Tuesday, November 30, 2010

Di Rumah Kak Lang Ella Lagi - 30.11.2010

Sekarag jam 19:49hrs dan Syah sedang menunggu Muss fetch Syah dan katanya lama lagi nak datang coz tunggu Cd sedang buat audit di 7E Medan Idaman. Actually Syah nak balik sendiri tapi banyak sangat barang yang hendak dibawa dan call Muss minta dia ambil Syah, Syah kata nanti belanja dia makan. Azam pula hantar Ku Chik tuisyen di Pusat Tuisyen Johan Setia di Taman Putera Ampang. Lepas hantar Ku Chick Azam akan ke Surau Ar-Raihan, Taman Melor kadangkala kata Kak Lang dia ke Masjid sampai waktu Isyak dan terus ambil Ku Chick. Sekarang tinggal Syah, Kak Lang, Boda Ejon, Firdaus dan Hitam di rumah. Petang tadi belikan jajan lagi untuk Ku Chick dari mamak jual roti-Jajan dengan motor,bveli roti dan youghr kata Ku Chick nama mamak tu Babu. Petang tadi sempat ke Careffour Ampang dengan Kak Lang Ella. Kak Lang beli keperluan dapur dan beli skirt di gerai jualan Thailand. Syah beli youghrt dan roti.

Barisan Depan Kiri, Bonda Ejon, Hitam, Firdaus dan Kak Lang Ella dibelakag sekali.

DYMM Sultan Ismail Gering - 30.11.2010

Malam tadi 29.11.2010 dilaporkan bahawa Mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dimasukkan ke Wad Kecemasan, Hospital Raja Perempuan Zainab II. Baginda dikatakan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Walau bagaimanapun sejam kemudian baginda dibawa pulang semula ke Istana Mahkota tanpa rawatan selanjutnya. Kelihatan mengiringi baginda adalah YMM Raja Perempuan Tengku Anis, Putera bungsu baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, Kekanda baginda, Tengku Merjan dan suaminya Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah. Kami semua mendoakan agar DYMM Sultan Ismail Petra sembuh dari sebarang kegeringan.

Sultan Muhammad Ke-V Berangkat Pulang Ke Kelantan - 30.11.2010

Petang ini 30.11.2010 (Selasa) Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V di jadualkan bersolat Asar bersama rakyat di Masjid Mahligai, Bacok, Kelantan. Baginda singgah di Bacok, Kelantan dalam perjalanan pulang dari menunaikan Ibadah Haji di Mekah Al-Mukaramah. Baginda kembali ke tanahair pada 26.11.2010 lepas dan berada di Kuala Lumpur untuk sementara waktu. Sultan Muhammad Ke-V dan rombongan bertolak dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui jalan darat. Baginda sekarang bersemayam di Istana Telipot.

Sultan Selangor Sedih Melayu Malu Mengaku Melayu - 310.11.2010

Sultan Selangor telah menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap segelintir orang Melayu yang sanggup mengadaikan bagsanya sendiri disamping malu mengaku dirinya sebagai Melayu. Titah ini disampaikan oleh baginda dalam majlis perasmian Wacana Raja Berpelembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di Shah Alam semalam 29.11.2010.

Baginda melahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap segelintir orang Melayu yang tidak bangga dengan bangsanya sendiri sehingga sanggup melupuskan perkataan MELAYU itu supaya hilang didunia ini. Titah baginda, ada segelitir individu Melayu yang berhijrah ke Selangor telah mempersoalkan peranan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan dan hak istemewa orang Melayu. Golongan ini mahukan sistem Raja Berpelembagaan disemak dan dikaji semula kerana mengangap institusi Raja-Raja Melayu sebagai tidak relevant dan mempersoalkan peranannya dalam sistem pemerintahan negara. Titah baginda lagi, ada diantara mereka ini meminta agar perkataan Melayu dihapuska daripada ungkapa RAJA-RAJA MELAYU. Baginda percaya perbuatan ini dilakukan haya untuk kepentinga diri sendiri atau politik mereka.

Titah baginda lagi sejarah yang ditulis oleh orang inggeris membuktikan bahawa mereka mengiktiraf kewujudan Melayu sebagai bangsa yang memulakan sejarah negara ini dengan menyatakan dalam tulisan mereka mengenai Tanah Melayu, Negeri Melayu Bersekutu dan Raja Melayu.

Baginda memaklumkan agar rakyat Selangor memahami sejarah Negeri Selangor supaya tidak timbul perasaan syak wasangka diantara mereka. Baginda amat berbangga dengan pembanguan di Selangor yang melibatka semua kaum dan tidak berniat untuk menyalakan api perkauman di Selangor.

Titah baginda lagi, Sejarah negara yang telah ditulis beratus-ratus tahun lalu membuktikan bahawa Raja-Raja Melayu telah membuka dan membangunkan negara ini (Tanah Melayu) sehingga menjadi sebuah negara maju (Malaysia) dan mampu bersaing dengan negara-negara lain didunia. Hanya dengan mengetahui sejarah sahaja akan menyedarkan kita betapa sukarnya perjuangan kita untuk mencapai keamanan yang kita kecapi sekarang ini.


Titah Baginda :-
KEPADA RAKYAT MELAYU, BETA INGIN MENYEDARKAN BAHAWA RAKYAT MELAYU TIDAK AKAN HILANG BEGITU SAHAJA KERANA NEGERI INI ADALAH TANAH TUMPAH DARAH KITA, DAN DITANAH BERTUAH INI JUGA TEMPAT KITA DIKUBURKAN.



Sampai Rumah Kak Lag Ella - 30.11.2010

Adoi ....................... Baru sampai rumah Kak Lang Ella. Penat betul hampir tiga jam stranderd dalam public transport. Acvttually dari Rawang Syah keluar rumah lebih kurag jam 07:25hrs tapi bas sudah masuk dan Syah terpaksa tuggu bas berpusing semula tetapi utung dapat duduk sebab orang tidak ramai, cuti sekolah kot?

Hari Ini Syah hendak naik bas sebab mungkin jalan tak jem kerana cuti sekolah tetapi jangkaan Syah meleset sebab jalan Jem Giler macam biasa. Letih dibuatnya dalam bas mana dengan pening kepala lagi. Syah turun dekat Globe Jalan Tuanku Abdul Rahman sebab hendak ke Maybank keluarkan sedikit duit nak kasi kat Bonda Ejon.

Dari Masjid Jamek Syah jalan ke Leboh Ampang untuk ambil bas Metro ke Ampang. Bas Metro 79 dan Syah sempat tanya konduktor samada ini adalah bas yang betul untuk ke Taman Seri Bayu, Kampung Ampang Tasik Tambahan. Syah lupa ombor bas sebab dah lama tak naik bas ke rumah Kak Lang Ella sebab biasaya Syah tumpang Muss atau Mamat untuk kesini. Dari jala besar ke rumah Kak Lang Ella adalah 15 minit jalan kaki dan utung hari tak panas sangat.

Sampai rumah Kak Lang Ella hampir jam 11:00hrs. Syah salam dan cium Bonda Ejon dan kemudiannya salam Kak Lang Ella dan anak-anaknya Firdaus dan Ku Cik. Masa Syah sampai Firdaus sudah hendak keluar kerana ada paper Ugama untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. By the way good luck Firdaus semuga mendapat keputusan yang cemerlang. Ku Cik pula sibuk dengan mainan kereta remote controlnya.

Sekarang jam 12:02hrs dan Syah hendak bawa Ku Cik ke kedai beli jajan. Syah guna laptop Kak Lang Ella coz netbook Syah tak boleh detact wifi kat sini..... Nape tah............. ada ada jert.Bonda Ejon pula sedang menonton TV manakala Kak Lag Ella sedang memasak.

CUTI - 30.11.2010

Hari ini Syah cuti dan hendak ke Ampang, rumah Kak Lang Ella kerana my Aunty, Bonda Ejon ada di sana. Biasanya jam 06:30hrs Syah sudah keluar dari Rawang Residence tapi hari ini lewat sedikit sebab cuti. Syah budget masa naik bus jam 07:30hrs. Bonda Ejon ada di KL sebab hendak buat followup di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis nie nanti. My cousin, Razak (anak dia) ambil Bonda Ejon dari kampung dan mungkin balik semula ke Sabak Bernam Sabtu atau Ahad ini. Semalam perjalanan balik ke Rawang macam biasa cuma hujan sedikit jer dan masa hendak naik bas ke Taman Garing Utama Syah jumpa Fikri dan dia inform hendak ke rumah kawannya. Ok lah semua Syah hendak solat Subuh nie dan bersiap-siap. Jumpa lagi semua.

Monday, November 29, 2010

Senarai Pewaris Tahta Negeri Perak Darul Ridzuan - 29.11.2010

Kali ini Syah hendak berkongsi bersama anda semua mengenai pewaris-pewaris tahta negeri kelahiran Syah iaitu Perak Darul Ridzuan. Kebanyak kita tidak mengetahui nama dan gelaran-gelaran mereka sehingga ada juga yang tidak mengenali mereka dan keliru dengan gelaran-gelaran yang sepatutnya digunakan untuk siapa dan pada siapa. Malahan ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti penyamaran sebagai raja-raja bergelar bagi mengelirukan masyarakat dan masyarakat pula tidak mengenali mereka dan mudah tertipu seperti yang berlaku di Pahang baru-baru ini dimana seorang remaja menyamar sebagai Anakanda Tengku Mahkota Pahang sehingga diberi sambutan rasmi dalam majlis-majlis tertentu.

