine. Letakkan Tuna, susunkan tomato serta salad dan cheese. Tangkupkan dan potong ikut style anda suka, macam Syah suka bentuk tiga segi tu. Susun dalam pinggan dan letakkan Chachos disebelahnya.
Ini pula Mee Sua dengan sayur-sayuran. Biasanya Syah makan, makanan seperti nie masa berdiet. Ialah orang bulan puasa kurus tetapi Syah mantain jer beratnya sebab tiap-tiap hari asik makan nasi jer............. Sekarang dah masa untuk jaga makan semula dan kalau kadangkala makan lebih tu tak perlah tetapi jangan selalu. Bukan apa jika anda biasa berdiet dan tiba-tiba makan lebih dalam jangka masa panjang tu yang cepat jadi lebih gemuk dari biasa kerana askar dalam badan yang biasa membakar masa kita diet tu tak boleh buat kerja lebih dan jawapannya ia akan simpan benda tu. lama-lama jadi bukitlah means gemuk balik. Itulah bahayanya berdiet dengan cara yang salah tu. Ingat berdiet bukan membawa maksud menahan makan, Ada fahammmmmmmmmmmmm.......
Bahan-Bahannya 4 Keping Roti Gandum Penuh, Tomato, Salad, Low Salt Soft Majerine, Low Fat Cheese dan Tuna Mayo serta Chachos. Mula-mula bakar roti tu dalam Toaster ikut style masing-masing.... nak hitam legam pun boleh atau biasa-biasa sajer pun ok. Suka hati Che' Nooooooooooo. Bila sudah siap keluarkan dan sapu majerine. Letakkan Tuna, susunkan tomato serta salad dan cheese. Tangkupkan dan potong ikut style anda suka, macam Syah suka bentuk tiga segi tu. Susun dalam pinggan dan letakkan Chachos disebelahnya.
Ini pula Mee Sua dengan sayur-sayuran. Biasanya Syah makan, makanan seperti nie masa berdiet. Ialah orang bulan puasa kurus tetapi Syah mantain jer beratnya sebab tiap-tiap hari asik makan nasi jer............. Sekarang dah masa untuk jaga makan semula dan kalau kadangkala makan lebih tu tak perlah tetapi jangan selalu. Bukan apa jika anda biasa berdiet dan tiba-tiba makan lebih dalam jangka masa panjang tu yang cepat jadi lebih gemuk dari biasa kerana askar dalam badan yang biasa membakar masa kita diet tu tak boleh buat kerja lebih dan jawapannya ia akan simpan benda tu. lama-lama jadi bukitlah means gemuk balik. Itulah bahayanya berdiet dengan cara yang salah tu. Ingat berdiet bukan membawa maksud menahan makan, Ada fahammmmmmmmmmmmm.......
Bahan-bahan untuk masak Mee Sua dengan Sayur-Sayuran nie adalah sudah semestinya Mee Sua......Mee Sua nie bentuknya macam meehon tapi lain sket la bahan dia dan biasanya orang cina suka makan benda ni. Selain daripada itu baahan-bahannya adalah Tahu, Bracoli, Cendawan, Tomato dan Bawang Merah serta Kiub Ayam. Mee Sua nie boleh didapati di pasaraya atau kedai runcit. Potong sayuran tadi kecil-kecil. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan tahu dan Kuib Ayam. Biarkan seketika dan masukkan sayur tadi kacau dan letakkan mee sua. Biarkan seketika, angkat dan hidangkan. tak payah bubuh garam kerana kiub ayam tu dan memang ada garam. Senangkan masaknya tak payah tumis-tumis bak kata orng main campak jer dalam kuali. Amacam .... cubalah, sedapppppppp. Anda juga boleh campurkan ayam, sotong atau udang ikut citarasa anda, ikan bilispun sedap juga tapi kena tumbuk sedikit. Nak lagi sedap tumis lah tapi Syah tak suka sebab berminyak. Haaa ...........Yang nie pula adalah Air Nenas yang Syah buat sendiri. Actually Air Nenas dan Mee Sua tu adalah resipi keluarga Syah yang selalu dimasak oleh Almarhumah Mak (Nenda Syah) dan Bonda Ejon. Tiba-tiba teringat plak resipi Ikan Kembung Rebus Berlada resipi Bonda Ejon, terliur dan memang sedappppppppppppppppp dan Syah pernah cuba buat tapi tak sama macam Bonda Ejon masak. Berbalik pada Air Nenas nie tadi, buat Air Nenas nie senang jer ........ very the simple one dan rasanya memang sedap apatah lagi jika diminum sejuk-sejuk. Tak payah susah-susah beli air nenas yang dalam tin tu kerana ada bahan pengawit. Buat sendiri lagi fresh dan berkhasiat.
Bahan-bahanya - Nenas, Gula dan Air. Hehehehhe....... tiga barang nie jer yang kita perlukan. Macam tadi Syah beli Nenas RM1.00 sebungkus, actualy nenas untuk berbuka tetapi tiba-tiba teringat nak buat Air Nenas so hentam jer lah labu. Potong dadu nenas tadi dan rebus nenas tu dalam air terlebih dahulu. Bila mengelegak biarkan seketika, angkat dan toskan. Tujuan celur (rebus) nenas nie untuk hilangkan rasa macam nenas (sebab ada nenas masam dan ada nenas masam) tapi tak kiralah kalau manispun kena celur juga. Masukkan air dalam periuk dan gula ikut suka hati anda dan panaskan. Kita hendak buat air gula. Bila gula sudah hancur dan mengelegak (mendidih ler tu), masukkan nenas tadi dan masak seketika. Tutup dan sejukkan sebelum dihidangkan. Jika air tadi tu manis sangat anda boleh tambahkan air atau lebihkan air batu semasa menghidangkannya. Selamat mencuba yer resipi Syah nie. Sure anda tak kecewa............
Yang nie buah-buahan - Anggur dan Betik. Nie tak ada resipi yer, hahahah resipinya belilah di supermarket dan kalau nak murah beli jer di gerai tepi jalan. Betik elok untuk melawaskan buang air besar. Selamat berbuka puasa kepada semua pembaca setia tengkusyah.blogspot.com semuga anda bahagian selalu disamping keluarga dan orang tercinta.