Di Negeri Perak, gelaran Raja Puan Muda Perak selalu disalah anggap oleh kebanyakan masyarakat sebagai gelaran kepada isteri Raja Muda Perak, tetapi iannya adalah salah dan tidak benar sama sekali kerana ianya gelaran untuk Isteri Raja Dihilir Perak. Kepada anak jati negeri Perak dan Malaysia amnya ini adalah nama dan gelaran pewaris tahta mengikut kekananan mereka didalam Tahta Kerajaan Negeri Perak yang berusia hampir 500 tahun semenjak dari pemerintahan Sultan Perak 1, Sultan Mudzafar shah @ Marhum Tanah Abang yang memerintah pada tahun 1528 hinggalah ke Sultan Azlam Shah, Paduka Sri Sultan Perak ke-34.
  • TEMPAT PERTAMA
Gelaran :
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan
Nama :
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu) D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Pahang), S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P. Hon. Knight Grand Cross (Civil Division)of The Order of The Bath (U.K.), The Bintang ADI PURNA (Republic of Indonesia), The Most Auspicious of The Tajamitrabhorn (Thailand), Grang Order of Mugunghwa (Republic of Korea), Collar of THe Japanese Order of The Chrysanthemum and Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Japan), Civil Order, 1st Class (Oman), Grand Cross Special Class of the order of Merit of The Federal Republic of Germany (Germany), Orden Al-Merito De Chile (Republic of Chile), and order of Hussein ibni Ali (Qiladah Al-Hussein bin Ali (Jordan).
Naik Tahta Pada : 03.02.1984 DiTabalkan Pada : 09.12.1985
Pasangan
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun, D.K., D.K. (Selangor), D.M.N., D.K.A.
  • TEMPAT KEDUA
Gelaran :
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Nama :
Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K, D.K.II (Selangor), D.K.S.A., S.P.C.M, S.P.T.S, S.P.M.P. (Perlis), Ph.D (Harvard)
Dilantik Pada : 15.04.1987
PASANGAN :
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, D.K.S.A., D.K.A.
  • TEMPAT KETIGA
Gelaran :
Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
Nama :
Raja Jaafar bin Raja Muda Musa, D.K., S.P.C.M., J.S.M.
DilantikPada : 16.02.1998
PASANGAN :
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani bt. Raja Shahar Shah, D.K.A., S.P.C.M., P.C.M.
  • TEMPAT KEEMPAT
GELARAN : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan.
NAMA : Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, D.K.A. II., S.P.C.M., S.S.D.K.
Dilantik Pada : 16.03.2010
PASANGAN :
Yang Teramat Mulia Tunku Dato’ Seri Soraya bt. Sultan Abdul Halim, D.K.A. II., S.S.D.K.
  • TEMPAT KELIMA
GELARAN :
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan.
NAMA :
Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K.A II., S.P.C.M.
PASANGAN :
Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Noraini Jane, D.K.A. II., S.P.C.M.
  • TEMPAT KEENAM
GELARAN :
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan
NAMA :
Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah
Dilantik pada : 16.03.2010
PASANGAN :
Tiada
  • TEMPAT KETUJUH
GELARAN : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan.
NAMA :
Kosong
PASANGAN :
Tiada

Sunday, November 28, 2010

Lunch Today - 28.11.2010

Hari ini Syah temankan Muss ke Pasar tani Danau Kota. Syah beli Tau Foo Fa, Sayur dan Buah manakala Muss beli Tiram dan Ikan Kembung. Lunch hari ini Ulam-Ulam, Ikan Kembong Stim, Kupang Masak Chinese Style dan Budu. Disebabkan Syah sedang berdiet kerana kolestrol Syah makan Ikan Stim dan Ulam-Ulam sahaja. Jam 15:00hrs tadi hujan lebat dan sempatlah Syah angkat baju. By the way member Syah Zehri tak jadi datang lunch sebab dia tak sihat. Ok Zehri, Syah doakan semuga cepat sembuh. Petang nanti Syah ngan Mus dan Cd nak keluar kejap tengok apartment yang kawannya hendak jual di Ampang.

Aktiviti Semalam 27.11.2010 Sabtu - 28.11.2010

Semalam memang satu hari Syah busy. Jam 11:00hrs Syah ke kedai gunting untuk bercukur kerana pisau cukur Syah tak hilang kemana dan malas nak selokngar sana-sini ........... Cukur dikedai jerlah jawapnya. lagipun Syah memang sudah biasa dengan kedai tu dan pekerjanya sorang jer berbangsa Bangladesh. Sampai sahaja di rumah anak saudara Syah, Mamat sudah sampai. Lepas bersiap Syah dan Mamat bertolak ke Seksyen 6, Wangsa Maju untuk menghadiri kenduri kahwin anak office mate Syah, Kak Fauziah. Muss dan Cd ke rumah Kak Ngan Faziah di Ampang. 1st time Syah pergi kenduri kahwin ada kambing panggang. Tu kau .............. seekor kambing torgolek didepan tetamu sedang dipanggang. Sempat jumpa Talib dan my ex boss Ir Razak. Masa Syah nak balik jumpa Nik Nuramalina dengan sesorang baru hendak datang. Heheheheh sapa tu Nik ....................

Selepas balik dari kenduri sepatutnya Syah terus ke rumah Kak Lang Ella di Ampang coz we all nak saing sama ke rumah Mak Uda Syah kerana my cousin Ain hendak bertunang. Sya dan Mamat singgah ke Highland Towers yang runtuh tak silap Syah tahun 1993 yang mengorbankan banyak nyawa termasuk Carlos anak Mantan Perdana Menteri Malaysia, Musa Hitam. Mamat kata last week mereka ke tempat nie waktu malam dan temankan kawannya seorang photographer. Bila view semula gambar tu dalam laptopnya nampak satu objek luarbiasa seperti seorang perempuan berpakaian putih dan berambut panjang. Dulu ada kawan Mamat kes macam tu juga dan download gambar tu dalam FB dan sesuatu terjadi kepada mereka semua dan bila jumpa pengamal tradisional, orang tu minta delete gambar tu dari facebook dan bila didelete semuanya ok macam biasa semula. Mamat kata dia nak cuba download dalam Fb tapi tak boleh kerana kat rumah dia ada masalah broadband pula baru-baru nie. No Comment ............ Hanya kelihatan dikawasan ini adalah 2 buah block yang telah ditinggalkan dan di hadapan kondo nie ada sebuah rumah banglow yang telah dikosongkan dan sudah ditumbihi lalang disamping diconteng dengan berbagai-bagai tulisan dan gambar. Masa siang Mamat kata tak seram tapi bila datang malam memang meremang bulu roma.
Dari Highland Towers, Syah dan Mamat ke Ampang dan biasalah Ampang kan.... Jalan Jem sedikit. Sampai rumah Kak Lang Ella sudah hampir jam 14:00hrs. Syah sempat solat Zohor dahulu dan kemudiannya Kak Lang Ella tunjukkan akhbar Harian Metro keluaran hari ini 27.11.2010 dimana Syah jadi testimoni Jusmate 5. Malu lak rasanya dan Syah sempat bergurau dengan Kak Lang Ella dan kata Hemmmmmmmm........ Akulah orang pertama keluar surat khabar dalam family kita kan? Semua orang tergelak. Lepas solat Syah, Firdaus dan Ku Chik naik kereta Mamat untuk ke Sungai Jeluk, Kajang manakala Kak Lang Ella dan suaminya Azam naik kereta mereka. Azam kata kat kami hari ini dia jadi pasangan kekasih sebab berdua jer dalam kereta kerana anak-anaknya naik dengan kami.

Sampai di Sungai Jeluk, Kajang hampir jam 15:00hrs dan pihak rombongan lelaki belum sampai lagi. Selepas salam dan cium Mak Uda dan keluarga yang lainnya, Syah ambil gambar hantaran satu persatu. Selepas selesai kerja Syah dibawah, Syah naik ke bilik atas untuk berjumpa Ain dan ambil gambarnya sekali. Semasa nak turun kebawah rombongan sebelah pihak lelaki sampai. Tak bincang lama pun dan iannya dibuat ringkas sahaja. Selepas itu ibu bakal tunang Ain menyarungkan cincin dan diikuti dengan doa dan kemudiannya jamuan makan dan sesi photography. Ain akan berkahwin pada bulan Mac tahun depan. Tunangnya Miri, adalah orang Terengganu. Masa di Kajang, Razak sepupu Syah keluarkan Harian Metro dan tunjuk pada semua orang mengenai testimoni Justmate Syah. Segan lak rasanya ............... Hehehheheh


Sampai rumah Kak Lang Ella, Syah solat Asar. Selepas solat Syah call Muss dan tanya nak balik Kl Residence jam berapa dan katanya pukul 22:00hrs dan Syah kata lamanya lagi dan dia kata kul 19:00hrs lepas solat Maghrib. Muss dan Cd di Rumah Kak Ngah Faziah ditaman bersebelahan Rumah Kak Lang Ella jer. Sebelum Maghrib Syah jalan-jalan tengok-tengok rumah orang kat taman tu - tengok cara mereka renovate rumah, pagar dan lain-lain dengan KakLang Ella. Selepas solat Maghrib, Muss datang dan singgah sekejap dirumah Kak Lang Ella coz nak tengok si Hitam kucing Muss yang diberi kepada Kak Lang. Dulu Muss panggil Hafiz dan bila Kak Lang bela ditukar nama ke Hitam. Dari rumah Kak Lang kami ke Rumah baru Zul di Emeral Hill Condo, Bukit Indah, Ampang. Cantik Sangat condo dia macam resort pula Syah tengok. Zul sekeluarga jamu kami makan mee goreng, cekodok, roti jala, air bandung cincau dan keropok goreng. Mus, Cd, Zul dan anak-anaknya sempat ber Karaok lagi. Sebelum tu kami tour - round-round satu rumah, nengok-nengok rumah baru Zul yang telah di renovate. Mereka upah pekerja Indonesia dan kalau kontraktor lain buat mereka hendak Caj RM60,000 tetapi dengan pekerja Indonesia tu hanya RM35,000.00 sahaja. Memang kemas kerjanya Syah tengok dan mungkin Muss juga nak gunakan khidmat pekerja tu untuk renovate rumahnya next year approx bulan Mac 2010. Kata mereka dibawah rumah mereka tu rumah artis Hamidah Wahab. Hampir jam 23:00hrs kami bertolak balik ke KL Residence. Malam tadi Syah intai ditepi tingkap bilik Syah pokok yang Muss tanam tu ada orang sudah buang. Hari ini Syah tanya guard dia kata tak tahu dan tanya cleaner pun tak tahu. Tak per lah, mungkin adalah yang dengki tu. Biarkanlah. Mus macam marah jer katannya kalau nak tebang pun inforlah dulu...........

Testimoni Syah di METRO - 28.11.2010


Semalam pagi 27.11.2010 kawan Syah Arepiz dari JB sms inform gambar Syah keluar dalam akhbar dan Syah tanya akhbar apa dan katanya Harian Metro. Selepas tu my cousin sister Ella pun call inform benda yang sama. Baru Syah teringat ada wartawan dari Metro call minggu lepas mengenai Testimoni JM5 dan agreement untuk jadi testimoni sudah lama Syah tandatangani dengan Herba Prima sudah hampir sebulan kot? Syah cuba browse Metro di E-Brows tapi rupa-rupanya segmen keluaran khas viarasi perniagaan tu tak dimasukkan dalam e-browse dan Syah terpaksa beli Metro dikedai. Heheheheh Segan lak tengok muka sendiri dalam akhbar. Lepas nie nak framekan news paper cutting tu sebagai kenang-kenangan. Semalam sempat call my Sister Intan dan anak saudara Haziq suruh beli metro. Masa dikenduri bertunag my cousin Ain semalam, one of my sepupu bawa Metro dan tunjuk pada semua. segannya..... Terasa macam artis lak coz berduyun-duyun orang call dan tak kurang juga yang miss call minta di panggil balik. SMS tak usah nak cakaplah sampai penuh inbox dan macam-macam mereka tulis dan SMS kosong pun ada. Agaknya macam nie lah sebabnya artis tak berikan nombor telefon pada public coz macam-macam hal...... Nak share some of the SMS dengan anda semua.


  1. 012 2499913x : Salam ..... Nie Syah kan?
  2. 010 513434x : Sorry .... sya nk tanya psl jus mate tu cmneye? pkcik sya tu gmok sgt. eye nma sya lisa n kj pramugari. awk kj ktne?
  3. 012 912069x :- *KAU PIJAK HATI*
  4. 013 3668330x :- tengku shah, betol ke umur u42? Xpcyala.... sh alam
  5. 010 575964x :- sexk0m, ni nk tnya, btl kew dr rOzmey world brand ni bhsil?
  6. 013 3449714x :- Hai?
  7. 019 746973x :- ASSALAMUALAIKUM HAI BLH X BERKENALAN DGN ENCIK TENGKU SAHIYAR SHAARI AL-HAJ :-0
  8. 010 513434x :- hai sory ...leh knal x?
  9. 012 723246x :- Hp nkoia n95 n96 n97 n93 blackberry iphone rm400 laptop apel acer tosba rm500 duit msuk akun pgwai brg man hta tq
  10. 012 260425x : - hai
  11. 017 xxxxx salam, bestnye da kurus .. sy teringin nk kurus, xdpt lg.berat sy 90kg, nk beli xmampu la...
  12. 017 650329x :- (sms kosong)
  13. 017 248027x :- awk spe nm
  14. 017 373838x :- abg ... c)mel cgt...tq
  15. 019 254766x :- salam abg.. sy l....sy nak tnya mxm ne abg bloh krus .. sy t,ingt sgt nk krus
  16. 019 600549x :- salam ...shaari?
  17. 013 279512x :- Hai?
  18. 019 947394x :- Salam syah..wtpe tuh? da tdo eh? sorry ganggu nk tny shah dok setapak kn? ad x umah tok dsewe ke yg syah taw?umah flat ke?tq...
  19. 017 209919x :- Assalamualaikum ..abg syah... sy lin... 17 th.. sy denews peper Metro hri ne..btl ke crte bg syah yg trdt dlm pepr....
  20. 014 735107x :- BLH TK BRKNLAN AWK
  21. 010 895465x :- salam. Sya nak tnya mgnai jusm5..:
  22. 017 743813x :-Aslmkm..
  23. 010 895465x :- Salam. Sya nak tnya mgnai jusm5.?
  24. 017 273776x :- Salam nak tahu sebenarnya apa diet yg awak amalkan? Sya baru shj nak minum Jusmate 5... Ni dh seminggu saya cuba.... dan dah seminggu saya xmakan xnasi...
  25. 017 292212x :- Hai is, bsok i ada flight kul 5 pg i blik kul 6petang....
  26. 012 9396126 :- (sms kosong)
  27. 010 794196x :- Slam awak ni syah ke? sy ila. bt0l keawkmkn jus mate5
  28. 017 728758x :- Assalammualaikum ....tengku sahiyar shaari sy ingin membuat p'tanyaantentang jus mate 5 adakah harga tinggi?
  29. 012 372931x :- Amboi masuk harian metro nampak? hahha
  30. 012 772365x :- Akm syah. sy nk puji memg awk kck sgt bla da kurs ni. dlu blay than jugak..nk tanye berapa bln gna JM5? Brapa RM keluar?
  31. 012 235171x :- Akum. Just nak tanya. sure ke u kurus dgn justmate5. hope got respons
  32. 017 772201x :- Askum..mff law mgangu..sye iza dr bp. nak bknlan, leh x?
  33. 014 528747x :- Salam... tahniah bjaya turunkan brt bdn :-)
  34. 013 618859x :- Salam abg, sy Rxxx, sy suka tgok prubahan abg, sy tgok dlm akhbar metro..
  35. 014 528260x :- Askum ni cik syah ke,,, sy nk tau ...jm5 btol berbaloi ke... tlg la sy ya cik syah.
  36. 019 947394x :- Sala m...wah2 gambo msk dlm paper ye? huhuhu:-P kurus bebenor ye ... kekekekekeke :-D
  37. 017 388835x :- salam, encik? sya isxxx, ada terbaca metro semalam brknaan encik gunakan produk jusmate. sya kgum n bnmnat nk mncuba tpi tkut ada tndakbls lain plak nnti klasu dh brhenti minum jus brjnaan? wslm
  38. 017 729573x :- Wsslm.... insy'allah, kak, t sy gitau adik sy ye....:-)
  39. 017 945310x :- Abg turunkan brat bdn dlm br apa bln dn brapa kali kotak minum
  40. 012 499913x :0 Syah, u guna jusmate 5 brp lama?

Heheheh banyak ........... ni jer lah yer?

Saturday, November 27, 2010

My Life Today - 27.11.2010

Hari ini dan esok agak busy coz Syah hendak menghadiri majlis perkahwinan Fikri dan Akmalullhaya iaitu anak Kak Fauziah officemate Syah yang akan diadakan dirumahnya di Seksyen 6,Wangsa Maju. Syah sudah buat appointment dengan anak saudara Syah, Hasif @ Mamat semalam. Selepas majlis kahwin tu Syah akan ke Kajang kerana sepupu Syah, Ain akan bertunag dengan orang Terengganu hari ini. Mungkin Syah akan Saing (pergi bersama) Kak Lang Ella untuk ke Kajang. Semalam masa call Mamat dia buat lawak Senarai Bertitik Tumpu Khasplak dengan Syah. Syah inform esok datang sorang yek, Katanya mana boleh sorang mestilah datang dengan gadis-gadis dan Syah kata kalau nak gadis-gadis esok hari Ahad engaku jalan dengan dia orang. Main-main lak budak nie by the way Mamat memang macam tu Happy Go Lucky orangnya tetapi tetap jadi my favourate Neice. Hehehhehehe ........

Esok pula kalau ikut jadual Tengku Zehri kata nak datang lunch di KL Residence Syah. Syah invite Zehri datang rumah kebetulan dia ada di Malaysia bercuti selama 2 minggu. Dia hendak ke Rawang Residence tapi Syah inform weekend biasanya Syah di Kuala Lumpur. Hari ini Arepiz member Syah dari JB SMS katanya testimoni Syah dalam Metro sudah diterbitkan. Patulah banyak SMS yang Syah terima bertanyakan mengenai Jus Mate 5 Dr Rozmey. Syah biasanya baca akhbar melalui internet tapi tak nampak pula artikel tu tapi Cd dan call staff dia supaya simpankan satu Metro dan kejap lagi dia nak ambil di 7E.

100 Orang Rakyat Britain Akan Dipilih Secara Rawak Menghadiri Majlis Perkahwinan Prince William - 27.11.2010

Dilaporkan bahawa Perkahwinan Putera William akan diadakan di West Minester Abbey, London pada 29.04.2011. Menurut sumber dari jawatankuasa perancangan Istana St. Jamaes, Pasangan ini akan mengundang 100 orang rakyat Britain yang dipilih secara rawak untuk menghadiri majlis berkenaan dan surat jemputan akan dihantar kepada mereka yang bertuah dan terpilih. Mereka yang terpilih juga akan menghadiri majlis menyambut tetamu yang dilaporkan diadakan di Istana Buckingham. Kaedah pemilihan 100 orang bertuah berkenaan masih belum diputuskan lagi. Bakal pewaris tahta kedua Britain itu mahu rakyat terlibat sama dalam majlis perkahwinannya yang akan dihadiri oleah Kerabat Diraja dari luar negara, Ketua-Ketua Negara termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama dan Sultan Brunei. Kalaulah ada jemputan rambang untuk warga asing hendak juga Syah memohon menghadiri Majlis ini ........... Boleh. Hehehehe ...............

Raja Perlis Ucap Penghargaan Kepada Yang Membantu Rakyat Perlis Semasa Banjir - 27.11.2010

Titah Baginda
Beta Melahirkan Rasa Penghargaan dan Terima Kasih Terhadap Pihak Berkenaan Yang Telah Menghulurkan Bantuan Samada Berupa Tenaga, Wang Ringgit, Makanan dan Pelbagai Bantuan Lain Pada Rakyat Negeri Perlis Yang Dilanda Banjir Baru-Baru Ini.


Semalam 26.11.2010 Raja Negeri Perlis dan Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid secara rasmi menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada raakyat Perlis yang dilanda banjir besar baru-baru ini antaranya :-

  • Majlis Keselamatan Negara (MKN)
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM
  • Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Syarikat Korporat dan Swasta
  • Orang-orang Persorangan

Baginda Queen Elizabeth Melawat Masjid Sheikh Zayed di UAE - 27.11.2010

Baginda Queen Elizabeth II, Pemerintah Great Britain dan Ketua Gereja England berada didalam Ruang Solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dabi, UAE dengan berjubah, menutup kepala dan tidak berkasut sebagai menghormati adat memasuki rumah ibadah umat islam.


Baginda Queen Elizabeth II, suami baginda Duke of Endiburg dan Putera ketiga Baginda Prince Andrew berada di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam rangka lawatan rasmi negara selama lima hari. Lawatan Baginda Queen Elizabeth II ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala diantara UAE dan Britain. Dalam program lawatan ini baginda telah melawat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi pada 24.11.2010. Baginda dilihat memasuki masjid berkenaan memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski, berkaki ayam serta menutup rambut sebagai menghormati adab dan tata tertib umat islam ketika memasuki masjid. Baginda juga telah melawat (memberi penghormatan) makam Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahayan yang merupakan pengasas UAE yang telah mangkat pada 2004. Baginda pernah berkunjung ke UAE Pada 1979 dan telah disambut oleh Sheikh Zahid dan pada lawatan kali ini baginda telah disambut oleh anak Sheikh Zahid pula iaitu Prisedent UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan sebagai tuan rumah.
Kelihatan Baginda Queen Elizabeth II, Suami Baginda, Prince Philip bersama Putera Mahkota Sheikh Mohammad bin Sheikh Zayed Al-Nahayan di sekitar kawasan Masjid Sheikh Zayed.


Sedikit info mengenai Masjid ini, Masjid Sheikh Zayed merupakan masjid terbesar di UAE dan dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1200 orang wanita Iran dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

Sultan Brunei Mengangkat Keranda Allahyarham Pehin - 26.11.2010


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin Orang Kaya Periwara Abdul Rashid. Solat jenazah diimankan oleh Mufti Kerajaan Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Haji Abdul Aziz Juned. Selepas Tuanku menunaikan Solat Jenazah, baginda kemudiannya bersama-sama mengangkat keranda Allahyarham sebelum dimasukkan kedalam kenderaan jenazah. Allahyarhan yang rapat dengan baginda merupakan salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Diraja dan Bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dari Oktober 1986 hingga Ogos 2002. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 22.11.2010 jam 01:30hrs (am) dan telah selamat disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam yang terletak dihadapan Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. Allahyarham Pehin yang dilahirkan pada 10 Ogos 1939 di Kampung Danau, Daerah Tutong itu meninggalkan seorang isteri, Datin Hajah Fatimah Dato Seri Setia Abang Haji Razali, 64 tahun, dan 6 orang anak (3 lelaki dan 3 perempuan) serta 23 orang cucu. Al-Fatihah kepada Allahyarham Pehin semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beramal solleh. Amin.

Friday, November 26, 2010

Mahkamah Persekutuan Tolak Petisyen mantan Sultan Kelantan - 26.11.2010

Shukur Alhamdullilah Akhinya Kebenaran Memihak Kepada Yang Hak. Hari ini 26.11.2010 Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra (sekarang KDYMM Sultan Muhammad ke-V) berkuasa penuh sebagai Sultan apabila Sultan Kelantan mengalami ketidakupayaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Kelantan. Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin selaku Ketua Panel, Hakim Datuk Mat Raus Shariff dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embung telah sebulat suara menolak petisyen Tuanku Ismail Petra, bahawa baginda tidak mempunyai bidang kuasa untuk merujuk persoalan tersebut kepada Mahkamah Persekutuan.

Menurut Tan Sri Zulkefli, Perlembagaan Negeri Kelantan memperuntukkan bahawa Tengku Mahkota Kelantan boleh melaksanakan tugas Sultan walaupun Sultan tidak mengalami ketidakupayaan. Tambah beliau kami (panel tiga hakim) berpendapat hanya seorang individu patut menguruskan hal ehwal Negeri Kelantan pada satu-satu masa. Sehubungan dengan itu, Tuanku Ismail Petra tidak mempunyai kedudukan dari segi undang-undang untuk meminta Mahkamah Persekutuan untuk membuat keputusan tentang persoalan berkaitan kuasa dan kewibawaan Tengku Mahkota ketika Sultan (Tuanku Ismail) mengalami ketidakupayaan.

DYMM Sultan Ismail Petra melalui peguamnya telah mengemukakan petisyen memohon Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tentang beberapa persoalan undang-undang samada KDYMM Sultan Muhammad Ke-V (Tengku Muhammad Faris Petra) yang ketika itu sebagai Tengku Mahkota Kelantan mempunyai kuasa untuk memecat atau melantik anggota Majlis Perajaan Negeri. Tuanku Ismail Petra juga memohon mahkamah untuk mempertimbangkan Samada KDYMM Sultan Muhammad ke-V yang pada ketika itu sebagai Tengku Mahkota Kelantan Kelantan mempunyai kuasa menghadkan pergerakan Tuanku Ismail Petra hanya didalam Istana Mahkota sahaja.

Dalam penghakiman setebal 33 muka surat itu, Tan Sri Zulkifli memaklumkan bahawa Tuanku Ismail tidak boleh melaksanakan tugasnya sebagai Sultan Kelantan mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan selagi Tengku Mahkota menyandang jawatan Sultan ketika baginda mengalami ketidakupayaan. Disebabkan ketidakupayaan Tuanku Ismail sebagai Sultan Kelantan pada masa itu, hanya Tengku Mahkota Kelantan sahaja yang boleh melaksanakan kuasa Sultan itu mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan.

Raja Permaisuri Agong menghadiri Majlis Penutup Festival Fesyen Kuala Lumpur 2010 - 26.11.2010

Malam tadi (25.11.2010) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenaan mencemar duli untuk menghadiri majlis penutup Festival Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) 2010. Majlis diadakan di Laman Wau, Kompleks Kraft, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Turut mengiringi baginda adalah isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais. FFKL dianjurkan oleh Berita Harian Sdn Bhd dan mendapat tajaan daripada Hajaba sebagai penaja utama sebanyak RM250,000.00 dan Jakel memberi tajaan bernilai RM150,000.00 manakala AirAsia dan majalah Jelita sebagai rakan media. FFKL bermula semenjak Selasa lepas (23.11.2010) bertujuan memertabatkan fabric warisan Negara iaitu songket ke persada fesyen antarabangsa disamping menjadikan Kuala Lumpur sebagai hub fesyen peringkat global. Pada tahun in FFKL menampilkan 10 pereka muda bagi berentap menjuarai Anugerah Pesona Tenun Berita Harian (APTBH) 2010 yang julung kali diadakan. Antara pereka tersohor yang menampilkan rekaan masing-masing pada malam tadi adalah Albert King, Edric Ong, Faizal Hamid, Salikin Sidek dan Radzuan Radziwil

My Life Today - 26.11.2010

Pagi tadi semasa hendak bersiap Syah nampak ada kereta berhenti betul-betul depan pintu pagar Rawang Residence Syah. Ingatkan siapa, rupanya Azrin dan Arep. Azrin tanya samada Syah hendak ikut sekali ke Pekan Rawang sebab dia dan Arep hendak ke UiTM kerana Arep Konvo hari ini. Syah infor tak mengapa coz belum solat lagi. Syah keluar rumah jam 06:25hrs dan nampak ada pula kereta Azrin depan rumah dia, katanya tadi hendak ke Shah Alam. Bila Syah lalu gelap tapi ada orang dan Arep panggil Syah dan Syah tanya nape tak bertolak lagi katanya tertinggal barang. Azrin dan Arep jemput Syah naik sekali dan Syah sudah letak beg dalam kereta dia. Tapi Syah terfikir semula sebab Azrin kata sudah lambat dan mesti ada di UiTM Shah Alam jam 08:00hrs. So Syah keluarkan semula beg Syah dan inform mereka Syah naik bas coz mereka sudah lambat mana hendak hantar Syah ke Pekan Rawang lagi dan berpatah balik untuk ke Highway. So Syah tunggu bas sahaja.

Nak jadi cerita bas pula lambat 10 minit dari biasa. Ingatkan tak ada bas dan jika ini berlaku Syah kena jalan kaki ke Jalan besar. Dulu pernah jalan kaki ke main road dan ambil masa hampir satu jam baru sampai dan kalau naik kereta kurang 15 minit jer. Bas lambat dan trainpun lambatlah jawapnya. Ada train ke bangi tapi di platform sebelah dan Syah malas nak naik tangga lagipun train sudah hendak bergerak. Lama juga baru komuter sampai kerana hendak beri laluan pada ETS yang kami tidak dibenarkan naik itew. Sampai KL hampir jam 08:15hrs dan sempat sampai office sebelum jam 08:30hrs.

Sampai office, macam biasa, Syah naik tangga dari -1 ke Aras 14. Hari ini memang BZ giler di office, biasalah hujung bulan account closing dan banyak benda hendak di settlekan sebelum due datenya. Hari ini sahaja dua kali Syah ke TM Annexe untk hantar dokumen. Solat Jumaat di Surau Menara TM dan selepas solat beli buah apple hijau 5 biji, buah langsat satu plastik kecil dan papaya dua potong dan uncle tu caj RM8.00. Lepas beli buah Syah beli Susu Low Fat untuk dimakan bersama Low Fat Whole Wheat Cereal. Sepatutnya untuk breakfast tapi Syah makan waktu lunch coz malas nak makan benda lain.

jam 16:30hrs nie lega sedikit kerana kerja sudah disettlekan tapi masih ada lagi yang pending tapi boleh diuruskan kemudian coz it's not urgent. Kepala Syah asik sakit dari tengahari tadi di bahagian atas kepala. Mungkin terkejar sana-sini kot. Hehehehee ................ Ok jumpa lagi Semua ...................

Tuanku Mizan Hadiri Sidang Konvokesyen UiTM Ke-73 - 26.11.2010

Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli menghadiri sidang pertama Konvokesyen UiTM ke-73 di Dewan Sri Budiman, Kampus Induk UiTM Shah Alam semalam 25.11.2010. Turut mengiringi Tuanku Mizan adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Pada istiadat yang diadakan pagi semalam, baginda telah menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Mekanikal kepada Datuk Dr Mohd Mansor Salleh dan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Elektrikal kepada Datuk Ahmad Zaidee Laidin atas sumbangan dan jasa mereka terhadap UiTM. Tahun ini seramai 10 graduan menerima anugerah graduan terbaik UiTM bagi kategori-kategori berikut :-

  • Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor
  • Anugerah Pingat Emas Naib Canselor
  • Anugerah Tan Sri Arshad Ayub
  • Anugerah Pelajaran Diraja
  • Anugerah Cemerlang Pharmaniaga
  • Anugerah Sains dan Teknologi

Anugerah-anugerah lain adalah seperti berikut :-

  • Anugerah Pingat Emas (Yayasan Budiman UiTM)
  • Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Hashim
  • Anugerah Kepimpinan Cemerlang

Dalam majlis ini Tuanku Mizan juga turut berkenan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang perubatan diantara UiTM dengan dua buah universiti dari Kanada dan Amerika Suarikat. Pada Konvokesyen kali ini seramai 21,475 garduan menerima diploma, diploma lepasan ijazah, ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah.


Dalam Titah baginda, Tuanku Mizan mengingatkan warga UiTM agar perlu mengeratkan perpaduan dan saling bekerjasama antara satu sama untuk mengelakkan perpecahan. Mereka juga harus memahami dasar dan pendekatan UiTM disamping bersama-sama memainkan peranan serta menyokong halatuju UiTM. Baginda pasti setiap individu mempunyai kekuatan dan keistemewaan tersendiri yang boleh membantu menambahbaikkan UiTM. Ujar baginda lagi, pihak pengurusan UiTM perlu mengenalpasti kekuatan setiap individu dan harus mendapatkan yang terbaik dari modal insan berkenaan.

Thursday, November 25, 2010

Kesihatan Syah dan Tension Pasal Kerja - 25.11.2010

Since malam tadi Syah sudah mula makan ubat kolestrol yang Dr Faridah bekalkan untuk satu bulan dan Syah kena jaga makan dan kena jauhkan dari makanan bergoreng dan berlemak. Sakit semasa buang air besar atau kecil tu sudah ok tapi ada juga rasanya sekali sekala. Lutut Syah kadangkala rasa macam panas sekejap lepas tu hilang. Tak tahulah dari dulu lagi ada macam tu dan kadangkala rasa sejuk pula. Macam-Macam kan? Hehehehheeh

Hari ini Syah tension dengan staff bahagia perolehan. Buka apa benda kecil jer sebenarnya. Dari pagi hendak jumpa Manager mereka Ermi, tapi dia kat Hospital kerana Kakak Iparnya bersalin dan katanya lunch baru ada. Lima atau enam kali Syah call dia tak jawap dan jam 16:00hrs dia call balik inform tak dengar coz phone silent mood. Dia suruh Syah jumpa dia dan bawa dokumen berkenaan. Syah jumpa Ermi untuk create Purchasing Order dan Ermi minta Syah jumpa Staff dia dalam bilik di Wing satu lagi. Masa nak ketuk tu mereka kata jangan masuk sebab ada buat apa tah dalam bilik tu - macam ada aktiviti peribadi. Dan Syah tunggu hampir 10 minit kat luar dan ketuk balik pintu tu dan salah seorang staff cakap we all ada aktiviti nie........... Heran tul aktiviti apa, sepatutnya kerja lah diutamakan dahulu. Syah cakap hendak jumpa Fairous juga sebab urgent. Selepas jumpa Fairous dan serahkan document Syah rehat sebentar di corridor lebih kurang 15 minit untuk release tension dan jumpa Ermi semula. Bila Syah masuk Ermi dan Fairous ada dan dokumen tu sudah siap. Lega coz Syah perlukan Purchase Order tu untuk buat Good Receipe dalam SAP System kerana Syah tak mahu akru bayaran berkenaan. Masalahnya esok Ermi cuti tu yang kena settle hari ini juga. Sampai office terus Syah buat Good Receive dalam system. Bulan Disember nanti baru hantar dokumen ke Akaun untuk proses payment. Jika tak buat macam tu Syah kena Akru bayaran tu dan jika tidak diakru akan dikenakan non compliance sebab tarikh invoice bulan November. Lega ........ Thanks Ermi dan Fairous.

Jap tadi jam 17:00hrs Talib dan Saiful datang complain LCD bilik boss tak clear. Alamak dah nak balik nie kena cari nombor vendor tu pulak.......... Heheheh inilah kerja namanya. Bye semua.

Sultan Kedah Rasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu - 25.11.2010

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan juga merupakan Sultan Negeri Kedah Darul Aman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah telah berkenan merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu semalam 24.11.2010. Komplek berharga RM71 Juta ini dibina pada 03.07.2006 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2009. Turut serta dalam majlis perasmian ini adalah Menteri Dalam Negeri ; Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Kedah ; Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Polis Negara ; Tan Sri Ismail Omar dan Pemangku Ketua Polis Kedah ; Datuk Asri Yusoff.

Dalam titahnya, Baginda memaklumkan masyarakat harus memahami bahawa tugas anggota polis bukan satu tugas yang mudah dan ia merupakan satu tanggungjawab yang berat. Pihak polis telah berkorban sepenuh masa, jiwa dan tenaga mereka menjaga keamanan disamping membuktikan kesetiaan kepada bangsa, agama dan negara. Tuanku juga menyarankan agar masyarakat menjadi mata dan telinga pihak polis disamping melapurkan dengan kadar segara sebarang aktiviti jenayah ditempat masing-masing disamping menekankan bahawa masyarakat harus bersama-sama membenteras jenayah dan tidak menyerahkannya kepada pihak Polis sahaja seperti menganjurkan rukun tetanga/kawalan dikawasan-kawasan kritikal jenayah ditempat masing-masing.

Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Raikan Presiden Loas dan Isteri - 25.11.2010

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan meraikan Presiden Loas, Choummaly Sayasone dan isteri Keosaychay Sayasone dalam satu Majlis Makan Malam Negara di Istana Negara malam tadi 24.11.2010. Dalam titah baginda, Tuanku Mizan berharap agar kedua negara meneruskan hubungan kerjasama demi kepentingan dan kemakmuran bersama. Tuanku Miza juga sempat mengucapkan tahniah kepada Sayasone atas ulangtahun ke-450 tahun bandaraya Vientiane sebagai ibu negara Loas baru-baru ini dan berharap iannya terus membangun dan menjadi sebuah bandar metropolis di rantau ini. Lawatan ini merupakan lawatan rasmi sulung Sayasone ke Malaysia selama 3 hari bermula semalam 24.11.2010 dan juga sebagai membalas lawatan negara oleh Tuanku Mizan pada 2008. Turut serta dalam majlis makan malam rasmi ini adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Deligasi Dewan Perundangan Brunei Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - 25.11.2010

Gambar dari Berita Harian

Semalam 24.11.2010, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Miza zainal Abidin telah berkenaan menerima mengadap deligasi 12 orang daripada Dewan Perundangan Brunei Darussalam di Istana Negara. Deligasi ini diketuai oleh Speaker Dewan Perundangan Brunei sendiri, YAM Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak Dr. Kemaludin Al-Haj ibni Almarhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Hj Mohd Yassin. YAM Pengiran dan rombongan dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia mulai 22.11.2010 dan kembali ke Brunie pada pagi tadi 25.11.2010.

Wednesday, November 24, 2010

Nik Azleen Meningal Dunia di Mekah - 24.11.2010

Dukacita dimaklumkan bahawa rakan sekerja kami di Kumpulan TM, Encik Nik Azleen bin Nik Yusofftelah meninggal dunia semasa mengerjakan Ibadah Haji di Makkah Al Mukarramah pada hari Khamis 18.11.2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431H, jam 01:00hrs waktu tempatan bersamaan jam 06:00hrs waktu Malaysia . Allahyarham merupakan Pengurus Unit Planning, Acess Network Development MSC/PJ/SB di Wisma TM Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Allahyarham yang berumur 47 tahun meninggal dunia akibat penyakit kanser telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Islam di Makkah Al Mukarramah .

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada kami di TM dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

Kesihatan Syah - 24.11.2010

Jam 10:00hrs tadi Syah call Kelinik Zariff dan bertanya mengenai Urine and Blood Test Syah dan mereka inform laporan tu sudah siap dan minta Syah datang berjumpa Dr Ferry atau nama sebenarnya Dr Faridah. Sepatutnya ada meeting tapi Syah minta excuse daripada my boss, Dik Nor untuk ke kelinik kerana ada appointment. Masuk jer kelinik Dr inform Syah bahawa :-
  • Urine Test Syah ok tak ada masalah

  • Kandungan Kolestrol Syah tinggi sangat iaitu 8.1 dan terbeliak mata Dr tengok Syah. Syah terpaksa ambil ubat Cholesterol dan Dr minta Syah ambil ubat tu waktu malam sebiji sehari. mengikut rekod doktor, pada 20.10.2008 Syah memang ada masalah kolestrol dan Cholesterol Level Syah 8.6 dan selepas berdiet dan makan ubat iannya turun kepada 3.9. Doktor minta Syah kurangkan makanan berlemak dan berminyak terutamanya seafood. Sebulan lagi Dr hendak buat blood test semula untuk melihat tahap kolestrol Syah.

  • Mengenai rasa sakit semasa Syah hendak buang air besar/kecil tu doktor kata iannya mungkin kerana otot dan saraf. Sakit yang Syah alami adalah mula-mula rasa sakit di testis dan iannya akan merebak (merayap) ke penis dan peha terutamanya sebelah kiri. Rasa sakit yang pedih dan nilu tapi sekejap sahaja. Syah memang ada masalah di Epididyms yang bengkak dan kata Dr Ferry ianya juga boleh menyumbang ke masalah rasa sakit tu.
  • Kata Dr ditulang belakang kita ada saraf tunjang dan jika ada salah satu saraf yang bermasalah, Syah juga boleh berasa sakit seperti yang Syah alami tu. Kata Dr Ferry sambil tersenyum macam orang datang period kadangkala bila buang air besar/kecil akan sakit begitulah yang dia maksudkan sakit pada Syah tu. Dr kata tak ada ubat dan kalau sakit tu terjadi kena ambil pain keller atau anti biotik sahaja. Dr Ferry kata Syah boleh buat follow up semula dengan hospital pakar yang Syah pergi hari tu kalau nak buat pemeriksaan semula. Syah tanya boleh ker berurut dan Dr kata jangan selalu tapi sekali sekala bolehlah kerana ditakuti jika satu hari nanti perlu dijalankan pembedahan akan menjadi sukar kerana saraf tadi akan melekat antara satu sama lain. Dia cadangkan kalau nak berurut sekali sekala boleh tapi bukan dijadikan amalan kerana ditakuti terjadi masalah yang disebutkannya tadi.

  • Tekanan Darah Tinggi Syah Dr kata normal iaitu 125/80 tak silap Syah tadi. Shukur alhamdulilah kalau tidak Dr kata kena makan ubat darah tinggi sebab BP Syah border.

Oklah Semua ............................ Doakan agar Syah sihat yer?

Kos Perkahwinan Prince William Dianggarkan RM63 Juta - 24.11.2010

Sekarang ini satu dunia heboh memperkatakan mengenai perkahwinan Putera William dan Kate Middleton. Perkahwinan ini dikatakan akan menjadi satu majlis perkahwinan terbesar yang gilang gemilang didunia dan iannya lebih besar daripada perkahwinan kedua ibubapanya Prince Charles dan Mendiang Princess Diana. Para penganalisa menggangarkan kos perkahwinan ini akan menelan belanja sebanyak USD 20 Juta atau RM 63 Juta yang mana iannya akan ditanggung oleh pembayar cukai. Baru-baru ini Kate dilaporkan telah mengupah dua orang dektatif untuk mengawal keselamatan beliau sebagai "Bakal Puteri" untuk tempoh 24jam tujuh hari seminggu dengan bayaran RM 930,000.00 setahun.

Pengarah Kraftangan Cawangan Terangganu Menerima AMN - 24.11.2010

Tahniah akhirnya semalam 23.11.2010 suami Kak Salki Mohd Dali, Zahir Ahmad menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sepatutnya Abang Zahir menerima pingat tu pada 28.10.2010 tetapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Semalam Kak Sal call Syah dari Istana Negara selepas istiadat berkenaan. Menurut Kak Sal mereka masuk ke Balairong Seri Istana Negara lebih kurang jam 08:00hrs dan tamat jam 11:00hrs, selepas itu tetamu diberikan jamuan tengahari. Semasa istiadat ini menurut Kak Sal, Tuanku Mizan berseorangan dan tidak diiringi oleh Raja Permaisuri Agong. Kak Sal merupakan kawan Syah di TM dan sama-sama bertugas dulu tetapi sekarang beliau telah berpindah ke Kuala Terengganu kerana mengikut suaminya, Abang Zahir yang bertugas sebagai Pengarah Kraftangan Cawangan Terengganu.

Photo Kak Salki, Abang Zahir dan Anak-anak.

Dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam, seramai 264 individu telah diberi penghargaan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah mengetuai senarai penerima. Tan Sri Pairin menerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri. Diantara Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang di sampaikan dalam istiadat semalam adalah :-


  • Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) Membawa gelaran Tan Sri kepada seramai dua orang penerima

  • Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) Membawa gelaran Tan Sri kepada seramai seorang penerima

  • Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) Membawa gelaran Datuk kepada seramai tujuh orang penerima

  • Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada seramai enam orang penerima

  • Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada seramai 27 orang penerima

  • Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada seramai 50 orang penerima

  • Darjah Ahli Mangku Negara (AMN) kepada seramai 93 orang penerima

  • Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada seramai 78 orang penerima

TAHNIAH DAN SYABAS SYAH UCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA KERANA JASA MU DIKENANG

Tuesday, November 23, 2010

Kesihatan Syah - 23.11.2010

Pagi tadi ada maslah sembelit rasa nak buang air besar tapi tak mahu pula bila ke toilet dan rasasakit macam biasa tu (bila buang air besr/kecil) ada sedikit . Sakit di testis Syah yang Syah inform semalam beransur kurang pula. Malam nanti nak makan semula EnerFlex untuk mudahkan buang air besar. Semalam makan buah betik tapi still ada masalah sembelit. macam-Macam hal Syah nie .......... Heheheheh

jam 15:00hrs tadi rasa nak buang air besar dan Syah ke tandas dan buang air besar dan rasa sakit di bahagia ari-ari kebawah especialy testis dan ..... serta peha Syah. Tak tahu nak explain sakitnya tapi macam bisa dan pedih sedikit dan iannya seperti berjalan atau merebak maksud Syah, sakitnya di satu tempat dan iannya akan tersebar ketempat yang lain macam merayap ke bahagian lain. Adalah 2 atau 3 minit kemudian ok.

21:41hrs - Syah sedang update blog. sampai rumah macam biasa dan sudah dua hari pemandu bas biasa tu tak ada, cuti kot. Masa solat Asar tadi tiba-tiba mata kiri Syah rasa macam masuk sampah. So Syah letak ubat titik. Masa di Rawang kena lagi tak tahulah rasa macm mata masuk sampah tapi tak ada .......... Diamkan jer lah dan rasa ok semula tapi merimaskan. Sometimes datang balik rasa masuk habuk tu. Buang air kecil kadang kala rasa sakit macam biasa tu tapi sedikit sahaja. Heheheheh Macam-Macam lah........... Esok nak call Zariff Clinic nak tanya result urine dan blood test tu sudah dapat atau tidak.

Mengenai sakit di testis tu, pernah Dr Rasool kata mungkin ada kaitan dengan otot atau saraf. Tak tahulah, tengok macam mana lah kalau keadaan semakin seriouse mungkin hendak buat pemeriksan lanjut semual di hospital.

Gelaran Yang Amat Mulia Enche' Besar - 23.11.2010

YAM Enche' Besar Hajah Khalsom sewaktu menerima Anugerah Darjah Kebesaran daripada Paduka Anakanda beliau DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 22.11.2010.

Semalam 22.11.2010, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan menganugerahkan gelaran raja bergelar kepada Bonda baginda Cik Puan Hajah Khalsom binti Abdulah dengan gelaran Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah. Selain daripada itu baginda juga menganugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) kepada YAM Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah. Dengan anugerah ini segala urusan rasmi yang melibatkan bonda banginda hendaklah dibahasakan dengan gelaran Yang Amat Mulia. Gelaran Yang Amat Mulia Enche' Besar ini pernah dianugerahkan oleh DYMM Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Daing Ibrahim kepada isteri kedua baginda YAM Enche' Besar Zubaidah binti Abdullah yang merupakan bonda kepada satu-satunya putera tunggal Al-Marhum iaitu DYMM Almarhum Sultan Ibrahim.


Photo YAM Enche' Besar Zubaidah binti Abdullah


Yang Amat Mulia Enche' Besar Zubaidah binti Abdullah dilahirkan sebagai Cecilia Catherina Lange pada November 1848 di Bandong, Bali Indonesia. Bapa beliau, Mads Johansen Lange berketurunan Denmark merupakan Punggawa Besar Bali iaitu wakil Belanda di Bali, Indonesia. Ibunya Nonna Sang Neo seorang wanita berketurunan Cina dari Bali, Indonesia. Cecilia berkahwin dengan DYMM Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1872 dan menukar namanya kepada Zubaidah binti Abdullah selepas memeluk agama islam. Sultan Abu Bakar telah menganugerahkan gelaran Enche' Besar kepada beliau dengan gelaran rasmi Yang Amat Mulia Enche' Besar Zubaidah binti Abdullah. Hasil perkahwinan dengan DYMM Almarhum Sultan Abu Bakar, YAM telah melahirkan satu-satunya Putera yang menjadi pewaris tahta kerajaan Johor Moden ke-2 iaitu DYMM Almarhum Sultan Ibrahim. seorang lagi puterinya adalah Tunku Meriam yang berkahwin dengan Sultan Pahang Ke-2, KDYMM Sultan Mahmud ibni Almarhum Sultan Ahmad. Tunku Meriam mendapat gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Meriam. YAM Enche' Besar Zubaidah mangkat dalam usia 88 tahun pada 01.06.1936 di Johor Baharu, Johor.

Dari pemerhatian Syah terdapat beberapa persamaan diantara kedua-dua YAM Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah dengan YAM Enche' Besar Zubaidah bt Abdullah seperti berikut :-

  • Kedua-duanya bukan Sultanah Johor tetapi Putera mereka adalah Sultan Johor. YAM Enche' Besar Hajah Khalsom merupakan isteri pertama tetapi telah bercerai sewaktu paduka suami beliau iaitu DYMM Almarhum Sultan Iskandar menjadi Tunku Mahkota Johor manakala YAM Enche' Besar Zubaidah merupakan isteri kedua DYMM Almarhum Sultan Abu Bakar.
  • Putera mereka merupakan Putera Sulung Sultan Johor yang secara langsung merupakan Waris Tahta dan seterusnya dimasyhur/tabalkan sebagai Sultan Johor.
  • Mempunyai seorang Putera tunggal (anak lelaki)
  • Berbangsa Eropah dari keluarga yang dihormati.
  • Mempunyai puteri (anak perempuan) yang berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang dan seterusnya akan menjadi Sultan Pahang. Anakanda YAM Enche Besar Zubaidah, Tunku Meriam telah berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang dan Seterusnya mendapat gelaran Tengku Ampuan Meriam apabila paduka suami baginda ditabalkan sebagai KDYMM Sultan Mahmud ibni Almarhum Sultan Ahmad. Manakala Puteri kepada YAM Enche' Besar Hajah Khalsom iaitu Tengku Puan Pahang, KDYTM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bt Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang, KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan seterusnya akan menjadi bakal Tengku Ampuan Pahang.

Monday, November 22, 2010

Anugerah Paduka Srikandi PPPM - 22.11.2010

Semalam 21.11.2010 Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau PPPM telah memberi penghargaan kepada enam individu yang telah berjasa memimpin persatuan berkenaan. Sebelum ini anugerah tersebut dikenali sebagai Anugerah Serikandi dan pada tahun ini ianya ditukar kepada Anugerah Paduka Serikandi. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenaan menyempurnakan majlis penghargaan tersebut yang diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur. Kesemua mereka menerima Pingat Emas Serikandi Bertatah Berlian, Sebuah Trofi dan Sijil Penghargaan.
Gambar diambil dari utusan Malaysia

Penerima-Penerima Anugerah Paduka Serikandi PPPM tahun ini adalah :-
  • Yang Dipertua PPPM, Datin Seri Rosmah Mansor
  • Mantan Yang Dipertua PPPM, Tun Hajah Rahah Mohd Noah, Tun Suhaila Mohd Noah, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali dan Tun Jeanne Abdullah
  • Mantan Timbalan Yang Dipertua PPPM, KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bt Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj

Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Yang Dipertua PPPM, Raja Puan Muda Perak Raja Mahani bt Raja Shahar Shah dan Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datin Seri Zalillah Mohd. Taib.

YMM Raja Zarith Sofiah di Anugerahkan Gelaran DYMM - 22.11.2010

T A H N I A H

DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah
D.K.II, S.P.C.M

Tahniah Syah ucapkan kepada Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah bt Almarhum Sultan Idris Shah, Isteri Kepada DYMM Sultan Johor kerana telah dianugerahkan gelaran DULI YANG MAHA MULIA oleh Paduka Suami Baginda DYMM Sultan Ibrahim. Istiadat penganugerahan gelaran berkenaan berlangsung pada hari ini di Balairong Seri Istana Besar Johor Baharu sempena ulang tahun keputeraan Sultan Johor ke-52. Dato' Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor dalam kenyataan akhbarnya semalam memaklumkan bahawa mulai hari ini sebarang urusan rasmi/persuratan yang melibatkan DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah hendaklah membahasakan Baginda sebagai TUANKU.

Shukur Alhamdulillah Sampai Rawang Residence - 22.11.2010

Shukur Alhamdulillah, Akhirnya sampai juga Syah ke Rawang Residence manakala perjalan hari ini berjalan lancar. Cuma cuak sedikit tak dapat duduk kerana Shuttle KL - Ipoh nampak macam penuh jer sebab cuti sekolah. So Syah berdiri dahulu dan bila train berjalan baru Syah cari tempat kosong yang memang di aim sejak awal tadi Hehehehehe.

Sampai rumah tengok gelap dan Sah memang ada trip. Syah betulkan semula main suis tu baru ada bekalan elektrik. Syah start enjin AEL kemudiannya solat Maghrib kemudiannya Insyak. Jam 21:45hrs kekedai depan beli soya bean. Tak ada selera nak makan dan Syah cicah biskut Jacobs Low Salt High Fiber dengan Yeo's Soya Bean Milk Less Sugar.

Sakit dibahagia testis Syah masih ada sekali sekala. Minta-minta tak ada apa-apalah yang seriouse. hari Rabu nanti baru ke Kelinik Zariff untuk tahu result Urine dan Blood Test yang Syah buat pagi tadi dengan Dr Faridah di Kelinik Zariff, -1 Menara TM. Kepada anda semua yang membaca blog Syah, Mohon Doakan Semuga Syah Cepat Sembuh Dan Sihat ............Yer Semua........... Terima Kasih.

Hari Keputeraan Sultan Johor Ke-52 Tahun - 22.11.2010

DAULAT TUANKU


Merafak Sembah
Menjunjung Kasih dan Setinggi-Tinggi Tahniah
Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-52
Sultan dan Yang di-Pertuan Bagi Negeri Johor Darul Takzim
dan
Jajahan Takluknaya
DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

DIRGAHAYU TUANKU PATEK


Dengan Segala Hormat Takzimnya
Yang Berdatang Sembah

SAHIYAR SHAARI AL-HAJ
Maharum Bugis Syah

DYMM Tuanku Ibrahim diputerakan di Hospital Besar Johor Baharu, Johor Darul Takzim pada 22 November 1958. Baginda naik tahta Negeri Johor Darul Takzim pada 23 Januari 2010. Baginda merupakan Putera Sulung Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail bersama YAM Enche' Besar Hajjah Khalsom binti Abdullah @ Josephine Rubby Trevorrow. Almarhum Sultan Iskandar berkahwin dengan YAM Enche' Besar pada 05 Januari 1956 di Istana Bukit Setualang, Johor Baharu, Johor dan bercerai pada Oktober 1962 di Singapura. YAM Enche' Besar Hajjah Khalsom binti Abdullah berumur 75 tahun merupakan anak seorang ahli perniagaan ternama dari Torquay, Cornwall. Beliau dilahirkan di England pada 02 Disember 1935. Disebelah kiri adalah Paduka Ayahanda DYMM Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail manakala gambar disebelah kanan adalah bonda baginda, YAM Enche' Besar Hajjah Khalsom binti Abdullah.

Muss Outstation - 22.11.2010

Hari ini Muss outstation ke Keluang, Johor dengan team dia. Biasanya pergi hari Ahad tapi kali ini hari Isnin pula. Rupa-rupanya hari ini Hari Keputeraan Sultan Johor dan Negeri Johor public holiday. Pagi tadi Syah tumpang Muss hingga LRT Wangsa Maju sebab Syah bawa dua beg kerana hendak balik ke Rawang Residence hari ini. Muss akan bertolak lepas waktu lunch. Jam 14:05hrs tadi Syah call Muss dan dia inform hendak bergerak sekarang. Dia pergi dengan Tharlok Singh dan Zamri Shawal. Kali ini giliran kereta Muss pula untuk dibawa outstation, patutlah semalam dia service dan ganti aircond kereta dia. Ok apa-apapun Syah doakan semuga Muss dan kawan-kawan dipermudahkan segala urusan kalian dan semuga perjalanan kalian selamat ke Keluang, Johor dan kembali semula ke Kuala Lumpur. AMIN.

Sakit Syah, Ke Kelinik Zariff - 22.11.2010

Semenjak malam tadi jam 22:00hrs Syah sudah tidak mengambil sebarang makanan hingga jam 10:00hrs pagi tadi coz nak ambil darah untuk pemeriksaan kolestrol dan tiroyd (thyroid). Doktor juga ambil sampel urine Syah kerana Syah mengadu sakit macam hari tu dan kadangkala testis Syah rasa sakit (ada masa-masanya). Actually sebelum ambil darah tadi Syah sudah ke toilet dan tak mahu buang air kecil lagi so Syah maklumkan pada nurse tunggun dulu. Syah bawa container tu naik ke office untuk Syah minum mineral water dulu. Mulanya ingat hendak beli mineral water kat kedai di -1 tapi Syah lupa bawa dompet. Selepas ambil sample urine Syah turun semula ke Kelinik Zariff. Mereka inform baru sekejap tadi darah Syah dihantar ke lab dan kata jangan risau sebab mereka akan datang sebentar lagi kerana sample tu dihantar ke Pantai Medical Center Bangsar di belakang Menara TM tu sahaja. Nurse inform dalam masa dua hari lagi call untuk mengetahui result sudah kerluar atau belum. Masa hendak ambil darah tadi Dr dan Syah tergelak besar kerana darah tu macam tak boleh sedut dan Dr Faridah kata mengapa gengam kuat-kuat tangan Syah sampai menggigil tangan Syah dan darah macam tersekat-sekat nak keluar. Hehehehehe lawak juga dr tu yek? Memang Syah dah biasa dengan dia dari dulu lagi. Lunch tadi Syah makan biskut jer sebab rasa macam tak ada selera nak makan dan rasa macam nak demam pun ada.

Raja Arab Saudi Ke USA Mendapatkan Rawatan - 22.11.2010

Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah telah berangkat ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung sakit tulang belakang yang dihidapinya akibat pengumpulan darah di sekeliling saraf tunjang baginda. Baginda dan rombongan berangkat hari ini, Isnin (22.11.2010) melalui Riyadh. Baginda yang berusia 86 tahun dan memerintah Arab Saudi semenjak 2005 dilihat telah menghadkan aktiviti rasmi baginda semenjak Jun 2010 atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Pada malam Ahad lepas, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Abdullah al-Rabeeah dalam kenyataan rasminya melalui saluran telivision negara memaklumkan bahawa Raja Abdullah dalam keadaan baik dan akan kembali semula ke Arab Saudi untuk memerintah seperti biasa. Dengan keberangkatan ini, Putera Mahkota Sultan bin Abdul Azizi telah kembali dari percutian selama 13 minggu di Istana baginda di Agadir, Maghribi untuk memangku tugas-tugas Raja Abdullah sehingga baginda pulang semula ke Arab Saudi.

Sunday, November 21, 2010

Lunch - 21.11.2010

Lunch hari ini Kupang Masak Pedas Manis Masam (heheheheh), Lemak Cili Api Daging Salai, Telur Dadar dan Ulam + Budu. Selain dari Syah, Cd dan Muss today ada anak-anak Zul, Alang dan Angah serta Nadia anak Kak Ngah Faziah. Hari ini Muss hantar kereta ke bengkel coz esok nak outstation, biasanya dia keluar hari Ahad tapi kali ini hari Isnin pula dan Syah pun tak tanyalah sebab musababnya. Sekarang Jam 16:15 hrs Muss keluar ambil kereta di bengkel dan sat lagi nak keluar beli handphone. Syah dan Cd temankan tapi nak solat Asar dulu. Ok gtg bye semua ...................

Dua Alam - 21.11.2010

Petang Sabtu semalam (20.11.2010) Syah belanja Muss dan Cd menonton filem Dua Alam terbitan Dr. Rozmey di TGV KLCC. Kami bertolak dari KL Residence selepas Solat Asar. Sampai sahaja ke KLCC terus ke TGV dan beli tiket untuk tayangan jam 07:00 malam. Sementara menunggu waktu tayangan kami minum-minum di Signatures Food Court. Kepada anda diluar sana marilah kita menonton filem Dua Alam yang banyak memberi pengajaran kepada kita mengenai dosa dan pahala disamping mengingatkan kita kepada mati. Jika kebanyakan filem-filem dari Barat boleh penuh panggung dan mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia, Mengap filem kita sendiri tidak boleh? SEHUBUNGAN DENGAN ITU Kita sendiri sebagai rakyat Malaysia haruslah menyokong dan memajukan industri perfileman negara kita sendiri dengan memenuhkan panggung sebagai sokongan kita kepada industri perfileman negara. Jika tidak kita siapa lagi kan?
Dua alam ini menceritakan kisah seorang lelaki yang telah diberi didikan agama dengan sempurna oleh kedua ibu bapanya tetapi akhirnya bertukar identiti daripada seorang lelaki bernama Adam kepada seorang wanita bernama Amy. Filem ini banyak menceritakan flashback kisah-kisah amy sewaktu jenazah mula sampai ke kampung hinggalah ke tanah perkuburan.

Adam merupakan seorang kanak-kanak pintar yang mendapat pendidikan agama yang sempurna dari kedua ibubapanya. Apabila meningkat dewasa Adam telah mendapat tawaran belajar di luar negara di London. Disinilah tragedi hitam bermula dimana Adam telah menukar identitinya dari Adam kepada Amy dan berkahwin dengan seorang lelaki Inggerish di Gereja. Apabila Amy berpisah dengan suaminya beliau telah kembali ke Malaysia dan telah menjadi penyanyi terkenal dan tinggal bersama seorang pelakon lelaki terkenal. Hidup Amy penuh dengan kemewahan dan bergelumang dengan dosa - dadah, kelab malam, arak dan maksiat. Satu hari beliau telah dirogol oleh tiga orang lelaki secara bergilir-gilir semasa mereka merompak Amy dan teman lelakinya yang sedang berasmara didalam kereta. Teman lelakinya telah membuat laporan polis. Disinilah kemuncak masalah dalam hidup Amy apabila berita mengenai dirinya adalah Lelaki tersebar luas di akhbar-akhbar tanahair. Akibat tekanan ini Amy telah mengambil keputusan untuk membunuh diri. Apabila jenazah Amy dibawa ke Kampungnya iannya diuruskan oleh orang kampungnya. Amy disempurnakan sebagai lelaki walaupun jasadnya adalah perempuan dimana dia telah membuat pembedahan pada alat sulit lelakinya supaya menjadi seperti perempuan.

Berbagai-bagai halangan terjadi semasa jenazah hendak diusung ke Masjid dan Tanah Perkuburan seperti kata orang tua-tua Jasad Amy @ Adam Tidak DiTerima Oleh Bumi. Masalah bermula apabila jenazah hendak dimasukkan dalam kereta jenazah dimana tayar kereta jenazah telah pecah tiba-tiba. Jenazah Amy @ Adam terpaksa diusung tetapi banyak yang tidak sanggup dan berhenti separuh jalan kerana jenazah terlalu berat. Dari pagi hari sudah hampir petang dan akhirnya jenazah sempat di solatkan di Masjid. Kemudiannya Jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan hari semakin gelap dan sudah malam. Banyak yang tidak sanggup mengusung jenazah tapi akhirnya sampai juga ke tanah perkuburan. Masalah timbul lagi apabila jenazah tidak dapat dimasukkan kedalam liang lahat kerana liang lahat menjadi seolah-olah kecil. Mereka mencuba beberapa kali tetapi tetap tidak berjaya juga dan akhirnya sahabat karib arwah semasa kecil yang juga iman di kampung itu telah mencadangkan agar jenazah dikuburkan diluar kawasan tanah perkuburan. Akhirnya jenazah dapat disempurnakan.

Pengajara dari cerita ini adalah supaya kita tidak melakukan dosa-dosa besar yang pasti iannya akan mendapat laknat dari Allah SWT. Dalam filem ini menggambarkan seksaan kepada Amy @ Adam diperlihatkan didunia ini lagi dengan kesengsaraan dan kesusahan untuk mengurus dan mengebumikan jasad beliau, belum lagi seksaan di alam kubur. Kepada anda diluar sana janganlah terfikir untuk Menukar Agama Anda, Menukar Jantina Anda, Menderhaka Kepada Kedua Ibubapa Anda dan Membunuh Diri Anda sebagai penyelesai Masalah. Jangan sesekali anda terjerumus dalam kancah kehidupan sosial dan mati dalam kesesatan kerana aibnya perbuatan anda itu akan terpalit kepada kedua ibubapa dan keluarga anda. Peringatan ini untuk diri Syah juga.

  • Tahniah Syah ucapkan kepada Datuk Dr Hj Rozmey kerana menghasilkan filem yang membuka mata, telinga dan minda kita terhadap kejahilan yang berlaku samada dalam diri kita, keluarga mahupun masyarakat. Mesej yang disampaikan dalam filem ini akan membuatkan kita merenung segala dosa dan kesilapan yang pernah atau sedang kita lakukan selama ini dan adalah tidak terlambat untuk kita berpatah ke jalan yang benar dan bertaubat sebelum ajal menjemput kita.

Nobat DiRaja Selangor - 21.11.2010

Negeri Selangor merupakan salah satu Negeri Beraja di Malaysia yang mempunyai peralatan Nobat. Peralatan Nobat Diraja Selangor merupakan peralatan bunyian tradisional yang diwarisi turun-temurun dan hanya dimainkan ketika berlangsungnya Istiadat-Istiadat Diraja seperti Pertabalan, Kemahkotaan, Keputeraan DYMM Sultan, Perkahwinan dan Kemangkatan. Nobat tidak boleh dimainkan selain daripada upacara/istiadat yang disebutkan tadi. Ahli dan pemainnya dipanggil orang Kalal manakala ketuanya dikenali sebagai Setiaguna. Ahli dan pemain Nobat Diraja Selangor ini mewarisi kemahiran bermain alat musik nobat berkenaan secara turun temurun bermakna bukan semua individu boleh memainkan peralatan Nobat Diraja Selangor ini. Peralatan Nobat Diraja Selangor ini ditempatkan didalam satu bangunan yang dikenali sebagai Balai Nobat Diraja di dalam kawasan Istana Alam Shah, Kelang, Selangor Darul Ehsan.

Peralatan muzik Nobat Diraja Selangor terdiri daripada :-

  1. Sebuah Nafiri
  2. Dua buah serunai. Hanya satu serunai sahaja boleh digunakan untuk setiap lagu yang dimainkan.
  3. Sebuah Lengkara atau Mengkara atau Mengara dengan dua batang rotan pemalu atau pemukul atau penukul.
  4. Dua Buah Gendang dengan sebatang rotan pemalu untuk setiap gendang.

Pengumuman Penceraian Azrinaz Mahzar Hakim - 21.11.2010



Pengumuman Penceraian Azrinaz Mahzar Hakim pada 16 Jun 2010.

Saturday, November 20, 2010

Lunch Today - 20.11.2010

Baru lepas Lunch dengan Muss dan Cd. Cuaca kat luar mendung dan Syah basuh kain pula tu ? Alahaiiiiiiii keringlah hendaknya. Today Syah masak
  • Telur Dadar Earthquake, Sebab apa earthquake? Kerana masa goreng telur tu minyaknya banyak sedikit dan telur tu jadi kembang dan bila terbalikkan dia pecah-pecah tak bulat macam telur goreng biasa. So tu dapat nama cam tu tue.

  • Masak Lemak Cili Api Daging Salai Bertelur Sebijik. Daging salai ini Syah beli dengan kawan kebetulan dia jual sehari sebelum Raya Haji. Malam tadi Cd masak lemak telur. Baki kuahnya masih banyak dan ada tinggal sebijik jer telur ayam. So Syah masukkan dalam peti sejuk supaya tidak basi. Tengahari tadi Syah potong daging salai dan masukkan dalam kuah tu dan renih sehingga kuah mendidih dan sebati dengan daging. Disebabkan ada sebiji telur dalamnya jadi Syah namakan dia Masak Lemak Cili Api Daging Salai Bertelur Sebijik. Hahahahah

  • Ulam Timun Berbudu Indah. Syah tengok dalam peti sejuk hanya ada ulam timun jer. Lepas tu datang idea nak buat timun tu jadi ulam dan makan dengan Budu yang Syah letakkan Cili Api, Limau dan Bawang Hiris. Budu nie we all simpan di KL Residence di Taman Setapak Indah Dan dari situlah nama juadah nie tercipta iaitu Ulam Timun Berbudu Indah.

  • Sayur Kobis Si Bilis Tiram. Sayur dimasak dengan Ikan Bilis dan Sos Tiam

  • Keropok Melinja Johor . Keropok Melinja yang Muss Beli di Johor masa outstation dua minggu lepas.

MAKAN SEMUA.

Sakit Syah - 20.11.2010

Pagi tadi masa buang air besar dan kecil Syah rasa sakit dibahagian testis Syah macam dulu dan kemudiannya ok. adalah sekali dua lepas buang air kecil ada rasa tu dan sekarang semakin berkurangan. Tah tahulah kadangla memang begitu keadaan Syah. Doakan Syah sihat yer. Sekejap lagi nak masak Daging Salai Lemak, Sayur Kobis dan Telur Dadar.

Wesminester Abby Disebu-Sebut Sebagai Lokasi Perkahwinan Prince William - 20.11.2010

Bakal isteri pewaris kedua tahta kerajaan Great Britain, Kate Middleton dikatakan telah membuat lawatan peribadi ke Westminester Abby yang merupakan sebuah gereja bersejarah yang menyaksikan pemakaman bakal bonda mertuanya, Princess of Wales, Mendiang Princess Diana pada 06.09.1997. Beliau dilihat memasuki Abby bersama-sama pengiring diraja pada Malam Rabu lepas bersamaan 17.11.2010. Turut serta dalam lawatan ini adalah Setiausaha Sulit dan Setiausaha Peribadi Prince William, Jamie Lowther-Pinkerton dan Helen Aspray. Selepas pengumuman pertunangannya secara rasmi Kate sudah mula dilihat bersama-sama pengiring diraja dalam setiap aktivitinya. Gereja berkenaan telah ditutup awal bagi membolehkan rombongan diraja melawat Westminester Abby. Kate mengunjungi gereja ini tanpa Prince William kerana tunangnya itu bertugas di Royal Air Force di Wales. Tujuan Kate menziarahi Gereja ini adalah untuk membuat pilihan beberapa tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Sumber-sumber diraja meramalkan bahawa Westminester Abby merupakan lokasi perkahwinan pasangan diraja ini. Walau bagaimanapun tarikh perkahwinan dan lokasi istiadat perkahwinan diraja hanya akan diumumkan setelah mendapat perkenaan Baginda Queen Elizabeth II.
Westminister Abby dilihat dari pintu sebelah Timur.

Westminister Abby merupakan Gereja lama yang mempunyai sejarah tersendiri dan senonim dengan keluarga diraja Britain dimana iannya telah dijadikan tempat pertabalan raja-raja Britain semenjak tahun 1066 lagi disamping menjadi tempat persemadian 17 orang Pemerintah Great Britain. Nenek dan Moyang Prince William iaitu Queen Elizabeth II dan King George VI telah dikahwinkan di Westminister Abby.

Sebanyak 10 orang Pasangan DiRaja Telah di Kahwinkan di Westminester Abby, diantaranya :-

  1. 26.04.1923 - The Duke of York (King George VI) berkahwin dengan Lady Elizabeth-Bowe's-Lyon (The Queen Mother). Mereka adalah Onyang Prince William.
  2. 20.11.1947 - Princess Elizabeth (Queen Elizabeth II) berkahwin dengan Prince Philip of Greece (Duke of Edinburgh). Baginda merupakan Nenda Prince William.
  3. 06.05.1960 - Princess Margaret berkahwin dengan Antony Armstrong-Jones (Earl of Snowdon). Princess Margaret merupakan adinda Queen Elizebth II dan Nenda Saudara Prince William. Pasangan ini bercerai pada 1978.
  4. 14.11.1973 - The Princess Royal, Princess Anne berkahwin dengan Captain Mark Phillips. Pasangan ini telah bercerai dan sekarang berkahwin dengan Timothy Laurance. Princess Anne merupakan satu-satunya anak perempuan Queen Elizabeth II dan merupakan Bonda Saudara Prince William.

Pertabalan Raja-Raja Great Britain semenjak tahun 1066 dan diantaranya

  1. 12.05.1937 Pertabalan King Goerge VI dan Queen Elizabeth. Onyang Prince William.
  2. 02.06.1953 Pertabalan Queen Elizabeth II . Nenda Prince William.

Sebanyak 17 orang Pemerintah Great Britain disamping Kerabat DiRaja di Makamkan disini antaranya

  1. 06.09.1997 Permakaman Princess of Wales, Mendiang Princess Diana iaitu bonda Prince William yang telah mangkat dalam kemalangan di Paris bersama kekasihnya Dodi Al-Fayed pada 31.08.1997.
  2. 09.04.2002 Permakaman Queen Mother yang mangkat pada 30.03.2002. Queen Elizabeth dikenali sebagai Queen Mother selepas kemangkatan suaminya King Goerge VI, Queen mother merupakan bonda Queen Elizabeth II dan Onyang Prince WIlliam.

Friday, November 19, 2010

Hari Ini - 19.11.2010

Hari nie masih banyak member yang cuti dan office nampak lenggang. Today Syah solat jumaat di Surau Menara TM. Selepas solat ingat nak makan mee jawa dan terus ke Pusat Penjaja Menara TM tapi kedai Pak Yob tu tutup so Syah ke LRT Kerinchi makan Yee Mee Kung Foo dan Barli Panas di Aneka Rasa D Fusion. Sebelum tu Syah beli Nestle Bliss - Yogurt drinks ada offer di -1, Menara TM dengan harga RM11.00 dapat 3 botol dan Syah letak dioffice untuk minum minggu depan. Sebelum Solat Asar tadi Syah buang air besar dan rasa sakit sedikit dibahagian pusat kebawah dan peha. Rasa nilu dan pedih sedikit. Adalah sekali dua berlaku, So Syah diamkan jer dan sakit tu hilang begitu sahaja. Entah lah.

Sebentar nanti Syah nak jumpa member yang baru balik bercuti ke Malaysia, dia stay di London. Plan asal nak jumpa di Menara TM tapi akhirnya we all jumpa di KLCC. Syah hendak serahkan beg duit yang dia suruh belikan hari tu disamping resit RM200.00 bayaran kepada sesorang atas urusan perniagaan dia dan dia minta Syah dulukan payment tu.

Thursday, November 18, 2010

Ke Kelinik Zariff - 18.11.2010

Tengahari tadi Syah lunch nasi Putih, 2 jenis sayur dan ikan goreng dan semuanya berharga RM5.00 dan air Syah bawa mineral water dari office. Lepas makan Syah ke Kelinik Zariff di -1, Menara TM. Syah inform doktor Syah demam dan mata rasa pedih dan berair. Doktor kata tak demam dan Syah complain mengapa saya selalu rasa demam dan doktor kata tak demam. So dia minta Syah datang minggu hadapan untuk buat test darah untuk periksa kandungan kolestrol Syah dan juga untuk periksa samada Syah ada tiroid selepas dia periksa leher Syah. Macam-macam ............ Tak mengapalah minggu depan Syah akan buat test tu dan dr minta Syah berpuasa sebelum buat test. Mungkin Isnin depat Syah akan buat ujian darah tu. Kenalah buat untuk mengethui kesihatan Syah. Dr beri Syah panadol dan ubat titik mata. Doakanlah yer semuga tidak ada apa-apa berlaku pada Syah.

Sambut Aidil Adha Sultan/Kerabat Bersama Raakyat - 18.11.2010

Sempena Perayaan Hari Raya Aidil Adha atau sesetengah daripada kita memanggilnya Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban semalam, Raja-Raja/Kerabat mereka tidak ketingalan meraikannya bersama-sama hari yang penuh bermakna ini bersama raakyat.
Sultan Negeri Kedah Darul Aman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Badlishah telah menunaikan Solat Sunat Aidil Adha bersama Raakyat di Masjid Zahir, Alor Star, Kedah.
Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj menunaikan Solat Sunat Aidil Adha di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor.
Raja Muda Perak Darul Ridzuan DYTM Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
Tengku Mahkota Kelantan, YTM Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Muhamadi, Kota Baharu, Kelantan.
Tunku Temenggung Johor YTM Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim berkenaan menyerahkan daging korban dalam Majlis Korban Perdana Bersama Rakyat Johor di Plaza Angsana Johor Baharu.

Pagi Ne - 18.11.2010

Salam Semua Apa Khabar Semua Hari Ini, Syah harap anda dan keluarga dalam keadaan yang mengembirakan. Malam tadi badan Syah panas dan rasa nak demam dan selepas makan panadol Syah tidur. Pagi tadi bangun rasa ok sedikit dan cuma sakit/pening kepala sedikit sekarang ini. Buang air kecil kadangkala rasa macam tak ok tapi ok .... macam mana nak cakap Syahpun tak tahu mungkin sebab Syah tak sihat kot? Hari ini Syah kerja seperti biasa. Muss dan Cd cuti dan Nadia tidur rumah malam tadi.